Sudah lama gerakan mahasiswa di UM berkuasa. Mereka selama ini mendominasi persada politik mahasiswa. Sebut sahaja nama UM, gah terasa.
Saya menjangkakan, kelekaan akan melenyapkan mereka. Saya tidak mahu adik-adik saya di UM dilanggar kelekaan tersebut sehingga mereka terlalai. Ia merugikan.
Saya mahu sebut kepada TNC HEP, “Jangan bimbang lagi dengan gerakan UM. Mereka makin lemah. ini kerana budaya leka sedang menghantui mereka.”
Saya tidak katakan budaya ini sedang menghantui presidennya. Saya kenal presiden PMIUM. Karismatik dan saya menyanjung kepimpinan beliau. Tetapi saya menanti yang lain.
Gamis tidak mahukan hanya Munir dari UM. Kita perlukan lebih ramai perancang dan penggera.
Atau benarkah apa yang menghantui saya selama ini. Pedoman Ibnu Khaldun. Kerajaan akan jatuh setelah lama bertapak. Ini kerana mereka tiada saingan untuk dijadikan kayu pengukur.
Juga ditimpa kelekaan kuasa.
Saya tidak menolak kemungkinan sahabat gerakan dari kampus lain seperti UIA, UKM atau UPM, atau mana-mana akan mendominasi gerakan nasional jika ahli di UM ditimpa kelekaan berpanjangan.
Saya tidak berniat mahu menjatuhkan UM. namun saya menyedari, orang yang jarang disebut kelemahannya walaupun kelemahannya banyak akan mudah melenting.
Saya mahu mencabar hanya dua dari gerakan di UM.
Pertama, siapa yang sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama presidennya, Saudara Syazni Munir.
Kedua, peningkatan kaderisasi. Syaa mencabar gerakan UM untuk memperbanyakkan semula kuntiti dan kualiti kaderisasi.
Seseorang memberitahu saya, “Ustaz, yang penting kualiti bukannya kuantiti.”
Saya menjawab balik, “Kurangnya kuantiti kamu sekarang menunjukkan kualiti pimpinan dan naqib adalah sangat lemah.
Munir, maafkan saya…
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
7 Cadangan/Pandangan:
ustz, tolong jelaskan bagaimana tertib/adab menegur pimpinan dengan baik; agar tak berlaku salah faham. menganggap teguran adalah menjatuhkn air muka ataupun apa sahaja yg mbenamkan berlapang dada.
tanpa nama, sila baca artikel saya dalam bulan Mei bertajuk, Fiqh Tarbiah 7
kesian gerakkan um...
kesian syazni munir....
kesian semua sudah berusaha...
kesian pmium....
kesian maahsiswa um...
akhir nyer kesian kat islam di um...
mgkin ramai yang melihat gerakan pro-m atau seblm ni pmbagkang telah kuat dan berjaya kerana telah menggulingkn kerajaan proksi HEP..perkara ini xbole di nafikan...
sepanjang mengemudi diri di um...apa yang saya lihat keadaan d um semakin tenat dan penat untuk di pikirkan...semakin hari semakin lemah...
saya amat berduka cita..kerana um di kenali dengan figure yang telah menjadi pmimpin negara...semakin kurang mneyengat dalam mengembangkn islam tapi lebih kepada politik yang makin bermaharaja lela....alasan kuasa kita dapat jlnkn islam...tp bila dapat kuasa apayang terjadi....
optimisnyer...diorang buat keja xkan nk bagtau semua...sya tidak pasti apa yang sedang dikerjakn..harapnya...buat la sesutu..
ntahla...sejak naik pmerintahan um ni...sya tidak merasakan sesutu prubahan yangsedang di canang sepanjang 2 semesta yang lps....mgkin sy yang tidak mengalaminya ..slah ambo kot...xpo la..
cuma untuk perhatian dzul...sya tau anda msih lg bergerak untuk pmium dan semua wakil pmpinan mahasiswa lain...so buat la sesutu...anda pn terlibat dengan tamrin pmi n gamis....so perkara prubahan yang anda gmbr gembur kn dlm blog ni tidak hanya retorik...sya masih lagi optimis terhadp pnulisan harap ia bkn hanya sekdar melunakkan hati pembaca atrau sekadar idea yang hebat dengan kerja yang agak lembap...maaf..sbb sy telah degr prkra yang buruk ttg anda...ckp xsama bikin ...cuma sya xyakin kerana tidak alami sendri...
harap dapt bntu mmbntuk generasi islam yang berjiwa kental dan berintelektual yang tinggi...
tak lama lg aku akn tinggalkn um...
mgkin lpangan aku berubah tp misi yang sama...insyalah...
harap optimis tidak akn kecewa diri aku terhadap sahabat ku..dzul selamt mendidik kader baru n mantapkn kader lama...
jagn biarkan orang menjauhi islam yg indah kerana pembawa nya yang buruk lakunya...
di lapangan dan upaya ku
trimaksh.
tanpa nama
Kenapa perlu teguran sebegini dibuat secara umum?
Salam sedih ana melihat penipuan demi penipuan telah dibuat dalam blog ini...sedarlah wahai semua pemerhati semua tulisan2 dalam blog ini adalah bukan tulisan dzulkhairi tapi supporter2 dia punyer kerja!! Nak nampak dzulkhairi ni hEBAT la konon!! Hebat hanya ada pada ALLAH
Catat Ulasan