Khamis, 15 Oktober 2009

CERPEN MUHASABAH


“Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?”.

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, “Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru,” saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun al-Misri datang dari belakang seraya berkata, “Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah,” saya tidak faham apa yang dimaksudkan.




Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja’ itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. “Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, “Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku.”

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, “Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

“Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih.”

Sebagaimana firman Allah. Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian.

Guru bertanya lagi. “Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi.”

Saya menangis mendengar kata-kata guru. Ia sangat menusuk hati. Saya tidak mampu lagi menahan esaknya.

“Anakku, Iman dan ilmu yang kamu miliki, tidak mampu memberikan kesan yang besar kepada Islam. Maafkan aku anakku. Aku melihat kamu kuat berjuang namun nafsumu sentiasa kecundang. Namun kamu menyangka kamu telah memberikan sumbangan yang besar kepada Islam. Kamu silap anakku.”

Saya terus memeluk guru sambil memohon ampun kepadanya. “Anakku, jangan mohon ampun dariku. Mohonlah kepada Allah. Bukan hanya dengan solat taubat dan istighfar lidah. Sebaliknya dengan penuh perasaan kesal dan keazaman untuk tidak mengulanginya.”

Pejuang Islam sekarang menurut guru, kuat daya juangnya namun lemah ketahanan imannya. Lantang suaranya menentang kezaliman namun perlahan bisikan hatinya di lembah keimanan. Jasadnya sanggup bersusah payah bersama perjuangan rakyat namun nafsunya sentiasa ingin bersenang lenang.

Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat.

Saya kemudiannya merapati al-Sakandari untuk memohon petunjuknya. Guru yang meminta saya berbuat demikian.

Al-Sakandari melihat saya. Lalu ia menangis. Teringatlah saya kata guru. Jika kamu ngin melihat kepada orang yang sentiasa berasa dirinya penuh dengan maksiat, jiwanya jauh dari taat, maka lihatlah kepada al-Sakandari. Ia sentiasa merasakan dirinya pelaku dosa yang besar.

“Guru, berikanku pesan.”

Al-Sakandari menangis. Ia meraung kuat. « Aduh, hari ini orang memohon nasihat dariku sedangkan diriku sendiri tenggelam dalam lautan kedurhakaan. Aduh, bagaimana hatiku ingin berkilau-kilauan dengan cahaya keimanan sedangkan bayangan duniawi selalu menyelimutiku, » ia pengsan dan saya tergamam.





14 Cadangan/Pandangan:

Pn Siti Fatimah Idris on 15 Oktober 2009 pada 10:50 PTG berkata...

macam penulisan ramli awang mursyid.

Pn Siti Fatimah Idris on 15 Oktober 2009 pada 10:50 PTG berkata...

i mean gaya penulisan

MOHD SYAZREEN ABDULLAH on 15 Oktober 2009 pada 11:06 PTG berkata...

tq abg dzul ntuk muhasabah ni

Muffakiratul Mukminah on 15 Oktober 2009 pada 11:22 PTG berkata...

salam alaik...
sangat tersentuh...
Mana pergi iman yang sahih dan mantap jika asyik berjuang?
InshaAllah, sama-sama mhasabah diri.
Sesungguhnya semuanya berlaku atas izinNya juga.

Tanpa Nama berkata...

subhanallah...

Mujahid Cakna on 16 Oktober 2009 pada 12:10 PG berkata...

salam
akhi apekaba?ana doakn dlm keadaan sehat disamping dakapan Ilahi
ana mhn keizinan utk share cerita muhasabah ini diblog ana...sgt menyentuh hati dan daya juang yg sedikit ini..
jzkllh
ps:jmput ziarah blog ana sama

Ridhuan on 16 Oktober 2009 pada 12:17 PG berkata...

ye, same2 muhasabah..

princess on 16 Oktober 2009 pada 3:40 PG berkata...

ana mnx izin nk copy paste dlm blog ana..
syukron

PEKAN GUEST HOUSE on 16 Oktober 2009 pada 6:07 PG berkata...

mbca coretan abg zul ini mbuatkan saya semakin terasa hina disisiNya..syukron abg zul krn mberi signal bhwsanya siapalah kita..

farahfarhan berkata...

Salam

shukran dengan perkongsian ustaz.sgt bermakna.

semoga Allah merahmati ustaz.Amin

Sebutir Permata Yang Berharga on 17 Oktober 2009 pada 8:36 PTG berkata...

ana tertarik dengan tulisan2 ustaz.terima kasih kerana berkongsi.penuh dengan muhasabah.selari dengan ketandusan hati dek kerana sibukya mencari hal duniawi.sangkakan diri pejuang tapi kadang2 alpa tanggungjwb diri sebagai hamba.mari kita terus bermuhasabah diri.
izinkan ana kongsi cerita ini dlm blog ana.syukran ustaz.

TulipKu on 18 Oktober 2009 pada 7:28 PTG berkata...

salam ust dzul..mohon izin untuk fowardkan cerita muhasabah ini..

Nur Farhana Abdullah on 19 Oktober 2009 pada 12:09 PG berkata...

assalamualaikum ustaz..
sy mohon izin utk copy cerita2 ni ke blog sy.
mg sma2 beroleh manfaat, insyaallah..

PUTERI ISLAM on 19 Oktober 2009 pada 9:38 PTG berkata...

assalamualaikum w.b.t ust dzul..
afwan ust..ana tak berapa clear kat sini....
"Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat"

mohon penjelasan dari ust..
salam tahniah..moga ALLAH mudahakn urursan ust.
syukran jazylan

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE