Saya antara naqib yang paling berbahagia di bumi ini. Kerana adik-adik usrah saya, berjaya semuanya. Hafez yang kini menjadi orang penting di Perak. Amin, Shahril dan Aizul yang kini menyambung pengajian, Faisal yang sudah membuktikan kemampuannya dalam kerjaya, Hayazi yang aktif dalam bergerak kerja dan beberapa orang lagi.
Ramai lagi adik-adik usrah saya. saya berasa bangga sekali dengan mereka dan di atas kejayaan mereka. Saya juga mendoakan agar Mohamad Rajab akan menemui cita-citanya untuk menjadi seorang hafiz. Ternyata mereka menjadi manusia yang berguna.
Malah saya turut berbangga dengan adik-adik saya yang lain, meskipun mereka tidak berusrah dengan saya secara langsung. Mungkin Fadhlullah Acheh dan Awis Urduni orang yang paling lantang mengkritik saya, namun jauh di sudut hati saya, terdetik rasa bangga. Ya, saya berpegang sangat dengan falsafah, kejayaan tarbiah adalah apabila adik-adik berani menentang idea kita dalam suasana penuh harmonis.
Beginilah tabiat tarbiah. Al-Syafei boleh tidak bersetuju dengan Imam Malik. Maka tepatlah kata al-Qaradawi, “Ibnu Taimiyah adalah ulama yang paling saya sayang namun kebenaran lebih saya kasihi.” Mungkin begitulah laungan orang dari Acheh dan Jordan yang kini lantang mengkritik saya.
Apabila saya menginginkan orang yang saya tarbiah, menjadi seperti saya, berfikir seperti saya, maka sayalah naqib yang paling jahil dan safih. Seseorang membela saya dan memarahi orang yang mengkritik, namun saya katakan kepadanya, “Jangan dimarahi yang mengkritik kerana itulah tanda keberkesanan tarbiah.”
Bertembung dalam dunia pemikiran, itu perkara biasa. Jangan bertembung ukhuwah. Jangan sampai bermasam muka. Jangan sampai mencaci mencerca. Itu patut dielakkan. Namun jika diminta saya meletakkan jawatan, saya katakan, “Itu juga satu tanda kejayaan tarbiah.”
“Habis tu, ada orang kata ustaz bodoh, binatang, dan macam-macam kata-kata kotor lagi, adakah itu tanda kejayaan tarbiah?” Saya katakan, “Ini bukan kejayaan namun itu adalah tanda kejayaan,”. Sesungguhnya, saya berbangga dengan orang yang mencerca saya dan menggelari saya binatang. Kerana apa? Kerana mereka berani. Maka tarbiah memang mahukan orang yang berani. Tahniah…
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
salam..kaifahal abg ana yg d sayangi!mg segala kerja bt kt d redhoi Allah hendaknya.Mn de ana lantang mengkritik abg ana, ana cm hndk menjd seorg yg berfikiran kritikal spt saranan abg je..huhu..apa pun, doakan ana berjy d medan ilmu dataran Syam ini.salam rindu dr adikmu yg br nak belajar hidup!
Walaupun ana x dpt jd adik2 usrah Ust Dzul, teringin juga sebenarnye walaupun sekali... huhu, Nak selami gagasan Minda Akhi Dzul dngn lebih mendalam...
Catat Ulasan