Bagus Anwar Ibrahim apabila mendefinisikan kelam-kabut dalam PAS dan PR secara umumnya berkaitan UG sebagai pengikat ukhuwah. Saya yakin. Maka saya yakin kewibawaan Ust Nasarudin akan kembali. Malah Anwar Ibrahim mentakrifkan kelam-kabut baru-baru ini sebagai permulaan. Ia menarik.
Untuk menjadi sebuah parti yang kuat masa akan datang, maka pimpinan harus terbiasa dengan mehnah dan perangai ahli. Termasuk luar ahli yag kuat memberikan pandangan termasuk saya. maka apabila pimpinan sudah betah, itu tanda kematangan dan kemenangan semakin hampir.
Malaysiakini menghubungi saya sebentar tadi. Saya tegaskan ketidaksetujuan saya dengan UG. Saya katakan UMNO tidak telus. Jika telus, sila buktikan dengan memberikan hak minyak kepada Kelantan dan hapuskan PPSMI.
Maka jadilah UMNO kelam-kabut dibuatnya. Ala biasalah bergaduh. Biasalah anak muda semacam saya marah-marah. Jika saya berperangan macam orang tua, apaguna fungsi gerakan anak muda. Baik saya jadi gerakan orang tua atau veteran.
Bergaduh pemikiran saja, bukan bergaduh peribadi. Sahabat nabi dulu, siap nak berperang. Nasib baik sempat nabi selamatkan. Ansar dulu, merajuk dengan nabi. Nasib nabi pandai menerangkan perkara sebenar. Dalam perjanjian Hudaibiyah, lagi ramai yang merajuk. Nasih ada Ummu Salamah.
Bergaduh ni ada zaman nabi lagi. Lepas tu, Umar bergaduh pemikiran dengan Abu Bakar pula. Khalid bergaduh dengan Umar. Tidak disuruh pun diletakkan jawatan malah dipecatnya terus. Abu Dzar mengkritik Uthman. Muawiyah mempertikaikan wibawa Ali. Ibnu Zubair menentang Yazid.
Bagi saya, biasala. Yang penting, cukup dalam pemikiran. Jangan sampai ambil hati. Dan jangan negatif dengan teguran dan cabaran. Terimalah, dan saya juga akan berusaha menerima kebenaran dan mendengar teguran.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan