Isnin, 27 Ogos 2007

RAMADHAN



Oleh:
Mohd Dzulkhairi B Mohd Noor
Presiden GAMIS 07/08

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadhan tahun ini". Tidak putus-putus doa itu saya ucapkan, mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih dalam bulan yang paling dinanti-nantikan kami.

Pada bulan ini kami umat Islam akan sama-sama mengerjakan ibadat puasa yang menjadi sendi kepada Rukun Islam. berpuasa pada kami merupakan satu nikmat yan tidak dapat untuk dibayangkan lantaran itulah tandanya kami mencintai Tuhan kami dengan menunaikan segala perintahnya; meski susah atau sempit.

Bagi kami umat Islam, kami mengerjakan ibadat tanpa melihat kepada kebaikan yang bakal diperolehi, sebaliknya kami akan mengerjakan semuanya tanpa mengira baik atau buruk sekiranya ia datang daripada Tuhan kami. Namun yang perlu jelas ialah segala arahan yang dikeluarkan oleh Allah SWT melalui utusannya yang mulia ternyata semuanya memberi kebaikan yang melimpah kepada kami.

Ibadat puasa bukan sahaja menjadi amalan khusus untuk umat Islam, malah begitu juga halnya penganut agama lain. Cuma yang membezakan Islam dengan yang lain ialah kami ada satu bulan yag dikhususkan untuk berpuasa iaitu bulan Ramadhan. Malah dalam bberapa konteks, kaedah berpuasa umat Islam ada sedikit berbeza dengan penganut agama lain. Saya berni untuk menyatakan ibadat ini tidak menyusahkan apabila ramai kanak-kanak kecil yang baru mencecah umur 7 tahun mampu untuk menahan lapar di siang hari sebulan lamanya, dengan wajah yang masih mampu tersenyum ria.

Namun, ada satu gejala yang kurang manis manis menimpa umat Islam. mereka ternyata lebih ghairah untuk mengerjakan ibadat semahu-mahunya dalam bulan ini tetapi tidak mengekalkan mutunya pada bulan-bulan yang lain. Tidak mengapa jika mutu itu tidak setandin, namun malangnya mutu sebelum dan selepas Ramadhan adalah angat jauh bezanya dengan mutu di bulan Ramadhan. Lalu, saya sedikit tertanya-tanya. Apakah umat Islam beribadat kerana Ramadhan atau kerana Tuhan yang menjadikan Ramadhan?

Saya sedikit terperanjat dengan kemampuan beberapa kawan saya mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan. Saya juga terperanjat apabila malamnya padat dan penuh dengan ibadat berpanjangan, serta zikir yang membasahi bibir. Namun sebelum Ramadhan, ia tidak sebegitu. Malah, sehari selepas Ramadhan, ia terus transform hampir totally.

Saya tidaklah seperti Ibnu al-Qayyim yang keras dalam bab sebegini, Namur saya tidak mahu kelembutan al-Ghazali akan menyebabkan ramai yang terleka. Saa berpandangan, alangkah kontangnya ibadat bulan Ramadhan yang hanya terfokus lepada Ramadhan semata-mata, tetapi langsung tidak mempunyai semangat istiqamah dan berlandaskan ilmu yang tinggi.

Islam bukan terhasil dengan ibadat khususiah semata-mata. Solat bukan melambangkan Islam, begitu juga puasa. Tahajjud tidak menggambarkan kesolehan seseorang, begitu juga hafiz al-Quran tidak menggambarkan insan yang unggul. Islam bukan sekadar itu sahaja, malah Islam hádala sesuatu yang sangat luas, mencakupi segenap perkara. Islam bukan sahaja puasa, malah Islam juga jihad. Islam bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah Islam juga agama untuk Safar.
Umat Islam terus-menerus mengejar keberkatan Malam al-Qadr, tetapi malam yang lain hambar sahaja. Saya semakin keliru, keberkatan al-Qadar ke yang dicari, atau Rahmat Ilahiyah?

Namun saya sedikit gusar jika ada yang salah faham. Sahabat-sahabat mesti jelas, memang ada anjuran memperbanyakkan ibadat di bulan Puasa dan di malam-malam ganjil, namun janganlah hal tersebut menyebabkan kita alpa dan tenggelam dengan janji-janji pahala sehingga kita termasuk dalam golongan abid tetapi jahil.

Tanda orang-orang jahil adalah membaca al-Quran selaju mungkin unuk dikhatamkan dalam sebulan. Tanda orang-orang jahil adalah mengerjakan ibadat tanpa putus tetapi terus merudum selepas Ramadhan. Tanda orang jahil adalah berzikir tanpa putus tetapi meninggalkan gerak kerja Islam.

Ayyuhal Muslimun, memang benar Ramadhan bulan ibadat, dan para ulama mengkhususkan bulan ini untuk ibadat. Tetapi, saya nak menjelaskan di sini, bahawa kadang-kadang ibadat kita perlu melihat kepada realiti semasa. Dalam keadaan Islam ditekan begitu berat, apakah kita masih lagi ingin menghabiskan banyaknya masa kita dengan solat dan zikir semata-mata dengan meninggalkan amal-amal Islami yang menjadikan kita mulia.

Seorang sahabat saya berkata: "Wajah ulama' yang berseri bukanlah disebabkan banyaknya amal ibadat, tetapi kerana seriusnya mereka berjihad pada jalan Allah SWT tanpa putus-putus".

Kita perlu mencermati dan menekuni pesanan-pesanan nabi SAW bahawa ibadat yang berbaur kejahilan tidaklah begitu bererti jika dibandingkan dengan ibadat yang diiringi ilmu yang mendalam. Malah, si faqih lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding si alim mengikut pandangan Al-Qaradhawi. Ini kerana si alim melihat dengan mata sedangkan faqih melihat dengan mata dan hati. Pandangan mereka lebih jauh menjangkau ke dalam berbanding si alim yang hanya gah luaran tetapi kotor dalamannya.

Saya bermaksud di sini, orang alim yang hatinya busuk, yang dikatakan tergolong dalam tiga golongan awal masuk ke dalam neraka bersama mujahid yang mencari nama dan pembaca al-Quran yang mencari gelar mulia. Alim sebegini hanya mencari nama agar mereka dapat setanding dengan para ulama' dan dapat memperlekehkan sang juhala'.

Maka, jika dikatakan alim pun boleh terjerumus ke dalam kancah kehinaan dan lumpur-lumpur kekotoran lantaran terpengaruh dengan kehendak nafsu yang menelan, maka apatah lagi sang abid yang dicelarukan dengan kurangnya ilmu dan kefahaman. Justeru, Umar Abdul Aziz tegas menyatakan amalan bertambun tanpa kefahaman lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan.

Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai training ground kepada semua aktivis mahasiswa dan penggerak jentera mahasiswa muslim untuk merealisasikan jihad dalam Medan yang serenar. Tidak boleh dijadikan keletihan dan kelaparan sebagai satu sebab menolak perjuangan malah tidak boleh dijadikan alasan bulan Ibadan untuk memperlahankan gerak kerja. Telah saya jelaskan, zaman yang kucar-kacir ini menuntut mujahid yang abid bukannya abid yang mujahid. Semarang merupakan era yang berbeza sama sekali dengan zaman al-Syafei yang boleh menumpukan sepenuhnya kepada ibadah dan menekuni bacaan al-Quran.
Saya tidak pernah berniat untuk menterjemahkan kematian saya dalam keadaan saya bersujud dalam tahajjud tidak. Saya tidak berdoa sama sekali untuk meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan saya sakit yang membawa lepada maut. Malah, bagi saya, doa yang saya pinta dan pohon adalah kematin dalam bentuk perjuangan mati syahid dalam menggapai redha Allah SWT.

Ramadhan bagi saya memang bulan khusus buat umat Muhammad tetapi tidak pernah saya nafikan bulan lain juga sebagai bulan ibadat. Tidak pernah saya terfikir ingin terlalu mencari lailatul qadr sehingga mengetepikan kekuatan malam-malam yang lain. Benar, Ramadhan sangat mulia. Benar, lailatul qadr sangat mulia. Namur kemuliaannya tidak pernah membuatkan saya hanya memperbanyakkan amal ibadat sehingga peringkat maksimum kemudiannya terus longlai di hari yang lain.

Saya mengira Gamis bukan persatuan ibadat semata-mata. Saya mengira Gamis bukan gerakan kebajikan cuma. Gamis adalah gerakan yang menanam tekad dan berazam segenap jiwa dan raga semata-mata dicurahkan untuk Islam yang mulia. Sehubungan dengan itu, Gamis tidak akan menjadikan Ramadhan semata-mata untuk amal ibadat khususiah, sebaliknya perjuangan dan jihad menegakkan kebenaran lebih utama untuk ditumpukan.

Sya'ir Abdullah bin al-Mubarak lepada Fudhail bin 'Iyad: Betapa debu-debu yang terlekat di kaki kuda perangku, lebih mulia berbandng dengan tangisanmu yang takutkan Allah tetap menjadi slogan dan pemicu lepada Gamis.

Akhir kata, saya mewakili seluruh kepimpinan Gamis 07/08 mengucapkan Selamat Bersedia Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan. Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini upaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jira kami bakal terkorban sekalipun.

Allahumma ameen, Ya Rabbal-'Alamin…

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE