Selasa, 19 Mei 2009

seruan saya:kaderkan orang cina


19 Mei 2009

“Kaderkan orang Cina, pasti lanskap tarbiah kampus akan berubah.”

Ini gagasan dan impian saya. Kita sendiri bersetuju dengan dua kelebihan orang Cina. Satu, mempunyai akal yang bijak. Dua, kelebihan dari sudut perniagaan.

Saya cukup meyakini, jika dalam masa tiga atau empat tahun dari sekarang, sekiranya semua ahli gerakan kampus serius dalam hal ini, kita akan dapat melihat paling kurang tiga atau lima orang ahli gerakan baru berbangsa Cina.

Ketika itu, jamaah terpaksa memikirkan satu mekanisme pentarbiahan baru. Saya sangat yakin, orang Cina tidak akan serasi dengan bentuk tarbiah yang ada sekarang.

Maka saya mengambil kesempatan menyeru semua ahli gerakan kampus seluruh Malaysia, agar serius untuk mengkaderkan orang Cina.

Kita letakkan target, mulai lima tahun dari sekarang, sekurang-kurangnya kita akan kaderkan hanya lima orang Chinese Muslim untuk terlibat dalam gerakan kita.

Ketika itu, mungkin Persatuan Islam UM akan meletakkan orang Cina sebagai Lajnah Ekonomi atau sebagai Setiausaha Agung. Yakinlah, kita mampu.

5 Cadangan/Pandangan:

Amir Mujahid berkata...

Ana tidak merasakan orang Cina di kampus-kampus sanggup untuk bertahan dengan lama dalam sistem jemaah sekarang.

1. Terlalu banyak program/ aktiviti/ usrah/ tamrin yang membazir masa dan tidak bermatlamat yang jelas.
Orang Cina rata-ratanya tidak tahan dengan pembaziran masa yang berterusan

2.Terlalu banyak bercakap, berteori, berfalsafah, berkuliah. Tetapi sumbangan dalam bentuk 'real' dan mempunyai 'value' amatlah kurang.
Orang Cina rata-ratanya amat konstruktif. Dan tiada kesabaran melayan cakap-cakap kosong.

3.Terlalu narrow minded. Bila tak cakap ana-enta, dah pandang serong. Bila pakai seluar jeans, terus berbisik-bisik. Bagaimana orang cina nak bersabar dengan gerakan kita?

Dan banyak lagi...

Pendapat ana yang berdarah cina, berdarah melayu dan berdarah india juga.

Komen ini bertujuan untuk turut menyeru semua untuk menyahut seruan ustaz dan memperbaiki diri kita kearah meluaskan skop perkaderan.

Allahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Satu idea yg bagus utk mengkaderkan orang Cina. Di UPM dah pun berlaku. Kami ada 2 orang Cina (1 muslimin 1 muslimat). Yang mulimat, masalah yg timbul ialah dia tak boleh terima sistem tarbiah kita yg ada tamrin, KD dll. Dia juga tak suka pergi markaz, apatah lg nak join program J.Bak kata, dia hanya setakat ahli dalam list, tp paling kurang comit.
Di peringkat kami, ada beberapa sahabat cuba merangka sistem tarbiah untuknya selepas beberapa masalah berlaku. Setakat ni, kami membiarkannya dengan seorang ustazah.

Pokok pangkalnya, memang boleh nak kaderkan orang Cina, tapi kita kena pastikan ada sistem tarbiah khusus utk mereka. Dan kita perlu merancang dari sekarang supaya tak terjadi kepada sahabat kita yg seorang ni. Bila dah masuk J, baru nak terfikir sistem tarbiah untuk dia. Memang tak teraturlah. Malah hampir menyebabkan dia lari drpd kita.

Dulu, memang kami mengaharapkan dia dapat memberi sumbangan kpd J, tp bila beberapa masalah timbul, lain lah pulak jadinya.

Ana setuju dgn Amir Mujahid. ana pun berdarah Cina. Kadang2 cepat memberontak dan cepat tak puas hati dll.

Kesimpulannya,sama2 kita duduk satu meja, kongsi apa yg patut seorang chinese dapat bila kita kaderkan dia.Bukannya bila dah kader, baru nak fikir..

Wallahua'lam.

munirnukman

Nurhaslin Zaharudin on 20 Mei 2009 pada 1:00 PG berkata...

Assalamualaikum

Jika ustaz menyeru kaderkan org cina, sy pula ingin mencelah agar kita kaderkan siapa2 saja, maksud sy asalkan mereka mahasiswa, kita ambil mereka.

Sy suka untk bertanya, siapa yg layak jadi ahli GAMIS? Ada kelayakan atau syarat2 tertentukah? Ada borang yg perlu diisi? Perlu ada kad ahli?

Yg ketara sy lihat sekarang, ahli GAMIS ramai yg bertudung labuh dan berkopiah. Sedangkan di kampus sy, ahli GAMIS biasa-biasa sj(termasuk sy) sebab sy rasa tidaklah perlu ada syarat yg ketat utk menkaderkan ahli kerana ini akan membantutkan peningkatan kuantiti. Sedangkan kualiti itu boleh dibentuk.

Seperti mencari isteri, akhlak isteri yg solehah boleh dibentuk dalam acuan si suami yg soleh.

Pimpinanlah yg perlu pandai main peranan dengan segala kreativiti.

Sama-sama kita usahakan, InsyaALLAh.

Amir Mujahid berkata...

sangat bersetuju dengan khaulah. Mengapa harus dikecilkan skop perkaderan kepada mereka bertudung labuh dan berkopiah sahaja?

Jika memang skop dakwah itu luas, mengapa setakat ini perkara ini tidak diterjemah menjadi realiti?

Maka, mari sama-sama sahut seruan perkaderan ustaz! Bagaimana? Bermula dengan mengubah paradigma didalam diri sendiri dahulu. =)

muizzuddin berkata...

ana menyambut baik cadangan ustaz untuk mengkaderkan orang cina. Tapi ana sedar, hakikatnya untuk kaderkan orang melayu sendiri kita masih lagi mempunyai masalah. sasaran untuk melahirkan para 'amilin menjadikan matlamat perkaderan hanya untuk mereka yg betul-betul faham dan boleh serius. pelbagai marhalah tapisan ahli diadakan bagi mengenalpasti ahli yang benar-benar layak dan boleh menerima jawatan selepas dikaderkan (mungkin situasi dikampus ana). bagaimana pula jika sasaran perkaderan akan dibuka kepada orang Cina pula? pasti akan merumitkan lagi keadaan..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE