Khamis, 29 Oktober 2009

MEMPERKASAKAN PAS DENGAN MEMBINA AKAR BARU


Saya tidak sejauh mana kebenarannya, namun saya melihat tarbiah kepimpinan dalam PAS dan beberapa perkara lain termasuk dakwah sedang berhadapan dengan kemelut dan permasalahan. Permasalah itu boleh saya klasifikasikan kepada beberapa bentuk.

Pertama, PAS berhadapan dengan masalah terpaksa bertembung dengan UMNO dalam banyak perkara khususnya dalam PRK. Siri-siri PRK yang kerap telah menyebabkan fokus PAS terhadap dunia dakwah, ekonomi dan juga tarbiah sedikit terganggu. Begitu juga perbalahan dan pergaduhan yang berlaku di Perak dan Terengganu. Perkara ini bukan sahaja menimpa pada masa sekarang, bahkan pada zaman Nabi saw sendiri. Maka apakah strategi yang harus dipraktiikan oleh PAS untuk memastikan agenda-agenda lain selain menentang musuh berjalan.




Kedua, kesediaan pimpinan dan ahli untuk berada dalam program peningkatan jati diri, percambahan maklumat dan yang berkaitan dengannya. Meskipun ahli UMNO bermasalah dari sudut tarbiah, namun meeka memiliki instrument yang pelbagai untuk membantu mereka di samping duit dan kewangan mereka yang sangat kukuh.

Ketiga, PAS belum mempunyai satu group pendakwah professional yang khusus untuk menarik non-muslim mengenali Islam. Jika kumpulan dakwah dapat diaktifkan dengan baik dan sistematik, saya rasa ia dapat mengimbangi kuasa politik yang sedang mencengkam. Mungkin Lajnah Dakwa sudah boleh mula memikirkan secara serius untuk turun ke gereja dan kuil dalam operasi menyebarkan Islam itu sendiri.

Di peringkat DPPP, mereka meletakkan target menjadi pemimpin negara dan negarawan. Namun setakat ini ia masih hanya merupakan satu mimpi yang khayali. Telah lama muktamar berlangsung, suara berdegar memohon agar tarbiah kembali diperkasakan, dan itulah rutin muktamar, namun kesannya belum terlihat sampai sekarang.

Justeru, saya dahulunya meminta agar nama Dewan Ulama diubah. Gerak kerja kumpulan ulama juga mesti diperluaskan dan diaktifkan. Namun saya sedar, jika saya menyebut perkara ini, pasti ada juga suara yang ingin mempertahankan diri. Masih ada suara mempertahankan bahawa Dewan Ulama PAS bergerak baik walhal sekarang kewujudannya tidak dirasai.

Maka tiada satu suara yang bersepadu kalangan ulama berkaitan isu sebatan arak melainkan statement media yang boleh dibuat sambil bersembang di kedai kopi. Bukan menjadi satu prioriti untuk mengajar di surau dan masjid, tetapi menjadi prioriti bagi Dewan Ulama untuk turun ke masayarakat dan mendidik mereka secara serius selain memberikan penerangan berkaitan agama dengan baik.

Maka saya mencadangkan agar nama itu mungkin Dewan Ulama dan Intelektual. Agar hanya jangan yang memakai kopiah dan berilmu syariah sahaja berada di sana. Tetapi biarlah yang intelektual, menguasai bidang sains dan Matematik boleh berada dalam satu barisan dan merangka strategi.

Saya bersuara sebagai ahli biasa. Dan saya turut bekerja untuk mencapai matlamat tersebut. Namun jika saya dan yang lain-lain bekerja, namun kesedaran di peringkat atasan belum muncul dan terbit secara benar dan telus, maka gerak kerja tetap akan perlahan dan merugikan. Tetapi jika dasar dan akar berjaya diubah, digantikan dengan akar yang baru, saya dapat merasakan satu gerakan yang lebih laju akan berjaya digembleng.


15 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

cakap banyak tak payah..cuba duduk kat caw jadi ketua pemuda caw...baru tau langit tinggi rendah....

zikr on 29 Oktober 2009 pada 8:27 PTG berkata...

perlunya dewan ulama kuatkan tarbiyah, mantapkan usrah di peringkat cawangan...

kami di kampung-kampung menanti ustaz-ustaz PAS buat usrah di kampung, nampak agak tak berjalan...

atau ustaz-ustaz PAS sendiri tak ikut usrah?

wms on 29 Oktober 2009 pada 8:27 PTG berkata...

kitakan sama2 buat kerja..kenape? komen sdr di atas mcm xpuas hati?

wms on 29 Oktober 2009 pada 8:28 PTG berkata...

kitakan sama2 buat kerja..knape komen sdra di atas mcm xpuas hati je?

Mati on 29 Oktober 2009 pada 8:37 PTG berkata...

Setuju dengan dengan abang Dzul. Kepada Tanpa Nama berkat,kita bukan nak bercakap banyak,tetapi sesuatu teguran yang membina tu sepatutnya kita praktikkan.

moja mojako on 30 Oktober 2009 pada 4:30 PG berkata...

saya agak suka cadangan ini:

"Ketiga, PAS belum mempunyai satu group pendakwah professional yang khusus untuk menarik non-muslim mengenali Islam. Jika kumpulan dakwah dapat diaktifkan dengan baik dan sistematik, saya rasa ia dapat mengimbangi kuasa politik yang sedang mencengkam. Mungkin Lajnah Dakwa sudah boleh mula memikirkan secara serius untuk turun ke gereja dan kuil dalam operasi menyebarkan Islam itu sendiri."

saya berpendapat ia perlu bermula di peringkat Universiti dahulu sebelum turun kelapangan ummah.
=)

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat kalau ada Dewan Ulama dan Intelektual tu. Majlis Syura Ulama dah berulama..

Mohd Arif b. Misrol on 30 Oktober 2009 pada 10:31 PG berkata...

mungkin perlu ada shift paradigm (huuyoo!). awas dgn SABOTAJ dari cybertrooper ****!

azizan anwar on 31 Oktober 2009 pada 9:36 PTG berkata...

Assalamualaikum. Abg Dzul, saya dapat merasakan bhw yg kerap memberi respon di blog abg dzul masih lg mahasiswa yg masih blm lupa momentum yg abg pernah bw d kampus.Begitu jg pembacanya krn sy lihat pada s.box. Sy mencdgkan agar abg dzul luaskan penyebaran blog ini lebih mendekati ahli pemuda dan ahli pas sebenar, Ketua pemuda pas negeri2 dan dewan ulama' pas sendiri. Sangat rugi sekiranya idea sebernas ini hanya berlegar dalam kalangan kami, mahasiswa sahaja. sewajar ia dibaca dan di fikir oleh President, sume majlis tertinggi, AJK dan dewan pemuda agar ia boleh mnjadi idea yg sentiasa disebut2 dalam mesyuarat dan sebagainya

Takbir!!!!

p/s : x g jordan ke? :)

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama kata cakap byk tak pyh. cuba duduk kat caw jd ketua pemuda caw baru tahu langit tinggi rendah.. woiittt.. takkan dzul nak ckp dia terlibat mana2...bukan kata cawangan, kawasan dan lujnah2 pusat pun terlibat..cawangan pun dia terlibat,,kamu tahu apa..dia cakap banyak, dan kerja pun banyak..jenis tak boleh di kritik.. org dah bergiat la, tu yang kritik.. sbb dah tahu langit tu tinggi dAn bumi tu rendah...

Tanpa Nama berkata...

zul ni ustaz.. sudah pasti dia faham dan mengerti ayat ke2 surah as-sof.
pernah juga berjumpa beberapa org ustaz yg mnkritik zul, walhal mereka sendiri belum brsemuka dgn zul... sedangkan mreka g tidak bersama cawanagn mahupun kawasan...jumpa dan kenal dahulu zul baru tau apa kerja buatnya...

Hanin on 30 April 2010 pada 2:31 PG berkata...

ni masalah PAS sebenarnye bila ahli xleh terima teguran dan xreti nak tapis mana hampas mana santan.orang buat jemaah lain tau pulak bising.

memang nampaknya PAS dah xtercakna urusan tarbiyah kerana disibukkan dengan pergolakan politik.cuba kaji perancangan JIM dan contohi camner sistematiknya dakwah diorang kepada muslim dan non-muslim.saya cadangkan jugak unit dakwah xyah sibuk campur urusan politik.tumpu dengan gerak kerja dakwah je.

Tanpa Nama berkata...

x tahu adap...
spe???
pikir sendiri...

Tanpa Nama berkata...

zul ni bukan x cerdik...
diekn ustaz...

tp...
"kecerdikan die nie" mengaburi matanya...
menyebabkn ramai yg nmpk
ketidak cerdikan zul nie...

mklumla.. ustaz yg hebat..
dh byk pglmn dlm tarbiyah..
dh lame tarbiyah org..
dh byk mad'u yg ditarbiyah..
dh mmg layak jd ahli majlis syura nie...

inila org mude yg nk b'jaya tanpa toleh ke blakang utk jdkn pgjran..

kepada MATI...
"teguran yg membina"??
pikir2 la balik statement tu..
kn dh dpt tarbiyah...

~pena yg tumpul~

Tanpa Nama berkata...

Anda perlu banyak belajar...karisma ada tapi bijaksana kurang

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE