Sahabat saya dalam Ilham Center yang dikepalai Saudara Azalan sudah meramalkan kekalahan besar PAS di Bagan Pinang sejak awal-awal lagi. Saya mendapat rumusan tersebut kurang lebih seminggu sebelum mengundi bermula.
Pemberi maklumat dalam satu pertemuan di waktu rembang senja memberitahu saya, “Sekiranya tanpa undi pos, PAS tetap akan kalah besar. Faktor utama kekalahan besar adalah kekuatan Isa Samad. Faktor kedua adalah disebabkan masalah jentera sendiri.”
Saya tidak mahu komen permasalahan kedua. syaa yakin ramai yang tidak senang hati sekiranya perkara tersebut disentuh. Dalam gurau-gurau saya dalam satu kuliah, saya menyatakan, “PAS tidak akan menang sekiranya meletakkan calon berkopiah dan kaki masjid. Tetapi PAS akan menang sekiranya kita meletakkan calon yang suka hiburan dan anti-Islamik.”
Ya, PAS kalah kerana PAS membawa Islam. Siapa pun tidak akan mempertikaikan fakta yang saya kemukakan ini. Orang muda sukakan hiburan. Mereka tidak sukakan masjid. Calon PAS tidak menepati kriteria tersebut.
PAS bencikan rasuah. Namun PAS lupa bahawa ramai tauke dan orang kaya yang hidup atas sumber rasuah. PAS saya katakan, sebagai sebuah parti yang ketandusan pemimpin rasuah. Sudah banyak program tarbiah diadakan oleh PAS namun sampai sekarang PAS tidak mampu melahirkan pemimpin yang pandai menipu dan seuka mencarut. Ini faktor kekalahan PAS yang sangat besar.
PAS tidak ada kaki gaduh. Kalau ada, ia sangat sedikit. Bagaimana PAS ingin menang dengan tindakan yang lembut semata-mata. YB Solahudin sebagai Ketua Jentera bukan kaki gaduh. Jika begini, sampai bila-bila PAS tidak akan menang di Bagan Pinang.
Idea Ilham Centre sangat bagus. Mulakan dengan kempen putih, bukan kempen hitam. Kempen hitam adalah sejenis bentuk kempen merendahkan pihak lawan dengan rasuah, keganasan dan sebagainya. Kempen sebegini tidak akan mampu menarik pihak penyokong UMNO kerana mereka sudah biasa denga kehidupan sebegitu.
Kempen putih bererti, pedulikan apa yang mereka lakukan. Serang ala kadar sahaja. Tidak perlu terlebih garam atau gula. Yang penting adalah tunjukkan siapa kita. Apa yang mampu kita lakukan. Apa yang kita tawarkan. Apa perkhidmatan kita. Ini kerana, apabila kita marahkan ISA Samad sebagai perasuah, maka sebenarnya kita telah menjauhkan pengundi daripada kita.
Saya cadangkan agar PAS mesti berusaha keras untuk melatih pemimpin yang pandai temberang, makan harta rakyat, bermulut manis dan sukakan keganasan. Ini formula kemenangan yang ingin saya berikan.
24 Cadangan/Pandangan:
Salam alaik....
Ustaz, macam mana nak lahirkan ahli-ahli PAS yang pandai temberang, kaki rasuah, pandai makan harta rakyat? ana kurang faham...semua tu kan bertentangan dengan Islam...
Pohon penjelasan...
Jazakallah...
aslmkum..ustaz zul sko bgrau...jgnla buek suspen ustaz..trs trg yola,nk koba apo sobona eaa..dlm entry tbaru ni..huhuhuh
Salam.. sy terperasan juga dalam kempen plhnraya Bagan Pinang baru-baru ini, terlalu banyak serangan ke atas individu Isa Samad oleh PR. Terutamanya berkaitan rasuah. Melabelkan Isa perasuah yg 'kononnya' telah menjalani hukuman akibat kesalahannya. Hari-hari dengar Isa perasuah..
Tp dalam masa yg sama kita kurang kenal keperibadian calon PAS.. Sy pun masih kurang kenal calon PAS dan latar belakangnya smpai skrg walau rajin buka blog politik.
Apabila memandang pd hikmah, mngkin Allah tidak mahu PR merasa selesa dgn kemenangan berturut sebelum ini yang akhirnya merendahkan smangat juang. Atau pun, mmg ahli PAS kurang berdoa dan lebih meletakkan keyakinan pd pemimpinnya berbanding keyakinan pada Allah. Siapa tahu?
Informasi biasiswa dari http://malayahistory.blogspot.com
saya agak akh zul sengaja bermajaz dan berkinayah..saya juga merasakan pengundi bagan pinang xperlu lagi diendahkan kerana mereka xmahu terima kebenaran lagi..mgkin mrk sudah lali dengan rasuah dan hiburan yg ditarbiyah BN sekian lama..saya fikir mendekati mrka hanyalah mbuang masa kerana mereka mahukan manifesto yang bersifat rasuah dan hiburan utk kbjikan mrka..mn mungkin PAS mmpu mlhirkan calon yg mngmalkn rasuah..justeru kita tidak mampu sampai bila2 mengikut acuan mereka..wallahua'lam..
(coretan ini khas buat pengundi bagan pinang yang mengundi BN,mereka yg menyokong PAS adalah terkecuali =)
hahaha...lawak antarabenua..!!dah pandai bt lwk ye skrang...teruskan,nanti bleh masuk raja lwk..
slm, hrp xde yang salah faham, pemikiran@fikrah ust dzul x pernah berubah yakni trhdp islm. tapi apa yang ust smpaikan ni ada siratannya... :) fikir2kan bg pnduduk 'satu malaysia'
wallahua'lam
btul2 ana setuju cara ustaz
pasni kte tukar silibus usrah, kte gne silibus machavelli, ceaser. pas2 kte upgrade manhaj tarbiyah jd manhaj tarbiyah sparta, rom. pas2 kte ubah juga strategi kte, fully gne cara sun tzu... hu2. tp ana fhm mksud ustaz
satu lagi...pendekatan siasah pas di bagan pinang amat menyedihkan..ditambah pengundi tegar veteran umno yg syg isa..pas xboleh selamanya provok parti lawan dengan kelemahan spt rasuah..lama2 org akan mual..inilah punca undi mereka btmbh blipat kali gnda..kite perlu kutip semua ni sbg satu hikmah utk melakukan yg terbaik pada masa akan dtg..takbir!
alaa...korang tak payah layan lah..depa memang ditugaskan utk mengeluarkan statement yg kontradik, bercanggah & idealis. Ini adalah strategi utk memantapkan perjuangan..
=)....thinking out of the box...
post entry ustaz mmg tersirat
Tahu x tentang bahasa sindiran..cuba fahamkan..
salam ustaz...bile nak kawin jgn lupe jemput ye?
kalau setakat jadi ustaz..pastu mengajar kat masjid surau..macamana nak jadi pemimpin pas...
salam
Ye, saya bersetuju dgn tinjaun ini, saya pun sejak dari awal dah jangkaan pas akan kalah dgn teruk. ini kerana
1) peranan media bn yang berjaya mengambil peluang terhadap masalah dalaman pakatan
2) Pas tidak mematuhi peraturan iaitu dr hasan ali memgemukakan masalah dengan secara terbuka
3)tiadanye persefahaman yang kuat diantara 3 parti besar pr
Saya mencadangkan agar setiap bulan para perwakilan parti komponen pr perlu menganalisis tahap penenrimaan rakyat dan cuba memgambil jalan penyelesaian.
salam usz, leh jlskan pe mksd di sblk pnlsan ustz, tngi sgt bhsa, ana krg jls.
wallahua'lam
jgn cepat melatah..
baca betul2..
tu la kite..suka je melulu..
fikir betul dulu2..
ust dzul pusing cket..
dah bertempik..
rilex arr..
baru kalah kat bgan pinang..
menang selalu pun x leh gak..
biar sedar cket kat mane perlu berubah..
jgn dok syok sendiri..
huh..
k ust..
ust pun satu la..
sungguh mendalam makna kata2 tu. bc dgn akal n hati. cnfrm fhm punyalah
SERIKANDISYURGA.. maksud ustaz, kta kalah krana semua sifat tu tlh dididik oleh UMNO seblum ini...
Nabi dulu x pernah temberang pun utk menangkan islam...jgn terlampau ikutkan situasi dan permainan politik mush islam. perjuangan islam itu byk ibtila' nta pn lebih arif bbanding ana...so? janji Allah akan sampai suatu ketika nanti.
klau x sabar sgt..temberang lah. tp jgn dlm PAS!!!
Okla, jika ada yang tersirat.
Jelaskan...
Tak adalah, orang ramai buat spekulasi yang salah.
Nanti lain pula jadinya..
Harap maklum..
jadi penggerak jamaah ni, jgnla lurus sgt sampai ayat kiasan pun xpaham.. aduh... payah betul la....
Ni mesti golongan yg jalan tunduk ke bawah aje...
ana faham maksud ustaz.
Saalm.. wah,sindiran yg baik untuk pengundi di Bagan Pinang n kaki2 umno... :)
Catat Ulasan