Ahad, 17 Mei 2009

dunia tanpa usrah 1


Apa agaknya akan jadi dengan perkaderan tanpa usrah dan tamrin?

Persoalan itu menarik. Ya, apa akan jadi jika tanpa usrah dan tamrin. Bersama-samalah kita mencari jalan penyelesaiannya.

Saya maksudkan usrah di sini ialah dengan makna, “Satu sistem yang diperkenalkan oleh Ikhwan al-Muslimin”. Dan saya maksudkan usrah dalam ruang perbincangan saya ini sebagai, “Berkumpulnya segolongan untuk berbincang”.

Ini maksud usrah dalam perbincangan ini. Bukanlah saya membataskan maknya kepada setakat itu, cuma ini adalah untuk perbincangan dalam artikel ini.

Tamrin yang saya maksudkan ialah sebagai pegangan biasa kita, “Satu program bagi membina manusia”.




Harus kita bincangkan bagi menambahkan pemikiran. Bukan untuk menghapuskan usrah mahupun tamrin, tetapi sekadar menajamkan strategi dan pemikiran.

Logikalnya begini, jika usrah adalah ciptaan Ikhwan, maka seharusnya perkaderan boleh terus terjadi dan terbina tanpa usrah.

Bahkan nabi SAW dulu pun tidak memerlukan satu program yang khusus seperti tamrin dalam proses perkaderan. Begitu juga zaman seterusnya.

“Eh, boleh ke kader orang tanpa usrah? Boleh ke kader orang tanpa tamrin?”

Itu pemikiran biasa ahli gerakan lantaran mereka lahir dalam lingkuan suasana usrah dan tamrin. Sebagaimana orang yang lahir di Iran, terdedah dengan pemikiran Syiah, maka mereka menjadi Syiah dan tidak mengenali Ahli Sunnah.

Saya berkeyakinan jika jamaah boleh memikirkan satu mekanisme baru, maka gerakan akan bertambah laju. Ya, tanpa usrah dan tanpa tamrin.

Maksud saya, usrah tetap terbaik setakat ini. Tamrin juga merupakan jalan terbaik setakat ini. Namun apakah ia merupakan jalan yang terbaik buat selama-lamanya?

Jangan anda meluaskan makna usrah sehingga semuanya usrah. Ada yang memahami makna usrah sebagai, “Bermula dengan tasbih kaffarah dan berakhir dengan al-Fatihah?”

Saya membalas balik, secara gurauan, “Jika itu makna usrah, maka apakah maksud selepas al-Fatihah dan sebelum tasbih kaffarah?”

“Itu bukan usrah?” Jadi, tolong jangan terlalu luaskan makna usrah.

Baik, saya berfikir beberapa perkara.

Menganggap usrah sebagai jalan perkaderan adalah menumpulkan strategi kita. Sejak dulu hingga sekarang kita hanya beranggapan usrah sebagai solusi terbaik.

Kita mesti berbincang solusi yang lain.

Bagaimana dengan perkaderan tanpa tamrin. Pasti boleh.

“Ustaz, ahli tanpa tamrin adalah ahli yang lemah kelak. Ia bahaya”. Mungkin persoalan ini akan timbul.

Ini adalah pemikiran orang yang lahir dalam lingkungan tamrin. Bagaimana suatu ketika, jika universiti mewajibkan kelas pengajian pada hujung minggu?

Atau bagaimana jika Latihan Praktikal terus dibuat selepas peperiksaan akhir untuk setiap pelajar bagi setiap pelajar? Bukankah ia menggerunkan?

Sesungguhnya saya ada terjumpa fakta, secara mafhum mukhalafahnya, Kuliah Maghrib tiada pada zaman Nabi SAW. Namun generasi yang lahir tetap adalah generasi yang luar biasa. Bagaimana dan mengapa?

Tidak boleh jika kita menjawab, “Takpelah, zaman mereka ada Nabi SAW?”





12 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

ana setuju pandangan ustaz... bahkan ana juga x melalui institusi usrah... ana diiktiraf ahli usrah,tapi amat jarang datang usrah....ana antara golongan yg dulunya sangat susah mengikut aktiviti usrah...kerana pendekatannya yang sangat tak sesuai dengan jiwa ana...

tapi,Alhamdulillah..Allah takdirkan ana berama juga dengan perjuangan ini..

boleh nak teruskan kaedah usrah,tapi kita akan berterusan dapat mad'u 'muslimat'...maaf,bukan ana perkecilkan muslimat...tapi ana rasa usrah hanya sesuai untuk muslimat...atau golongan pencen yang selalu datang dengar kuliyah maghrib...

malah,muslimat sekarang juga dah tak suka kaedah usrah...

kalau nak mengkaderkan golongan seperti khaled al walid,tak boleh melalui kaedah usrah pada pandangan ana...

namun,selepas dikaderkan...mesti melalui sistem usrah...usrah yg berbentuk lain dari halaqoh...

Tanpa Nama berkata...

Realiti keadaan di universiti yang perlu kita fahami ialah, 5 hari berturut-turut adalah suasana pembelajaran di dalam kelas atau dalam bilik kuliah. Pulang dari kelas dan kuliah,longgokkan assignment dan kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah menghantui jiwa pelajar-pelajar. Tiba hari minggu, usrah khususnya usrah ta'arif pon berjalan,juga dengan kaedah naqib memberikan kuliah dan penerangan. Method yang hampir serupa dengan hari-hari kuliah biasa di universiti. Cumanya ia sedikit berbeza dari sudut kuantiti bilangan orang yang hadir kerana sedikit kecil jumlah bilangannya berbanding bilangan di dalam kelas dan bilik kuliah. Selesai usrah, naqib pon memberikan tasks tertentu kepada anak usrahnya. sekali lagi method yang mem'boring'kan jiwa mad'u diulang.

Usrah seakan-akan bilik kuliah. Naqib seolah-olah seorang pensyarah. Task iabaratnya adalah assignment dari pensyarah.

Bermakna, hari kuliah anak-anak usrah telah bertambah dari 5 hari waktu kuliah kepada 6 hari waktu kuliah.

Bagi golongan yang jiwanya bukan jiwa 'pemberontak' dan 'pengganas' mungkin method usrah sebagaimana kini dilakukan masih relevan. Mereka akan tunduk patuh dan sangat memenuhi hasrat naqib usrah tanpa bersikap ingin melawan suasana dan keadaan yang berlaku. Kerana mereka mencintai ilmu dan meskipun keadaan dan suasananya bertentangan dengan jiwa mereka. Cekalnya hati mereka demi ilmu yang diberikan oleh naqib. Tanpa sebarang pergerakan tubuh badan dan aktiviti yang mampu mencergaskan diri mad'u. Hanya telinga yang dipasang untuk mendengar 'kuliah' dari naqib. Kadang-kala sahaja mulut bergerak untuk memberikan respon jika ada persoalan dilontarkan oleh naqib. Maka,terus terang saya katakan method usrah begini akan gagal menawan hati mat-mat rempit,kaki-kaki disco, bahkan untuk menarik hati golongan atlit yang aktif bersukan atau golongan palapes yang lasak pun akan mengalami kesukaran dan kegagalan. Berterusanlah ahli usrah kita adalah golongan kaki masjid & ahli surau.

Kesimpulannya,saya beranggapan, method usrah ta'arif seperti yang ada kini sangat tidak sesuai untuk mad'u yang hyperaktif dan jiwanya adalah jiwa mem'berontak'.

Cuba kita kenalpasti, kenapakah ramai pelajar tidak mahu datang ke kelas? Atau tidak mahu menghadiri kuliah? Pasti sesuatu yang tidak kena dengan jiwa mereka,kemudian ia diteruskan lagi di dalam usrah. Kita diajar,kalau tak datang kuliah atau kelas maka hukumannya adalah tidak boleh mengambil final exam. hakikatnya, ramai pelajar yang jemu dan tidak suka datang kelas. mujurlah sistem dalam kelas punyai undang-undang sebegitu,maka ramai yang datang ke kelas dan ada yang cukup-cukup jumlah kehadirannya ke kuliah,tidak lebih dan tidak pula kurang. kalaulah usrah ditetapkan hukuman begitu, sesiapa yang tidak hadir usrah 4 kali sebulan akan dikenakan denda. Saya yakin dan pasti, bilangan anak usrah ta'arif setiap bulan pasti akan susut.

Usrah bagi peringkat ta'arif boleh kalau nak dilaksanakan, tapi pendekatannya harus pelbagai dan mansuhkan kaedah beri 'kuliah'.

Usrah bagi peringkat ta'arif boleh dihazafkan dan digantikan dengan aktiviti yang lebih menarik.

khaulah on 18 Mei 2009 2:42 PG berkata...

Assalamualaikum ustaz dzulkhairi yg saya hormati.

Izinkan sy beri sedikit perkongsian melalui pengalaman hidup sy.

Jujurnya, sy sebagai ahli GAMIS bukanlah lahir daripada program tamrin yg mengikut peringkat dan sy juga kalau berusrah tidak pula mengikut silibus2 tertentu.

Sy adalah pimpinan sewaktu dikampus, tapi sy tak pernah pergi tamrin qiyadi. Sy hanya melalui tamrin asas sahaja.

Sya adalah ahli yg dikader secara 'mengejut' tanpa penerangan yg jelas dari pihak yg bertanggungjawab. Tapi alhamdulillah, cara mereka berjaya untuk menggerakkan sy dengan lebih pantas. Malah mungkin saya lebih terkehadapan dari mereka memandangkan ada juga dia antara mereka yg sering meminta pandangan dari sya. Padahal, sy junior. Ini bukan cakap besar, kerana motif sy menulis hanya utk perkongsian.

Waktu semester akhir sy, sy dengan berani melakukan perkara yg sama kepada juni0r-junior saya. Sya kaderkan seramai 5 orang dalm satu-satu masa selepas sy melihat mereka di pihak kita. Mereka bukanlah si pemakai tudung labuh, atau orang yg bayk tahu itu-ini dalam agama, tapi sy percaya mereka boleh berubah. Kerna sy juga begitu dahulunya. Ilmu boleh ditimba, perubahan boleh dijana. Ada juga yg kurang senang dengan sy kerana apa yg sy lakukan ini katanya tindakan bahaya. tapi sy pula tidak mahu memanjangkan cerita dengan mengungkit kisah lalu. Tuhan tahu apa yg sy lakukan.

Dan sekarang, sy rasakan dunia sy sudah berubah. Sy lebih memandang ke depan dan asyik berfikir2 mengenai misi jemaah selepas ini. Sya mahu menjadi mahasiswa seperti ustaz dan aktivis2 kampus lain yg berkaliber. Sy mula membelek-belek buku yg saya rasakan selama ini agak berat utk saya baca. Dan blog pimpinann GAMIS mula menjadi sasaran saya saban hari. Pemikiran aktivis GAMIS perlu diserap ke dalam jiwa sy agar sy terus istiqamah.

Cara peribadi sy, walaupn sy tidak duduk dalam usrah pimpinan dan tidak bertamrin, sy akan...:

1- Bertemu dengan pimpinan/ahli kampus lain. Waktu ada apa2 saja program, sy tidak mahu ketinggalan. Adalah 1 kerugian yg besar kalau sy tidak dapat prgi ke mana-mana prog. Adakan hubungan dengan sesiapa sahaja, asalkan sy tahu orang itu dapat beri sesuatu pada sy. Baik dari sudut semangat, baik dari sudut pandangan. Walaupun dengan ilmu sy yg cetek ini, ada juga perkara dari mereka yg sy tak faham. Saya akan merasa kagum dengan mereka dan seterusnya perasaan kagum itu akan bertukar menjadi cita-cita agar sy juga dapat menjadi sebaik mereka.

2: Sy guna internet/sms untuk mamastikan hubungan yg sy bina itu tidak terputus walaupun mereka tidak tahu sy 'mengekori' mereka. Contohnya seperti ustaz dzul, hampir setiap hari blognya sy tatap demi santapan hati. Ini kerana sy mahukan maklumat/idea2 baru serta pemikiran mereka sebagi pimpinan mahasiswa sampai kepada sy ahli bawahan ini. Biar nanti sy sendiri yg akan jadi pemikir dan menyusun strategi seperti mereka, InsyaAllah. Tapi sebelum itu, pemikiran sy perlu dibentuk dulu.

3: Sy paksa atau selalu mengingatkan diri sy, walau semana perit sy diuji, sy tak mahu mengalah. Ubat kepada pujukan sy datang dari orang lain. Puji-pujian yg sy terima itulah ubatnya. tapi sy bukan manusia abnormal yg tenggelam dengan pujian. Pujian dalah ubat bagi jiwa sy yg lemah. Jadi semangat demi semangat atau kata-kata pujian boleh menjadi inspirasi pada seseorang, asalkan jangan tenggelam dengan pujian. Pujian hanya untuk ALLAH.

4: Sya cari ilmu sendiri-sendiri. Sya tak mahu dikata sy ahli GAMIS yg cetek ilmu. Sem depan sy nak masuk degree, jd sy tak sabar-sabar nak suruh adik2 sy supaya jadi orang yg rajin membaca. Dulu sy juga malas membaca. Tapi bila sy buka blog ustaz dzul, ustaz asyaari dan zaujahnya.... sy tertarik dengan mereka yg sering menegaskan membaca adalah perkara yg penting. Jadi dengan penulisan mereka, berjaya mencetus "mahu" dalam diri sy. Dan sekarang, sy wajibkan diri sy dengan permulaan yg baik... 1 minggu 1 buku. Sya puas hati. Alhamdulillah.

5: Sy cipta idea2 baru dan sy simpan dalam hati. Bila keadaan sesuai, maka barulah sy akn keluarkan idea2 tersebut. Sy mencipta idea sebagai 1 impian yg boleh sy laksanakan nanti. Jadi ini akan menyebabkan sy tidak akan lari dari jalan perjuangan. Sy punya misi untuk dilaksanakan. InsyaALLAH jika umurku pjg.

6: Sya tagihkan nasihat dari orang lain yg telah lama dalm perjuangan ini. Sy akan meminta-minta tanpa rasa malu bagi 1 nasihat berharga. Sy juga akan ketepikan rasa malu utk bertanya mengenai sesuatu perkara yg sy tak tahu walaupun ia perkara yg remeh bagi sesetengah org.

Jika rezeki sy dapat sambung belajar sem depan, sy akan buat silibus peningkatan keperibadian mahasiswa ISlam utk sy bgi pd adik2 yg sy kaderkan itu. Mungkin sy akan wajibkan mereka buka gamisdaily sekali dlm 1 minggu, ataupun sy akan ajak mereka turun program-program kampus lain agar mereka akan belajar sesuatu . Huhu. Ini cuma idea sy jer.

Dan ini semua peningkatan individu. Adapun dengan tamrin n usrah, sya tak merasa impak yg besar. Sebelum ustaz posting pasal ni pun, sy dah pernah berfikir tentang perkara ni, kerana sy merasakan ada sesuatu yg tak kena.

Apa-apa pun, hak usrah dan hak tamrin adalah sesuatu yg eklusif bagi sya. Ia adalah pengikat seseorang dalam jemaah agar mereka terus istiqamah...

Slam maaf dari sy yg jahil ini kalo tulisan sy ada yg tak kena. Nak cepat jadi tulisan tunggang langgang.

t8 care sume!

=)

salam...

Tanpa Nama berkata...

Salam..ustaz Zhul..
bagus pandangan usataz berkenaan perkara ini namun ustaz hanya tinggalkan persoalan tanpa tinggalkan jawapan atau hint2 nya..ini boleh menyebabkan pimpinan yg tak pernah ikut sistem makin pening n diorang kata dah tak relevan dah sistem usrah dan tamrin..ini juga boleh menimbulkan hilg siqah anak usrah bakal ahli terhadap sistem yang bakal mereka lalui..

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Sitem tarbiah tanpa usrah dan tamrin SESUAI untuk kaderkan orang cina..

Wallahua'lam

munirnukman

SI PELITA PERJALANAN on 19 Mei 2009 10:09 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

salam...

ana ingin bkongsi d sini.. apa kata usrah ta'arif di buat sebagaimana yg di buat mak usrah ana...
usrah yg santai, menarik, open n enjoy... "USRAH WONDERPET"... rasa2nyer kalu ahli jemaah yg b'ada kat UM mesti pernah dengar nama ni kan???
bagi ana, usrah bukanlah sesuatu yg ditakuti, digeruni,dipandang enteng @ kalau boleh x nak jer pergi.. tp sepatutnye kalau dengar jer nak wat usrah, rasa bersemangat n berkobar2 nk pergi...
so, apa kata x kira la jemaah kat mana pun hatta kat UM sndiri... ambik kaedah mak usrah ana ni.. "USRAH WONDERPET"....walaupun nampak cam usrah anak2 ribena, tp impak @ kesan dari usrah cara nie lebih mendalam n berkesan..
:) USRAH WONDERPET :)
miss you all my siblings in "USRAH WONDERPET"..... ingat ye... "APA YG PENTING?? KERJASAMA :) "

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Anda perbaharuilah macam mana sekalipun silibus usrah,kalau contentnya tetap sama,saya yakin produknya juga pasti sama,tiada bedanya..

Apa yang membimbangkan saya adalah pelajar hanya diusrahkan sekadar melengkapi syarat mereka ke program 'terakhir'(saya yakin ramai ahli 'J' yang memahaminya),bukan untuk memberi kefahaman sebenar Islam kepada mereka.

Cuba fikirkan mana mungkin tajuk seberat Aqidah diberi masa hanya seminggu dua untuk diulas dan dibincangkan..

Tajuk Gerakan yang menjadi perbincangan mendalam dlm kalangan usrah. Perlu kajian dalam hal ini.

Saya x berniat menulis panjang,cuma fikirka tentang perkara ini. tak kisahlah usrah wonderpets ataupun apa,kalau contentnya masih sama,anda perlu lakukan sesuatu.

Seperkara lagi,saya musykil tntg Sirr dan hazar. Apakah Teori dan 'Praktikal Palsu' yg diajar di program 'Akhir' Tarbiyah kampus hanya omongan kosong semata?

Banyaknya dalam tulisan2 ahli J semberono menggunakan perkataan2 yang sepatutnya Sirr tp menjadi legal.

-Ex Ahli J-

Nur IHJ on 7 Mei 2013 7:14 PG berkata...

Assalamualaikum,

Terpanggil juga untuk meletakkan komen di blog ustaz, bagi saya usrah yg difahami rata2 org sangat2 sempit, sedangkan usrah adalah metod pertama yg diajarkan baginda Rasulullah saw ketika dakwahnya. Usrah merupakan satu proses tarbiyah yg ampuh dan utuh walaupun panjang masanya untuk mencapai tujuan kerana usrah menekankan penekanan aqidah tauhid asasnya. Yang mengatakan usrah hanya sesuai untuk "muslimat", bukanlah pandangan yg bagus, seharusnya usrah itu boleh dilakukan dlm pelbagai cara dan dinamik mengikut kreativiti.

Apa yang penting usrah perlu berjalan mengikut manhajnya, ramai yg mendakwa mrk menjalankan kaedah usrah IM, tetapi tidak benar2 mengikuti peringkat dan marhalahnya. Malah, ingin cepat2 pula mencapai tujuannya sedangkan analisa peribadi tidak sepenuhnya mencapai 10 muwasofat muslim (10 muwasofat tarbiyyah).

Ya, mungkin saya dikatakan ahli usrah, tamrin, daurah dan pelbagai, tapi pendapat saya bukanlah cenderung untuk menyokong usrah satu2nya jalan keluar semua masalah, kerana bagi kami tarbiyyah bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan tarbiyyah.

Saya sedar rata2 ramai anak muda yg bersemangat, aktif, hectic dan pelbagai, ttpi saya tak nafikan usrahlah yg membina pemuda lemah kepada kuat, pemuda jahil kepada faham, pemuda yg tidak yakin diri kpd yakin, malah anak muda yg bersemangat, lebih cepat peningkatan dan kefahaman bila mengikuti usrah (dgn izin Allah).

Apa2pun setiap golongan itu harus berusaha untuk menegakkan agama Allah biarpun dari jalan manapun, kita bekerja maningkatkan kualiti perkaderan masing2, tidak perlu membanding2.

Akhir kata, usrah yang baik ialah usrah yg terorganisasi, mengikuti manhaj dan marhalahnya, yang sentiasa difollow up kebaikan dan kelemahannya, yg sentiasa mengikut citarasa ahlinya tanpa menggadaikan prinsip Islam (dinamik).

Wallahua'lam. Jazakallahukhair.

Tanpa Nama berkata...

yang merasa hebat sahaja tidak mahu usrah atau mengatakan dunia tanpa usrah lebih baik

Tanpa Nama berkata...

Win!

Tanpa Nama berkata...

Tapi an. Kalau tak ikut wasilah tarbiyah. Habis tu, nak buat apa?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE