Asal dibina syariah ini; mendatangkan maslahah dan menolak mudharat. Ini tujuan asas. Dalam masa yang sama (sebagai muqaddimah bicara), Allah memberikan kebebasan berfikir kepada kita. Menggunakan akal seadanya, merenung dan berfikir, menenung dan berfirasat. Ini kekayaan hikmah dan kebijaksanaan dalam Islam. Ada perkara qat’iyyah,banyak juga perkara ijtihadiyyah.
Saya mulakan dengan contoh. Apabila pimpinan PAS berhujjahkan ayat 61 daripada surah al-Anfal, maka Mursyid mereka menolak. Bagaimana pemikiran manusia boleh menolak ayat al-Quran. Sang Mursyid berdalilkan hadis; jangan sampai disengat dilubang yang sama dua kali. Sudah disengat, jangan disengat lagi. Bagaimana pula dengan keterangan awal-awal dalam surah al-Taubah?
Abdullah bin Jahsyi pernah memerangi dan membunuh kafir Quraisy dalam Bulan Rejab (salah satu bulan yang diharamkan berperang) atas ijtihad berani mereka. Nabi kecewa dengan mereka, namun Allah membela mereka berdasarka ayat 217 dalam surah al-Baqarah. Moralnya, keberanian untuk melakukan ijtihad menjadi satu rahsia kemenangan umat terdahulu.
Koraklah tabir rahsia ini,selaminya. Jangan hanya melihat kemenangan Islam terdahulu dengan paparan luaran semata-mata kerana pastinya di sana ada rahsia. Ya, malah di sebalik satu rahsia,terkandung rahsia yang lain. Korak dan koreklah.
Tujuan sang mursyid adalah untuk mendatangkan maslahah dan menolak mudharat. Begitu juga tujuan sahabat yang mulia Abdullah bin Jahsyi. Ia menarik perhatian saya untuk mengakui satu hakikat. Hukum fiqh dapat dikesampingkan apabila ia bertembung dengan keutamaan hukum siasah.Seorang ahli siasah tidak melihat dengan kaca mata fiqh yang membahaskan halal haram semata-mata, sebaliknya ia berpandukan konsep di atas. Seorang pendakwah dan murabbi juga begitu.
Saya dahulunya turut mempertikaikan pihak sekolah yang mewajibkan puasa sunat. Alasannya, kenapa hukum Allah yang sunat diwajibkan. Saya lupa, saya baru memakai kaca mata seorang fiqh bukannya murabbi. Murabbi sebaliknya. Ia melihat, mana yang elok, mana yang sebaliknya. Solat tahajjud hukumnya sunat. Jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.
Tetapi murabbi melihat, mengerjakan yang sunat akan dikasihi Allah dan menguatkan keimanan dan jika meninggalkannya hanya akan merugikan.
Berada dalam pendokong Islam Hadhari memang menguntungkan dakwah tetapi merugikan siasah jangka panjang. Lebih baik mengambil mudharat sementara tetapi memberikan kebaikan jangka panjang daripada mengambil kebaikan sementara tetapi mudharatnya panjang. Lihat syarah al-Ghazali dalam hal ini. Panjang huraiannya.
Maka tarbiah kampus jangan hanya difokuskan untuk melahirkan naqib, tetapi melahirkan pakar. Naqib adala kerja asasi, semacam kita makan nasi. Nasi itu, pasti akan kita makan. Tetapi mana rempah ratusnya,lauk pauknya, sayur mayurnya, perisa dan perasanya? Ust Kamil Abd Majid melihat orang yang pandai menulis dan dalam masa yang sama turut pandai berpidato adalah orang yang beruntung. Itu anugerah yang sangat bernilai kerana bukan menguasai dua bidang tersebut secara serentak.
Ada juga yang melihat suara merdu sebagai keuntungan. Maka mereka menjadi Imam dan juga artis. Sekurang-kurangnya, jika pidato mereka kurang menarik,mereka boleh menyedapkannya dengan lagu dan nasyid yang terdendang.
Kemahiran komputer juga cabang tarbiah (penulis bukanmahir dalam bidang ini). Begitu juga bidang teknikal yang lain. Ada yang bersedia menjadi ilmuan. Sahabat di UM boleh melihat saudara Naim (mantan SU PMIUM) sebagai contoh dan saudara Physal di UTP. Mereka ilmuan kelak, insya-Allah.
Buatlah,asal mendatangkan maslahah dan manfaat dan menolak mudharat daripada menjadi herot-perot dan simpang-siur. Jangan ketepikan kebaikan besar semata-mata ingin menjaga kebaikan asasi. Maksud saya, beranilah berubah. Jangan berpijak di bumi yang sama. Jangan hanya berjalan setempat. Jangan hanya berfikir dalam satu lorong.
Jangan terlalu mementingkan kepentingan luaran yang tidaklahmemberi kesan yang besar sehingga terabai kebaikan tersirat tetapi mampu membekas. Huzaifah al-Yamani melarang daripada didenda Jeneral Perang yang meminum arak. Sebabnya, tumpukan kepada peperangan dulu, hukum itu tangguhkan. Ibn Taimiyah mengisytiharkan wajib berbuka puasa dalam peperangan untuk membekalkan tenaga. Apa guna puasa, mendapat pahala, menunaikan kewajipan tetapi jasmani lemah dan Islam tumbang. Lebih baik meninggalkan puasa (keadaan dharurat) tetapi memberikan kekuatan kepada jasmani sekaligus melemparkan kemenangan kepada umat Islam.
Solat awal waktu memang baik, tetapi Saidina Umar lebih mementingkan urusan ummah. Bukankah waktu solat itu, tiga yang luas dan hanya dua yang sempit? Anda boleh bertanyakan Ust Yahya Othman dalam bab ini. Beliau yang mengajar saya. Saya hanya setuju, dan bersetuju. Kenapa Rasulullah berpakaian lusuh? Kenapa orang sekelilingnya majoriti miskin. Abu Ubaidah apabila berpindah ke Kota Rome, beliau memakai pakaian yang sangat mewah. Kerana apa? Lihatlah, apa yang mendatangkan maslahah, kerjakan. Tolak apa saja yang mendatangkan mudharat.
Seseorang bertanyakan saya. Jika diadakan tamrin di tempat yang melangkaui sempadan dua marhalah (penulis lebih cenderung dengan pandangan Abu Hanifah yang meletakkan tiga marhalah sebagai pengukur), maka bagaimana dengan jama’ dan qasar dalam solat. Saya nyatakan, hukum fiqh menyatakan harus, malah Ahmad mengatakan ia lebih baik, tetapi dari sudut pandang tarbiah, usahlah kita jama’ dan qasar dan solat itu sendiri merupakan rangka tarbiah terbaik.
Ada tamrin mewajibkan puasa. Baik, tetapi mereka tidak memahami falsafah puasa. Disuruh berpuasa, tetapi apabila berbuka, dihidangkan makanan yang banyak. Gunanya, apabila peserta tidak berjaya menghabiskannya, maka akan dimarahi.
Itu konsep silap. Falsafah puasa adalah, mengosongkan perut. Persoalannya, bleh tidak boleh mengosongkan perut dengan cara tidak berpuasa? Jawabnya adalah boleh. Kurangkan saja makanan.
Tapi jangan salah sangka. Saya tidak menghalalkan yang haram, tetapi saya biasa mengharamkan yang halal untuk tujuan tarbiah.
Masalah Umum Segitiga Dudukan Motor serta Tips Mengatasinya
6 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan