Mungkin sudah tiba masanya gerakan kampus mengasingkan tamrin antara lelaki dengan perempuan. Muslimin ada kekuatan fizikal sedangkan muslimat lebih kepada perasaan kasih sayang dan semangat kekitaan.
Ia tidak sama. Dalam beberapa segi, ia menyusahkan. Muslimat mungkin mempunyai komitmen yang tinggi terhadap ceramah sedangkan muslimin tidak begitu. Ia lebih suka kepada kegiatan dan aktiviti.
Muslimin tidaklah sukakan sangat dengan modul keanak-anakan dan modul ukhuwah. Saya antara orang paling tidak suka dengan modul. Mereka lebih lasak. Muslimat pula, memang sukakan perkara itu.
Penanaman semangat juga berbeza. Mood antara muslimin dengan muslimat berbeza. Muslimat mungkin boleh dengan muhasabah menitiskan air mata tetapi muslimin sukakan muhasabah jihad.
Ia berbeza bukan?
Banyak lagi sebab yang boleh kita lanjutkan perbincangannya. Maka apabila tamrin berbeza, yang terpenting ialah bentuk tarbiah juga mesti berbeza.
Tidak boleh lagi dinilai komitmen muslimin dengan melihat sejauh mana komitmen mereka terhadap kedatangan ke dalam usrah dalam bentuk perbincangan. Menghabiskan silibus.
Muslimat berminat. Muslimat berminat dengan budaya tazkirah. Muslimin tidak begitu. Mereka lebih minat mengasak minda dan fizikal dengan cara lain.
Saya sebutkan kepada rakan saya. “Ana ni kira nasib baik ana jenis taat je. Ikut hati ana, ana pun tak suka dengan bentuk usrah yang ana lalui selama ini.” Benar, saya tidak sukakan sangat usrah yang saya lalui selama ini.
Apa lagi apabila naqib melukis gambar pokok untuk ditamsilkan dengan Islam, Ihsan dan akidah. Ia membosankan.
Muslimat tidak mengapa. Diulang benda sama berulang kali pun tidak mengapa. Mereka jenis berkongsi masalah. Muslimin tidak. Mereka tidak minat berkongsi masalah. Mereka lebih gemar mencipta masalah.
Saya tidak suka dengan slot muhasabah yang tidak menentu. Menitiskan air mata perlu. Tetapi apabila dikumpulkan dan dimuhasabah, saya sudah mula bosan. Saya sudah besar. Saya mahukan pendekatan lain.
Saya juga tidak berminat dengan muhasabah tentang Palestin dan sebagainya. Itu semua retorik yang sengaja digambar-gambarkan. Tetapi kefahaman tetap tidak terbina. Hanya air mata yang tertumpah.
Jadi, banyak bezanya. Namun saya seorang yang taat dan mengikut sehingga akhirnya saya lulus. Meskipun hati saya memberontak. Saya mahukan pendekatan lain. Namun sukar kerana saya sudah lahir dalam kerangka sistem ini.
Ibarat seorang yang lahir di negara Iran. Tidak pernah berjumpa dengan karya ahli sunnah wal jamaah. Mereka hanya bertemu dengan ulama syiah. Lalu mereka menjadi penganut syiah. Mereka biasa dengan kehidupan syiah. Mereka akan sukar menukar pendirian.
Maka orang yang lahir dalam sistem sekarang pun sukar sekali menukar bentuk kehidupan mereka. Kita lahir melalui sistem usrah yang penuh kelembutan, penilaian komitmen dibuat berdasarkan kehadiran dalam usrah dan lain-lain, ia membosankan untuk remaja alaf baru.
Itu pendekatan untuk orang tua. Juga untuk muslimat. Bukan untuk anak muda yang aktif dan lasak. Yang kreatif dan memiliki pemikiran yang semakin kritikal.
Silibus usrah pula tidak menguntungkan orang yang tidak belajar dalam pengajian Islam. Saya teringat seorang pelajar Akaun UPM bertanyakan soalan,
“Bagaimana perhatian tarbiah terhadap pelajar akaun seperti kami?”
Nah, apakah jawapan kita. Kita hanya menguntungkan pelajar fakulti atau akademi Islam. Maka ramailah yang belajar agama mengikuti perjuangan kita. Sedangkan pelajar kedoktoran dan engineer yang cerdik jarang menuruti langkah kita. Ia merugikan kita.
Patutlah jika muslimat yang ramai beranak dalam sistem ini. Kerana sistem ini menguntungkan mereka.
Sudah lama sistem ini diguna pakai. Ubahlah yang baru. Kita sama-sama berfikir sesuatu yang baru.
19 Cadangan/Pandangan:
salam
ya ana stuju in some extend
sbb usrah di engineerng kmpus(kmpus ana) ni berbeza, x dpt la just nk usrah dlm bntuk halaqah dan pngisian biasa...
kdg2 pngisian loqlaq(mngarut tp bermnfaat) lbh berkesan...
tp x blh nk lupekn ceramah dan kuliah
sifat sukakn ilmu ttp kne terapkan pada penggerak2 kita
bkn ke ntum sume tahu kbnykn ilmu2 kita perolehi dari pngajian2 di surau2 + masjid dan juga2 pgrm2 berbentuk crmah?
bg ana, versatile is important, but must keep it track
Saya hanya ambil sebahagian sahaja drpd petikan saudara di atas utk sya komen, harap saudara dpt bce komen saya ini...
-"Saya juga tidak berminat dengan muhasabah tentang Palestin dan sebagainya. Itu semua retorik yang sengaja digambar-gambarkan. Tetapi kefahaman tetap tidak terbina. Hanya air mata yang tertumpah."-
Assalamualaikum..
Saya harap saudara berada dlm keadaan sedar ketika saudara sedang menulis kenyataan di atas ini yg pd PENDAPAT SAYA, sebenarnya ada yg x kenanya. Ingatlah kita bahawaa sesungguhnya peringatan itu berguna dan amat bermanfaat bg org2 MUKMIN.
Sekurang2nya, program bertemakan Palestin yg diadakan selama ini (terutaamanya yg dianjurkan secara bersama dgn AMAN Palestin) telah memberikan byk pengajaran dan peringatan kpd kita dr semasa ke semasa. Tujuan ia dibuat secara berulang kali bknlah bertujuan utk membosankan kita semua, tapi ia diadakan utk memberikan info2 terkini ttg Palestin (cth:isu serangan Gaza baru2 ni)..
Ia juga diadakan secara kerap kerana mahu mengingatkan umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia amnya, bahawa isu Palestin ini adalah PERBINCANGAN HINGGA HARI KIAMAT..bukanlah ia terhenti hanya sehingga bulan Januari dahulu sahaja, tapi ia PATUT DAN PERLU diteruskan dari semasa ke semasa.
Ingatlah saudara bahawa kita ni manusia yg sering alpa, lalai dan leka dgn urusan dunia. Jadi x salah kalau kita didedahkan sedikit dgn gambaran kehidupan di Palestin bg mengingatkan kita bahawa ada saudara2 kita di sana yg sdg ditindas dan dihina oleh mereka yg zalim laknatullah..Kita juga pasti akan 'terkesan' di hati kalau kita lihat video2 yg bertemakan kesengsaraan dan penderitaan di Palestin ataupun video2 yg menggambarkan ttg nasib yg ditimpa oleh Masjidil Aqsa..Sudah pasti apabila melihat video tersebut, kita akan memuhasabah kembali diri kita, sdh berapa byk pertolongankah yg sudah aku berikan utk membantu saudara2 ku di sana..pasti persoalan ini akan timbul di dalam detik sanubari kita walau sekeras mana pun hati kita ketika melihat video2 yg menginsafkan itu..
Jadi, saya kurang bersetuju jika saudara mengatakan 'kebanyakan'(atau mungkin saudara maksudkan 'semua') program2 yg bertemakan Palestin ini HANYA 'retorik' yg tdk menambahkan kefahaman para hadirin yg hadir...kata saudara, hanya air mata sahaja yg melimpah...mana kita tahu, entah2 ada ganjaran pahala yg besar yg akan Allah berikan kpd mereka yg sedih mahupun yg mengalirkan air mata mengenangkan saudara seIslam mereka yg ditindas di Palestin sana..mana kita tahu, entah2 program2 inilah yg sebenarnya yg byk menambahkan kefahaman kita terhadap isu Palestin yg sdg semakin pudar sekarang ini setelah ia tdk digembar-gemburkan oleh KITA...
Adakah salah utk mengadakan program2 muhasabah terutamanya yg berkaitan dgn isu Palestin ini. Jika saudara menganggap usaha yg diadakan sekarang sdh membosankan ataupun suduh luput, cbe kita renungkan kenapa msh ramai yg mahu pergi prgrm2 ini kalau ia diadakan..?kenapa msh ramai yg sedih mengenangkan nsb saudara2 Islam yg menderita di Palestin bila melihat video Palestin ditanyangkan ketika prgrm2 AMAN palestin? (walaupun video itu sdh byk kali ditayangkan..)...
Ini membuktikan bahawa manusia sememangnya memerlukan TAZKIRAH ataupun apa yg dinamakan PERINGATAN secara ;continous'..
Jika saudara perasanlah, kalau kite sdh lama x ditegur, x diperingatkan, x diberi tazkirah, mesti jiwa kita rasa x tenang ataupun rasa mcm serba x kena bukan???
[continued on next comment, sbb x muat..panjang sgt kot]
[continued from comment just before this comment...]
Jadi sbb itulah prgrm2 muhasabah dan prgrm2 yg bertemakan isu Palestin ini patut diteruskan, malah diPERBANYAKKAN, walaupun modis operandi yg digunakan oleh penganjur hampir sama dgn prgrm2 lain, tapi apa salahnya kan?? Masih memberi manfaat kpd para hadirin yg hadir bukan?? Jadi, cbe renungkan penulisan saudara ini..adakah benar ataupun ada kesilapan pd kenyataan yg dikeluarkan oleh kita selaku manusia biasa... Saya x kata yg apa yg saya ckp ni betul, tp, ini sekadar teguran utk diri saya dan juga diri saudara..harap saudara dpt fhm maksud saya dlm comment yg pnjng di atas ini.. Maaflah jikalau saya terkasar bahasa atau melukakan hati saudara, tp sye agak mrh kalau org krg ambil berat/buat tak tau je dgn isu Palestin..Kalau program berkaitan Palestin pun x nak bg komitmen, mcm mana pulak komitmen nak bantu saudara seIslam kita di sana???-satu persoalan~ Walaupun komitmen bkn hnye dilihat pd kerajinan seseorg utk hadir ke ceramah2/prgrm2 isu Palestin, tp kehadiran ke prgrm2 tersebut sebenarnya adalah manifestasi terhadap sikap ambil berat kta terhadap org2 Islam di Palestin.. Harap saudara faham dan terima pandangan saya ini dengan hati yg terbuka. Sesunnguhnya saya ini manusia biasa yg biasa melakukan kesilapan dan sedia menerima teguran. Terima kasih, Assalamualaikum...
sdra hafizi tersilap mentafsir kt2 saya. saya tidak maksudkan program palestin. saya menyebut ttg dalam sesetengah program, AJK kerap cuba muhasabah ttg palestin dgn tujuan melimpahkan air mata tetapi tidak membina kefahaman.bukan program ttg palestin.
mcm kenal pngisian loqlaq.
"Tarbiyah LOQLAQ" ?
boleh jelaskan scra jelas?
sy xnunding jari kpd mslimin yg kurang dr sgi komitmen hadiri usrah,halaqah. sbb x smua gtu. tp, bgmn cr utk mencetuskn mahu. kalau lah contoh pngisian loqlaq tu dapat menarik ramai mad'u lbih mdkati Islam, lalu, boleh mujahid4869 jelaskan sdikit sbnyk?
"muslimat nk jd penta'aruf?"
"muslimat nk handle semua?"
nmpaknya ada dikalangan muslimin kurang meyakini muslimah.
mungkin kerana belum ada yg benar2 dpt bw n muslimah tiada pngalaman handle slot2 ttntu...?
jgn pandang rendah, sebaliknya 'train' kan ataupun beri peluang agar mereka belajar, belajar bersama pengalaman juga.
selamat bertamrin wahai adik-adik.
antum akan tempuhi keadaan sebenar slps keluar dari kampus.
Jika diasingkan tamrin, maka peluang muslimin belajar dari muslimat, dan peluang muslimat belajar dari muslimin akan berkurangan.
Usrah dah asing. Program Qiam dah asing. Jaulah dan Ziarah dah asing.
Mungkin tamrin ialah tempat untuk muslimin dan muslimat menambah 'tarbiah' masing-masing. Muslimin belajar untuk lebih 'berperasaan' dan muslimat belajar untuk lebih 'kuat'. Dll. Didalam 'the real world' kedua-dua muslimin dan muslimat mesti belajar untuk hidup bersama, bekerja bersama, ber'pengisian' bersama. Maka, tamrin ialah latihan untuknya.
Maka, kurang bersetuju untuk asingkan tamrin.
salam,
ustaz, terlebih dahulu tahniah krn cuba menimbulkan sesuatu yang berbeza.mgkn boleh difikirkan.
ustaz,
untuk pengetahuan ustaz bukan semua muslimat suka dengan konsep ceramah dan slot airmata walau tidak dinafikan ia lebih dekat dengan jiwa muslimat. ya, tapi ustaz, bukan semua boleh menerima pendekatan sebegini. ana salah seorang daripadanya. kalau dengan diasingkan tamrin muslimin muslimat tetapi pendekatan untuk muslimat tetap serupa dengan ceramah dan slot air mata, ana yakin kita hanya mampu menarik golongan yang 'sejiwa' sahaja. sedangkan golongan lain belum tentu lagi.
pada pandangan ana yang dangkal ini ialah seperti yang pernah ustaz cadangkan sebelum ini iaitu dengan pendekatan tamrin itu dikaji semula. ana bersetuju dengan mujahid4869 versatile is important but must keep it on the track yang mungkin pada ana maksudnya begini, konsep ceramah dikekalkan tetapi dicampur dengan brainstorming umpamanya. seperti yang pernah dibuat dalam tamrin GAMIS baru2 ini. ana suka sekali dengan pendekatan sebegini.
apa2 pun ini hanyalah pandangan ana yang dangkal sahaja. segala yang baik dan buruk itu datangnya dari ALLAH semata namun segala yang buruk itu disandarkan ana sendiri. wallahua'lam..
Selepas menonton Pembinaan Kader PKS, saya agak bersetuju dengan cadangan Ustaz.
Benarlah, lelaki memang perlu ditamrin keras-keras agar dia lasak (mutakhir ini tidak boleh dinafikan, ramai aktivis muslimin semakin longlai). Dan muslimat dilatih lasak tapi sampai tidak hilang kelembutannya (ramai sudah muslimat ala lelaki sekarang ini).
Apabila pengasingan dilakukan, rasa segan untuk bertamrin sungguh-sungguh hilang. Golek sungguh-sunguh, lompat sungguh-sungguh, nyanyi sungguh-sungguh, jerit sungguh-sungguh!
Saya suka kalau lelaki ditamrinkan untuk menjadi lelaki yang berkarisma.
Yang perempuan pula, ajar juga untuk lasak kerana dunia sekarang makin ganas, tapi juga diajar menjadi perempuan. Modul memasak dlm keadaan genting, jahit baju, rawatan kecemasan, perasaan simpati dan empati, tak lupa, latihan berpidato.
Cuma, perlu juga ada beberapa tempat yang menghubung jalinkan lelaki dan perempuan. Kadang muslimat lantang, tapi depan muslimin senyap sunyi; begitu juga dengan muslimin. Ada juga yang mana ingin menjaga ikhtilat, hingga tidak tahu bekerja dengan lain jantina.
Satu perbincangan yang baik. Lanjutkan lagi.
Ana pun tak faham, apa relevannya tamrin ni bercampur ikhwah dan akhawat bercampur!
Sebenarnya dalam aspek ini mestilah dihindarkan dari segala bentuk fitnah.
Kami di sini ditamrin dengan pengasingan ikhwah dan akhawat.. Bukan sahaja tamrin.. Tapi kuliahnya sekali.
Mungkin sudah sampai masanya diasingkan kampus lelaki dan wanita di Malaysia.. Melihat kepada kebejatan gejala sosial yang melanda mahasiswa hari ini..
Wallahua'lam
assalamualaikum.
ana tertarik dengan kata2 ini:"Muslimat berminat. Muslimat berminat dengan budaya tazkirah. Muslimin tidak begitu. Mereka lebih minat mengasak minda dan fizikal dengan cara lain."
teringat ana ketika bertamrin dahulu, bila ada slot disiplin yang tidak dapat menerima kekerasan sampai pengsan adalah muslimin dan yang membantu memberi semangat kepada muslimin itu adalah muslimat. pendek kata muslimat ni jangan di pandang rendah ye . muslimin pulak jangan dipandang hebat sangat fizikalnya. sekali sekala muslimin perlu di buang egonya walau tidak semua.
assalamualaikum.
ana tertarik dengan kata2 ini:"Muslimat berminat. Muslimat berminat dengan budaya tazkirah. Muslimin tidak begitu. Mereka lebih minat mengasak minda dan fizikal dengan cara lain."
teringat ana ketika bertamrin dahulu, bila ada slot disiplin yang tidak dapat menerima kekerasan sampai pengsan adalah muslimin dan yang membantu memberi semangat kepada muslimin itu adalah muslimat. pendek kata muslimat ni jangan di pandang rendah ye . muslimin pulak jangan dipandang hebat sangat fizikalnya. sekali sekala muslimin perlu di buang egonya walau tidak semua.
assalamualaikum.
ana tertarik dengan kata2 ini:"Muslimat berminat. Muslimat berminat dengan budaya tazkirah. Muslimin tidak begitu. Mereka lebih minat mengasak minda dan fizikal dengan cara lain."
teringat ana ketika bertamrin dahulu, bila ada slot disiplin yang tidak dapat menerima kekerasan sampai pengsan adalah muslimin dan yang membantu memberi semangat kepada muslimin itu adalah muslimat. pendek kata muslimat ni jangan di pandang rendah ye . muslimin pulak jangan dipandang hebat sangat fizikalnya. sekali sekala muslimin perlu di buang egonya walau tidak semua.
saya rsa time Tamrin nak kenal ngan orang yang akan gerak kerja skali ngan kita,time Tamrin kuar prangai2 yang cube ditutupi slama ni,ego,kuat mlawan,malas nak layan,sbb time bawah tekanan perilaku sebenar akan timbul..dah tau prangai muslimin muslimat semua senang nak kerjasama blkang hari nnti..lg satu Usrah untuk Muslimin Muslimat tambh lg stu silibus pegi at least Demostrasi skali untuk uji keneranian,baru real
saya rsa time Tamrin nak kenal ngan orang yang akan gerak kerja skali ngan kita,time Tamrin kuar prangai2 yang cube ditutupi slama ni,ego,kuat mlawan,malas nak layan,sbb time bawah tekanan perilaku sebenar akan timbul..dah tau prangai muslimin muslimat semua senang nak kerjasama blkang hari nnti..lg satu Usrah untuk Muslimin Muslimat tambh lg stu silibus pegi at least Demostrasi skali untuk uji keneranian,baru real
ana tak kisah nak gabung ke tak program2 tarbiyah ni..sebab kadang2 perlu kadang2 tak perlu, lihat pada keperluan, jika nak asing terus pun tak setuju..benarkah musliminnye begitu semuanya??muslimat semuanya begitu???atau sebenarnya itu persepsi penulis yang nak samakan semua manusia begitu???memang muslimin lasak, tapi pemalas dalam certain2 kerja, harapnye semua muslimat buat, mungkin penulis tidak, tapi kebanyakkan muslimin begitu..
gerak kerja kita bukan hanya fizikal sahaja, tapi lebih daripada itu adalah tekanan mental, itu sebenarnye kekuatan selain aqidah kita...berapa banyak muslimin dapat tamrin yang ganas, keras fizikalnya, tapi tak boleh terima pendekatan sebegitu???bahkan bile bekerja, die paling banyak longlai..sebab hati dan fikiran yang memang tak nak berubah..
aku lebih suke, pelbagaikan elemen tarbiyah, ganas ke, fizikal ke, masuk hutan ke, keilmuan ke, ape sahaja, perlu...bukan hanya satu teori sahaja, asing sebab masalah2 keperibadian laki dan perempuan...
da aku masih yakin dengan usroh bulatan ini,cuma pendekatan itu yang kena berubah, dalam isu ini, para naqib perlu dipersiapkan dengan elemen tarbiyah yang pelbagai....
salam..
suatu perkongsian yang baik untuk kita kongsikan..
pada pendapat ana adkalanya perlu muslimin dan muslimat diasingkan, dan adakalanya x perlu..
itu bergantung kepada pa yang hendak dicapai dlm tamrin..
jika tamrin ni sbgai tmpt membentuk kerjasama maka ana melihatkan ianya perlu digabungkan antara muslimin dan muslimat..
dan jika bentuk tamrin ni lbh kpd modul sprt mna yg ustaz cba asingkn sprti muslimat dgn modul muslimatnya dan muslimin dgn cara dan pembawakan modul tamrin muslimin..
itu ana merasakan sgt perlu untuk diasingkan..
tetapi kita perlu ingat bahwa muslimat perlu seiring dgn muslimin bagi membentuk suatu jamaah yg kukuh..
pa yg ana dpt lht drpd tamrin yg ana pernah lalui perlunya da kesefahaman dpt dbntuk melalui tamrin yg digabungkan..
ni mungkin pandangan ana yang mungkin agak cetek kerana hanya melihatkan waqi' ditempat ana..
tetapi ana tidak menolak sepenuhnya pandangan ustaz..
mungkin ustaz da btulnya..
wallahualam..
salam
ana setuju diasingkan tamrin muslimat dan muslimin
jika disangkan tak bermaksud mslimin tak tau cara nk begerak keje dgn muslimat dan sebalikny tidak bermaksud juga tak dapat nak faham sifat masing2..
tapi dengan asingkan,lebih berkesan.sebab ( contoh)certain aktiviti lasak or seumpama dengannya musliamt tak dapat nak buat sepenuhnya sebab ada muslimin..
pendek kata tapi cket sebnayak pergerakan tu terhad..
tapi jika asing.nah..boleh buat apae jer nak
denda teruk pun mugkin takder masalah..
lebih bekesan dan lebih fokus juga utk slot lain septi taaruf..sebabnya ana tak namapak bila gabung mat dan min dalam tamrin tu bagus..mostly coz kita nak jaga tul2 aspek ikhtilat yg sanagt bersifat subjektif ni...
Catat Ulasan