Selasa, 27 Januari 2009

STUDI KES 2


28 Januari 2009: Saya serba kepenatan semalam. Badan menjadi lemah longlai dan rasanya ingin sahaja saya merebahkan badan di perkamaran seawal segera. Namun saya masih menantikan panggilan telefon daripada sahabat tersetia, menyebabkan saya bertahan dalam keadaan mengantuk yang memukul bertubi-tubi.

Dalam kantuk yang menyerang, saya terfikir beberapa persoalan. Persoalan ini pada zahirnya nampak remeh dan tidaklah luas, tetapi apabila diperhalusi, ia mengandungi beberapa segmentasi permasalahan yang perlu ditangani sebaik cara. Antara persoalan ialah:

1- Seorang thiqah yang bernama Farid diberi jawatan sebagai Presiden tetapi lemah dalam kepimpinan. Syarih yang berkepimpinan pula diketepikan daripada menjawat jawatan tersebut atas alasan beliau seorang yang sangat tegas dan kurang disenangi oleh muslimat yang mahukan ke’bapa’an wujud dalam organisasi. Alasan yang diberikan untuk melantik Farid adalah, orang thiqah meskipun lemah dalam kepimpinan akan mendapat pertolongan Allah.


2- Seorang rajin yang bernama Faridah, memegang jawatan yang banyak serentak. Pernah memegang tujuh jawatan serentak selain memegang jawatan tetap sebanyak dua. Ia tidak menjejaskan sangat mutu pengajian beliau walaupun agak terumbang-ambing. Kepimpinan apabila ditanya tentang situasi Faridah menjawab, orang serajin beliau tidak boleh dihalang bekerja kerana jika dihalang sekalipun, beliau tetap akan mencari kerja yang lain.

3- Seorang bekas Presiden akhirnya berpaling tadah, konon-kononnya mahu membawa agenda Islam dalam bentuk yang berbeda. Beliau menggelarkan dirinya sebagai Ibn Abbas: satu gerakan yang tetap mempertahankan kebenaran meskipun keseorangan (sebenarnya yang tepat ialah Ibn Mas’ud). Beliau berpandangan beliaulah yang benar sedangkan yang lain salah.

4- Seorang yang belot daripada janji setia telah menghantar surat memohon maaf. Rakan-rakan lamanya berada di persimpangan dilema. Ada yang mahu menerima kesalannya meskipun ramai yang mahu memulaukannya sahaja. Beliau bukan sahaja belot, malah bersifat talam dua muka.

Agak-agak anda, apa keputusan atau pandangan anda. Persoalan yang timbul ini adalah benar.

17 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..ana ingin berkongsi pandangan ana,
1) Farid seorg yg bagus krn sikapnya yg thiqah tp dia memerlukan tarbiah yg lbih utk dia mnguruskan sesuatu organisasi krn pengurusan yg cemerlang sgt diperlukan dalam organisasi.mgkn jwtn di bawahnya perlu diletakkan org yg mahir dlm organisasi krn kapten bagi kapal perlu jelas halatujunya,maka dlm kes ini farid merupakan seorg yg jelas fikrahnya dgn sikapnya yg thiqah tp perlu dididik dlm bab pengurusan.manakala dlm kes Syarih pula,dia agak kurang sesuai sbg presiden krn sikapnya yg boleh mnyebabkan org di bawah kurang berpuas hati dan akhirnya kerja2 bleh terbantut.tp dia sgt diperlukan sbg ‘think thanker’ dlm organisasi.
2) Faridah seorang yg berbakat dalam kepimpinan krn wpun diberi jawatan namun akademiknya tidak terjejas wpun kdg2 agak terumbang ambing.. di sini pimpinan perlu memainkan peranan di mana tidak semua jawatan diberi kpd faridah krn ini akan membantutkan proses melahirkan generasi pelapis yg berkepimpinan.pimpinan harus melatih adik2 yg baru disamping tidak mengetepikan faridah. Faridah boleh dijadikan mentor kpd adik2.
3) Kita tidak boleh menanggap bahawa tindakan presiden itu salah krn mgkn pada penelitiannya itu adalah jln terbaik buatnya krn jln memperjuangkan Islam mempunyai pelbagai lorong.ana tidak bersetuju apabila ada mengatakan bhwa anwar Ibrahim juga tidak mampu mengubah dari dalm,inikan pula ‘mamat’ tu,siapalah DSAI itu,dia bukanlah org terhebat di dunia ini. Namun hal ini sepatutnya dibincangkan oleh presiden itu bersama rakan2 yg lain supaya ada yg membimbingnya risau2 dia sendiri hanyut. Namun apa yang ana tidak suka bila mantan presiden itu mengatakan bahawa hanya dia shj lah yg betul.ini adalah salah sama sekali.kita boleh mengeluarkan pandangan namun bukan hak kita untk mengatakan hanya kita shj yg btul.mgkn pandangan kita adalah pandangan yg paling BATIL!!
4) Melihat kepada kes yg ke 4,ana berpendapat kita harus memaafkan beliau krn sikap pemaaf dituntut dalam Islam, namun apa yg penting adalah kita harus sentiasa berwaspada dan berhati2 krn jika sekali dia pernah belot adalah x mustahil dia akan membelot lagi..
Wallahua’lam..sekadar pandangan dengkel!!

Tanpa Nama berkata...

salam.
ini pula pndgn ana terhadap kes 1:
farid mempunyai kelebihan dr segi thiqah ttp kurang kepimpinan.mksdnya kurang skill dlm management organisasi.

jadi kalo org mcm farid ni nk dinaikkan juga sbg ketua org, mmg memerlukan pemimpin sekelilingnya yg mantap2 sbg supporter dan penasihat.mungkin blh letak syarih sbg penasihat dia :)
mungkin juga org mcm farid ni blh blajar dgn cepat..

Tanpa Nama berkata...

kes 4:

Jika dia betul2 sudah insaf , maka apa salahnya dimaafkan saja,
tp jika rekod lamanya masih agak menghantui dan mencurigakan, maka why not kwn2 bagi tempoh penerimaan ttp dlm percubaan,,uji dia tgk dulu dgn apa je test yg boleh mencerminkan kesungguhannya utk berubah.

Tanpa Nama berkata...

salam. ana pulak nk komen kes 2:
org yg mcm faridah ni mmg le rajin ttp pimpinan kena analyze pulak dr segi kualiti setiap kerja dia pulak.
kerajinan belum tentu menjamin kualiti yg bagus, kerana kualiti berkait rapat dengan fokus dan kebijaksanaan.
jd rasanya faridah ni x perlu la pegang byk2 sgt jawatan, pengalamannya tu blh guna byk lg utk reference adik2 pelapis.
dan pimpinan jgn lupa pulak utk menjelaskn kpd faridah dgn cara baik agar fokusnya tertumpu.

lagi satu, gunakan juga ahli lain..jgn sbb faridah ni dah pgg byk, ade ahli lain yg tertidur sj.

sekian

Tanpa Nama berkata...

cam UKM jek farid tuh...mmg farid timbalan ameer UKM macam tuh pon...cube tgk wawancara mahasiswa pasca pilihanraya kt tvpas...tgk farid UKm tu jawab persoalan cam ner...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ust,kerana menegur jemaah ukm kerana kajian2 kes yg ust berikan ni berlaku di ukm..moga mereka membaca entri ni dan memuhasabah cara berfikir mereka yg salah...

Tanpa Nama berkata...

tggk sendirilah blog http://gm-ukm.blogspot.com betape demokratiknye GMUKM nie...sampai sekat komen2 pembaca....ade plak diorg block sbrg shoutbox dari server jaring.....tak caye?lihat sendiri...

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 28 Januari 2009 pada 11:54 PG berkata...

1. Bukankah ada konsep berikan sesuatu kepada ahlinya??... Rasulullah SAW pernah ditanya: “Bilakah akan berlaku qiamat?” Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Apabila amanah dipersiakan, maka tunggulah qiamat”. Dan ditanya lagi: ”Bagaimana dipersiakan amanah?” Lalu Nabi s.a.w menjawab:” Apabila diserahkan urusan pentadbiran kepada orang yang bukan ahlinya (tidak beriman dan tidak mahir), maka tunggulah qiamat (kehancuran)”

2. Rajin itu bagus... cuma mampukah dia fokus terhadap pekerjaannya untuk jawatan2 tersebut??... pandangan peribadi... kampus ( jika dalam kampus ) tersebut ketandusan ahli!!

3. Belum pernah terjadi dalam sejarah suatu gerakan dilakukan berseorangan... mahu jadi kambing di baham serigala??... sunnahnya nabipun tidak berseorangan...

4. Jika sudah memohon maaf, memberi maaf itu dituntut... namun, lebihlah berwaspada dikemudian hari... sambil jangan putus berdoa moga2 benar dia telah berubah... jika tindakan memulau diambil, yakinilah dia akan lebih jauh...

p/s: dalam memberi komen, terlihat kita seolah-olah sedang dalam keadaan sentiasa benar. Ampunkan dosa kami Ya Allah. Dan apalah salahnya tidak diaibkan saudara kita. Walaupun mungkin benar, sembunyikanlah, malu dibaca seluruh malaysia dan luar juga. Bayangkan anda ditempat beliau, kalau ana, sudah pasti panas hati dan tidak puas hati... bukan sekadar pada yang mendedahkan nama, tetapi kepada penulis artikel ini juga!!

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Ana rasa persoalan yang ustz utarakan memang senantiasa bermain dalam kepala ana. Keadaan sekarang lebih menampakkan bahawa mereka yang kelihatan thiqah itu lebih layak utk dipilih sebagai pemimpin. Sedangkan mereka yang nampak biasa-biasa aje sering dipinggirkan.

Dalam byk situasi, mereka yang kelihatan thiqah ini selalunya mempunyai latar belakang pendidikan sekolah agama atau mungkin famili mereka mengamalkan cara hidup Islam yang mungkin agak menyeluruh.

Persoalan di sini, thiqah atau tidak, tanpa kita sedari kita lebih mendahulukan pandangan manusia daripada pandangan ALLAH. Siapakah kita yang berhak mengecop seseorang itu sbg thiqah atau tidak? Kadang-kadang ana kecewa bilamana seseorang yang kelihatan thiqah itu lebih disanjung.

Ana akui pengetahuan tentang Islam itu sangat penting. Tapi itu tidak bermaksud kita memandang sebelah mata terhadap mereka yang kurang dari segi pengetahuan agama. Kita lihat saja bagaimana saidina Umar al-khattab telah diangkat menjadi amirul mukminin sedangkan beliau memeluk Islam pada ketika usianya 40 tahun.

Dalam banyak situasi, sebenarnya pemimpin yang kita perlukan adalah pemimpin yang bijak dalam membuat keputusan. Keadaan kita pada hari ini mendesak kita untuk menguasai keadaan, bukan dikuasai oleh keadaan. Ana rasa hal ini bukan setakat berlaku di ukm saje. malah di mana2.

Kita mahukan pemimpin yang boleh membawa halatuju sebuah organisasi berdasarkan keadaan semasa. bukan yang menghanyutkan kita seolah2 pasrah dengan keadaan yang sedang dihadapi.

Kita mengaku bahawa kita telah beristikharah memohon petunjuk dari Allah dalam menentukan keputusan, tapi layakkah kita meyakini kata hati kita sedangkan kita sendiri bergelumang dengan maksiat hati?

Ana lontarkan persoalan ini kerana terlalu kecewa dengan golongan yang taksub dengan mereka yang syok sendiri. Dan sungguh ana sedih kerana kita makin lemas dengan keadaan yang melemaskan ini.

Bangkitlah duhai sahabat. Ini bukan masanya mengukur sahabat2 kita dari luaran saja. Bukan ana ingin mengatakan bahawa mereka yang pernah belajar bidang agama itu tak baik, tapi tolong jangan pandang rendah pada shbt2 lain yang baru mengenal cara hidup Islam yang sebenar semasa berada di kampus. Kadang2 tanpa kita sedari golongan2 seperti inilah yang acapkali berada di barisan hadapan dalam demonstrasi, yang berada di barisan hadapan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Berilah peluang kepada mereka. Kita perlu sama2 saling menampung. Kadang2 yang nampak thiqah itu, hanya ALLAH saje yang tau ape yang ada dalam hati mereka. Bukan tujuan ana nak menghina, tapi sama2 menyedarkan. Minta maaf kalau ana salah.

Tanpa Nama berkata...

Ana nak memberikan sedikit pandangan terutama dalam kes pertama. Pertamanya ana nak tanya apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan maksud thiqah tu? Adakah thiqah pada seorang pemimpin itu adalah apabila dia tunduk bila berjalan, cakap berbunga-bunga bila berhadapan dengan muslimat, kelihatan sopan santun dalam gerak geri, berpakaian lengkap berkopiah raihan dan berperwatakan lembut? Pada pandangan ana dalam pemilihan pemimpin dalam semua peringkat kita tidak terlepas daripada apa yang diajar oleh nabi iaitu memilih pemimpin yang mempunyai ciri Quwwah dan Amanah. Apa yang ana faham dengan maksud Quwwah itu adalah jika di medan peperangan di zaman nabi ialah orang yang mampu memimpin pasukan perang, dan dalam konteks kini seorang pemimpin yang boleh memimpin organisasi persatuan secara rasmi atau tidak,boleh memimpin demonstrasi, lawan HEP secara berdepan, tidak takut dengan musuh, istiqamah mengedar risalah secara berdepan, boleh berkhutbah atau speech menyatakan pandangan di khalayak umum, menonjol di kalangan masyarakat, yang kehadirannya dirasai oleh masyarakat sekeliling. Manakala amanah yang ana faham adalah orang yang berpegang kepada amanah yang diberikan kepadanya, tidak mudah dalam kehidupannya bersuka-suka untuk berehat melainkan sentiasa berfikir bagaimana untuk memberikan kemenangan kepada Islam, sanggup tidak tidur malam kerana menyiapkan tanggungjawab samada yang bersifat pengurusan atau kerja lapangan, bukan yang suka berehat-rehat di kamar-kamar kolej, yang takut edar risalah menyampaikan dakwah, yang malas berfikir bagaimana ingin menyampaikan dakwah, yang berfikir bagaimana cara untuk bagi orang faham perjuangan Islam. Dalam kes 1 yang diutarakan, ana nampak kebiasaan masalah yang berlaku di mana-mana peringkat jemaah kampus adalah maksud 'Thiqah' yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin yang baik dengan muslimat. Contohnya dalam kes yang ana alami sendiri, dalam mesyuarat memilih pimpinan, terkeluar hujah yang kurang wajar daripada seorang muslimat, iaitu dia lebih utamakan pemimpin yang agak slow yang boleh difollow oleh muslimat, berbanding pemimpin yang 1)tegas, 2)agak keras tetapi teruji dalam kerja-kerja di medan, 3)yang menonjol di kalangan masyarakat kampus, 4)yang teruji tadhiyyahnya, yang tidak berkira soal tenaga dan wang ringgit bagi memudahkan urusan gerak kerja dakwah, walaupun dari sudut penampilan dan gerak geri tidak seideal yang diinginkan oleh muslimat. Dalam kes yang ana alami ini, kadang-kadang ana lihat, pertimbangan emosi dalam menentukan apa-apa keputusan yang berkaitan dengan masa depan jemaah melebihi pertimbangan rasional, sehingga hujah perasaan dan hati melampaui hujah prestasi, kebolehan, potensi, dan pengalaman seseorang. Dan apa yang ana lebih kesal adalah apabila hujah tidak dapat ditolak, wala' kepada gerombolan yang berautoriti menjadi cagaran, sedangkan peringkat kawasan yang lebih maklum atau lebih memahami kondisi lapangan seolah-olah diketepikan. Apa pandangan ust tentang situasi ini?

Tanpa Nama berkata...

Apa masalah ko ni Dzulkhairi? Ko tau tak, farid tu memang power. Disebabkan dialah UKM menang besar baru ni. Tarbiyyah mantop,akademik cemerlang, pandai berhujah, kelas tak suka ponteng, tak suka tido siang, menepati masa, ada pada setiap saat kritikal, pandai amik hati muslimat dan para pimpinan dan disayangi oleh masul. Sebab itu ko dengki, betul tak?

Aku tak kira, aku sokong farid juga.

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 29 Januari 2009 pada 11:20 PG berkata...

Alamak... kenapa pula dengan penyokong farid nie??... adakah ustadz dzul menyatakan farid yang mana??...

Masalah nie bukan fix disesuatu tempat sahaja.. malah ini masalah sejagat...

Nampak x apa terjadi jika ada yang mendedahkan nama... walaupun tidak tahulah siapa penyokong Farid sebenarnya... tapi komen2 diatas ada yang mendedahkan farid yang mana.. maka timbul Fitnah disitu... Alahai...

Ustadz Dzul Di Indonesia.. bagaimanapun besabarlah sehingga beliau kembali ketanah air untuk dijernihkan dari hal ini..

Tanpa Nama berkata...

hmm.. betul. Ana kira saudara kita menyatakan sesuatu yang umum untuk dibincangkan, berdasarkan fenomena & suasana yang makin kerap timbul sekarang. Bukan hanya 1 kampus ana kira.

utk persoalan 1,
pilihlah orang benar2 bkelayakn. punyai kepimpinan. orang yg thiqah, dia akan menguatkan, mengingatkn. yg memimpin, kne dengarlah n trime nasihat.

psoaln k2,
rajin setara mne pn, kalu overload, maka kurang fokus. pemfokusn xde, mnyebabkn kurang kualiti. mungkin fenomena kurang ahli mnyebabkn dia biasa wat kijo bnyk. jd, bila ada ptambahn ahli, pimpinan kne buat kuota, agar ahli2 mrasai dan belajar juga. Bukan hny seorang. Dan, lihat juga kemampuan ahli.

psoalan 3.
ana lbh sukakn pbincangan. sama ada dia seorang mantan yg hebat sblum ni, bbincanglh. mungkin mantan nampak cara pembawaan dia sblum ni tbaik. Lancar. Bergerak. Tahniahlah ntok dia. Cuma, setiap kepimpinan, dia ada caranya. Mantan yang kini sbg ahli, kne ikut flow pimpinan. W/bgmanapun, mengikut flow, bknlh skdr mngikut. Klau dirasakan flow itu mlambatkn/ ada yg x stuju, bincanglh. dimana hilangnya adab seorang mantan yg dulunya dipandang sbg contoh teladan, dan sekarang asal tidak stuju skit trus nk buat sesuatu yg baru. Bincang, dan bantulah pimpinn yg ada. Bukankh kita diajar supaya saling tampung menampung

psoalan ke4,
bila diminta maaf..berilah maaf.
dan berwaspadalah. Mungkin kalau itu ksalahan ptamanya, kita maafkan. Kita tidak ingin pisang bbuah 2 kali. Dan dlm mse yg sama, kita juga inginkn dia bnr2 berubah. follow-up him/her.
kes boikot ni, kurang sesuai, kecuali bagi yang mengulangi ksilapan yg sama berulang2 kali. bagi peluang, asyik2 nak belot.

sekadar pandangan hmba dha'if

allahu'alam.

laily on 29 Januari 2009 pada 9:52 PTG berkata...

i agree..xyah ler dihebah2 kan citer ni...

Tanpa Nama berkata...

apehal dgn 'pnykong farid' tu?bila us.dzul sbut farid ukm.jgn jadi prvokator dlm ruagngn sbgini kalau syg jmaah dn Islam.ana ykin ada temn2 dr ukm yg baca artkl dn kmen 'pnykong farid' ni.fkirkn kesan kmentar anda yg main buat andai2an trsndiri! tgu je tuan blog ni jwb nnti pulg dr indonsia.

Tanpa Nama berkata...

pendedahan nama farid diatas adalah cobaan geng2 kayu yang duk buat kaco diperingkat nasional....cth blog antihusam tuh....

Tanpa Nama berkata...

ana tak faham kenapa ada orang yang beremosi dalam studi kes 2 ni...huhu

kes studi 2 ni ana nampak ditujukan secara general kerana hal yang dibincangkan dalam kes studi 2 ni turut berlaku di kolej ana...so, jangan melatah ye penyokong farid ;p

oh, terima kasih kerana mengutarakan masalh2 ni dan memberi pandangan...sebab ana pon tengah buntu dengan situasi diri sendiri(kes 2)..ramai nampak ana seorang yang mampu pegang banyak jawatan dan tugasan sebab setiap kali diberi sesuatu tugasan ana akan cuba memberikan yang terbaik...kalau ana menghadapi sebarang masalah dalam jawatan tu, ana akan cuba untuk tidak menunjukkannya dan cuba untuk tidak membebankan orang lain. disalah tafsir sebagai 'orang besi' ana diberi tugasan bertubi-tubi dan 'senior' seolah-olah lupa adanya orang lain dalam organisasi kami dan seolah-olah tidak percaya akan kebolehan orang lain...(belum cuba belum tahu..)
ana pernah menolak sesetengah jawatan...tapi dipujuk3x smpai xsampai hati..payah jugak..

kesimpulannya.... cuba beri peluang dan ruang kepada orang lain untuk mencari pengalaman... treat everyone fairly..kadang2 yg xdiberi tanggungjawab ade 'bakat terpendam'... :)

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE