Mungkin Nabi Musa as nabi yang garang, tetapi baginda tetap nabi yang paling bersabar. Nabi Muhammad saw mengiktiraf kesabaran Nabi Musa AS dan dijadikan sebagai bahan motivasi dalam perjuangan.
Baginda berjaya mencampur adukkan kemampuan intelektual, kekuatan spiritual, keupayaan jasadiah dan kebolehupayaan untuk mengawal permainan emosi. Justeru, Bani Israel beruntung berada di bawah baginda as.
Sebagai seorang yang lahir dalam istana, namun berdarah kampung, baginda as mengerti benar selok-belok jahiliah. Baginda as tahu apa strategi yang dimainkan puak Firaun dan siapa yang menjadi perancang di belakang Firaun.
Seolah-olah, Firaun hanya orang bodoh yang diperalatkan oleh seorang menteri yang licik dan cerdik iaitu Haman. Manakala ahli sihir menjadi tukang wayang yang menambah-nambah kehebatan Firaun sehingga namanya menjadi tersohor di merata.
Baginda lagir dalam dua kecamuk. Kecamuk antara kehidupan istana yang penuh kemewahan dengan darah kekampungan yang rindukan kesederhanaan. Kecamuk antara asuhan material yang ditaburkan Firaun dengan perasaan kezuhudan yang terpupuk melalui Asiah.
Baginda akhirnya melihat beberapa kepincangan berlaku. Dan ia sama sahaja dengan situasi sekarang. Gejala sosial yang kian parah khususnya di kalangan bangsawan dan kerabat raja. Ajaran sesat yang dimainkan oleh tukang sihir yang kaya-raya.
Keadaan sosio-ekonomi yang semakin parah lantaran pihak istana yang membazirkan untuk nepotisme dan kronisme. Manakala penindasan dan kezaliman berlaku ke atas bangsa baginda as, Bani Israel. Semua ini mengganggu pemikiran baginda.
Boleh jadi ada benarnya telahan Fazlur Rahman, betapa Nabi saw diutuskan membawa dua visi terpenting. Membentuk suasana peradaban dalam beragama dan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi bangsa Arab dalam memacu kebangkitan sebuah tamadun.
Baginda as adalah aktivis masyarakat ketika itu. Sebagai anak muda, tindakan sulung baginda adalah bersifat mencabar dan sedikit radikal. Jika benar istilah radikal itu boleh saya gunakan. Berita pembunuhan dalam satu pergaduhan, mendedahkan apakah yang mengganggu perasaan baginda as selama ini.
Semua nabi yang diutuskan, sifat mereka mencarik adat kebiasaan dan mencabar tradisi. Nabi Musa as mencabar tradisi penindasan yang berlaku. Baginda as bangkit dan cuba membawa kaum yang menjadi hamba untuk bangkit menentang kezaliman. Bangsa yang bodoh piang itu akhirnya menyahut seruan baginda setelah melihat kemampuan dan keupayaan yang terserlah.
Semua nabi yang diutuskan tidak gemar dengan suasana pada zaman mereka, lalu diusahakan satu reformasi agar ia berjalan dengan terancang dan rapi. Nabi saw sebagai contoh, bencikan eksploitasi yang berlaku ke atas wanita lalu membawa misi pembebasan wanita dengan slogan kehidupan beragama dan bertuhan.
Pendek kata, tradisi keberanian itu akhlak terpuji para anbiya’. Nabi Musa as sedar bangsa baginda bangsa yang lemah. Namun semua ini tidak mematikan semangat baginda untuk menyuntik suatu keberanian dan upaya yang tidak terjangkau dalam diri ummah.
Sepanjang kehidupan baginda as, baginda telah berhadapan beberapa tragedi yang sangat tragis. Satu, pembunuhan Asiah yang merupakan ibu angkat baginda. Dua, pembunuhan besar-besar bayi lelaki yang membawa petanda, hapuskan sahaja bangsa yang tidak berguna. Maka misi baginda tentunya, hapuskan penghambaan kerana manusia hanya hamba Tuhan.
Tiga, diburu sehingga baginda as melarikan diri daripada bumi kesayangan baginda, sehelai sepinggang. Empat, berdepan dengan bangsa yang sudah terbiasa dengan tradisi kehambaan, tidak pandai memerintah dan mengurus diri sendiri. Lima, Firaun mengungkit balik segala jasa yang ditaburkan selama ini dan menuduh baginda as sebagai orang tidak mengenang jasa.
Seolah-olah, baginda as bagaikan pegawai agama UMNO yang keluar membentuk Parti PAS. Namun yang paling berat dalam hidup baginda as, bukannya penentangan kepada kezaliman Firaun, sebaliknya bagaimana membina bangsa yang serba-serbi lemah dan tiada daya memimpin.
Tidak suka menerima perubahan dan masih berfikir dalam kepompong yang sama. Hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat. Akhir kemuncak penderhakaan, bangsa baginda menyembah isme dan Tuhan patung lembu.
Benarlah, Musa ada Samiri, Muhammad ada Firaun.
2 Cadangan/Pandangan:
salam abg, sihat ker?
nasihatku kpd sahabat pelawat blog ni, bacelah blog2 pimpinan gamis yang laen, munkin kamu hanya menemui artikel2 yang agak panas di blog ini, krn tuan presiden mestilah menyentuh bende2 dasar dalam blog nya, sebab itu banyaknya berlaku percanggahan disini krn bende dasar ini amat susah difahami, dan juga tidak banyak yang memahami bende2 dasar,
ape2 isu yang berlaku kpd gamis, maka tuan presiden yang pertama akan disoal media,
soal2 teknikel pula diambil kisah oleh pimpinan2 lain, seperti kbajikan, lawatan2 kebajikan, soal2 kampus, anak negeri, oleh itu pintaku kpd pembaca blog ni sekalian, lawatilah blog2 pimpinan2 lain. krn itu yang akan dapat balance kan keserabutan pemikiran korang.
pintaku kepada pimpinan2 lain, ziarah lah blog ni, tunjukkan antum kat blog ni, sel;ain itu, aktifkan lagi blog, ....wassalam
dah la tu buat kerja2 tak elok..jom tobat semua..dr duk baca blog yg tak ilmiyah,mari bav=ca blog yg ilmiyah sikit
Catat Ulasan