Khamis, 29 Oktober 2009

TEATER ISLAM MKDT


Saya mewakili Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan mengadakan Teater Islam, anjuran bersama dengan Yayasan Amal WP dan Nisa’ Lembah Pantai. Teater tersebut akan diadakan pada 30 Januari dan budget keseluruhan menjangkau RM 11200.

Tujuan yang paling besar ingin saya capai pada hari itu ialah memasyarakatkan ulama. Ingin saya menaikkan semula martabat ulama. Namun ini hanya usaha dari sudut program. Yang paling besar adalah usaha dari sudut aktivisme. Turun ke masyarakat, membantu dan mentarbiah dan sebagainya.




Tempat cadangan program adalah di Dataran Angkasa berdekatan Kerinchi. Program yang Insya Allah bermula jam 9 malam ini akan diserikan dengan kehadiran Azhan Atan, kumpulan Abang Man Bueger, cabutan bertuah untuk 100 orang, anugerah khas dan yang paling utama adalah persembahan teater oleh kumpulan Abang Dinsman yang bertajuk Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT).

Di peringkat aktivisme, saya dan sahabat-sahabat dalam Pemuda PUM berkira-kira untuk membuka satu ruangan Info Islam di sebuah Super Market untuk peringkat permulaan. Sekiranya projek ini berjalan baik dalam tempoh sebulan dua, Insya Allah ia akan dikembangkan ke tempat-tempat lain pula.

Banyak lagi perancangan yang ingin kami laksanakan. Mungkin para pembaca boleh melawat satu laman web baru yang akan diuruskan sendiri oleh Pemuda PUM yang memfokuskan soal Info Islam dan soal jawab agama.

Saya amat bercita-cita kami memiliki dana yang besar sehingga memungkinkan kami untuk membayar gaji dan elaun kepada pekerja PUM. Jika jadi begitu, beberapa orang aktivisme dalam Pemuda PUM tidak perlu lagi mencari kerja lain. Bahkan sekarang sudah ada sahabat saya menawarkan diri untuk menjadi kaunselor Pemuda PUM. Doa kami agar berjaya dalam rencana memartabatkan Islam dan golongan ulama.





9 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

nak jadi ulama mngikut kreteria apa??dan siapakah golongan ulama nii

isma on 1 November 2009 pada 1:37 PTG berkata...

kepada tanpa nama

banyak kriteria ulama ini..tak perlulah dipersoalkan..semua ulama bakal menyinari masyarakat kelak..asalkan jangan jadi ulama sekular seperti mashitah dan mufti perak..ulama UMNO..

takkan tak kenal kot golongan ulama..rajinkanlah diri ke masjid dengar ceramah..banyakkan ilmu itu sikit

islamic on 4 November 2009 pada 6:09 PG berkata...

salam..alhmdlh ats usha us dng shbt2, b,usha mmrtabtkan kmbli dunia ktmdn islam..alhmdlh ana bsykr msh da ank mda y sggp bkrbn demi ISLAM..sdh lma ana tnggu saat2 nie, smga ISLAM brda d pnck kgmlngn era moden...thniah.."ulam' warisatul anbiya'..amin...

Tanpa Nama on 4 November 2009 pada 6:11 PG berkata...

ulama' perak? man huwa? harun sani?

IslamForAll berkata...

masyarakat ari ni begitu mudah meletakkan gelaran ulama' pada diri sesiapa mengikut citarasa. Sedangkan gelaran ulama' itu merupakan gelaran yang sangat berat di sisi Islam. Besar tanggungjawab dan kriterianya. Inilah bencana di akhir zaman di mana orang-orang lekeh begitu rancak memperkatakan tentang agama, al-ruwaibidoh.

afiq ahmad on 12 November 2009 pada 1:17 PG berkata...

U have change... i like it

more realistik

HISYAM on 26 November 2009 pada 4:34 PG berkata...

Persatuan Ulama' Malaysia bukanlah himpunan ulama'2 di Malaysia. mereka pun tak gelar diri sebagai ulama'.

tapi sahabat ana bgtau, PUM menghimpunkan tenaga dan pemikiran dari pelbagai pihak dan latar belakang utk menghasilkan 'kekuatan ulama'..

lebih kurang macam tu la..
depa pun tak tergamak nak mengaku diri sebagai ulama'....

Ramai sahabat ana di Pulau Pinang sertai PUM cawangan PP. yang penting, masing2 buat kerja untuk islam...

maaf menyibuk.. cuma tak nak ada yg salah faham..Allahua'lam..

To uStaZ Dzul...
tahniah ana ucapkan..DOakan kami di PULAU PINANG..

Mujahid Cakna on 3 Disember 2009 pada 3:09 PTG berkata...

salam
tahniah semua, kerana:
1. salah satu usaha dalam memasyarakatkan PUM

2. mempelbagaikan cabang2 dakwah dan kepelbagaian dalam skop dakwah

3. memartabatkan industri teater secara islamik dan secara x langsung dapat berkongsi cara sebenar islam benarkan dlm berteater...

sekalung tahniah sekali lagi

majdi nadwan berkata...

www.ilasyahid.blogspot.com

ana dah buat teater tu dia uia :) alhamdulillah!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE