Pada zaman nabi SAW, para sahabat dilarang banyak bertanya. Malah ada ayat al-Quran secara zahirnya melarang daripada bertanya sehingga mengundang kesusahan dalam beramal. Tradisi ini diamalkan pada zaman generasi sahabat. Ini terlihat apabila para sahabat kurang berani untuk bertanya banyak persoalan kepada nabi SAW dan mereka menanti-nantikan Arab Badwi datang untuk bertanyakan pelbagai persoalan kepada baginda.
Setelah kewafatan nabi, para sahabat masih berpegang dengan tradisi tersebut. Namun lama-kelamaan, persoalan yang timbul semakin mencapah dan merebak. Ia semakin merumitkan. Punca persoalan timbul ialah apabila Islam semakin berkembang luas di merata tempat. Islam bukan lagi agama yang hanya dianuti orang Arab semata-mata malah dianuti juga oleh yang berkulit hitam dan berambut merah.
Para sahabat yang asalnya melarang daripada banyak bertanya mula mengubah pendirian mereka. Mereka sudah mula menggunakan hujjah untuk menjawab pelbagai persoalan yang kian bersimpang-siur dan menyerabutkan. Pada zaman awal-awal, para sahabat masih menggunakan hujjah ilmiah yang digali daripada al-Quran dan hadis selain beberapa ijtihad sehinggalah ke zaman seterusnya yang menyaksikan penggunaan mantiq secara aktif.
Ahli kalam mula muncul dengan menggunakan hujjah mantiq aqliah untuk menjawab persoalan yang timbul. Apabila ahli kalam dipenjara, para ulama hadis tidak mampu untuk menjawab pelbagai persoalan ahli falsafah dan Muktazilah. Justeru, ahli kalam dibebaskan kembali untuk menjawab persoalan yang kian pelik dan memelik sehinggalah ahli kalam menjadi golongan yang popular dan sangat diperlukan.
Pernah timbul satu persoalan. Jika Allah benar mampu mencipta segala sesuatu, maka apakah Allah mampu mencipta Tuhan yang setara dengannya. Maka ahli hadis terdiam kaku tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Inilah antara titik-titik permulaan ahli kalam mula mendapat perhatian yang meluas kalangan rakyat dan pemerintah ketika itu.
Saya dijemput untuk menyampaikan satu kuliah yang agak menarik dalam tahun lepas atau dua tahun lepas. Tajuknya, Kisah Musa Dan Khidr. Saya bertanyakan mereka, apakah tujuan utama yang mahu dipatrikan dalam kuliah ini. Maka pihak panitia menjelaskan, tujuan utama diadakan tajuk ini ialah supaya adik-adik usrah tidak lagi banyak bertanya sebaliknya mengikut sahaja sebagai satu tarbiah.
Musa dilarang daripada bertanyakan Khidr tentang apa yang ia lakukan. Hujjah ini menjadi satu benteng kepada pengikut silat kebatinan. Apabila kita mendakwa guru mereka yang melakukan salah laku, maka mereka menjawab mudah sahaja, “Dalam dunia kebatinan, murid mengikut sahaja dan jangan bersalah sangka dengan guru, serta jangan banyak bertanya sebagaimana layaknya kisah Khidr dan Musa”.
Bekunya pemikiran itu. Saya sejuk-kesejukan mendengarnya. Antara fenomena tasauf yang dibenci ulama ialah guru yang terlalu dipuja-puja oleh muridnya. Antara tandanya, murid dilarang bertanya apa yang dilakukan oleh guru meskipun pelik pada syariat. Ini tasauf yang beku dan membekukan. Saya mengakui bukan semua bend perlu ditanya tetapi penghormatan yang melampau sehingga menghalang daya pengetahuan adalah sesuatu yang menyakitkan minda.
Saya ditampar kehairanan mendengar penjelasan daripada panitia pelaksana. Saya mohon maaf kerana menyiarkan kisah ini setelah lama ia berlalu. Bagi saya, saya amat suka orang yang rajin bertanya, cuma yang kurang sopan dan kurang adabnya ialah, apabila pertanyaan itu bukan-bukan dan bermotif belakang. Andai pertanyaan itu untuk membekalkan minda dengan serba-serbi pengetahuan dan makluat, mengapa tidak ia dikembangkan?
Kasihan adik-adik. Apabila diajak ke tamrin, mereka dilarang bertanya apa yang terkandung alam tamrin tersebut. Akhir sekali, mereka menjadi pengikut yang hampas daya minda dan tidak mampu untuk beranjak dan menganjak. Mereka merangkak-rangkak dan gelapnya kejahilan.
Apakah kalian idak berani untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan yang timbul. Generasi sahabat mengerti tentang pola perubahan alam sehingga meeka berani mengubah tradisi kebiasaan mereka. Mereka mula bersedia menerima dengan pelbagai persoalan yang menjurus dan meruncing. Mereka tidak lagi bersikap sebagai zaan nubuwwah yang disinari wahyu. Wahyu sudah berhenti, maka sudah tiba masa untuk akal beraksi bagi menterjemahkan wahyu dengan kebijakan masing-masing.
Bertanyalah, dan banyaklah bertanya. Jangan segan-segan bertanya.
Sesungguhnya saya orang paling suka menerima persoalan yang melimpah.
5 Cadangan/Pandangan:
haah.. pabila org bertanya, maka jawablah.. eheh.(ust blom bg pndgn ust mngnai stadi kes tu.org nk wat bkd ni)
btul jgk, "Sesungguhnya saya orang paling suka menerima persoalan yang melimpah"
tp ust jg jenis yg suka btny dgn 2-3 soklan, tp memerlukan jwpn yg bpuluh2/ratus2 jwpn..
BERTANYALAH..
nampak benar ketakutan kita untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan yang dilontarkan..walhal Al-Quran itu sendiri telah menggariskan supaya bertanyalah kepada ahli zikr jika kamu tidak ketahui..barangkali panitia yang dimaksudkan itu sendiri tidak menghayati lebih mendalam segala prinsip-prinsip menuntut ilmu dalam Islam..gawat kalau lagu ni.. bercita-cita tinggi mahu menegakkan ummah yang gemilang tetapi lupa bahawa kesilapan mereka dalam soal ini hanya melahirkan tukang angguk geleng-geleng semata..beku jumud ortodoks konservatif merupakan antara wajah-wajah kader-kader dakwah kalau begini gayanya..
apabila bertanya akal akn sentiasa berjalan...
apabila akal berjalan minda pula mula mencerna maklumat...
apabila minda mencerna maklumt anggota mula bergerk kerja..
apabila anggota brgrak krja Islam smakin brkmbg...
apabila Islam brkmbg ramai terhasil mujahid2 terbilang..~halaqah d syurga~
Tidak bertanya sesat jalan...
hmmm..dalam tamrin, usrah dan proses proses tarbiah, kita biasanya banyak mengikut yang lepas-lepas. jarang benar kita membuat research bagaimana program-program yang baik, manhaj-manhaj yang kemas dan sebagainya. Bila ditanya yang sudah senior, adakah bekalan bertulis untuk generasi depan, jawabnya tiada. segalanya dalam minda. pimpinan kita perlu banyak menulis dan mempublish, apa salah ilmu pegurusan jemaah, tarbiah dan bentuk bentuk dalaman dibukukan..?
Catat Ulasan