Khamis, 2 Julai 2009

JANGAN PERSENDAKAN FIRMAN DARI LANGIT


Apabila seorang ulama ingin bermuhasabah, menepis rasa sombong yang bersangkar dalam diri manusia, ia berkata dengan penuh rendah diri, “Ingatlah, kita hanya dari setitis mani yang hina, keluar dari saluran kencing.”

Ia bukan kaitan dengan saintifik. Tetapi berkaitan dengan muhasabah. Permainan lenggang lenggok bahasa. Namun ada yang tidak berpuas hati dan cuba bermain falsafah. Tidak mengapalah. Rugikan masa sahaja untuk berdebat.

Saya menarik balik pernyataan tentang kaitan polis dengan anjing. Emosi mungkin saya ketika itu. Saya menarik balik. Sepatutnya saya meletakkan akal di depan perasaan.

Allah menggunakan bahasa yang mudah dalam Surah al-Mursalat, ayat 20-21 dengan tertib sekali, “Bukankah Kami menjadikan kamu daripada air mani yang hina? Kemudian Kami simpankannya di dalam rahim.”



Entah mengapa orang mempertikaikan pernyataan saya berkaitan kita berasal dari air mani. Teorinya betul. Al-Quran menyebut perkara yang sama. Dan tidak pula dikatakan secara detail penciptaan manusia dalam ayat tersebut. Tetapi ada yang tidak tahu bermain kata. Bahaya, boleh mengundang murka kerajaan langit.

Memang Allah menciptakan manusia sebagai kejadian terbaik. Dalam surah al-Tin Allah menyebut dengan penuh nada muhasabah, “Sungguh, Kami telah jadikan kamu dalam sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan martabatmu.”

Meskipun manusia sebaik-baik kejadian, namun apabila ia melakukan angkara dan dosa, maka martabatnya direndahkan. saya ingin mengajak yang mempertikaikan pernyataan saya, agar insaf dan sedar, merenung dan tafakkur.

Tiada pernyataan menyebut sebaik-baik manusia adalah sejahat-jahat jin. Jika begitu, jin yang beriman kepada Allah lebih teruk berbanding Abu Jahal? Begitu? Atau apa makna jahat itu? Nakal atau suka mengusik? Atau macam mana? Sedangkan ada jin yang membantu jihad Nabi SAW.

Jangan berbicara tanpa ilmu, kelak bahaya menikam diri. Jangan berbicara dengan emosi yang berapi, kelak dosa memamah pahala. Jika marahkan saya sekalipun, jangan sekali-kali mempersendakan firman langit.

Jangan dihina syaitan. Itu bukan ajaran nabi. Nabi SAW menegah umatnya menghina syaitan. Yang nabi ajar ialah, berlindung kepada Allah daripada syaitan yag direjam. Jika tidak, padah jawabnya.

Jangan suka melaknat orang. Kelak kita yang dilaknat malaikat di langit. Saya berdoa kepada Allah, agar diampuni sahaja yang melaknat saya kerana telah saya maafkan kesilapan tersebut. Tidak patut saya marahkan orang yang mungkin masuk syurga sedangkan saya mungkin ke neraka wal ‘iyazabiLlah. Meskipun mereka memanggil saya anjing dan babi sekalipun.

Mungkin benar juga panggilan orang kepada saya. mungkin ada perangan anjing dalam diri saya. mungkin ada sifat babi dalam akhlak saya. Maka akan saya muhasabah diri dan perbaiki dari masa ke masa. Terima kasih kepada yang memberikan gelaran tersebut.

Syaa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Sekurang-kurangnya, ada yang menegur dan memperingatkan.

Saya adalah manusia yang tidak tahu untung jika saya marah-marah dengan orang yang menggelar saya dengan pelbagai nama. Ya, termasuk memanggil saya sebagai pengikut syaitan. Saya patut berterima kasih kerana ada yang menasihati saya.

Seolah-olah mereka berkata, “Zul, jangan ikut jalan syaitan. Bertaubatlah kepada Allah.” Alangkah indahnya nasihat dan pesan mereka. Nada mereka keras namun niat mereka cukup mulia. SubhanaLlah.

Namun saya pohon satu saja. Jangan mudah persenda sesuatu ilmu dengan berlapikkan kejahilan. Tolonglah jangan. Soal air mani. Soal kekuatan Iblis. Soal Jin. Dan segala soal yang anda tidak tahu, meskipun aneh pada anda, jangan persendakan.

Yang berkaitan dengan saya, nak panggil apa saja, babi ke, anjing ke, air mani ke, nak tuduh saya tidak habis belajar ke, panggillah, tuduhlah. Tidak mengapa. Tetapi dengan Tuhan dan kerajaan langit, berhati-hati.




9 Cadangan/Pandangan:

hilmi on 2 Julai 2009 pada 1:51 PG berkata...

lama sungguh x komen...

adeih, x tahu la ana nk kata gapo...

byk sungguh komen2 pelik dlm blog ustaz dzul ni... biasalah...

sapa yg bawak islam yg x pernah kena tentang? adab la ni utk pembawa agama...

to ustaz dzul-> syabas kerana ustaz dzul dah ada ramai pengkritik, tu buktinya ustaz skang ni dah smakin mantap... anggaplah ni sbg sumber motivasi... semakin byk cabaran, menandakan kita semakin kuat,mcm ulat dalam kepompong, kena lepas 1 stage dulu,baru bleh kuat time jadi rama2

jadikan kritikan sbg pengajaran...

Tahir Mukhtar berkata...

hari tu sdra sudah tarik artikel. kmdn pasal artikel anjing. sdra tarik lagi kenyataan sdra.

tak kan setiap hari sdra akan tarik kenyataan sdra. walaupun emosi menguasai diri. tolonglah perhatikan impaknya secara mendalam.

adakah sdra ingin diingati hanya sebagai pemimpin yang cukup bercakap dgn emosi dan kutuk macam-macam. kemudian tarik balik kenyataan tersebut.

GAMIS malu dgn sdra.

penyokong GAMIS berkata...

dzul, nta seorang yang bagus dan hebat. tapi kenapa suka keluar kenyataan yang pelik-pelik dan dengan emosi?

Hafizuddin An-Nuri on 2 Julai 2009 pada 3:13 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mhafizuddin mnoor on 2 Julai 2009 pada 3:29 PG berkata...

manusia sangat kotor hati mereka...
mereka penuh dengan EGO , SOMBONG , UJUB , TAKABBUR...

buanglah sifat mazmumah yg 10..
dan masukkanlah sifat mahmudah yg 10..
insyaallah , mencapai redha
Allah...
kita sangat hina , AIR MANI , AKUILAH DIRI KITA...

wallahua'lam=)

Tanpa Nama berkata...

Dah tau diri tu hina kenapa masih berlagak? Cubalah merendah diri sedikit, bimbang nanti mengundang murka kerajaan langit keatas nta... (bukan kerajaan langit ayah pin)

Tanpa Nama berkata...

To hilmi...

Kamu kena ingat juga bukan yang bawa Islam je yang akan ditentang, orang yang cuba memecahbelahkan umat Islam dan membawa idea2 gila juga akan ditentang. Allah swt menghantar "tentera2 Nya" yang berupa komen-komen dalam Shoutbox tu sebagai peringatan pada orang yang sombong dan tidak pernah mahu mengambil peringatan...

nessa syahirah on 2 Julai 2009 pada 8:42 PG berkata...

saya paling tak suka orang baling batu sembunyi tangan,

kita boleh fikir sendiri siapa yang sanjung islam siapa yang tentang islam, tak pernah pula selama saya menjengah blog ni ada ayat-ayat yang menentang Allah terpamer disini dari ustaz zul, buka mata, buka miinda, bersyukur atas kurniaan aqal.

Budak Baru Belajar berkata...

ustaz zul, boleh kah kongsi nama ulama yang apabila bermuhasabah mengungkap yang beliau berasal dari air mani ...

Terima kasih.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE