Antara yang hangat dipertandingkan dalam muktamar Pas nanti ialah jawatan Timbalan Presiden. Semua menanti dengan penuh debaran. Sebelum ini, saya menanti-nanti juga pertandingan dalam jawatan Ketua Pemuda. Ia sudah berakhir.
Peliknya, beberapa keratan akhbar sibuk melobi ulama Pas sekarang. Sebelum ini mereka yang sibuk menjatuhkan para ulama. Namun mengapa sekarang mereka pula yang memartabatkan kepimpinan ulama.
Anehnya, Husam Musa diserang begitu teruk dalam pertandingan tersebut. Manakala Mad Sabu dibiarkan tanpa serangan yang kritikal. Mengapa jadi begitu rupa?
Pertandingan tiga penjuru ini menarik. Ustaz Nasaruddin seolah-olah dianggap kumpulan ulama. Datuk Husam sebagai profesional dan Mad Sabu marahain.
Umum perlu mengetahui. Syarat menjadi Dewan Ulama ialah sekurang-kurangnya lepasan STU. Maknanya saya sendiri sudah layak mengganggotai ahli Dewan Ulama. Namun untuk menjadi ulama, lepasan PhD pun belum tentu.
Namun tafsiran umum tentang ulama sangat rendah. Biasanya lepasan Mesir dinggap ulama walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana. Adakah boleh bercakap Arab itu dipanggil ulama? Jika begitu, orang Arab semua sepatutnya dipanggil ulama la.
Saya berpandangan, ulama dan umara adalah dua definisi berbeza. Mungkin ada yang melengkapi kedua-dua ciri, namun ramai juga pemimpin dalam sejarah yang tidak menjadi ulama namun ulama ada di sekeliling mereka untuk memberikan nasihat.
Izinkan saya mendedahkan pandanganj Ustaz Yahya Othman, murabbi besar dalam Pas. Beliau mendefiniskan kepimpinan ulama sebagai, Majlis Syura Ulama. Mudah sahaja.
Saya berminat dengan Husam. Ini pendirian saya. Adakah salah saya menyatakan minat saya kepada Husam? Saya rasa langsung tidak salah. Lagipun saya tidak melobi dan saya bukanlah perwakilan. Saya adalah orang bukan perwakilan yang berminat dengan Husam.
Jika Mad Sabu marahain, maka jawatan Timb Presiden bukan platform terbaik untuk beliau. Biarlah beliau memegang jawatan yang bersifat marahain secara khusus. Itu lagi mudah daripada menjadi Timb Presiden yang ada sedikit kekuatan menentukan hala tuju parti.
Tentang Ustaz Nasarudin Isa, saya tidak berminat untuk berbincang tentang sosok tubuh dan karakter beliau. Bukan saya tidak tahu, namun saya tidak berminat.
Ketiga-tiganya orang bagus, namun perwakilan Pas harus memilih pemimpin yang terbaik.
Datuk Husam terkenal sebagai seorang strategis. Orang yang menghidupkan Tabung Tok Kenali dan Tabung Kifalah serta banyak membantu Tuan Guru Menteri Besar. Beliau juga terkenal dengan pemimpin yang mempunyai hujjah yang matang dan mempunyai personaliti kepimpinan yang baik.
Mungkin Anwar Ibrahim tidak dapat melupakan ketegasan Husam meskipun Husam sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan beliau. Malah kebijaksanaan Husan dalam bidang ekonomi sangat menyerlah sehingga Kelantan masih mampu berdiri megah.
Apakah Husam bukan agamawan? Anda yang mendengar ucapannya sendiir mengetahui betapa Husam begitu baik dalam mengulas ayat al-Quran. Mungkin beliau bukan ulama namun ciri agamawan tetap terlekat dalam dirinya.
Saya sebagai anak muda tidak akan melupakan jasa Husam yang banyak meluangkan masa untuk berdialog dengan kami. Beliau tidak pernah berasa tinggi diri sehingga tidak mahu bersama dengan orang yang lebih muda untuk berbincang masa depan negara.
Anehnya, mengapa banyak serangan kepada Husam. Akhbar juga begitu. Bukankah Umno selama ini banyak tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama? Maka mengapa tidak Umno membiarkan sahaja Husam naik?
Husam bukan ulama. Maka jika bukan ulama memimpin Pas, bukankah itu yang dikehendaki Umno selama ini? Namun mengapa kini lain nadanya. Pelik iramanya.
Takutkah mereka dengan Husam sebenarnya? Apakah mereka sudah nampak batu nisan dua sekiranya Husam menjadi Timb Presiden Pas?
Adapun saya. Saya hanya mahu meluahkan rasa dan pandanganh saya. Saya merasakan Pas akan berubah sekiranya dipimpin oleh Datuk Husam.
15 Cadangan/Pandangan:
Dengar kata Ust. Nasa ada banglo 2 juta di Bandar Seri Putra? Dapat habuan daripada siapa ya?
Salam, kpd 'tanpa nama berkata' : jgn tmbulkn psoalan jika sumber 'dgr kata'. pastikan sanad sohih, bru tmbulkn psoalan.
Lagi satu: tlog ubah skit minda.bila ada pmpnan pas bkreta besar (utk kmudhn mrk bgrk dlm tgsn ) atau rumh besar, apa yg mslhnya jika itu wang dr hasil sndiri.yg kita mrh,hsil dr wang rkyt.salam alaik.
salam. ni betul2x ni... bkn dgr kata dan bkn fitnah maklumat mengatakan bahawa tiang rumah beberapa pimpinan PAS sebesar sebuah kereta?
Apa nak jadi pimpinan kita skrg ni...fuhhh.. check semula keperibadian dan akhlak mereka semula ni.. Kami mahukan perubahan...
ade je ulama'(ana lupa siapa nama ulama ni. tp yg pasti beliau bkn dr malaysia) yg mempunyai lebih dari 10 kereta, tapi tawadhu'nya melebihi kita. bila time solat jumaat, sme kereta digunakan utk angkut sesiapa yg berjalan kaki ke masjid..sumbernya adalah hasil simpanannya sendiri..yg penting sumber halal & ke mana & bagaimana digunakan hartanya. tawadhu' bkn dilihat dari hartanya yg bertimbun, tp bagaimana ia pergunakan dunianya (harta & pangkat). wallahu a'lam
SALAM..BETUL TU...SPATTNYA KITA BERBANGGA ADA UMAT ISLAM YANG KAYA.PERHATIKAN MAKSUD AYAT TERAKHIR SURAH AD-DHUHA.BKAN MEMANDANG SERONG....MANALAH TAHU ADA BISNES LAIN..BISNES TAK SALAH PUN.MALAH DIGALAKKAN.ANTARA PEKERJAAN NABI KITA.ANA BERBANGGA BILA RAMAI UMAT ISLAM KAYA BERSERTA TAWADDHU'.EKONOMI ISLAM PENJANA UMMAH SAADAH
xpatut la seorang presiden mengeluarkan kenyataan menyokong mana2 calon..
kita ni mewakili ketumbukan gerakan mahasiswa sepatutnya xmenyebelahi mana2 calon yg bertanding..
Presiden tu sosok bernyawa yang punya kecenderungan juga... perlu bezakan pandangan peribadi dan pandangan GAMIS...
Btw ustadz Dzul.. ana berminat untuk dapatkan buku baru nta... nanti ana msg... syukran
p/s: jika beli lebih dari 10.. ada diskaun??... :-)
Salam ,
Penulisan saudara amat bercelaru, semuanya dilihat tak betul,,,,definisi ulamak ? jgn nak bercelaru....sila check maklumat yang tepat berkenaan keahlian Dewan Ulamak......jangan pakai ikut sedap hati je....kalau tak tahu bertanya....jgn kemukakan ajaran sesat....dan akhirnya menghina Dewan Ulamak.....Anda pernah berkata GAMIS bukan proksi PAS..........PLZZZZZ Semak balik dari mana datangnya GAMIS ni....memang bercelaru....dan kalau awak sorang bercelaru takpa...tapi bawak ahli-ahli GAMIS BERCELARU sekali...jahanam........
Salam a'laik,
Saya sokong kenyataan abul.
Ramai org tua-tua masih setia bersama Umno sbb mereka melihat Umno banyak berjasa walaupun Umno itu jahat dan zalim.
Seakan sama dgn pendirian Ustaz Zul. Ustaz Zul menyokong Husam sbb Husam byk bersama dgn GAMIS Baru (GAMIS skrg bukan GAMIS dulu). Ust Zul mmcm terhutang budi la tu kirenye. Pusing2, same jer dgn sbb org tua2 sokong Umno.
Betul, Husam byk kemukakan idea dan benda baru utk Kelantan tapi hampir semuanya tak berjaya. Takaful Kifalah, kantung kering. Jihad ternak, tinggal kandang dll.
Yg ana tahu Ustaz Zul anak didik Ust Hisomudin yg juga org rapat Husam dan Anual Bakri. Tidak hairanlah ust Zul macam melobi utk Husam.
Lagi satu, yang abul sentuh, isu Ustaz Zul kata GAMIS bukan proksi PAS. Sedarkah bhw penubuhan GAMIS adalah utk membantu kaderisasi kepada PAS. Maknanya proksi PAS. Pimpinan PAS pusat pun pening dgn Ustaz Zul ni. Betul kata abul. JANGAN SESATKAN HADAF PENUBUHAN GAMIS. Wallahua'lam.
salam kepada saudara khairi, ana agak x stuju dengan penggunaan "Namun tafsiran umum tentang ulama sangat rendah. Biasanya lepasan Mesir dinggap ulama walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana. Adakah boleh bercakap Arab itu dipanggil ulama? Jika begitu, orang Arab semua sepatutnya dipanggil ulama la" kenapa enta khaskan kepada mesir sahaja. kenapa tidak kepada negara arab yang lain,,maaf silpa salah
salam ust zul,pape pun klu gile nak jadi ulamak pergila belajar,cari tok guru yang hebat belajar sampai jadi alim,baru leh panggil ulamak..ni nk menyokong husam . pelajar mesir pulak yang nak dipersalahkan,pape pun ust zul klu maklumat yang x jelas x payah la nak tuduh,kan klu orang cakap bodoh mula la nak melenting!!
ana sokong kata tampa nama, klu bleh tarik balik atau perbetulkan balik saudara khairi, ni akan menjejaskan nama mesir itu sndri,
Kepada al-fadhil/lah ustaz/zah mesir, Tanpa nama, Abul, iBNU QALIL, Bi, teratai online dan juga yg terlibat....
Hmm.. saya sgt teruja dengan lontaran saudra sekalian.. saya nak komen juga sebenarnye..hehe!
1)isu ulamak kaya..!? mmg benar bi dan tanpa nama punya pandangan dan hujjah.. tp, bg saya dalam keadaan situasi di malaysia ini, tidak perlulah kita bersama berkongsi sikap seperti org2 UMNO sepertimana kita tahu.. eloklah kita jaga kredibiliti sbg org yg zuhud!..dan juga tawadduk.. tak perlu menunjuk sgt.. ala kadar.. rakyat malaysia pun tak minat kalo pemimpin depa punya harta bertimbun2..
2)presiden keluarkan kenyataan..!? hmm...ish saya pun tak pastilah kpd tanpa nama ni.. rasanya korg pun bersetuju.. malaysia ni negara demokrasi.. biasalah dalam situasi skrg ni.. perbezaan pendapat dan pandangan dlm sesuatu perkara.. mungkin bg ust dzul sendiri itu medium dia untuk berpandangan.. seperti saudara ni ada ke mengeluarkan kenyataan? atau sekadar play save!? hehe! saya pun seperti saudara tanpa nama.. pengecut..
3) hai abul!!.. hehe! hmm.. enta ni dah faham ke definisi ulamak ni??? baik enta contant bro dzul ni bincang perkara ni!? ini serius beb.. takut hang jer yg duk diperkudakan..hehe! sat g aku nk diskus dgn dier ni..
4) hello brother ibnuQalil!! sedap namemu.. hehe!
"Seakan sama dgn pendirian Ustaz Zul. Ustaz Zul menyokong Husam sbb Husam byk bersama dgn GAMIS Baru (GAMIS skrg bukan GAMIS dulu). Ust Zul mmcm terhutang budi la tu kirenye. Pusing2, same jer dgn sbb org tua2 sokong Umno.
Betul, Husam byk kemukakan idea dan benda baru utk Kelantan tapi hampir semuanya tak berjaya. Takaful Kifalah, kantung kering. Jihad ternak, tinggal kandang dll.
Yg ana tahu Ustaz Zul anak didik Ust Hisomudin yg juga org rapat Husam dan Anual Bakri. Tidak hairanlah ust Zul macam melobi utk Husam"..
saudara..saya pun setuju dgn saudara!.. tp saya menyesal juga sebab menuduh org seperti ini dan itu.... Hmm...berdosa rasanya.. biarlah dia,, sekurang2nya dia ni ada guru.. saudara pn tahu kan kalo belajar tanpa guru ni sapa boss dia..haha!
hmm... "Takaful Kifalah, kantung kering. Jihad ternak, tinggal kandang dll." saudraku... depa wat keje islam kan..?? jgn lah duk pertikaikan.. hang tu wat gapo? duk ngomel ja pandai mcm aku ni..haha.. tulah.. sikap nilah sebenarnye titik mule tercetusnye perbalahan "gonjol" (bahasa jawe purbakala) seperti ini.. jgn duk pertikai! pi lah tolong kalo nak tau perit jeritnyer ya akhi!..
5) oit! mana blh label org kalo giler nak jadi ulamak pi lah cari tok guru! hang ni dah abis ke ukhwah dgn bro dzul ni bai (bahasa samseng jalanan)??? ana merasakan enta ni dah matang dan bakal menjadi ulamak terkemuka.. tp ana rasa enta kena perbaiki akhlak dan sikap seperti yg saudara tampilkan.. ana pun nak berubah bersama enta..l jom berubah!
6) adui penat giler berkongsi idea dgn hampa ni.. hehe!
Buat TERATAIONLINE yg disayangi.. saya sedar saudari/ra ni telah belajar pelbagai ilmu mantik dsb.. bahkan ilmu sirah perjuangan islam.. harap saudara/ri terapkan lebih kefahaman ilmu di dada itu.. perlu segera dapat bezakan mantik ayat yg digunakan oleh sesiapa sahaja! hehe!
P/S: sebarang ketidakpuasan elok terus berhubung kpd tuan punyer bdn.. berbincang dan berhujjah dgn cara islam.. hehhe! Bravo bro!! AllahuAkbar!3x
Salam..
Ish2 nama mesir gak yg disebut..mmgla bukan semua alim tp tak adil la kalau nak main pakai jala je..habis semua masuk..
Nak sokong husam tak ada masalah tp bila nak banding dgn kepimpinan ulamak ini yg jadi masalah..
Aku tak faham dgn org PAS padahal aku orang PAS..nak sokong UMNO jauh sekali..
Ta'rif ulama ni macam2 boleh buat tapi nak cari yg ikut ta'rif Allah "hanya yg paling takut kepada Allah daripada hambaNya ialah ulamak" inilah yg payah nak cari..
Apa-apa pun aku tak suka bila ada org kata kat budak mesir..mcm dia bagus sangat..
Kata Tok Guru sebagai role model tp yg nak ikut style Tok Guru brp kerat je..rumah nak besar,,bini nak besar,,kereta nak besar..semua nak besar..rakyat kebulur tak tahu..apa persaan rakyat yg naik basikal bila pemimpin dia naik kereta mewah??
Bukan nak suruh pemimpin naik basikal tp berpada2la..ambik sekadar keperluan jgn sampai tebang dengan pokok2..amik buah je la utk mengalas perut..
Kata nak ikut Nabi dan para sahabat..bila kita nak macam2 alasan utk kebaikan la..nak mudah dakwah la..masuk kampung jarang sekali..alasan tinggal alasan..
Aku pun jadi tak faham..
Aku tetap akan sokong PAS bukan kerana orang dalam PAS tapi kerana PAS parti Islam..jika PAS sudah tidak menegakkan dasar ni aku rasa nak buat parti sendri la..PIS ke..hehehe..
bagus zul ni,ayat dia mmg pusing bangat, bukan nk melobi cuma nak tolong kempen,woit sama je la tu.. bukan nk kentut tp nak buang angin. pening2 dgn gamis lani.. GAMIS lani dah nk bawak kpala sndiri. dah taknak wala pd gerakan islam di malaysia. zul ni ko dah isi borang pas belum ni...ke nak tubuh jemaah sndri utk saingi pas. plz la jgn terlampau cerdik terlebih pandai la,mengaji pun skadar kt UM je.ko belum faqih lg. tp menulis mcm dah hebat..
Catat Ulasan