Sabtu, 29 Ogos 2009

JAGALAH KEBERSIHAN HATI

4 Cadangan/Pandangan
Apabila orang tidak menerima dakwah bahkan membenci kita, maka pertamanya kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita tidak boleh menuding jari kepada mereka, seolah-olah mereka tidak bersedia menerima hidayah dan nasihat.

Mungkin sebenarnya kita tidak mempunyai hubungan yang erat dengan Allah swt, menyebabkan pintu keberkesanan dakwah itu tidak terbuka seluasnya. Mungkin juga kerana skill dan teknik dakwah kita masih kurang menarik dan memerlukan kepada pembaik pulihan dari masa ke masa.

Sesungguhnya dosa dan maksiat yang kita lakukan akan menghalang keberkatan dari langit. Menurut al-Jailani sekalipun, hanya yang berjiwa gemerlapan sahaja mampu memperluaskan empayar dakwah. Al-Buti menjelaskan dalam bahasa yang penuh nasihat, masakan yang berhati gelap mampu memberikan cahaya kepada orang lain, sedangkan ia sendiri tidak mempunyai cahaya yang mencukupi.



Orang yang melakukan maksiat secara berterusan ini telah dijelaskan oleh Allah swt, sebagai ornag yang redup dan gelap wajahnya. Semacam terdapat kepingan gelap malam pada wajahnya. Menyebabkan orang tidak berkenan untuk menerima nasihatnya bahkan orang menjadi benci kepadanya.

Keimanan kepada Allah akan memudahkan proses dakwah. Islam tidak akan menang di tangan pelaku maksiat meskipun Allah boleh memenangkan Islam di tangan pelaku maksiat. Memang Islam tidak perlukan kita, namun secara munasabahnya, Islam amat memerlukan pemuda yang beriman dan cerdik untuk mempercepatkan proses kebangkitan islam.

Kaedah terbaik dalam mendidik hati kita ialah dengan mencari seorang murabbi yang mampu mendidik kita. Murabbi ini ibarat seorang ayah yang memberikan kasih sayang kepada anak, seorang sheikh yang membersihkan hatinya dan seumpama seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan.

Read More......

Isnin, 24 Ogos 2009

PANDANGAN LATIFF

2 Cadangan/Pandangan
Cadangan Latif amat menarik. Sekiranya beliau jadi Pengarah Akademi Pengajian Islam (AI), beliau mahu semua mengerjakan solat Zohor dan Asar di surau apabila masuk waktu. Semua kelas dibatalkan. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau.

Benar ilmu sangat penting dan tidak mengapa dilewatkan solat. Namun adalah lebih baik jika semua mengerjakan solat pada waktu yang sama. Ia akan menguatkan syiar Islam, menghidupkan roh beragama dan mengeratkan ukhuwah. Pasti surau AI akan penuh. Saya berkata kepada Latif, “Benar ilmu penting. Namun ilmu mengajar kita, solat berjamaah di awal waktu secara ramai-ramai adalah lebih baik. Maka tibalah masanya untuk mengamalkan ilmu.”



Kedua, beliau juga memasang impian agar pelajar diberi ruang untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Saya amat bersetuju dan menyokong pandangan beliau. Anehnya, USM, KUIS dan beberapa kampus lain boleh mengizinkan kepimpinan pelajar menyampaikan khutbah. Maka apa lagi di AI, sepatutnya ruang dibuka lebih luas. Barulah kepimpinan terasah.

Saya menutup perbincangan kami hari itu dengan satu persoalan yang menggasak, “Bilalah agaknya semangat ingin mengerjakan solat secara berjamaah di masjid akan timbul dalam diri kita semua? Malangnya, ramai juga staff AI yang melewat-lewatkan solat Jumaat dan ada yang tidak nampak wajah di surau. Saya tidak mengata sape-sape, maaf.”

Read More......

JADI PENGARAH MENGEJUT, HEHE

2 Cadangan/Pandangan
PEMBETULAN TARIKH PROGRAM: 1 SEPTEMBER 09, ISNIN

Saya menjadi pengarah dalam satu program yang dirancang tidak sampai setengah jam, dan ia terus dipersetujui dengan cara yang amat mudah sekali. Pengarah kepada Malam Sinar Ramadhan, anjuran River View (RV), rumah sewa saya dengan kerjasama Masjid Al-Rahimah atau dikenali dengan Masjid Cina (lantaran ia dikelilingi ramai penghuni Chinese) dan PMIUM.

Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk merapatkan hubungan kami ahli jamaah dengan penduduk mukim tersebut. Ia sebuah masjid bersejarah. Universal dan unik. Dikelilingi ramai orang Chinese, dan anjing garang yang akan mengejar di pagi Subuh ketika ke masjid, malah dipenuhi dengan ramai orang India, Bangladesh dan Indonesia. Penduduk tempatan dan asing lebih kurang sama ramainya.

Ia tidak pernah meriah dan acap suram. Namun kami penghuni RV, bermula menjadi kepimpinan PMIUM, kami sentiasa memasang tekad untuk melunaskan solat berjamaah di sana meskipun terpaksa menunggang motor kerana jaraknya dan walau terpaksa berkejar dengan anjing.


Berikut adalah senarai program yang bakal kami adakan. Tanpa sebarang sponsor kecuali kemungkinan RM 100 daripada pihak masjid. Ust Naim terkedu untuk meneruskan program yang bakal menelan belanja melebihi RM 1 ribu. Namun saya membulatkan tekad untuk meneruskannya. Alhamdulillah dan Insya Allah, duit akan mencukupi. Ini semua tertakluk kepada kekuasaan Allah taala.

TARIKH: 30 OGOS, HARI AHAD

6 pm : Kehadiran Masyarakat
630 pm : Special Talk : Ust Mohd Khairul Naim Che Nordin (Timb Pres UKP)
“Bersama Rasulullah saw di Bulan Ramadhan”
650 pm : Zikir Munajat & Doa oleh Ust Mohd Fauzan Ma’ruf (CEO I-Mind Centre)
720 pm : Iftar Ringkas
730 pm : Solat Maghrib : Ust Ahmad Shahir Shah (Tutor Fak Sains UM)
750 pm : Iftar Jamaei
830 pm : Solat Isya’ : Ust Mohd Fauzan Ma’ruf (CEO I-Mind Centre)
Solat Tarawih I : Ust Jamal (Syria)
Solat Tarawih II : Ust Shahriul (UM)
Solat Witir : Ust Mohd Hafiz Hassan (KPLI UKM)
945 pm : Forum Perdana
“Membina Keluarga Bahagia Di Bulan Ramadhan”
Moderator : Mohd Syazni Munir (YDP PMIUM)
Panelis : Dr Lukman Abdullah (Pensyarah Jab Fiqh Usul APIUM)
Dr Che Zarina Shaari (Pensyarah Jab Akidah & Pemikiran Islam APIUM)
1045 pm: Deklamasi Sajak+Slide (Ust Yusri Hafiz, PUM)
11 pm : Pembahagian Hadiah

Read More......

SIAPA MAHU HANDLE KURSUS PERKAHWINAN?

6 Cadangan/Pandangan
Jika boleh, saya mahu ada kalangan rakan-rakan saya yang berkemampuan untuk mengendalikan kursus perkahwinan. Daripada dengar-dengar cerita orang, saya dapati kursus perkahwinan banyak memperkatakan tentang hubungan suami isteri tetapi tidak melangkah lebih jauh lagi. Maka ada banyaknya jika yang mempunyai fikrah mengendalikan kursus tersebut dan biarlah sasaran itu pada peringkat permulaan terfokus kepada ahli harakah.

Siapa sanggup? Read More......

Ahad, 23 Ogos 2009

APA RESPON?

4 Cadangan/Pandangan
Pernahkah Nabi SAW tertinggal tahajjud? Bagaimana respon Saidina Umar apabila bertembung antara mengerjakan solat di awal waktu dengan kemaslahatan ummah? Bagaimana jika dalam tamrin, Solat Subuh dilewatkan? Bagaimana pula jika AJK program tidak mengizinkan solat Dhuha?

Lebih kritikal lagi, waktu solat tidak dimasukkan dalam agenda dan tentatif. Apa respon kita? Masa untuk membaca al-Quran juga tidak dimuatkan dalam pengisian. Apa pandangan kita? Apabila peserta bersenam/ beriadhah sambil mengalunkan nasyid zikir Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar dimarahi, puncanya kerana nasyid itu tidak relevan, maka apa sorotan kita?

Peserta juga tidak dibenarkan untuk membaca al-Mathurat secara berjemaah selepas Subuh dan selepas Asar. Dikejutkan pada jam 4 pagi untuk mengadakan sesi perbincangan dan kuliah dasar. Apa pandangan kita tentang semua perkara yang berlaku ini? Muslimat dipilih untuk menjadi ketua kalangan peserta. Apa respon kita? Read More......

Jumaat, 21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN

2 Cadangan/Pandangan
Kedatangan Ramadhan kali ini amat menakutkan, lantaran saya berhadapan dengannya tanpa persediaan yang sangat kuat dan kukuh. Sehari demi sehari, masa berlalu sedangkan Ramadhan kian menggamit, saya berasa diri saya hampas semata, kekosongan dan penuh dengan kehampaan nikmat Iman.

Menjadi tradisi orang soleh, Ramadhan menjadi rindu-rinduan mereka. Mereka boleh hidup tanpa Muharram dan Syaban, namun jiwa mereka serba tidak tenang tanpa Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan adalah pengubat segala keluh kesah, penawar bagi segala kerunsingan. Bermunajat di malam Ramadhan adalah berbeza sama sekali dengan munajat di bulan lain.




Bukan kerana bulan lain tiada al-qadar, bukan kerana itu. Tetapi kerana Ramadhan adalah bulan yang dikhususkan untuk beribadat sepenuhnya. Namun erti ibadah ini bukanlah membaca al-quran sahaja, tetapi lebih luas daripada yang itu.

Ahli politik beribadah dengan membina negara dan dasarnya. Dalam masa yang sama, mereka mencari keluangan masa untuk membaca al-quran dan memperbanyakkan zikir sebanyak-banyaknya kepada Allah. Manakala bagi aktivis mahasiswa, bukan sahaja memberi kesedaran dan memperjuangkan kebajikan, malah mereka mesti mencari masa untuk berqiamullail dan berwirid setekunnya.

Adalah silap sekiranya Ramadhan dijadikan bulan untuk menghabiskan 30 juzu’ al-quran. Bukan itu tujuannya. Tetapi Ramadhan dijadikan bulan untuk mentadabbur maknanya dan menghayati sebaik-baiknya. Alangkah baiknya bagi seorang aktivis masyarakat untuk menghafaz sedikit sebanyak al-quran untuk dibawa ke dalam solat tahajjud bagi menambahkan perisa dan perasa dalam bermunajat.

Apapun, salam Ramadhan buat semua. Moga ia akan menambahkan rasa, bahawa kita belum layak menjadi penghuni syurga. Amalan kita selama ini, hanya layak untuk direndam dalam neraka sahaja.

Read More......

Isnin, 17 Ogos 2009

IMPIAN YANG BELUM TERLAKSANA

1 Cadangan/Pandangan
Dengan suara yang serak basah, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani melaungkan kepada penduduk Baghdad, “Seeru ‘alal himamil ‘aliyah” (Bergeraklah kamu dengan cita-citamu yang tinggi). Bertepatan dengan kesungguhan itulah, Ibnul Jauzi berkata di pinggiran Tigris, “Langkah pertama adalah pengorbanan jiwa.”

Ada satu cita-cita murabbi saya yang belum saya tunaikan, dan tidak termampu oleh saya untuk melaksanakannya akibat ketidakkuatan saya. apabila murabbi mahukan saya memecut gerakan mahasiswa dan membawa satu paradigm baru yang lebih bersifat reform, saya mampu membawanya sedikit, meskipun tidak banyak.

Namun cabaran murabbi saya yang satu lagi, tidak termampu oleh saya. usaha tetap dijalankan Cuma belum termampu lagi setakat ini. Laungan cabaran murabbi saya ialah, “Pastikan suatu masa, kader PKS di Indonesia yang akan datang ke Malaysia untuk belajar tarbiah daripada kita.” Read More......

TERUSKAN PERJUANGAN

1 Cadangan/Pandangan
Saya menyebut dalam ucapan akhir-akhir saya dalam muktamar GAMIS, bahawa pertelingkahan ini wujud kalangan sahabat nabi lagi. Yang penting ialah mengurus perbezaan pandangan. Ansar pernah bergaduh sesama mereka akibat dilaga-lagakan Yahudi.

Ansar pernah terasa dengan Nabi saw yang kelihatannya lebih mementingkan orang Muhajirin. Semacam nabi bersifat kroni. Umar sendiri pernah melahirkan rasa terkilan dengan keputusan baginda saw dalam Perjanjian Hudaibiyah.

Kemudian pertelingkahan itu berlaku juga. Namun tidak perlu kita panjangkan. Saya menyimpulkan, berbeza pandangan adalah perkara biasa, maka janganlah terlalu pelik dengannya. Bahkan kritikan dan nasihat juga perkara biasa. Maka saya menyebut kepada muktamirin, jadikan muktamar sebagai medan menasihat dan mengkritik, serta memberi pandangan.




Dalam muktamar, kita bukannya mahukan orang bekerja. Kita mahukan orang bercakap. Bercakap memberikan nasihat dan pandangan. Bukannya membisu dan kelu. Bukan itu sifatnya muktamar. Sifat muktamar adalah bercakap dan meluah rasa. Dan saya bersedia untuk dikritik.

Allah menciptakan pemikiran manusia itu berbeza. Maka saya sudah sepakat dengan Mantan MT, bahawa kita tidak akan peduli dengan apa yang pimpinan baru lakukan. Buatlah apa sahaja selagi tidak mencarik dan mengoyak syariat. Jika GAMIS sudah bergerak secara legal, tetapi adik-adik mahu menukar bentuknya, lakukanlah. Saya tidak mahu masuk campur.

Jangan lawan nabi sudah. Mahu bertindak radikal, silakan. Maku eksklusif, silakan. Saya tidak akan mengkritik. Saya menyebut kepada mereka, kami hanya sepakat untuk memberikan bantuan kewangan jika diperlukan. Saya rela susah asal-asal kepimpinan baru senang dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Bagi saya, saya tidak hidup senang tidak mengapa. Kerana saya ini, neraka sudah confirm namun syurga belum pasti. Mengapa saya mesti terlalu berbakti kepada diri saya sedangkan saya sendiri tidak tahu arah tuju saya. neraka atau syurga. Pintu neraka terbuka luas untuk saya sedangkan pintu syurga amat sempit.

Maka saya tidak menganggap diri saya penting. Saya menganggap yang lain lebih penting daripada saya. Maka saya menguatkan tekad untuk membantu adik-adik yang memerlukan kewangan jika terdesak. Namun untuk idea GAMIS, antum, gerakkan sendiri. Kerana antum lebih tahu tentang urusan kepimpinan antum.

Allahu akbar





Read More......

KONSERT KEDUA

2 Cadangan/Pandangan
Saya dan Azlan memasang impian yang seterusnya. Kami akan mengadakan konsert mega haraki jihad yang akan menampilkan tiga kumpulan nasyid haraki Indonesia. Ruhul Jadid, Soutul Harakah dan juga Izzatul Islam. Saya tidak sabar-sabar untuk melaksanakan konsert tersebut dalam satu bentuk yang lebih menggegarkan.

Kali ini, bentuknya ialah jihad dan semangat perjuangan memartabatkan Islam. Kami belum merancang sebaiknya tetang apakah pengisian yang harus dimasukkan ke dalam konsert tersebut. Namun yang pastinya, kami akan cuba sedaya upaya untuk menimbulkan rasa dan ingin jihad yang tinggi dan meletup.

Doakan perjuangan kami. Insya-Allah, jika kena dengan cara, kena dengan ketentuan Allah, kami akan mengadakan konsert haraki itu dalam bulan tiga tahun hadapan. Nantikan kemunculan kumpulan nasyid Indonesia yang memukau. Read More......

Ahad, 16 Ogos 2009

SELAMAT BERJUANG

4 Cadangan/Pandangan
Syukur alhamdulillah, saya baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu yang baru dalam blog ini. Sudah lama saya menyepi dan terperosok dalam lembah kebisuan, lantaran mood tidak terbina sebaiknya dan rasa bosan menerjah-nerjah, selain pemfokusan yang terhakis dek program dan akticitas yang bertubi-tubi. Malah saya merenung blog sahabat saya yang lain, lebih kurang sama sahaja, tiada perkembangan baru dan lama sekali menyepi daripada gagasan idea yang mencabar.

Saya sudah meletakkan jawatan dalam Gamis. Saya sudah mendapat tawaran unuk berada dalam satu posisi yang mengujakan saya. Saya juga telah merangka dua lagi kedudukan saya dalam dua tempat yang berbeda. Pastinya saya ingin sekali menempatkan diri saya dalam posisi yang paling sesuai dengan kemampuan saya.



Kata saya kepada beberapa sahabat, “Kalau ana berada dalam posisi yang sesuai, sebagai apa sekalipun asalkan sesuai, ana akan terima. Tetapi jika ana diminta menjadi ketua sekalipun, bagi menggerakkan media, ana surrender awal-awal.”

Adik ana Idris dari UKM kini menggantikan tempat yang sudah ana pegang dua tahun lamanya. Saya berkeyakinan beliau mempunyai aspirasi tersendiri dan keinginan untuk menggerakkan Gamis dalam bentuk yang beraneka. Saya mengetahui beliau sangat berpotensi untuk mencipta satu perubahan paradigm yang besar asalkan mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat yang lain sepenuhnya.

Menariknya, Presiden dan Pengerusi Sigma, hafiz hafizah dalam bidang Quran. Kedua-duanya asalah dari rahim tarbiah Darul Quran. Mereka pernah dalam satu ruang vakum yang sama di DQ dulu, dan kini menyambung tradisi perjuangan dalam Gamis pula. Ini satu perkembangan yang menarik bagi saya.

Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan kepada mereka. Saya juga tidak mahu memberikan sebarang idea dalam blog ini. Saya tidak mahu marah-marah mereka jika ada silap yang dilakukan. Ikutlah mereka mahu jadi apa. Asal mereka tahu, bahawa mereka berjuangan untuk kebaikan Islam jua. Selamat berjuang adik-adikku, saya doakan kalian.



Read More......

Khamis, 6 Ogos 2009

TAHNIAH USTAZAH FIDAH

4 Cadangan/Pandangan
Saya rasa sudah tidak malu untuk mengaku bahawa MT Muslimat Gamis jauh lebih baik berbanding saya dan mereka ternyata telah membuktikan keupayaan mereka yang luar daripada kebiasaan. Syabas Ustazah Rafidah, beliau cekal membawa slogan perjuangan SIGMA dan kelihatannya beliau berjaya mencecah suatu pencapaian yang tidak pernah terbayangkan.

Bukan setapak mahupun dua, bahkan mereka melangkah berpuluh-puluh tapak. Serasa satu nikmat yang terpuncak apabila bekerja dengan mereka, yang berhati waja dan berwajah kental. SIGMA bukan lagi retorika sembangan sebaliknya satu realiti terpancar yang gilang-gemilang dan cukup menyerlah. Ibarat sinar matahari yang memancari dan menyeluruhi bumi, mungkin begitulah agaknya kekuatan SIGMA di bawah Ustazah Rafidah, Kak Zafirah, Ustazah Munawirah, Ustazah Fariza dan Ustazah Aini.




Saya rasa ia satu cabaran yang sangat besar untuk adik-adik pimpinan baru untuk meneruskan rentak perjuangan mereka. Saya sendiri dipukul rasa kagum melihat kesungguhan mereka di luat keterbatasan dalam Kongres dan Konsert yang diadakan. Bekerja dan hanya tidur sejam dua dalam seharian adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk dicapai. Bahkan sangat kepenatan berfikir dan merancang secara gila-gila dalam tempoh empat lima bulan berturut-turut.

Namun adik-adik sedengar cuping telinga saya, tidak mengalah. Mereka tampaknya tidak mahu tenggelam dalam arus perjuangan yang sangat deras itu, bahkan mereka turut cuba meneruskannya dalam arus yang lebih bergelombang, arus-mengarus dan ombak-mengaombak. Maka saya sendiri tidak mahu memandang lekeh dan rendah terhadap peri upaya mereka kerana mereka juga bakal mencipta satu kejutan demi kejutan, sehingga akhirnya, saya yakin masyarakat akan teralih kepada GAMIS seluruhnya.

Tahniahla kepada SIGMA. Saya dan Ustaz Kusaire menghormati upaya dan wibawa anda. Tahniah dan terima kasih…



Read More......

Isnin, 3 Ogos 2009

WAJIB TURUN KE JALANAN BANTAH ISA

21 Cadangan/Pandangan
Saya berkata kepada setiap yang bertanyakan saya tentang hukum turun ke jalanan membantah ISA. Wajib. Yang lain bertanya, kalau pimpinan kampus tidak keluarkan arahan? Wajib. Kalau ada perbincangan ilmu? Wajib. Itu sahaja jawapan saya, iaitu wajib.

Saya hanya berlonggar-longgar dengan beberapa pihak, antaranya AJK Konsert yang terpaksa melupakan keinginan mereka turun ke jalanan lantaran kerja carnival yang banyak dan menghimpit. Apatah lagi tarikh 1 Ogos adalah sudah lama dipilih dan diuar-uarkan, bahkan lebih mendahului tarikh demonstrasi itu sendiri. Maka yang semacam ini, ada kelonggarannya.

Bukankah tidak perlu semua turun ke jalanan, perlu ada yang mempelajari ilmu berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Taubah? Saya tidak pedulikan alasan sebegitu. Saya tetap katakan wajib. Kerana ilmu bukan hanya satu masa dan satu keadaan. Ilmu boleh dipelajari sebelum, semasa dan selepas turun ke jalanan.



Orang yang tenggelam dalam ilmu tetapi tidak peduli soal rakyat adalah orang yang beku. Ibarat air yang bertakung yang akhirnya akan melahirkan jentik-jentik. Ibarat air longkang yang membusuk apabila tidak mengalir. Ibarat burung yag disangkarkan dan tidak terbang bebas.

Turun ke jalanan adalah wajib. “Tapi ustaz, pimpinan kampus kami tidak mewajibkannya bahkan ada yang melarang kerana bimbangkan faktor keselamatan.” Saya ingin katakan, itu pemimpin pengecut dan saya hairan bagaimana orang pengecut boleh memimpin. Jika Aidh al-Qarni mengetahui keadaan ini, pasti marahlah ia dengan kepengecutan yang ada itu.

“Tapi ustaz, ia menyusahkan rakyat.” Ini mentaliti UMNO, sangat sempit. Apa yang disusahkan berbandig dengan orang yang terkurung dan terseksa dalam tahanan ISA. Nampak gaya, orang yang pengecut ini mesti di ISA kan terlebih dahulu agar timbul sikap peduli dalam dirinya.

Demonstrasi adalah bid’ah. Itu pernyataan paling sempit dan dangkal saya dengar. Mana dalil kamu katakan ia bid’ah dan maksiat. Sebab nabi tak buat? Kalau begitu, banyaklah yang nabi tak buat. Banyaklah yang nabi tak laksanakan. Sempitlah Islam jika begitu. Jumudlah Islam dengan pemikiran sempit itu. Bagi saya, orang yang paling strategis adalah orang yang melaksanakan strategi yang nabi sendiri tidak buat.

Ini kerana strategi ini adalah melakukan sesuatu yang tidak terfikirkan orang lain. Sedangkan strategi nabi telah dikaji dan dianalisis oleh Barat. Jika nabi ada di zaman sekarang, saya berani mengatakan bahawa nabi sendiri akan sentiasa mengubah strategi baginda sehingga sukar orang memahami dan mentakwilkannya.

Sudahlah, jangan beralasan. Hukum turun ke jalanan baru-baru ini, adalah wajibul ghunnah.





Read More......

GAMIS DAN PERUBAHAN

4 Cadangan/Pandangan
Azlan mencadangkan agar saya menjemput YB Nizar untuk menjadi perasmi muktamar Gamis nanti, atas title MB Perak. Saya pula ingin mencadangkan nama Lim Guang Eng. Saya menambah lagi, kalau Chin Peng balik, kita akan jemput Chin Peng sebagai perasmi.

Saya hanya sempat mengadakan tiga program terbuka sepanjang kepimpinan saya. Almaklum, Gamis baru sahaja mendapat cop halal. Satu, program Tamrin Kepimpinan Al-Fateh. Dua, Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Negara. Tiga, Konsert Antara Dunia.




Azlan mencadangkan agar saya menjemput YB Nizar untuk menjadi perasmi muktamar Gamis nanti, atas title MB Perak. Saya pula ingin mencadangkan nama Lim Guang Eng. Saya menambah lagi, kalau Chin Peng balik, kita akan jemput Chin Peng sebagai perasmi.

Saya hanya sempat mengadakan tiga program terbuka sepanjang kepimpinan saya. Almaklum, Gamis baru sahaja mendapat cop halal. Satu, program Tamrin Kepimpinan Al-Fateh. Dua, Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Negara. Tiga, Konsert Antara Dunia.


Read More......

Ahad, 2 Ogos 2009

MASA PERTUKARAN PIMPINAN MAKIN HAMPIR

6 Cadangan/Pandangan
Saya akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat. Sudah tiba masanya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada adik-adik baru yang saya kira lebih enegertik berbanding saya.

Dengan harapan, teruskan pacuan momentum. Dua perkara yang harus dititikberatkan ialah, perubahan dan empowerment. Jangan sekadar ingin berubah tetapi tiada empowerment. Inilah yang saya cuba lakukan dalam tempoh dua sesi kepimpinan saya. ia terlalu berat kerana untuk menyerasikan fikrah dan impian kalangan pimpinan pun mengambil masa yang sangat lama.

Sebagai contoh, apabila kami berbincang untuk menyewa pejabat, timbul satu persoalan. Siapa yang akan bekerja di pejabat? Ini kerana hanya saya yang tidak bekerja. Yang lain semua ada komitmen. Namun pada saat-saat akhir, dua lagi MT menjadi full-timer semacam saya dan mereka berdua yang banyak merancakkan perjalanan Gamis.



Bukan senang untuk sefikrah. Ini bebanan yang paling berat. Saya kira, antara perkara yang paling perit saya buat ialah untuk tidak sekata dengan orang-orang besar dalam parti Islam. Amat perit. Namun saya tegaskan, salahkah saya berbeza pandangan dengan orang-orang besar? Walhal dengan para sahabat yang besar sekalipun, kita boleh berbeza pandangan.

Mungkin saya ada biadap, namun saya tidak menganggap itu satu kesalahan yang besar. Saya kepelikan dan keanehan. Apabila adik-adik KIAS datang berjumpa saya, mereka juga keanehan. Mereka berkata, “Orang-orang tua kata, orang muda mesti berani buat silap.” Tetapi apabila kita buat sesuatu, kita pula yang dimarahi. Budaya ini amat memeritkan dalam menuntaskan tunas baru dalam gerakan Islam.

Orang-orang muda, mahasiswa ramainya terkena virus ‘tua’. Fikir panjang action kurang. Berhati-hati banyak, tidak berani mengambil risiko. Pandai mengangguk tetapi tidak berani menggeleng. Bagi saya, ia amat merugikan dan memeritkan. Jika begini, lebih baik nama Gamis ditukar kepada Gabungan Orang Tua Islam Se-Malaysia. Jika orang-orang dalam PAS mahukan Gamis jadi Pas totok, maka Gamis tukarlah nama kepada Gabungan Mahasiswa Pas Se-Malaysia.

Namun saya tidak mahu membayangi kepimpinan baru. Saya akan serahkan kemudi Gamis kepada mereka sepenuhnya. Ikutlah mereka nak jadi apa. Nak jadi Pas totok, atau UMNO totok, terpulang. Saya berfikir, dan saya bergerak mengikut lunas gerakan Islam dalam ruang lingkup yang pelbagai rencam.

Tidak bermakna apabila kami mengadakan konsert, maka kepimpinan baru turut mahu mengadakan konsert. Lebih baik diadakan konferens antarabangsa. Libatkan mahasiswa daripada pelbagai negara. Atau antara Gamis dengan KAMMI terlebih dahulu. Saya amat berharap dapat mengadakan satu gabungan antara Gamis dengan Kammi dari Indonesia. Namun masa kian menyempit.

Adik-adik diharap dapat meneruskannya. Kita mesti mengukit sejarah.


Read More......

KONSERT ANTARA DUNIA YANG MEMUKAU

15 Cadangan/Pandangan
Saya, AlhamduliLlah, hamdan katihran, wa syukru liLlah di atas segalanya nikmatnya yang melimpah ruah. Tidak putus-putus saya mengulangi kalimah alhamduliLlah di malam konsert. Hati saya dibasahi rasa gembira yang amat melihat perjalanan konsert yang lanca serta tiada masalah. Kalutnya hanya satu di peringkat saya, iaitu terpaksa bergegas menyiapkan nama VIP dalam tulisan jawi apabila diminta mengejut oleh Tuan Guru sebagai perasmi konsert tersebut.

Menanti malam konsert adalah satu keperitan yang tidak terbayangkan oleh saya. AJK, MT GAMIS sekalipun terpaksa bersengkang mata, berbincang dan bekerja, menyelaras dan bertindak, tanpa rasa jemu mengatur langkah, tidur kadang-kadang di pukul 4 pagi, kadang-kadang lima pagi dan esoknya terpaksa melakukan kerja yang lain pula. Ia suatu tempoh yang amat meletihkan namun menyeronokkan.



Saya dengan Kusaire sendiri, setelah berhempas pulas seharian, ke sana ke sini seharian sebelum konsert, akhirnya kami tiba di stadium jam 3 pagi dan saya berkata kepadanya, “Kita tidur dalam 10 minit.” Namun apabila kami tersedar, jam menunjukkan pukul 6 pagi. Lama sekali kami tertidur, sedangkian hajat kami ingin menggantung bunting pada malam itu.

Ia suatu keseronokan. Tuan Guru MB Kelantan datang pada malam tersebut. Pastinya ia satu kenangan manis buat saya apabila dapat berada di samping beliau. Melihat sendiri secara lebih dekat betapa zahidnya beliau. Yang lain yang turut datang ialah, YB Dr Zulkifli Ahmad, YB Rodziah, YB Khalid Samad, YB Dr Mariah Mahmud, Haji Annual Bakri, Haji Izham dari Ummah Centre, “Abah” Kota Raja, Ust Ali dan Ust Zul Permata Hijrah dan ramai lagi.

Banyak ingin saya ceritakan. Saya tidak mampu membayangkan rasa seronok saya melihat perjalanan konsert tersebut. Apa lagi apabila melihat kedatangan penonon yang ramai di luar jangkaan. Segalanya saya simpulkan dalam dua perkara apabila ditanya oleh pihak media,

“Kejayaan ini adalah kerana hubungan kami dengan Allah dan semangat setiakawan antara GAMIS dengan RABBANI.”







Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE