Rabu, 9 September 2009

USRAH ANAK SARAWAK


Dalam usrah semalam, bersama dengan sahabat-sahabat anak Sarawak, kami membincangkan tentang Ibrahim bin Adham. Banyak pengajaran yang kami perolehi daripada perbincangan tersebut. Seorang tokoh sufi yang mempunyai ketinggian budi dan kemuliaan pekerti.

Kami mengambil beberapa kesimpulan hasil perbincangan tersebut.

1- Tarbiah pembersihan hati merupakan asas dan permulaan dalam menjayakan dakwah. Orang yang tidak bersih hati tidak akan mampu untuk membersihkan hati orang. Orang yang berada dalam kegelapan tidak akan mampu memberikan cahaya. Maka suatu pedoman yang terbaik pernah saya dengar ialah, kehairanan seorang ulama terhadap seorang askar yang berjuangan menentang musuh tetapi sebenarnya ia sendiri masih bergelut dan sentiasa tumpas dengan musuh yang berada dalam dirinya.



2- Jamaah dan gerakan Islam mesti serius dalam menerapkan tarbiah ruhiyah dalam diri ahli. Ahli tidak boleh sekadar diajar untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh dan pentadbir yang cekap, juga bukan sebagai pemikir di luar tradisi kebiasaan dan ahli yang berani, malah penekanan terhadap melahirkan ahli yang mempunyai kebersihan jiwa dan ketinggian akhlak mesti turut menjadi perhatian serius.
3- Tarbiah ruhiyah tidak bermakna meninggalkan kekuatan dalam berjihad sebaliknya ia hanya asas. Sesebuah bangunan tidak akan bertahan lama tanpa tiang yang teguh. Sebuah rumah tangga tidak akan bahagia sekiranya suami berkahwin dengan isteri dengan hawa nafsu. Sebuah keluarga akan hancur sekiranya ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang berlandaskan Iman. Solat juga tidak akan menjadi sekiranya tanpa ilmu dan kefahaman yang baik. Maka sebuah tarbiah juga tidak ke mana sekiranya murabbi dan mutarabbi tidak bersih hatinya.
4- Guru Said Hawwa berpesan sebagai suatu asas, jadilah orang faqih yang zahid bukannya zahid yang faqih. Maknanya sebuah ilmu mesti ada asas yang teguh.
5- Pemahaman tentang makna budi dalam Islam mesti ditekankan. Sebagai contoh:
• Zuhud: Memalingkan ‘muka’ daripada dunia
• Tawadhu’: Merendahkan diri dan menjauhkan diri daripada perasaa takbur
• Taqwa : Mengelakkan diri daripada perkara yang boleh menjerumuskan diri ke dalam bahaya
• Khauf : Takut amalan tidak akan diterima Allah dan dicampakkan ke dalam neraka

Dan banyak lagi. Sekian untuk usrah maya kali ini.








2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

maaf mengganggu. Untuk pengetahuan ustaz, saya tidak kenal ustaz dan ingin kenali ustaz pendakwah serta menjemput ustaz nanti untuk berceramah di surau rumah saya, insyaAllah.Saya pernah melayari sekali sahaja blog ust dahulu apabila ust bercerita kisah keluarga ustaz serta anak2 ustaz fasihah dan faqih. Kemudian, saya berpindah ke Sabah dan di sini sukar untuk mendapatkan internet. Kini baru berpeluang membaca semula. Saya amat tertarik dengan kehidupan ustaz sekeluarga. Mudah-mudahan baik-baik sahaja.

saya tertarik dengan entri terbaru dan frasa bapa berkahwin dengan ibu kerana nafsu. ada beberapa persoalan muncul di benak saya dan mohon pandangan ustaz yang alim lagi faqih, insyaAllah.

1) adakah kahwin kerana cinta itu dikategorikan sebagai kahwin nafsu?

2) atau kita kahwin je la dengan sesiapa tanpa mengira kepentingan ada cinta..bagaimana pula hujah ustaz hazrizal bahawa dengan cinta itu adalah pengukuh rumah tangga?

3) bukankah Allah dah kata diciptakan kamu berpasang-pasangan agar kamu merasa tenteram dan berkasih sayang? adakah ini bukan cinta?

4) bukankah tnda positif istikharah adalah apabila kita tenang dan merasa kecenderungan pada si dia ( atau lebih tepat tidak semena Allah timbulkan hembusan cinta ) maka kita pun menerima dia sebagai pasangan dan adakah ini dikata mengikut nafsu?

5) adakah cinta pertama adalah cinta sebenar, manakala yang kedua dan seterusnya adalah nafsu semata?

6) ada yang mengatakan poligami adalah untuk menyelamatkan wanita namun apabila ia dimulakan dengan cinta, adalah salah malah haram. justeru, adakah poligami tanpa cinta? bagaimana sirah rasulullah pula..maaf sy tak pandai.

fitrah manusia adalah cinta maka wujud perintah berkahwin. justeru cinta sekiranya dikata nafsu, maka kita perlu elak dan jangan berkahwin..er..ye ke..? tambah2 kalau wanita yang nasibnya malang, andartu, asyik suami orang je datang...maka eloklah bagi dia jangan berkahwin. betul ke ustaz?

moga ust dan keluarga dlm redhaNya. kirim salam pada isteri dan anak-anak ustaz.

sy hanya mencari jawapan.terima kasih

insan keliru
Sabah

Tanpa Nama berkata...

salam ramadhan..
anda insan bertuah dilahirkan dalam kesederhanaan, diberi peluang melahap ilmu..tapi kene beringat selalu.itu semua datangnya dari ALLAH SWT..


ilmu.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE