Saya semakin terperosok dalam lembah serba salah. Serba tidak kena itulah gambaran kehidupan saya sekarang sekaligus perasaan itu menunjukkan saya ke satu jalan yang mati, tiada arah tuju yang terbaik dan ia memaksa saya untuk membuat satu keputusan yang bakal menentukan kehidupan saya pada masa akan datang.
Selepas seorang sahabat yang entah siapa, ia mengaku sekarang sedang menuntut ilmu di Jordan mengkhabarkan bahawa saya telah tersenarai untuk menyambung pengajian di Jordan dalam Master.
Perkhabaran itu dikuatkan lagi dengan pernyataan seorang ustaz saya yang kini sedang menambahkan ilmu di Jordan. Beliau bertanyakan bilakah saya ingin ke sana dan berhempas pulas dalam gelanggang ilmu yang sarat dengan cabaran itu.
Saya semakin serba salah.
Jika saya bertekad ke sana, maka saya terbang ke sana pada 29 Sept ini. Ia pasti tergesa-gesa namun tidak jika saya bertindak sekarang. Namun kini saya mempunyai pilihan lain. saya boleh menyambung pengajian pada bulan dua akan datang. Ini suatu perkhabaran yang sangat menarik.
Apapun, kini jiwa saya kembali bergolak untuk membentuk jiwa ulama di bumi Jordan pada bulan dua nanti. Saya rasa saya tidak boleh melepaskan peluang ini. Bulan dua akan datang, saya mesti berani membuat keputusan tersebut. Insya Allahumma amen.
7 Cadangan/Pandangan:
Salam ust, peluang terbaik tak datang dua kali kan, semuga ust dapat membuat keputusan dengan sebaiknya, kami sokong apa pun keputusan ust, dan kami lebih sokong kiranya ust menyambung pengajian di sana, di situ banyak lagi ilmu yang ust mampu kutip untuk pemantapannya.
wallahu'alam,
selamat berpuasa,
wasalam
Oh! Tahniah di atas perkhabaran awal
Ya, satu peluang utk ustaz menambah ilmu. Jika saya pelajar jurusan agama, Jordan salah satu pilihan saya.
Berpeganglah pada fatwa hati. Orang beriman Allah akan tunjukkan jalan baginya. InsyaAllah...
Smg bahagia..
p/s tetapi teringin benar nak mendengar berita, bilakah ustaz akn menamatkan zaman bujang sebelum ke Jordan.
salam ziarah n juang bang..
smg Allah permudahkan segala urusan..
salam..
yer mmg kena berani dlm membuat keputusan..
tapi jgn lupa istikharah..=)
Salam ziarah.
Semoga di permudahkan segala urusan dunia akhirat.
Ustaz, mmang sukar hendak memilih pilihan yang kita hendak buat,
Tapi, yang lebih sukar adalah untuk kita menerima keputusan yang kita dah buat. Kerana tipu daya syaitan yang datang dalam bntuk penyesalan itu akan sering datang menguji.
Tapi insyaAllah, Allah adalah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.=)
-Ma'a taufiq wannajah fiddunya wal akhirah-
alhamdulillah ana bikhair
Catat Ulasan