Khamis, 26 Februari 2009

AKU DAN NILAM PURI

9 Cadangan/Pandangan
Saya mula dikenalkan dengan gerakan Islam ketika berada di Nilam Puri. Cawangan Akademi Pengajian Islam di sanalah bertapaknya.

Saya mula dimomokkan dengan beberapa istilah arabic secara bertubi-tubi sehingga saya tanpa rasa silu untuk menyatakan, saya agak menyampah dengan momokan berlebihan tersebut. Benarlah, benda baik mahupun, jika berlebihan hanya menatijahkan perasaan geli geleman dan loya.

Antaranya istilah biah solehah. Istilah itu baik, malah perjuangan saya, memang ke arah mencapai matlamat itulah. Namun apabila setiap hari dimomokkan dengan biah solehah, rasa bosan mula hinggap dan menjentik hati saya. Begitu juga dengan ikhtilat, letih dan penat telinga saya mendengarnya.

Jangan melampau dan janganlah longgar pula. Islam ini mudah, maka jangan permudahkan lagi sehingga melebihi batasan yang diizinkan.

Abu Darda’ apabila diminta untuk menyampaikan tazkirah setiap hari menolaknya lantaran bimbang gangguan kebosanan singgah bertapak dalam hati sahabat yang lain. Erti kebosanan ini jugalah yang cuba dielakkan oleh Nabi SAW. Ya, malah nabi pun berhati-hati agar tidak menghadirkan kebosanan dalam diri para sahabat.

Saya tidak tahan mendengar laungan biah solehah. Apa kriteria biah solehah yang menjadi gagasan perjuangan di bumi tarbiah itu. Apakah hanya dengan mengadakan program keilmuan, terjaganya ikhtilat, muslimin dan muslimat berjalan jauh-jauh, itu dinamakan biah solehah? Saya rasa penilaian itu masih terlalu lemah. Saya sendiri tidak terfikirkan soal kriteria itu dalam tempoh yang sangat panjang dan saya tidak segan untuk mengatakan, saya kesesatan dalam tempoh yang panjang dan lama.

Apapun, Nilam Puri banyak mengajar saya. Teoretikel dan praktikal, cuma praktikalnya masih terselindung di sebalik awan gemawan yang gelap. Kami tenggelam dalam keasyikan berusrah sesama kami namun impak dan implikasinya tidaklah setara mana. Kami tenggelam dalam asyik-makhsyuk melaungkan nasyid jihad dengan suara yang jitu walhal jihad kami entah di mana. Alam eksklusif, tarbiah terlalu eksklusif untuk kami, dan kami sekadar mampu melahirkan ahli bahkan pimpinan yang malas berusrah.

Ini semua nature yang melemahkan. Pengalaman saya tidaklah perit malah membanggakan, cuma ia perlu diteliti semula dan diadakan satu proses pemerkasaan yang jitu dan padu. Usaha meratakan tarbiah agar semua dapat mengecapi kelazatan ber’tarbiah’ perlu dikonseptual dan diimplementasikan.

Hanya sekadar berbangga sebagai satu alam tarbiah, ia tidak ke mana-mana. Read More......

Rabu, 25 Februari 2009

KULIAH BULANAN RV

6 Cadangan/Pandangan
River View atau nama manjanya, RV adalah nama rumah saya dan sahabat-sahabat. Macam-macam nama rumah pencinta gerakan Islam di kampus. Ada RO atau Rumah Omar. Ada RS atau Rumah Sumaiyah. Ada RZ atau Rumah Zainab. Malah ANW, merujuk kepada Anjung Wahdah. Sahabat-sahabat saya pula, lantaran rumah sewa kami berdekatan sebuah longkang besar, maka terpalitlah nama River View.

Pandangan sungai, mengalir tanpa putus dan tak termampu untuk disekat. Pemikiran yang sentiasa mengalir dan memberikan impak yang besar dan menggemparkan. Jangkauan pembacaan yang di luar suasana keselesaan dan biah kebiasaan.

Akhirnya kami memutuskan untuk mengadakan kuliah bulanan. Alhamdulillah idea itu keluar menyusup dari benak akal saya. Akal saya tidaklah besar dan luas, namun hikmah itu adalah barang hilang orang mukmin, mungin akan terkeluar daripada orang biasa.

Saya sangat gembira apabila kuliah anjuran kami mendapat sambutan yang memuaskan. Orang yang kami jemput pun bukan calang-calang. Prof Madya Kamil Abd Majid berpengalaman dalam bidang dakwah telah berkongsi pengalaman beliau yang luas. Yang menarik adalah ideanya berkaitan akhawat atau perempuan. Mungkinkah satu masa nanti ustazah yang akan menyampaikan kuliah Maghrib di masjid-masjid?

Prof Madya Dr Fauzi Hamat pula terlatih dalam bidang pemikiran kritikal. Beliau mendedahkan siapa beliau yang sebenarnya. Beliau banyak berkongsi berkaitan kesufian dan kebersihan hati.

Mungkin yang ketiga sangat menarik. Jika beberapa ‘orang’ tahu siapa orang kami jemput, pasti dikatanya kami kini bercelaru fikrah. Kami dengan berani dan tekad menjemput Dr Azizan dari fikrah yang berlainan, atau lebih tepat Naib Presiden 3 Haluan datang menyampaikan kuliah berkaitan tarbiah.

Mungkin adat orang Kedah. Cakapnya sedap dan bersemangat. Memukau dan mempesona. Menguja dan meng’terkesima’. Alangkah asyik-makhsyuknya kami dibuai semangat dan pengetahuannya. Ya, sangat kami terpesona.

Kuliah bulanan kami ini memberikan petanda yang jelas, bahawa rumah jamaah perlu dihidupkan dengan pelita ilmu. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Perkembangan dan perluasan ilmu perlu diteruskan dan dijadikan agenda dalam mana-mana sahaja rumah jamaah.

Apatah lagi majoriti rumah kami dihuni oleh mantan pimpinan Persatuan Islam (PMIUM), maka lagi-lagilah kami mesti menghidupkan budaya ilmu. Budaya ilmu inilah budaya masyarakat bertanadun, budaya masyarakat Athens yang diteladani, budaya Andalusia yang pernah memahat sejarah.

Jangan terkejut kelak, jika ilmuan lahir subur hasil daripada kuliah bulanan yang hanya di rumah. Read More......

Isnin, 23 Februari 2009

MODEL TAMRIN BARU

6 Cadangan/Pandangan
Sekarang saya dalam proses untuk membuat model tamrin baru. Setakat ni ana baru brainstorm 1 jenis model. Untuk gambaran kasar, terdapat tiga jenis model tamrin yang bakal diperkenalkan.

1) Akademi Al-Fatih

Tamrin ini bertujuan dua yang terutama iaitu:
a) Ketahanan fizikal
b) Kebijaksanaan strategi
c) Berdiskudi tentang para panglima yang bersejarah dalam dunia Islam dan pemikiran serta strategi mereka

2) Akademi Al-Banna

Ada dua tujuan
a) Strategi dakwah
b) Praktikal dakwah
c) Perbincangan dan brainstorming tentang dakwah
d) Berdiskudi tentang al-Banna dan pemikiran beliau

3) Akademi al-Qaradawi
a) Keilmuan dan keintelektualan
b) Berdiskusi tentang pemikiran dan tulisan al-Qaradawi


Banyak lagi yang perlu ana jelaskan di sini. Nanti kami akan buat template. Terima kasih Read More......

Jumaat, 20 Februari 2009

INSYIRAH

5 Cadangan/Pandangan
Suasana malam itu khali. Haji Sibyan masih lagi berteleku di atas tikar sejadah dari tadi. Sejak pulang daripada masjid, beliau terus-menerus mengerjakan solat sunat. Tanpa putus. Sengaja beliau panjangkan ruku’ dan sujud.

Ruku’, bagaikan binatang yang berkaki empat. Dengan ini, Haji Sibyan merasakan dirinya hina sekali. Meskipun Allah memerintahkan hamba-Nya duduk dalam keadaan posisi sebegitu, namun mereka hanya mengikut tanpa banyak soal. Dalam ruku’ itulah Haji Sibyan membesar-besarkan Allah walaupun posisinya dalam keadaan yang menghinakan.

“Maha suci Allah, empunya kekuatan, kerajaan, kesombongan dan kebesaran”.

Dalam sujud, beliau merapatkan dahi ke tanah. Menyedarkan dirinya hanyalah dari tanah. Asalnya pancutan air mani yang hina, keluar dari saluran kencing yang jelek. Namun daripada air mani yang hina itulah, terbentuklah dirinya. Sekiranya manusia tidak menyedari hakikat diri ini, maka manusia tidak lebih daripada air mani. Dalam sujud inilah, Haji Sibyan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.




“Biarlah yang mencipta menentukan hidup kita”.

Itulah pesan gurunya dahulu.

“Empat,” kata gurunya. “Kamu kena ingat empat perkara ini Sibyan. Urat, darah, daging dan tulang, semuanya mesti tunduk akur kepada Allah. Pengabdian kepada Allah adalah mesti sepenuhnya, kerana kita hanya hamba yang lemah. Sibyan, cuba kamu terangkan apa yang kamu dapat daripada aku sepanjang kamu bersamaku,” gurunya bertanya.

Sibyan datang berguru di Kalimantan semata-mata ingin menambahkan ilmu di dadanya. Ilmu syariat dengan tujuan menjaga diri secara luaran. Halal dan haram mesti diketahui, perkara syubhat mesti dielakkan.

Ilmu hakikat untuk menajamkan mata hati, basirah. Mata hati mesti sentiasa digilap agar terhijablah yang tertutup, terburailah segala rahsia yang tidak tersingkap. Orang yang bersih hati akan semakin takut kepada Allah dan akan sentiasa berbasahkan air mata.

Ilmu persilatan adalah memperkasakan diri, dan yang terpenting ialah disiplin dan keyakinan. Umat Islam mesti kuat, tidak boleh lemah.

Sibyan masih ingat, sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansari masih bersama angkatan perang bagi membuka kota Konstantinopel meskipun telah berusia 81 tahun. Rahsia kekuatan sahabat besar itu ialah keinginan jihad yang memuncak di samping ketajaman mata hati dan tubuh yang terlatih.

Hassan al-Banna berkata, “Berikan aku 300 pasukan..”

“…Dadanya sarat dengan ilmu, hatinya bersih dengan taqwa, jasadnya terlatih, maka ketika itu, jika kalian mengajak aku untuk menerobos langit tujuh lapisan, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, maka aku sanggup”.

Haji Sibyan beristighfar berkali-kali. Sudah enam rakaat solat yang dikerjakan olehnya. Sujud akhir mengambil masa 20 minit. Beliau menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Kenangan bersama guru bermain-main bagaikan satu tayangan di benaknya. Rindu sungguh Haji Sibyan kepada gurunya yang sangat berilmu dan bertaqwa itu.

Haji Maniyah, itulah nama gurunya. Seorang pendakwah yang tekun dan tidak kenal lelah. Seorang alim yang tidak pernah takabbur. Haji Maniyah sentiasa berasa dirinya berdosa. Setiap malam beliau menangis dan merintih. Apabila beliau menjadi imam, pasti jiwa yang lain akan turut sebak.

Haji Maniyah seorang yang sangat lembut dan perahsia.

“Aku berdoa kepada Allah agar dibuang kasyaf setelah aku menikmatinya. Mendapat kasyah membuatkan aku tidak selesa kerana aku dapat melihat kekotoran orang lain. Sedangkan aku lebih suka jika aku nampak apa silap dan dosa aku sehingga aku boleh bermuhasabah,”.

Haji Maniyah seorang yang sangat rajin membaca al-Quran.

“Aku telah memaksa diri aku untuk mengkhatamkan al-Quran setiap minggu. Jika tidak, aku akan menghukum diri aku berpuasa 10 hari berturut-turut demi menebus kelemahan aku. Aku tidak mahu memanjakan diri aku”.

Haji Sibyan meneruskan istighfarnya. Terasa lemah sungguh dirinya. Dirinya bagaikan kotoran yang melekat dan tidak mampu terbuangkan. Pernah saya melihat Haji Sibyan membaca kitab Aqidatul Mukmin karya Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri sambil menangis.

Apabila saya merapatinya, beliau terkejut dan cepat-cepat mengesat matanya. Kemudian beliau tersenyum dan melayan saya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun saya tahu, Haji Sibyan menangis kerana beliau tidak mampu mengamalkan apa yang terkandung dalam kitab tersebut.

Saya sangat menghormati beliau.

“Haji, ana ingin bertanyakan satu perkara daripada haji jika tidak keberatan,” aku memulakan perbualan sambil mengambil tempat di sisinya setelah dipelawa. Haji Sibyan tersenyum manis. Ayah Insyirah ini memang seorang yang sangat peramah dan pemurah. Tingkahnya tumpah kepada semua anaknya. Insyirah juga tidak terlepas.

“Ada apa nak?” Alamak, orang tua ni panggil saya ‘nak’ pula. Dah tak sabar ke, bisik hati nakal saya.

“Apa erti tasawuf sebenarnya haji?” tanya saya seadab mungkin. “Anak, tasawuf ini bermaksud, satu proses menyingkirkan keinginan nafsu dan membuka ruang untuk nur Illahi bertapak,” jawab Haji Sibyan ringkas.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah bertemu dengan Insyirah. Ketika itu di padang. Ia asyik sekali membaca surah al-Rahman dan saya mendengar kejauhan. Suaranya merdu sekali. Makhrajnya baik, sifat hurufnya kemas dan lagunya tersusun.
Insyirah tidak lekang membaca al-Quran. Zainab menceritakan, Insyirah membaca al-Quran seolah-olah ia adalah gadis perindu al-Quran. Bangun sahaja dari tidur, selepas mengucapkan tahmid, terus sahaja ia membaca tiga Qul sebanyak tiga kali setiap satu.

Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, Insyirah akan berteleku di atas tikar sejadah dan akan menghabiskan satu juzu’ al-Quran. Inilah rutin harian Insyirah. Ia memang seorang gadis perindu al-Quran. Semacam, al-Quran ini darah yang mengalir dalam dirinya tanpa henti.

“Assalamualaikum ukhti. Maaf ana menganggu,” tegur saya. Saya bersama dengan Abu ketika itu. Insyirah terkejut. Sambil membetulkan pakaiannya Insyirah menjawab salam kami.

“Ukhti, kami sebenarnya kalaulah ukhti tidak keberatan, ingin sekali tahu apa kesudahan perguruan Haji Sibyan. Dulu, Hajjah Ruqaiyah tidak sempat menghabiskan ceritanya,” tanya Abu.

“Oh cerita yang tu. Abi merahsiakan kesudahan perguruannya. Cuma abi ada menyebut satu sahaja kesimpulan yang dapat abi buat,” saya semakin dikejar perasaan ingin tahu. Insyirah tersenyum dan memulakan ceritanya.

Maafkan saya, saya terpaksa merahsiakan apa yang disebut oleh Insyirah kepada saya. Ini kerana saya telah berjanji dengannya untuk merahsiakan perkara ini. Hanya Abu dan Faten sahaja yang mengetahuinya.

Saya memohon maaf kepada semua pembaca di atas kerahsiaan ini. Hari itu, selepas puas kami mendengar penerangan daripada Insyirah dan meninggalkannya, kami lihat gadis yang manis itu meneruskan pengajian al-Qurannya. Benarlah, Insyirah adalah gadis perindu al-Quran.
















Read More......

Khamis, 19 Februari 2009

MALAS MEMBACA AL-QURAN

3 Cadangan/Pandangan
Ketahuilah, sesungguhnya musuh Islam tidak pernah takut dengan kita lantaran:

Kita tidak membaca al-Quran
Jika membaca sekalipun, kita tidak memahaminya
Kendatipun faham, kita tidak beramal
Sekiranya beramal, ia tidak menjadi
Jika menjadi, ia tidak elok
Malah jika elok, ia tidak bertahan lama...

Perkara yang membautkan saya malu apabila ditanya,

"Siapa kalangan kamu yang pernah membaca 30 juzu' al-Quran berserta terjemahan
dan tafsirnya?"

Kita kena kembali pada pemikiran salafiah dan budaya hidup mereka. Salafiah memurnikan kehidupan mereka dengan al-Quran, maka kita juga perlulah begitu.

Tapi kita asyik membaca novel. Saya juga begitu. Saya asyik hias blog. Tapi malas baca al-Quran.

Imam al-Syafei membentak ahli fiqh yang sibuk dengan pengajian mereka,
"Kamu asyik dengan ilmu fiqh tetapi malas membaca al-Quran".

Agak-agak, apa Imam akan kata pada kita kalau beliau dihidupkan semula? Asyik berpolitik dan berdakwah, tetapi malas membaca al-Quran.

Maka sekurang-kurangnya, bacalah lima muka surat selepas Subuh.Baca pula pada malamnya lima muka surat lagi.

"Aku akan mencuba ya Allah. Tolonglah hamba-Mu yang gelap hati ini". Read More......

Rabu, 18 Februari 2009

KERAHSIAAN YANG MEMBANTUTKAN

10 Cadangan/Pandangan
Sejak awal-awal lagi, saya, bukan sahaja saya sebenarnya telah dimomokkan dengan kerahsiaan yang melampau dan membantutkan. Istilahnya ialah, “sir wa hazar”.

Sir ialah kerahsiaan. Hazar pula ialah kewaspadaan. Pernah Ustaz Azizan, bekas ahli PMIUM yang kini menjadi pegawai agama dalam ketenteraan menyebut, kerahsiaan wujud kerana takut. Saya terfikir ketika itu,

“Jadi, apabila ketakutan sudah hilang, maka tidak perlulah lagi kepada sir tersebut”.

Sir perlu untuk menjaga keselamatan gerakan. Itulah yang saya pegang selama ini. Pantang sekali perkataan-perkataan Arabic yang berbaur gerakan disebutkan di hadapan ramai. Perkataan bai’ah, tamrin, amir, dan sebagainya menjadi satu fenomena yang sepatutnya dielakkan.

Saya juga begitu. Tidak berani menyebut perkataan Arabic tersebut di khalayak. Saya bimbang dengan itu, rahsia akan terbongkar dan akan menimbulkan satu ketakutan.




Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang berbaur gerakan, saya juga dilarang untuk mendedahkan fakta ceramah kepada orang lain. Jika saya mendengar ceramah tentang aqidah dan perjuangan sebagai contoh, atau jihad jalan kami, maka fakta ceramah tersebut adalah satu perkara yang rahsia dan harus dirahsiakan.

Malah masih ada ceramah yang mana pendengar dilarang mencatitnya untuk menjaga keselamatan. Yang perlu, cukuplah dengan hanya mengingat, menggunakan otak.

Alangkah, saya terperosok dalam lingkungan sir yang terlampau.

Banyak lagi fenomena sir yang tragis menimpa dogma ahli gerakan. Saya kemukakan beberapa contoh. Saya tidak diizinkan berjalan seiring dengan ahli gerakan kampus di hadapan khalayak lantaran saya adalah Presiden Gamis.

Tempat program dipindahkan ke satu tempat yang jauh untuk menjaga keselamatan. Ketakutan kepada polis adalah melampau-lampau. Begitu juga ketakutan dengan pihak pentadbir.

Kenapa sampai begitu? Saya melihat, sir adalah strategi manakala hazar adalah satu perkara yang lebih penting.

Kesan daripada sir yang biasa diamalkan dalam kebanyakan gerakan ialah:

• Dakwah tidak tersampai dengan lebih meluas lantaran maklumat ceramah dan program ditutup serapat-rapatnya.
• Lahirnya ahli yang penakut dan tidak berani, bukannya melahirkan ahli yang bijak dan berani berdepan
• Kefahaman tentang gerakan Islam tidak meluas sebaliknya bersifat eksklusif kepada ahliyang terpilih sahaja

Saya ingin bertanya kepada yang terlalu menjaga rahsia. Apakah tarbiah ini hanya eksklusif untuk sesetengah orang? Apakah kamu ingin menyembunyikan hasil tajuk ceramah sedangkan buku-buku yang membincangkan tentang jihad sudah melebar? Bahkan tajuk tentang gerakan Islam sudah pun dibincangkan secara terbuka sebenarnya.

Apa yang perlu dirahsiakan sebenarnya? Maklumat atau hanya tanzim? Mengapa kita perlu takut sedangkan Hammas yang berdepan dengan kematian lebih berani menzahirkan gerakan mereka. Kerahsiaan yang terlalu rapat berlaku lantaran ketakutan yang menyelimuti.

Saya tidaklah mengetepikan kepentingan sir itu sepenuhnya. Bahkan saya mengerti banyak hadis nabi yang menyeru kepada sir, namun lihatlah pula kepada kondisi hadis tersebut. Bahkan saya ingin menunjukkan bukti, betapa Ikhwan dan beberapa gerakan yang lain secara terbuka mengemukakan beberapa strategi tarbiah mereka. Kita pula?

Kita mesti membuka ruang sebanyak mungkin. Buka pintu sir itu secepat mungkin. Cara membukanya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan membentuk keberanian dan kekuatan.

Maka saya memberanikan diri mengadakan tamrin Gamis secara terbuka. Saya mengemukakan tarbiah gamis secara zahir. Namun masih ada perkara yang saya rahsiakan untuk kebaikan yang lebih baik.

Kewaspadaan yang terpenting. Waspada dengan sesiapa sahaja. Dalam dunia risikan, tutup mulut, buka mata dan pasang telinga. Atau lempar tangan kanan dan sembunyi tangan kiri. Jangan mempercayai sesiapa sahaja. Ini dalam dunia risikan, atau ketenteraan.

Kewaspadaan diamalkan oleh nabi SAW namun dalam masa yang sama, banyak kali juga nampaknya nabi ‘menolak’ kewaspadaan. Baginda mencabar Romawi yang terlatih. Baginda menghantarkan surat kepada banyak kerajaan yang besar termasuk Hercules. Hasilnya, nabi dipukul berkali-kali.

Tolong fahami kewaspadaan bagaimana sebenarnya yang diamalkan oleh rasul kita yang terjunjung.

Lalu sepatutnya, kita menceritakan semua hasil ceramah dan hasil program kita kepada orang lain. Tentang program, rahsiakanlah. Kita mesti berkongsi dengan orang lain apakah manhaj dan bentuk tarbiah kita. Jangan sorok-sorokkan.

Saya rasa, kita perlu memahami satu konsep fiqh usul, “Islam, apabila ia sempit, maka luaskanlah. Jika luas, maka sempitkanlah”. Fikirlah sendiri…

Read More......

Selasa, 17 Februari 2009

DOAKAN SAYA

8 Cadangan/Pandangan
Sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan tiga buah buku. Dalam masa yang sama saya juga terpaksa memberikan tumpuan untuk membaca sebanyak mungkin buku untuk menambahkan apa yang ada di dada.

Buku pertama berkaitan dengan pemikiran kritikal anak muda yang dijangka akan diterbitkan dalam masa terdekat, insya Allah dua minggu lagi. Buku kedua berkaitan dengan komplikasi hasil ceramah program anjuran Gamis yang akan dimuatkan dalam bentuk yang cantik dan tersusun untuk memudahkan pembacaan.

Buku kedua ini mengambil sedikit masa dari sudut editing. Ini yang membuatkan saya semakin sesak nafas.

Buku ketiga pula mengumpulkan tulisan-tulisan peribadi. Ia menyentuh beberapa pandangan saya terhadap beberapa perkara. Saya tidak akan mengambil apa yang telah saya tuliskan dalam blog melainkan beberapa artikel yang saya anggap penting sahaja.

Saya berharap sahabat sekalian mendoakan kejayaan saya.

Oleh kerana itu, saya sendiri sangat kesempitan masa dan akal sebenarnya untuk menulis dalam blog sebagaimana sebelum ini. Namun saya akan cuba memberikan fokus juga insya-Allah. Tolong doakan saya dalam melaksanakan proses dakwah ini. Saya memohon doa daripada sahabat sekalian.

OH YE, APA YANG AKAN TERJADI PADA INSYIRAH DALAM EPISOD SETERUSNYA? APAKAH INSYIRAH AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE JORDAN DAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN SEGERA? Read More......
0 Cadangan/Pandangan
Saya ada mendengar kata al-Ghazali, orang yang paling baik ialah, apabila kita melihatnya, kita akan teringatkan Allah. Kita akan berasa malu untuk melakukan maksiat di hadapannya. Kita akan berasa kuat jika berada di sampingnya. Kita akan terasa termotivasi olehnya.

“Naqib, saya berasa malu sekali untuk mengadakan usrah. Saya sendiri merupakan pelaku maksiat, bagaimana mungkin saya untuk mentarbiah orang yang jauh lebih banik berbanding saya,” saya mengadu hal kelemahan saya kepada Nasih Ulwan. Suda lama tidak bertemu dengan beliau, saya berasa berada di lembah kerinduan yang amat. Berkali-kali saya mendakapnya erat, mengucup tangannya dan sehingga sekarang, saya tidak melepaskan tangannya.

“Nak, ceritakan kepada kami semua, bagaimana pengembaraanmu bersama al-Sya’rawi baru-baru ini,” kata naqib meminta saya menceritakan pengalaman bersama al-Sya’rawi. Saya tunduk malu. Khalid Hudhaibi yang berkebetulan singgah menziarahi naqib turut ada di situ. Saya berasa malu amat untuk menceritakan kisah saya sedangkan saya sendiri dalam lautan kemaksiatan.



“Naqib, saya dibawa guru mengembara ke pelbagai tempat. Apa yang menyedihkan saya tidak diterima untuk berada dalam majlis muhasabah yang mulia bersama al-Ghazali. Itu yang menyedihkan saya. Apapun, pengalaman menatap wajah al-Ghazali sangat menggembirakan. Renungan matanya tajam. Wajahnya serius namun kaya dengan kelembutan. Ia sentiasa tampak macam berfikir,” saya menceritakan ringkas sahaja.

Jika kita ingin menjadi orang yang terikat dengan Allah, maka hendaklah kita berguru dengan orang kaya jiwanya selain kita bersahabat dengan orang yang mulia. Guru yang mulia akan menuntuni kita sedangkan rakan yang baik akan memimpin kita.

Pesan Ibn Ataillah, “Tanamlah kewujudanmu dalam bumi yang terpencil “. Jangan cerita dan tunjukkan kelebihan dan amal kita di hadapan orang lain. Sembunyikan dan sorokkan. Biarlah Allah sahaja yang menilai segala amal kita kerana kita langsung tidak berharap kepada manusia.

“Anakku, sudahkah engkau membaca buku-buku berkaitan kejatuhan tamadun Islam?” Tanya naqib kepada saya. Saya mengangguk. Serta-merta, air mata saya mengalir tanpa mampu disekat, “Guru, baru saya tahu betapa korupnya pemerintahan Islam zaman dahulu. Mereka membenci dan menyeksa ulama yang tidak sebulu dengan mereka,” kata saya bagaikan merintih.

“Anakku yang dikasihi,” Khalid al-Hudhaibi mencelah. “Jangan hanya dilihat khalifah yang zalim sedangkan matamu terpejam daripada melihat keluhuran Umar Abdul Aziz. Bolehkah engkau ceritakan kepada kami apakah kebaikan Umar yang dimuliakan Allah?” pinta beliau kepada saya. Saya mula berasa kemesraan dengan anak kepada Mursyid Ikhwan keenam itu.

Umar sentiasa menangis dalam sujudnya di waktu malam. Baginda senitasa bersama ulama dan bermuhasabah. Muhasabah yang pedih adalah muhasabah yang berkesan dan mujarab, bagaikan ubat yang pahit. Umar pembela rakyat. Baginda lebih rela susah asalkan dapat memastikan kesenangan adalah milik rakyat.

Saya berasa malu yang amat. Telah lama mata ini tidak menangis. Telah lama hati ini tidak khusyu’. Sudah lama saya kemarau sentuhan rabbani yang membuatkan saya terfana’ dan terbukam dengan kekuatan Allah.

Al-Quran jarang saya sentuh. Zikir jarang saya ungkapkan. Bagaimana Islam akan bangkit di tangan orang yang selemah saya? Bagaimana Islam akan mulia di tangan orang sehina saya?

Lalu saya terkedu dan tidak mampu untuk meneruskan kata. Naqib memeluk saya dengan erat sekali kemudiannya.












Read More......

Isnin, 16 Februari 2009

INSYIRAH

1 Cadangan/Pandangan
Insyirah tidak dapat melelapkan mata pada malam itu. Berkali-kali ia mengebilkan mata, memikirkan apa yang disebut oleh umminya tadi. Bermacam-macam perkara yang bersimpang-siur dalam kepalanya. Macam-macam yang merintang.

Tidurnya tidak tenang. Ia diselubungi mimpi yang mengganggu. Tidak pernah seresah ini Insyirah dibuatnya. Tadi, sebelum tidur ia sudah membuat solat Istikharah memohon petunjuk daripada Allah. Sujud akhirnya lama, memohon petunjuk rabbani. Tidurnya dihiasi dengan tasbih Fatimah yang menjadi amalan hariannya.

Subhanallah, 33 kali. Dibacanya untuk membersihkan Allah daripada sebarang kekotoran.

Alhamdulillah, 33 kali. Memuji Allah lantaran segala nikmat yang tercurah.

Allahu akbar, 34 kali. Membesarkan Allah sebagai Tuhan yang Maha Besar dan tiada tandingan.




“Abi, mengapa Achik mesti baca Tasbih Fatimah,” Tanya Insyirah manja. Ketika itu umurnya baru mencecah tujuh tahun. Haji Sibyan sudah mengajarkannya amalan tersebut. Haji Sibyan memeluk erat anak kesayangannya. Sejak kecil lagi, Haji Sibyan mendapat petunjuk bahawa anak perempuannya ini bakal menjadi orang yang mulia.

Anaknya anak yang terpilih. Berlidah panjang. Kata orang, lidah panjang tanda kefasihan berbicara. Memang anaknya pandai sekali bercakap. Isterinya mendapat mimpi, berada di llbah yang penuh dengan emas semasa tujuh bulan mengandungkan Insyirah. Namun Insyirah bukanlah budak genius. Namun mudah sekali ia mempelajari sesuatu. Cepat sekali ia belajar.

“Achik, Tasbih Fatimah diajarkan oleh Rasul ayahnya untuk melemparkan kepercayaan dan kebergantungan yang tinggi anaknya kepada Allah SWT. Bukankah elok jika lidah kita berbasah-basah memuji Allah sebelum tidur?” itulah pesan ayahnya.

Insyirah masih memikirkan tawaran umminya. Menyambung pengajian di Jordan, itulah yang membuatkannya berfikir-fikir. Menarik juga tawaran itu. Tidak pernah Insyirah terfikir untuk menyambung pengajian di luar Negara.

Namun jika ke luar Negara, maka pengalaman akan meluas. Itu yang mengganggu-ganggu Insyirah.

Saya bertemu dengannya petang itu, dalam perjalanan ke padang untuk beriadhah. Menjadi tuntutan kepada kami ahli gerakan untuk menjaga kesihatan supaya kuat dan akal yang kuat berada dalam badan yang cergas dan cerdas. Wajahnya sugul namun tetap menyerlahkan kemanisannya. Saya dan Amal berhenti menegurnya.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Eh ustaz, maafkan saya. Saya tidak perasan ustaz tadi,”
“Ana Nampak ukhti sugul sahaja. Boleh ana tahu mengapa?” saya menegurnya bersopan. Amal di tepi mula mengusik-usik saya. Saya tidak pedulikan. Lagipun bukanlah saya membuat perkara yang pelik-pelik.

“Entahlah ustaz. Ana nak cerita pun serba salah. Hurm, ummi dan abi mahu ana menyambung pengajian ke Jordan. Tapi ana tdak pernah terfikir. Malah ana masih memegang jawatan dalam persatuan luaran sehingga ke bulan tujuh ni. Itu yang membuatkan ana tidak memikirkannya,” jawan Insyirah.

Saya terkejut. Serta-merta kesedihan menyelimuti saya. Akan hilanglah seorang muslimah yang menjadi tumpuan kerana kealiman dan kesolehannya. Namun cepat-cepat saya menyembunyikan keresahan yang bertandang di raut wajah saya.

Jika Insyirah ke sana, maka akan luaslah pengalamannya. Ilmu boleh dituntut di mana-mana namun pengalaman jika mahu diluaskan, maka perlu juga ke luar Negara. Kata Insyirah, ia mahu sekali menyambung pengajian dalam bidang Fiqh Usul di sana.

“Ummi meletakkan syarat juga jika ingin ke sana. Itu agak berat untuk ana tunaikan dalam masa terdekat,” kata Insyirah semacam malu-malu. Petang itu, tidaklah Insyirah menjelaskan apa yang dipinta oleh umminya. Namun pada malamnya, saya mendapat tahu daripada Faten.

“Umminya minta agar Insyirah berkahwin dahulu sebelum ke sana. Agar ia berteman dan ada yang menjaganya,” itulah yang menurut Faten.

Berkahwin sebelum menuntut ilmu di perantauan. Bagi saya, itulah yang sebaik-baiknya. Saya tidak tahu siapa yang menjadi pilihan Insyirah. Sudah ramai yang cuba mengikatnya namun ramai yang kecewa. Tidaklah perlu saya sebutkan siapa yang pernah mencuba nasib.

Untuk bersama muslimah itu, perlu dibayar dengan harga yang mahal. Insyirah meletakkan syarat, jangan dihalang gerak kerja dakwahnya. Jangan dimarahi jika ia berusrah sehingga ke lewat malam. Jangan dihalang jika ia berprogram di hujung minggu. Hendaklah suaminya kelak, seorang yang berilmu dan mencintai ilmu, abid yang mencitai ibadat, serta ahli ggerakan.

Bukanlah Insyirah jual mahal, tidak. Malah kami semua sangat mengerti. Insyirah tidak mahu kerjanya terhalang. Ia mahu sekali menjaga keturunannya dnegan memilih pasangan hidup yang soleh dan alim. Insyirah hanya mahu kebebsan dalam berdakwah, bukanlah bermaksud ia mengetepikan tanggungjawab sebagai isteri.

Pasti ramai adik usrahnya, malah muslimah lain yang akan menangisi perpisahan itu kelak. Ke Jordan, jauh di mata. Saya ditampar rasa cemburu. Saya juga mahu ke luar. Saya lebih memilih Yaman dan Syria.

Esoknya saya mendapat mesej daripada Insyirah, “Ustaz, Insya-Allah ana akan ke Jordan tahun hadapan. Ana mahu ke Syria terlebih dahulu untuk mempersiapkan diri sebelum menyambung MA di sana. Ustaz tolong doakan ana. Harap ustaz juga mengerti apa yang Faten sebutkan semalam,”. Jadinya, saya teruja dan kaget.

Read More......

Ahad, 15 Februari 2009

KEMBARA KU

2 Cadangan/Pandangan
Guruku mengajakku pada malam itu. Kali ini, mengembara lagi. Katanya, ke tempat yang lain. Guru berjubah putih bersih. Serbannya juga putih, dililit kemas di kepala.

Siapa tidakkenal Mutawalli al-Sya’rawi. Mufassir terkenal kelahiran Mesir. Disegani kawan dan digeruni lawan. Malah Husni Mubarak menggeruni beliau. Beliau kadang-kala saja singgah dalam mimpiku. Jika ia datang, pasti ada hajat yang sangat besar.

Malam itu kata guru, kami akan ke muhasabah para sufi. Undangan utama malam itu ialah al-Ghazali. Saya sangat teruja. Kami berterbangan dalam alam maya yang sukar untuk saya ta’rifkan. Saya mohon izin untuk tidak menceritakan kepada khalayak demi mengelakkan fitnah akibat kurang kefahaman dan kejelasan.

Kami menerobos angin begitu pantas. Guru begitu tenang membilang tasbih. Memuji Allah sepanjang masa. Banyaknya guru akan menghabiskan masa untuk membaca dan merenung kitab suci al-Quran. Selebihnya digunakan untuk menuntut ilmu meskipun guru antara yang paling alim pada zamannya.

Saya mendakap erta guru. Jika rohani saya tidak kental, saya akan lenyap dalam pengembaraan tersebut. Guru berkali-kali meminta saya berzikir, Ya Hayyu Ya Qayyum. Berkali-kali saya mengulangnya. Sedikit demi sedikit , saya berjaya menyahkan kegusaran yang bersarang dalam diri saya.




Kami tiba di sebuah tempat. Di tepinya, terdapat sebuah kolam yang sangat indah. Rumahnya kecil sahaja, tempat yang akan diadakan muhasabah pada hari tersebut. Yang datang, serba keputihan. Masing-masing berwajah jernih. Saya tersipu-sipu melihat wajah bersih Zun nun al-Misri. Jangan ditanya saya sebersih manakah wajahnya kerana tidak tergambarkan.

Mereka menyembunyikan karomah. Mereka bukan penggila kemasyhuran. Bagi mereka, tidak penting nama mereka dikenali di dunia, lantaran mereka tersohor adanya di Negara langit. Mereka sudah tidak mempedulikan kesenangan dunia kerana mereka gering mencari nikmat perkampungan akhirat.

Al-Ghazali memulakan majlis. Janggutnya panjang. Wajahnya tampak seorang ilmuan terbilang. Juga ia sukar sekali digambarkan. Banyak kerut di dahinya. Tajam pandangan matanya. Serius sekali orangnya. Namun dada saya sebak bila saya bertembung matanya. Terasa saya dicucuk-cucuk. Terasa mata saya tidak tertahan dengan cahayanya. Rohani saya nyata tidak tertahan dengan kekuatan rohani a-Ghazali.

“Nak, pergi berwudhu’ dan tunaikan solat taubat dua rakaat. Mungkin ada salah kamu menyebabkan dada sesak sekali aku nampak,” pesan guru seraya menyentuh bahu saya. Saya malu keseorangan.

Saya segera beredar, tajdid wudhu’ dan solat dua rakaat. Dalam firasat, saya dapat merasakan bahawa ada suara meminta agarsaya janganmasuk ke dalam majlis tersebut. Saya mengerti, rohani saya belum mencukupi untuk saya bersama mereka. Mereka arif billah, mengenal Allah dengan mata hati mereka. Saya pula, mengenal maksiat dan jauh dengan nilai taat.

Jika saya terus bersama mereka, saya akan lebur. Usai saja solat, saya memejamkan mata sambil berzikir khafi,memohon ampunan kepada Allah secara diam-diam. Setenang sungai yang mengalir. Saya mula merasakan kedamaian.

Selepas itu, saya mula memusatkan perhatian saya kepada mata hati. Saya mula mengarahkan ma’rifat saya untuk mendengar perbualan para sufi. dan perbualannya, membuatkan saya terfana.
“Kecelaruan ummah adalah kerana maksiat mereka. Kes pelacuran, penyalahgunaan dadah, zina dan sebagainya semakin bertambah-tambah. Mereka menganggap dosa-dosa tersebut kecil walhal ia merupakan dosa yang terkutuk,” kata Ibrahim Adham.

“Benarlah kata Jabir bin Abdullah, umat akhir zaman melihat dosa besar sebagai enteng sahaja sedangkan para sahabat melihat dosa kecil sebagai pemusnah diri,” al-Ghazali mencelah.

“Berdasarkan fakta kekecohan dunia masa sekarang, ana merumuskan bahawa ia berpunca daripada kezaliman pemerintah dan kelemahan ulama. Ana sendiri telah bertanyakan al-Sya’rawi, ternyata ramai ulama yang lebih menjaga periuk nasi mereka dan berdalihkan bahawa itulah dakwah nafas panjang,” al-Karkhi memulakan bicaranya.

Semua yang ada terduduk. Mereka beristighfar lama sambil menangis. Kuat bunyinya. Guru turut menangis. Zikir munajat beralun-alun di udara. Mereka dengan kerendahan hatimemon ampunan kepad Allah. Ilaahi, ampunkan kami jika kesilapan manusia semua ini disebabkan dosa-dosa kami selama ini.

Suasana muhasabah itu sangat mengharukan. Saya tidak mampu memusatkan ma’rifat saya untuk mendengarnya. Rohani saya belum mencukupi. Mungkin anda tidak memahami, biarkan. Saya hanya bercerita sebagai suri dan taulan.

“Apa kesimpulannya guru?” saya bertanya kepada guru dengan penuh rasa mengharap.

“Ada tiga kesimpulan penting. Pertama, bina semula keizzahan al-Azhar sebagai institut melahirkan para ulama. Kedua, membaiki semula sturuktur pengajian di beberapa universiti terpilih dengan memasukkan subjek Pemerintahan Islam. Ketiga, satu konvensyen besar-besaran kalangan mujahidin terdahulu akan diadakan tiga bulan dari sekarang. Menariknya, al-nursi dan Abdullah Azzam akan membentangkan kertas kerja”.

Begitulah lebih kurang pengembaraan kami. Kembara ini sederhana sekali bagi saya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi, saya dengar-dengar, pernah bermimpi berjumpa Rasulullah tiga kali. Saya pula, belum pernah meskipun selipar rasul.

Mahukan nabi bertandang dalam mimpi saya sedangkan saya seorang yang tercemar?

Pernah beberapa kali saya kepingin bertemu dalam mimpi. Apabila ada suara mengajak saya untuk bertemu nabi, saya terus terjaga. Sampai sekarang, saya sudah tidak mengharap kerana acap kali saya tenggelam dalam kemaksiatan.

Buat saya malu sahaja jika bertemu nabi.

Oh ye, mungkin kalian tertanya-tanya kenapa saya tidak tertahan dengan renungan firasat dan ma’rifat al-Ghazali. Tuntasnya, saya belum mempunyai kekuatan rohani yang kuat untuk bersama dengan mereka.

Dan al-Ghazali tidak mahu saya akan berasa sombong kerana dapat bersama dengan orang-orang yang soleh dalam usia semuda saya.



Read More......

INSYIRAH

1 Cadangan/Pandangan
Insyirah melihat sumber kelemahan umat Islam adalah berpunca daripada dua perkara. Dan ini digali daripada hadis nabi SAW. Dua punca itu ialah kezaliman pemerintah dan kelemahan ulama. Pemerintah yang zalim akan meninggalkan bahkan menindas agama dan keagamaan. Ulama yang lemah pula akan mengekori pemerintah tanpa ada rasa ingin menegur dan melontarkan kandungan nasihat.
Pernah Insyirah memberanikan diri untuk berbahas dengan pensyarahnya Dr Nu’man Muqran daripada Jordan. Dr Mu’man berpandangan sezalim mana sekalipun pemerintah, ketaatan mesti diberikan kerana ini merupakan sunnah. Pemerintah yang zalim namun mampu mentadbir dengan baik adalah lebih utama berbanding dengan orang yang baik namun tidak bijak dalam pentadbiran. Maka bersabar dengan pemerintahan yang zalim dalam masa yang sama memberikan pendidikan kepada rakyat itulah yang terbaik pada pandangan Dr Nu’man.
Namun Insyirah bukan begitu. Insirah melihat kepada satu hadis nabi SAW, “Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi”. Lalu sahabat bertanya bagaimana membantu orang yang zalim. Maka nabi SAW memberikan satu jawapan yang sangat tuntas. Ambil sahaja kekuatan yang ada padanya.



Lumpuhkan kekuatannya. Cantas sumber yang mendorongnya melakukan kezaliman. Tumbangkan kerajaan secara bertahap dan mengikut prosedur yang sebetulnya. Menumbangkan kerajaan secara keras memang ditentang Insyirah namun mengambil kerajaan mengikut saluran pada Insyirah adalah sangat perlu.
Dalam usaha menumbangkan kerajaan itu, didikan kepada rakyat diberikan. Maka cakuoan dari bawah dan atas berlaku serentak. Ini yang difahami oleh Insyirah berdasarkan perbincangannya dengan beberapa ulama dan pemikir yang lain.
Subhanallah… Insyirah baru merasakan kekontangan ilmunya. Barulah Insyirah dapat merasakan penderitaan al-Syafei tatkala ilmu makin bertambah. Penderitaan orang alim bagi Insyirah adalah sangat menyakitkan. Orang jahil menderita tidak tahu. Sedangkan orang yang tahu menderita kerana mereka tahu betapa banyaknya perkara yang mereka tidak tahu.
Ini yang menyakitkan Insyirah.
Betapa bersusah payah Insyirah bangun melakukan tahajud di malam hari dan kemudiannya mengulang kaji pelajaran. Sudah lumat kitab al-Muwafaqat oleh al-Syatibi dibaca olehnya. Setiap kali qiam, Insyirah akan memanjangkan qiamnya. Ia akan cuba membaca sebanyak mungkin ayat dalam setiap rakaat. Biasanya Insyirah akan membaca sebanyak 5 muka surat setiap rakaat.
Ruku’ dan sujudnya juga begitu. Biasanya air mata Insyirah akan melimpah keluar setiap sujud. Terasa dosa menghimpitnya. Kadang-kadang menggigil badan Insyirah mengenangkan dosa-dosanya. Terasa yakin dalam dirinya bahawa ia lah penghuni neraka. Dan bau syurga kian menipis dan menjauh.
Itulah cerita Faten kepada saya. Saya terasa malu dan tersipu mendengarnya. Perasaan malu menyeluruhi segenap urat saraf saya. Seorang muslimah yang bertubuh kecil namun berjiwa kental. Keluarganya berada dan kaya, namun jiwanya lebih kaya berbanding hartanya. Kadang-kadang saya sangat pelik, kenapa mudah benar dan pemurah sangat si muslimah ini. Tidak kedekut, bahkan sangat pemurah. Faten meggambarkan pemurahnya Insyirah ini, “Jika ia keluar dengan RM 100 ke masjid pada Subuh Jumaat, Insyirah akan pulang dengan hanya RM 20 sahaja. Itupun digunakan untuk belanja kawannya pula”.
Saya secara peribadi pernah bertanyakan Haji Sibyan ketika kami berbincang kitab al-targhib wal-tarhib, bagaimana orang tua yan alim itu menjaga anaknya dalam bab harta. Haji Sobyan menyebut, “Harta ini bukan untuk kami sebaliknya untuk Allah. Kami hanya wasilah”.
Boleh saya katakan, Insyirah merupakan perindu syurga. Pernah saya lihat matanya merah-kemerahan satu ketika. Ketika itu, kami terserempak di bangunan Jabatan Sejarah. Apabila saya bertanyakan Zainab yang kebetulan ada di situ, Zainab menceritakan bahawa Insyirah menangis lama setelah membaca surah al-Tur.
Aduh, betapa khusyu’nya hati muslimah ini. Spek matanya kian menebal kerana asyik membaca. Dahinya kian bertambah kerut dan meluas lantaran kuat berfikir. Terdapat sedikit bekas di bawah kedua matanya dek air mata yang melimaph setiap malam. Jari-jemarinya asyik bergerak membilang tasbih. Kemudian disembunyikan apabila ada yang memerhatikan. Pakaiannya sentiasa kemas melambangkan jiwa kepimpinan. Hatinya halus dan mudah merasakan penderitaan orang lain.
Saya tidak tahu apa rahsianya. Saya bukan menipu dalam mengisahkan cerita Insyirah. Mungkin ada yang mengatakan saya gatal dan tidak sabar berkahwin namun sebenarnya tidak kerana saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengahwini Insyirah. Malah kalangan kami, semua tidak berani merapatinya kerana berasa segan dan malu.
Insyirah adalah sebuah potret seorang muslimah yang meletakkan Allah dan Rasul dalam hati. Hatinya sentiasa bertasbih dan lisannya menterjemahkan. Insyirah adalah lambing seorang muslimah yang kenal dan teguh semangatnya, tidak mudah goyah. Maka orang sepertinya, membuatkan aku terkagum.
“Ustaz, bagi ana, Tuhanlah yang ana tuju dan redha-Nya yang ana kejar”.



Read More......

Khamis, 12 Februari 2009

ALHAMDULILLAH

7 Cadangan/Pandangan
Saya agak berpuas hati ketika menyampaikan kuliah semalam di Surau AU4, Taman Permata. Saya mengajar kitab al-targhib wal tarhib di sana. Kitab itu menarik dan menghambat perasaan saya. Ia mendodoi semangat keilmuan yang terpatri dalam diri saya.

Ada beberapa factor yang membuatkan saya dapat menyampaikan kuliah dengan baik seperti:

a) Speaker yang berfungsi dengan baik. Ramai yang tidak tahu bahawa speaker yang baik merupakan antara factor terpenting seseorang dapat memberikan pengucapan dengan baik. Speaker yang bermasalah adalah speaker yang:
a. ‘Menelan’ suara
b. Perlahan
c. Terlalu kuat
d. Bergema

b) Kitab yang saya baca adalah kitab yang serasi dengan kejiwaan saya. Telusnya, ini antara kitab yang apabila saya baca, saya terpaku dan terpesona. Karya al-hafiz al-munziri benar-benar lain daripada yang lain.

c) Persediaan doa dan zikir. Saya membaca doa danzikir sepanjang perjalanan yang menelan masa hampir 40 minit. Saya amat berharap Allah akan membantu saya dalam menyampaikan ilmu serta mengubah diri saya dan orang lain. Meskipun saya ini seorang yang gelap hati.

d) Suasana surau amat membantu saya. Kehadiran orang bertambah ramai. Sejak saya mula menggunakan kitab pada bulan lepas, kehadiran bertambah, begitu juga kalangan kaum ibu. Read More......

POTRET MIMPI

4 Cadangan/Pandangan
Hari itu saya berjumpa sang mufasir ulung al-Sya'rawi. Saya melutut di hadapannya,merendah diri semampu mungkin. Mana mungkin saya akan emngangkat muka di hadapan orang sealim dia, yang penuh dengan hikmah dan kebijaksanan yang tidak bertebing. Raut wajahnya penuh dengan nur keimanan. Dadanya semestinya sarat dengan pancaran keikhlasan.

Saya menjadikannya sebagai guru meskipun saya tidak pernah menatap wajahnya selama ini. Wajahnya bersih dan jernih, jauh dari kekeruhan dosa dan maksiat. Guruku ini ternyata orang yang mengabdikan diri sepenuhnya ke jalan ilmu dan peribadatan. Jiwanya bersih membuatkan lutut saya semakin menggigil tanpa dimin5ta. Rasa gelisah bertandang dalam hati saya. Saya tahu dan insaf, al-Sya'rawi pasti dapat membaca kekotoran yang melekat dalam hatiku. Namun sifat orang alim, tidak akan menunjukkan memek muka tidak menyenangkan di hadapan penggemar maksiat seperti saya.

"Assalamualaikum guru," saya menyapanya. Al-Sya'rawi yang sedang ralit memerhatikan makna dan kalimah al-Quran tersenyum dan menjawab salam saya dengan penuh kemesraan. Beliau lantas memeluk saya tanpa sempat saya menyalami dan mencium tangannya.

"Maafkan saya nak. Tangan saya tidak bersih untuk dicium olehmu. Biarlah tangan ini menceritakan di hadapan Allah terlebih dahulu tentang apa yang telah dilakukannya. Saya memohon ampunan dan maghfirah di hadapan Allah," balas guru setawadhu'nya. Saya terkedu mendengarnya dan rasa malu menyeluruhi diri saya.


Hari ini, beliau mengajak saya mengembara. Kami mengembara bukan menggunakan badan kasar sebaliknya badan ruhaniah yang tidak tergambarkan. Biarlah saya merahsiakan beberapa perkara dalam pengembaraan ini kerana ia cukup mistik dan kelak anda juga tidak akan mempercayainya. Ya, sekali-kali anda tidak akan mempercayainya sehinggalah unta masuk ke lubang jarum yang kecil.

Kami melihat dengan basirah bukannya basar. Mata hati bukannya mata kasar. Kami menggunakan badan yang halus bukannya jasad yang kasar. Guru mengajak saya berjumpa dan berbicara dengan Hassan al-Basri. Ketika kami bertemu dengannya, al-Basri sedang dalam ketakutan. Beliau sedang membaca al-Quran sambil menangis kuat. Seolah-olah dosa itu bagaikan harimau yang sedang mengejar mangsa untuk memakannya.

Benar kata Ibn Mas'ud, "Orang mukmin melihat dosa seolah-olah berada di bawah bukit dan bimbang bukit akan menghempapnya".

Saya jauh sekali. Saya pula melihat dosa bagaikan hobi. Saya hanya ingatkan sifat pemurah dan pengampun Allah sedangkan saya tidak melihat kepada kemurkaan dan azab-Nya yang Maha Pedih. Saya rasa ingin saja saya mengelakkan diri daripada bertemu dengan al-Basri. Saya malu dengannya. Saya lantas berpaling dan cuba berundur.

"Jangan malu nak. Bukankah kamu datang bersama gurumu untuk berjumpa dan berbicara dengan aku," kata al-Basri dengan tidak semena-mena. Saya terkejut. Saya tidak menyangka langsung bahawa beliau menyedari kehadiran kami. Kemudiannya al-Basri berpeluk-pelukan dengan guruku. Mereka kelihatan sangat mesra.

"Apa khabar wahai sahabat," al-Basri menyapa guru saya. Guru menjawab dengan penuh tawadhu'. Dua ulama besar berlainan zaman bertemu di satu tempat, ia merupakan satu fenomena dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Wajah al-Basri sentiasa dihiasi ketakutan. Beliau takut sekali dengan ancaman neraka. Zikirnya halus dan merenggut jiwa, seolah-olah mampu mencabut jantung saya.

"Anakku, gurumu telah menyampaikan kepada aku tentang tujuanmu datang ke sini. Saya ingin memperingatkan kepadamu satu perkara. Jangan pandang enteng kepada dosa dan jangan main-main dengan kedahsyatan neraka," kata al-Basri kepada saya. Tanpa disedari, air mata terus berguguran. Saya bagaikan hilang arah, terus memeluknya dan menangis teresak-esak. Saya jatuh ke ribaan mahaguru yang besar itu.

Sambil menggigil kesejukan lantaran ketakutan telah menguasai saya, saya menyebut kepadanya, "Guru, bisakah saya ke syurga Allah sedangkan dosa saya jauh lebih berat berbanding pahala yang kian menghakis?"

Al-Basri memeluk saya seraya berkata, "Bukankah keampunan Allah itu lebih luas daripada langit dan bumi anakku? Namun jangan dibiasakan dengan dosa kerana kelak hatimu akan menghitam dan syaitan makin mudah menggoda,".

Kami berbincang panjang. Guru saya pula sibuk mengerjakan solat sepanjang kami berbincang. Beliau tidak mahu sekali mengganggu perbualan kami. Masa yang ada ini saya gunakan sebaiknya untuk menceritakan segalam masalah saya kepada al-Basri dan memohon tunjuak ajar daripadanya. Sejam kemudian, guru mengajak saya ke tempat lain pula.

Kami mengembara ke alam seterusnya. Kami singgah di Darul Hikmah di Baghdad. Kota Lagenda 1001 malam amat menggamit jiwa. Saya melihat sendiri Harun al-Rasyid di hadapan mata. Al-Rasyid kelihatannya seorang yang berwibawa. Kemudian guru membawa saya berjumpa dengan seorang yang amat saya kagumi, empunya mazhab yang ulung al-Syafei. Ketika itu, al-Syafei sedang menghitung-hitung zikir yang kedengarannya saya dan menggamit jiwa.

"Tuhan, syurga-Mu lebih luas berbanding langit dengan bumi. Namun aku tidak tahu apakah masih ada ruang bagiku untuk mencelah masuk ke syurga-Mu," zikir itu disudahi degan satu munajat yang meruntun perasaan. Alangkah, orang sealim dan wara' seperti al-Syafei pun mengira dirinya belum layak ke syurga, apatah lagi saya yang karam dengan permainan Iblis yang membelit.

Guru menyalami al-Syafei. Al-Syafei menyambutnya dalam keadaan yang sangat sendu. "Saudaraku Sya'rawi, bagaimana dengan perkembangan umat Islam pada zamanmu?" al-Syafei bertanya syahdu. "Guru yang mulia, umat Islam pada zamanku berpecah-belah. Mereka jauh daripada kehidupan beragama, maka nafsu menjadi tuhan mereka,". Berubat raut wajah al-Syafei. Beliau kemudiannya mesuk semula ke mihrab ibadatnya dan menangis teresak-esak. Beberapa lama kemudian barulah beliau keluar seraya menyalami saya. Saya mencium tangannya yang mulia dan beliau mengucup dahi saya dengan penuh kasih sayang, bagaikan kasih seorang ayah kepada anak.

"Anakku, izinkan aku mencium dahimu yang bersujud kepada Allah. Namun aku sangat ditimpa ketakutan, sebagaimana dahiku yang turut bersujud kepada Allah, apakah Allah bisa memaafkan kita lantaran umat ini sedang dilanggar kemaksiatan? Aku bimbang aku disoal Allah kerana menjadi punca umat Islam pada zamanmu yang kemarau daripada air ketaatan. Maafkan aku anakku, aku tidak dapat berbicara panjang denganmu kerana hatiku sangat galau memikirkan masalah umat Islam pada zamanmu," kata al-Syafei sebelum melangkah masuk ke mihrabnya. Saya tertunduk dan menangis lebar. Begitu sekali perasaan al-Syafei terhadap nasib malang yang menimpa ummah.

Dan hati saya pasti sedih kerana tidak sempat untuk berbincang panjang dengannya.

Guru seterusnya membawaku berjumpa dengan Solahuddin al-Ayyubi. Badannya tegap dan kekar. Tampak keperkasaannya dan kekuatan batiniahnya juga terserlah. Beliau sedang asyik melayan sendu dalam sujud terakhir. Sementelahan menantinya menyelesaikan sujudnya yang panjang pada perkiraan kami, saya dan guru bertahajud. Usah ditanya keadaan kami ketika itu. Ia berlaku dalam satu alam yang tidak tergambarkan. Saya bertahajud dua rakaat, selebihnya saya terfana dengan tangisan sendu al-Ayyubi. Setelah itu, kami berbincang panjang dan al-Ayyubi banyak memberikan nasihat kepada saya.

"Islam tidak akan menang melainkan setelah umatnya berjaya mengalahkan kehendak syahwat. Penjarakan syahwatmu anakku. Kerjakan tahajud. Tahajud itu lambang kecintaan orang-orang yang soleh. Umar berdoa, Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kekuatan orang yang fajir dan kelemahan orang yang bertaqwa".

"Anakku, bagaimakah dengan al-Quds pada zamanmu?" tanya al-Ayyubi. Saya dan guru tertunduk malu. Kami malu untuk menceritakan kelemahan kami. Al-Ayyubi telah membebaskan al-Quds daripada cengkaman Kristian, namun kami tidak mampu untuk membersihkan darah-darah umat Islam yang terlekat di dinding Masjidil Aqsa yang dimuliakan Allah.

"Tuan, al-Quds berada dalam cengkaman Yahudi sekarang dan ramai u7mat Islam yang dibunuh dan disembelih hidup-hidup," kata saya malu-malu, takut-takut. Serta-merta wajah al-Ayyubi berubah. Beliau menangis terus. Dalam sebaknya beliau bertanya, "Mengapa al-Quds dirampas kembali daripadatangan umat Islam anakku? Apakah umat Islam pada zamanmu melupakan Allah dan mengambil dunia dengan sepenuh perasaan mereka?" tanya al-Ayyubi membuatkan saya tersentak. Saya malu menyebut bahawa umat Islam seperti sayalah yang menjadi punca al-Quds dalam genggaman musuh Islam. Saya seorang yang sangat lemah. Saya seorang yang tenggelam dalam lautran dosa. Saya telah basah-kuyup dengan air dosa. Mata air dosa keluar tanpa putus.

Sedanhgkan saya kemarau taat.

Al-Ayyubi kemudiannya memberikan beberapa pesan kepada saya dan guru, "Takutlah kepada Allah dan berjuanglah. Bebaskan Palestina kerana itulah bumi bapa kita Ibrahim,". Kemudiannya kami menyalaminya dan berpelukan erta. Sebelum beredar beliau berpesan kepada saya, "Aku melihat kamu ada potensi yang besar. Namun potensimu tersekat oleh arus dosa. Maka, jauhilah dosa wahai anakku. Takutlah neraka yang disediakan untuk orang berdosa. Aku doakanmu wahai anakku,".

Pengembaraan semalaman itu memberikan makna yang sangat luas pada diri syaa. Jangan ditanya apa bentuk pengembaraan saya. Jangan ditanya apa hubungan saya dengan al-Sya'rawi. Saya bercerita sebagai satu perkongsian agar dapat kita ambil ibrah daripadanya.

Saya paparkan apa yang patut. Tentang perbincangan peribadi kami, teguran-teguran al-Basri kepada saya, rahsia-rahsia yang dibisikkan kepada saya, mohon saya rahsiakan. Saya meninggalkan guru malam itu dengan penuh kenangan. Guru seolah-olah berat sekali untuk melepaskan saya. Beliau mencium kening saya dan memeluk saya dengan penuh erat, seolah-olah tidak mahu melepaskkan saya pergi.

Guru mekudiannya berpesan, "Rahsiakan apa yang disebut oleh al-Syafei kepada aku tadi,".
Read More......

INSYIRAH

4 Cadangan/Pandangan
Hari itu, Insyirah berasa sangat berpuas hati. Baru sahaja tadi ia berbahas dan berbincang panjang dengan Prof Ahmad berkaitan dengan teori kebangkitan Islam. Prof Ahmad tegar menganut aliran yang mempercayai bahawa Islam perlu dibangkitkan menerusi ilmu dan pendidikan meskipun sangat lambat.

“Malangnya prof, jika prof menyebut teori kebangkitan Islam adalah mesti menerusi pendidikan dengan mendidik masyarakat, saya bimbang Islam akan bergerak sangat lambat. Malah setakat ini belum ada sejarah yang menunjukkan Islam bangkit dengan cara sebegini. Maka saya tetap berpendirian Islam mesti ditegakkan dengan pelbagai cara termasuklah politik dan ekonomi,” hujjah Insyirah. Mereka berbahas dan erbincang hampir sejam lamanya.

Insyirah memahami bahawa Islam sangat menitik beratkan soal ilmu dan keilmuan. Namun dalam masa yang sama, konsep Islam ialah satu nizam yang syamil dan menyeluruhi seluruh aspek kehidupan yang ada. Islam bukan sekadar ilmu malah Islam juga potik. Sa’id Hawwa menyebut, Islam adalah sesuatu yang luas.




Insyirah mengagumi pemikiran Said Nursi yang membawa Islam melalui pendidikan. Malah ketika dipenjarakan, tiba-tiba sahaja penjara itu bertukar menjadi medan keilmuan. Risalh al-Nuriah menyinari penjara tempat al-Nursi dikurung dan dipenjarakan. Insyirah juga snagat mengagumi Abdullah Azzam yang menyatukan seluruh kumpulan Mujahidin yang ada di Afghanistan sehingga terbentuk lekuk wahdah kalangan mereka untuk mengusir tentera Soviet. Begitu juga dengan teori Pan-Islamisme al-Afghani yang sangat menarik perhatiannya.

Insyirah rajin sekali membaca. Bahan bacaannya berat, di samping novel-novel yang santai untuk menghiburkan hati. Insyirah tidak terlepas daripada fitrah manusia lain turut meminati bidang kesusateraan. Ia seorang penulis yang baik. Novel-novel bagi Insyirah adalah tempat untuk mengayakan bahasanya.

Satu persoalan yang timbul dalam diri Insyirah ialah, mengapa Aisyah terpilih menjadi isteri nabi SAW. Pasti ada rahsia yang tersembunyi. Pasti ada sebab yang tersorok. Pasti Aisyah memiliki kekuatan sehingga membolehkannya menjadi isteri nabi tersayang. Inilah yang banyak mengganggu perasaan Insyirah.

“Apa rahsia Aisyah, ummi?” Hajjah Ruqaiyah tersenyum lebar. Ia berhenti melipat kain sambil melihat ke arah anak perempuannya tersayang. Insyirah satu-satunya anak perempuan Haji Sibyan dan isteri. Setahu saya, abangnya yang sulung kini sedang menuntut di Tahrim, Yaman bersama al-allamah Sheikh Salim. Abangnya yang kedua pula sedang menuntut ilmu hadis di Syria setelah menamatkan pengajian hadis selama dua tahun di India. Sedangkan adiknya pula dihantar abinya ke Syria. Setahu saya, adiknya baru sahaja mencecah usia 15 tahun. Haji Sibyan ternyata berani menghantar anaknya ke luar negara. Pernah Haji Sibyan menceritakan kepada saya, “Ulama dahulu, sejak kecil lagi mereka mengembara dan ibu bapa mereka menyerahkan urusan anak mereka kepada Allah. Maka ana pun begitu, ingin meneladani kecekalan ibu al-Syafei yang menghantar anaknya menuntut ilmu ke Madinah dalam usia sembilan tahun,”.

Cuma Insyirah di Malaysia. Buat peneman ibunya. Itu pun Insyirah semasa cuti menghabiskan masanya mempelajari kitab daripada abinya. Dengar-dengarnya, kini Insyirah sedang menadah kitab al-Muhazzab berkaitan fiqh.
“Rahsia Aisyah ialah kesediaan rohaninya. Beliau pertamanya sangat berguna untuk menjadi penyampai mesej kehidupan nabi SAW ekpada orang lain kerana ingatan otaknya sangat kuat. Kedua, Aisyah mewarisi kekuatan abinya. Namun kesediaan rohaninya itulah menjadi rahsia yang tersimpan, yang tidak mampu dicungkil oleh kita lantaran tohornya hikmah kita,” Hajjah Ruqaiyah menyusun ayat dengan baik, memberikan jawapan utnuk memuaskan hati anaknya yang tersayang itu.

Apa kesediaan rohani Aisyah? Itu persoalannya. Abu Bakar juga ada rahsia yang tidak terungkap. Malah Insyirah sendiri mengagumi abinya yang sentiasa bangun di waktu malam menjelang pukul empat pagi. Apabila Insyirah bertanya abinya, apakah ia tidak penat mengerjakan solat di awal pagi. Abinya menjawab, “Jika kita ingin tidur nyenyak, maka kita kurangkanlah tidur di dunia”. Sejak itulah Insyirah membiasakan dirinya untuk bangun menjelang jam lima pagi setiap hari.

Pernah satu ketika saya terserempak dengan Insyirah dalam keadaan bermuram. Saya bertanyakan Faten kenapa wajahnya sesugul itu. Faten mengatakan Insyirah ditimpa kesedihan kerana terlepas tahajud semalam walhal ia kepenatan untuk kempen dalam pilihan raya.

Gadis haraki. Itulah gelaran untuk orang semacam Insyirah. Ia sentiasa memberikan semangat kepada kawan-kawannya di saat yang lain lemah. Ia yang mengejutkan rakan-rakannya yang lena tertidur. Ia yang menyentak mimpi-mimpi indah mereka dengan tindakannya yang tidak lekang dek panas dan tidak lekang dek hujan. Kemampuan siasah Insyirah mungkin tidak setanding dengan kami kaum Adam, namun kemampuannya menterjemahkan Fiqh Usul dalam siasah syar’iyah itu yang mengagumkan.

“Islam perlukan orang semacam kita yang ditarbiah untuk mendokongnya,” itulah yang selalu dilaungkan oleh Insyirah.

Faten menggelar kawannya ni sebagai perindu malam. Pernah Insyirah didapati menangis di waktu petang sewaktu melihat rakan-rakannya yang lain sedang bermain. Apabila ditanya oleh Aminah, ia menjawab, « Ana rindukan malam. Ana ingin mengadu kepada Allah kelemahan diri ana, ».

Kenapa Aisyah menjadi Isteri Rasulullah ? Apa rahsianya ? Alangkah, ia sangat menganggu perasaan Insyirah.

Apakah kerana kecantikan ? Atau kerana beliau seorang yang nakal ? Atau beliau seornag yang berilmu? Atau kerana Aisyah anak kepada sahabat nabi yang terkemuka? Insyirah masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh umminya.

“Ustaz, maafkan ana kerana ana mengganggu ustaz. Ana ingin sekali tahu apa kekuatan sebenar Aisyah R.Anha. Ana bertanyakan kepada ustaz kerana ustaz seorang yang terpercaya dalam bidang ilmu,” saya mendapat SMS daripada Insyirah satu hari.

Saya menggeleng tidak tahu sambil membalas SMS nya. Dan saya yakin, Insyirah tidak akan berhenti daripada mencari hakikat kekuatan ruhani Aisyah seperti yang dikatakan oleh Umminya.


Read More......

Rabu, 11 Februari 2009

POLIGAMI

5 Cadangan/Pandangan
Hari itu, Qutb terpukul. Idea yang cuba dibawanya telah dipatahkan dengan satu persoalan yang tak terlupa. Sangkanya, ideanya akan disambut bangat dan dijulang, namun tragedi sebaliknya berlaku. Takkan ia lupa apa yang menimpa. Takkan ia mampu buang memori dan memoir yang tak tersangka itu.

Qutb bukan calang-calang orang. Dia benar-benar menjiwai semangat Syed Qutb. Kalaulah Syed Qutb adalah ideolog kepada Ikhwan, maka Qutb ingin sekali menjadi ideolog kepada Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Qutb benar-benar menjiwai apa yang dibawa oleh Syed Qutb. Kebetulan nama mereka rapat-rapat, dekat-dekat. Maka Qutb ingin sekali rapat-rapatan dengan jiwa idolanya itu.

Keras, tegas, dan bersemangat. Pastinya dendangan Hakimiyyatullah menjadi basahan lidah Qutb. Buku Ma’alim Fit Tariq entah berapa kali telah dihadamnya. Sampai lebur-lebur buku yang telah sedia usang itu. Kalaulah Tafsir Fil Jalalain, sama juga. Dibaca dan ditilik. Gaya bahasa Syed Qutb pun diteliti dan dimasaknya panas-panas dalam otaknya.

Hari itu, Qutb diminta untuk menjadi panel dalam Seminar Baitul Muslim. Dia terus menggariskan beberapa permasalahan yang timbul dalam bab Baitul Muslim. Hari tu, akan dia pacak betul-betul idea yang telah lama difikirkannya.

Masalah Baitul Muslim yang bermain dalam benaknya bukan soal prosedur mahupun kesetiaan. Dia tidak faham apa itu erti kesetiaan. Dia bukan jiwang orangnya. Dia adalah orang yang tegas. Dia adalah orang yang semangat. Kadang-kadang, semangatnya membuatkan ia terlupa tentang ketenangan dan kesederhanaan. Yang ia tahu, semangat semangat semangat.

Qutb melihat permasalahan utama yang timbul dalam Baitul Muslim ialah masalah muslimat yang ramai tetapi muslimin sedikit. Bagaimana yang ramai mampu menampung dan memenuhi kehendak yang sedikit sedangkan dalam masa yang sama Baitul Muslim telah menjadi Rukun Islam keenam mereka. Mesti berkahwin dengan orang yang sama fikrah untuk memudahkan beberapa proses.

Jika dapat orang yang tidak sefikrah, maka bimbang sekali jika pasangan masing-masing tidak tertahan. Meskipun tidak smeua begitu. Meskipun ada juga yan kahwin sama fikrah tetapi kedua-duanya hanyut. Atau hanya seornag yang hanyut dan seornag lagi tidak mampu untuk mendorongnya.

Qutb melihat, mesti POLIGAMI. Poligami baginya adalah jalan terbaik untuk selesaikan semua permasalahan yang wujud dalam Baitul Muslim. Poligami dilihat sebagai jalan yang dapat membantu muslimat, termasuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak bertemu dengan jodoh.

Qutb menyangka ideanya pasti akan bersambut-sambutan, bersahut-sahutan. Dia hanya ingin membantu muslimat. Dia tidak mahu muslimat jadi semakin lemah dan terus melemah. Dia mahukan muslimat yang kuat dan bertenaga. Dia mahukan muslimat yang mampu membawa idealisme jamaah. Dia mahukan muslimat yang teguh mendapat sokongan dan dokongan daripada suami.

Namun persoalan yang timbul di kemuncak progeam, benar-benar mematikan nyalaan obor idealismenya. Sangkanya ingin membantu muslimat namun tidak berjaya kali ini. Hujjahnya terus-menerus dipatahkan. Tiada sahut-sahutan. Orang nampaknya tidak berminat melainkan seorang dua. Tiada sambut-sambutan, malah muslimat dingin sekali mendengarnya.

“Ustaz, ustaz ingin menyelesaikan masalah komitmen muslimat melalui poligami. Maka, kami rasa kamilah yang paling patut berpoligami untuk menyelamatkan komitmen muslimin”.

Dan Qutb terus mati selera.

(jam 7 pagi : ana dah penat menaip. nak buat cerpen tetapi penat sangat. semalam tidur jam 3 pagi lebih. aduh, mengantuknya) Read More......

GENERASI AL-QURAN

1 Cadangan/Pandangan
YB Ustaz Mohamad Mustafa menyebut ada tujuh tuntutan dalam mengamalkan al-Quran. Tujuh tuntutan tersebut ialah:

a) Kita mesti membaca al-Quran

b) Kita mesti membaca al-Quran sehingga betul

c) Kita mesti membaca al-Quran sehingga memahaminya

d) Kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghayati dan mengamalkannya

e) KIta mesti membaca al-Quran sehingga kita mampu mengajarkannya kepada orang lain

f) Kita mesti membaca al-Quran sehingga al-Quran dimasyarakatkan

g) Kita mesti membaca al-Quran sehingga al-Quran didaulatkan

Ayah Sir Muhammad Iqbal berpesan kepadanya, "Wahai anakku, jika dahulu para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, maka kini kamulah yang akan menjadi generasi yang mulia tersebut".

Seorang ulama berpesan, "Bacalah al-Quran seolah-olah ia merupakan surat kiriman daripada Allah SWT".

Nabi SAW pernah bersabda, "Sebaik-baik kalangan kamu ialah yang mengajarkan al-Quran dan mengajarkannya".

Bahkan baginda SAW bersabda, "Ahli al-Quran adalah keluarga Allah secara khususnya". Read More......

Selasa, 10 Februari 2009

CERPEN (1)

0 Cadangan/Pandangan
"Ana sedih sangat apabila membaca sejarah khilafah Islamiyah terdahulu. Rupanya berlaku perpecahan yang maha dahsyat. Mereka bercakaran sesama mereka bahkan ramai kalangan mereka yang tidak menunaikan kewajpan sebagai pemimpin ummah malah mereka yang mengoyakkan amanah yang ditanggungkan ke atas mereka," luah Abu di kepetangan yang kian merapati rembang senja itu. Hari semkain didedahkan dengan warna-warna kegelapan, sebagaimana itulah juga menggambarkan perasaan Abu yang gelap-gelapan.

"Betul akhi, betul. Sampai sekarang dunia Islam tidak mampu memaafkan pedang Syammar bin Ziljausan yang telah memisahkan kepala Hussain cucunda Rasulullah daripada kepalanya. Begitu juga dunia sukar melupakan tindakan khalifah Abdul Malik bn Marwan yang telah mengerahkan Hajjaj bin Yusuf untuk membunuh Abdullah bin al-Zubair," balas Fauzan sambil hatnya meratap kesedihan.

Zaman khilafah terdahulu diwarnai dengan suka dan duka. Sejarah tidak boleh meyembunyikan hakikat bahawa umat Islam pernah teruk berpecah dan bertelingkah sesama sendiri. Malah sejarah sampai sekarang dalam keadaan ketidakpastian terhadap apa yang berlaku d sebalik peperangan antara Ali dengan Talhah bin Ubaidullah dan Zubair bin al-Awwam, malah antara Ali dengan Aisyah. Sejarah juga dalam kebingungan apabila memikirkan peperangan yang berlaku antara Ali dengan Muawiyah.



Islam pernah gemilang di bawah kepimpinan Umar Abdul Aziz yang sempat memerintah hanya selama dua tahun lebih, antara 99-102 Hijriah. Baginda seorang yang menumpukan perhatian dalam menjaga kebajikan rakyat dan kemakmuran negara dan tidak memberikan perhatian kepada pembinaan ketenteraan. Namun bagnda yang berhati mulia akhirnya dibunuh dengan diracun oleh hambanya sendiri. Kemudiannya Islam pernah gemilng di bawah kepimpinan khalfah salihah Harun al-Rasyid yang sempat memegang tampuk kepimpinan antara 170-194 Hijriah. Baginda antara khalifah yang sangat menitik beratkan soal pembangunan ilmu pengetahuan.

"Peristiwa teguran seorang ulama yang bernama Thawus kepada Khalifah Hisyam bin Abdul Malik snagat menarik. Sang Ulama Rabbani itu memberikan satu nasihat dalam bentuk praktikal yang menyengat agar sang khalifah tidak lupa diri dan edar akan asal-usulnya,"kata Abu lagi sementara yang lain mendengar dengan penuh minat. Usrah di kala petang sementara menantikan Maghrib menjengah untuk berbuka puasa bersama-sama. Alif dari tadi berdiam diri, menampakkan wajahnya yang menyugul.

"Akhi yang ana kasih, kenapa enta nampak bermuram saja?" Naqib bertanyakan Alif. "Naqib, ana sangat sedih bla mengingatkan kezaliman khalfah terdahulu. Meskipun mereka menjadi pemmpin tertinggi umat Islam, namun mereka sanggup berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Walid bin Yazid adalah antara khalifah yang banyak melanggar peraturan Allah. Baginda suka berpoya-poya dan meminum arak. Lihatlah apa yang disebutkan oleh al-Suyut dalam Tarikh al-Khulafa', "Dia seorang fasik, peminum khamar, dan serng merosakkan peraturan Allah. Suatu saat ia ingin menunaikan ibadat haji dengan tujuan meminum khamar di atas kaabah. Dsebabkan kefasikannya itulah menyebabkan orang membencinya sehingga ke tulang sumsum,," syarah Alif panjang lebar.

Pergolakan dan percakaran antara adik-beradik khalifah juga amat meruntun perasaan. Meskipun mereka anak-anak kepada Harun al-Rasyid sekalipun. Khalifah al-Amin atau nama sebenarnya Muhammad bergaduh sehingga berperag dengan saudaranya sendiri iaitu al-Makmun.

Pada zaman al-Makmun, meskipun tidak dinafkan bahawa beliau merupakan seorang pencinta llmu, namun pemikirannya sedikit dirosakkan oleh fahaman Muktazilah. Pada zaman beliau ilmu memang berkembang dan terjaga. Namun beliaulah yang telah memenjarakan Imam Ahmad bin Hanbal dan menyeksa Imam Muhammad bin Nuh. Diriwayatkan bagaimana Imam Ahmad telah dipenjarakan selama zaman tiga generasi khalifah bermula al-Makmun, dibawa ke zaman al-Mu'tasim Billah dan kesudahannya di zaman al-Wathiq Billah.

"Kita lupakan dulu soal kekacauan yang pernah berlaku pada masa terdahulu. Sekarang kita harus membincangkan apakah strategi yang harus kita garapkan dalam melahirkan keberuntungan kepada dunia Islam masa kini," Fathi memberikan pandangan beliau. fathi sering kali dikaitkan dengan Fathi Yakan lantaran beliau amat meminati ulama tersohor itu bahkan beliau selalu memetik pandangan ulama itu dalam hampir kebanyakan kata-kata beliau.

"Alhamdulillah, izinkan ana melafazkan kesyukuran kepada Allah kerana telah membekalkan rasa semangat yang tinggi ke dalam hati kita untuk terus-menerus berada dan tenggelam dalam semangat mempertahankan Islam. Ini mengingatkan ana kepada Hassan al-Banna dan bebeerapa sahabatnya yang telah bermunaqasyah sekian lama demi mencari apa akar permasalahan ummah dan apa jalan penyelesaiannya. Sehingga akhirnya, mereka mengangis apabila mendapat tahu apa permasalahan yang sedang menggigit ummah," kata Naqib. Abu mengangguk-angguk mendengarnya.

Abu seorang pemuda yang sangat bersih hatinya. Ia menjadikan bacaan al-Quran sebagai minatnya. Abu al-hafiz. Ke mana sahaja, Abu pasti akan membawa al-Quran dan membacanya meskipun di dalam bas.Fauzan pula seorang pendiam. Ia sangat berhati-hati dalam menyusun kata dan seorang yang amat penyabar. Fauzan yang berasal daripada keluarga susah sudah betah dengan kesukaran hidup. Itulah yang menjadi punca kesabaran melingkari perasaannya.

Alif pula seorang yang rajin membaca buku. Ia amat memnati pemikiran yang dilemparkan oleh Abul Hassan Ali al-Nadawi. Sudah tiga kali Alif mengkhatamkan karya terkenal al-Nadawi iaitu Maaza Khasiral Alam. Banyak fakta yang dihafalnya dan terlekat baik dalam simpanan memorinya. Naqib pula seorang yang paling pandai dalam bidang multimedia. Naqib memiliki kemahiran yang amat tinggi dalam bidang tersebut sehingga kelebihan itu acap kali digunakan oleh pensyarah untuk membantu mereka. Fathi pula seorang yang sasa dan memiliki kekuatan jasadiah yang kental.

Mereka berlima sebenarnya lima rangkaian pemuda yang sengaja dibentuk di bawah satu kumpulan bawah tanah yang berfungsi untuk melahirkan kader-kader yang akan membawa Islam secara pantas. Pertubuhan yang melahrkan kelima-lima pemuda ini sangat sulit dan mereka sendiri tidak mengetahui siapa yang berada d belakang mereka. Yang mereka tahu, seornag pemuda yang tampak soleh, berwajah jernih dan sebersih salju, berjanggut sejemput, mukanya cengkung dan kurus badannya, putih bersih pakaiannya telah berjumpa dengan mereka secara personal.

Pemuda itu hanya mahu dikenali sebagai Abu Munzir. Abu Munzir yang telah menerangkan kepada mereka tentang tanggungjawba mereka untuk membela Islam yang telah dicemari kotoran yang degil. Mereka mula membentuk usrah secara maya dan menggunakan kod rahsa yang hanya diketahui oleh mereka. Usrah melalu internet. Perbincangannya yang bermula dari asas dan seterusnya nak level demi level.

Mereka dlatih menjadi pemuda yang melengkapi tiga ciri penting. Pertama. soleh dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru, mereka wajib mengerjakan qiamullail setiap malam sebelas rakaat. Mereka juga diwajibkan untuk menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzu' setiap minggu.

Kedua, mereka mesti melengkapi diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan beberapa kemahran tertentu seperti kemahiran komputer. Buku-buku yang harus dibaca oleh mereka berat-berat dan setentunya mereka mesti membaca kitab-kitab karya ulama sepert Syarah Sahih Bukhari dan Muslim. Mereka diwajibkan menghafal 10 hadis setiap minggu.

Ketiga, mereka dlatih dengan seni mempertahankan diri. Abu Merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam Hap Kune Do. Fauzan dan Alif dalam Seni silat gayung Malaysia. Naqib dalam silat Cekak hanafi manakala Fathi merupakan ahli terlatih dalam komando.

Inlah tarbah yang dikehendaki oleh Abu Munzir kepada mereka. Menurut Abu Munzir, bukan mereka berlima sahaja yang dilatih dan terlatih malah terdapat sekian banyak pemuda dari segenap negara bahkan dunia yang sedang dilatih bagi menghadapi Perang Armageddon kelak. Perang tersebut semestinya menyajikan serangan pemikiran yang semakin memberat di samping peperangan dalam bentuk yang sebenar.

Read More......

TA'ADDUD JAMAAH

13 Cadangan/Pandangan
Beberapa orang terkejut apabila saya mencadangkan agar dihazafkan sahaja tajuk ta’addud jamaah. Malah seorang ustaz menyatakan kesalannya di hadapan saya terhadap idea giler yang cuba meghazafkan tajuk tersebut. Tajuk tersebut kontroversi. Boleh jadi saya akan direman jika saya meluaskan lagi idea agr dihazafkan sahaja tajuk tersebut.

Tiada konsep Jama’atul Muslimin. Yang ada adalah Jamaah Minal Muslimin. Jika kita menggunakan Jama’atul Muslimin,bermakan kita mendabik dada dengan mengatakan hanya jamaah kita yang benar sedangkan jamaah lain adalah silap dan salah. Manakaa Jamaah Minal Muslimin menunjukkan bahawa kita mengktiraf jamaah yag lain.

Tidak boleh satu jamaah pun sekarang yang mendakwanya dirinya syumul dan terbaik. Kewujudan jamaah yang banyak memberikan keuntungan kepada Islam dalam beberapa aspek meskipun kita tidak menafikan ada buruknya juga di sana.




Apabila ada yang mencadangkan supaya diadakan satu kesatuan antara jamaah-jamaah yang wujud, saya tidak bersetuju. Biarlah jamaah yang wujud ini meneruskan kegiatannya. Saya menyebut apa yang pernah diperkatakan oleh al-Banna ketika menjawab persoalan apa perbezaan antara ikhwan dengan Syubban. Sang Mursyid menjawab, “Ikhwan dengan Syubban adalah sama dari sudut tujuan namun kami berbeza dari sudut pendekatan”.

Sukar untuk menyatukan dua pemikiran berbeza dalam satu wadah. Sangat sukar. Masing-masing ada alirannya. Gamis menghormati PKPIM dan Karisma namun ada beberapa pemisah antara ketiga-tiga jamaah ini daripada bersama. Perbezaan ini tidaklah menimbulkan permusuhan atau perbalahan sebaliknya ia hanya perbezaan yang diampuni. Sebagaimana perbezaan antara metode al-Syafei dengan Hanbali.

Saya paling tidak bersetuju dengan sikap cuba menohmah jamaah lain. Meskipun begitu, saya awal-awal lagi menyatakan ketidaksetujuan saya terhadap Hizb Tahrir dan Ikhwan ‘Alami, juga Pemuda Kahfi. Namun saya sangat menghormati Karisma dan PKPIM malahmenjalin hubungan yang baik dengan mereka.

Disebabkan itulah saya tidak menyenangi tajuk ta’addud yang ada sekarang. Ia hanya merugikan. Adabeberapa orang bimbang dengan fenomena pemikiran seperti saya ini akhirnya meluahkan satu dimensi. Kata mereka, sekarang nampaknya, kecelaruan fikrah sudah bergolak semula. Antara yang memulakan jamaah dalam jamaah adalah Gamis.

Saksikan wahai kalian, jika dikatakan saya cuba membentuk jamaah dalam jamaah sedangkan saya sebenarnya hanya ingin menjernihkan kekeruhan, maka saya rela dipanggil pemecahbelah. Saya tidak akan berundur daripada meneruskan niat ini lagi. Yang terpenting sekarang adalah Islami Islami, la syarqiyah wala gharbiyah.

Apa salah jamaah lain sehingga harus kita menyebut kesilapan mereka satu persatu? Yang kurang itu, lupakanlah. Kita sibuk menohma kesalahan dan kekurangan jamaah lain sednagkan kita lupa untuk melihat kekurangan jamaah kita yang bertambun.

Saya akan mengadakan satu hari bersama pimpinan PKPIM dan Karisma tidak lama lagi. Kami akan dduk semeja ntuk membincangkan masalah ummah. Kami akan lupakan segala tembok yang membentengi kami selama ini. Kami akan cuba berbincang dalam bentuk yang terbaik. Kami akan cuba bincangkan bagaimanakah caranya untuk memurnikan semula Islam di Negara ini.

Lupakan perbezaan, binalah persamaan. Hapuskan kertas kerja Ta’addud Jamaah, lebih baik kita membincangkan tajuk Format Gerakan Baru yang ideal. Tidak perlu kita bersama dalam satu jamaah, tetapi dari sudut fikrah dan kebersamaan

Malah kedengaran satu idea yang lebih kencang bertiup, kalau dari sudut siasah kita oleh tahaluf, maka sepatutnya kita sudah memikirkan untuk tahaluf dalam tarbiah.

Bagaimana serasa anda???













Read More......

USRAH PADA PENGERTIANKU

2 Cadangan/Pandangan
Ustaz Yahya Othman menceritakan kepada saya kaedah usrah Ikhwan Muslimin. Caranya mudah. Ia bersifat menjaga dan memantau. Naqib akan ke rumah ustaz untuk melihat buku apa yang dibaca oleh ustaz. Ikhwan ternyata memilih dalam berusrah dalam bentuk kaderisasi. Ia hanya memilih orang-orang yang cerdik untuk dikaderkan.

Satu hari ketika Ustaz Umar Telmisani, mursyid ketiga Ikhwan. Ia belum menjadi ahli Ikhwan ketika itu. Ketika ia sedang memberi makan kepada anak-anak ayam, datanglah dua orang pemuda Ikhwan berdialog dengannya. “Buka tugas ustaz untuk memelihara ayam,” bilang dua pemuda Ikhwan tersebut.

“Habis tu, apa kerja aku,” balas Ustaz Umar. “Tugas ustaz adalah memelihara manusia”. Kemudian mereka berdialog panjang sehinggalah akhirnya mereka membawa ustaz Umar berjumpa dengan al-Banna. Al-Banna menerangkan kepadanya apakah Ikhwan dan al-Banna memberikannya masa seminggu untuk berfikir sama ada ingin menyertai Ikhwan atau tidak.

Coaching, itulah yang dikatakan oleh Naqib saya ketika kami membincangkan apakah usrah yang sebenarnya. Tidak perlulah saya menceritakan siapa naqib saya itu. Menjaga dan memantau. Melihat apa yang ahli usrah lakukan. Itulah tugas naqib. Saya bertanya kepada, “Dr, adakah Dr bersetuju jika ana katakan usrah bukan tempat menimba ilmu”. Terus sahaja naqib saya mengiyakan pandangan saya.

Usrah ertinya kekeluargaan. Kekeluargaan mementingkan ikatan ukhuwah di dalamnya. Ikatan ukhwah ini terjalin dengan banyak perkara antaranya saling bertanya khabar antara satu sama lain dan saling memberikan hadiah. Melawat ketika sakit, menziarahi ketika lapang. Mengenal ahli usrah dengan sebenar-benarnya serta memberikan sepenuh perhatian kepada permasalahannya. Read More......

Isnin, 9 Februari 2009

SAYA BERPESAN

5 Cadangan/Pandangan
Assalamualaikum warahmatuLlahi wa barakatuh..

Ada beberapa perkara yang saya nak sampaikan kepada ahli gerakan dalam bentuk point sahaja.

1) Jangan suka mengkritik orang tetapi kita sendiri tidak berbuat apa-apa kepada Islam. Mungkin ada orang yang tersilap dalam gerak kerja dan ijtihadnya, tetapi sekurang-kurangnya mereka berijtihad dan mereka bekerja ke arah itu. Sedangkan pihak satu lagi, mereka tidak bekerja tetapi mereka menjadikan mengritik orang dan merendah-rendahkan pemikiran orang sebagai kerja mereka.
2) Jangan suka dan mudah berburuk sangka kepada orang lain. Tidak faham saya kenapa muda sangat kita berburuk sangka kepada orang lain tanpa menyelidiknya terlebih dahulu.
3) Jangan sibuk mencari kesalahan orang lai, apa lagi kesalahan yang kecil-kecil. Daripada kita mencari salah orang dan membesar-besarkannya, lebih baik kita bekerja dan membesarkan kebenaran dan keadilan untuknya.
4) Kepada orang tua, jangan sibuk-sibuk menyekat perkembangan anak muda. Saya kurang faham kenapa ramai orang tua suka sangat mencantas orang muda.
5) Jangan menyekat perubahan yang berlaku dan jangan suka salah faham tentangnya. Perkembangan anak muda mesti dibimbing bukan dicantas.
6) Jangan duk sebut-sebut lagi blok kekampusan. Masih lagi kedengaran Pengkagum UM. Saya tidak suka hal ini. Dalam gerakan kita, tiada sempadan yang memisahkan kita. Tiada blok kekampusan. Yang ada, la syarqiyah wala gharbiyah.
7) Jangan duk bergaduh sesama jamaah. Jaga adab sesama kita. Masing-masing bawa berbincang. Mungkin ramai yangmarahkan saya apabila saya mencadangkan agar dihazafkan saja perbincangan tentang ta’addud jamaah. Saya lebih suka kita membincangkan apakah format gerakan yang ideal dan baik pada masa sekarang.
8) Ada orang kata saya cuba menghapuskan kertas kerja wala’. Bukan itu niat kita. Niat sebenar saya adalah, betulkan balik persepsi dan kefahaman tentang wala’. Wala’ tidak boleh melahirkan orang yang mengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli. Sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.
9) Betulkan sahaja silibus usrah yang ada sekarang. Bincangkan perkara yang lebih relevan dengan situasi sekarang. Bincangkan perkara yang lebih sesuai sebagai pemerintah bukan lagi pembangkang. Saya sangat tidak bersetuju apabila dinyatakan, manhaj tarbiah yang lama masih lagi sesuai sedangkan zaman dan peredaran politik berlaku begitu pantas. Read More......
1 Cadangan/Pandangan
Ahmad pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah. Dia mendengus berkali-kali, bagaikan lembu yang takut disembelih. Habis barang-barang kecil yang ada di rumah disepaknya. Tanda ia sangat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Hasbi dan Amin terpinga-pinga dibuatnya. Tidak pernah mereka lihat Ahmad sebegitu marah seperti hari ini. Bukan Ahmad tidak pernah marah, tetapi tidaklah samapi seperti hari ini. Nampak sangat lain marahnya itu.

"Kenapa kamu ni Ahmad? Bawa mengucap, bawa mengucap," Alim yang baru pulang dari surau menegur Ahmad. Hanya Alim kalangan mereka yang beran menegur Ahmad ketika ia marah. Mereka sendiri pernah lihat alim yang menerajang Ahmad satu hari apabila Ahmad cuba menunjuk garangnya yang tidak bertempat. Sejak hari itu, Ahmad tikus-menikus apabila bertembung dengan Alim.



"Aku geram Alim, aku geram," akhirnya Ahmad meluahkan perasaannya. "Yela, apa yang kamu geramkan? Aku pun geram juga tengok kamu sepak-sepak barang yang ada kat dalam rumah ni. Kamu jangan bag aku terajang kamu pula," Alim memberikan amarannya yang pertama seraya meletakkan kopiahnya di atas meja.

"Isu bid'ah la Alim. Ada ke patut si Dahri ceramah pasal bid'ah ikut kefahaman dia tadi. Habis semua dibid'ahkan. Aku jad imam Subuh tadi. Aku bacalah Qunut dan wirid kuat-kuat lepas sembahyang, dibantainya aku dalam kuliahnya yang aku pelaku bid'ah," Ahmad melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya.

Dahri memang begtu. Ekstrem tdak bertempat. Yang paling tepat tentang Dahri ialah, perasan pandai dan dialah yang betul dalam semua perkara. Orang lain semuanya salah. Dialah pakar dalam bab bid'ah. Panggil saidina kepada nabi pun bid'ah. Kerana terlalu mengagungkan nabi. Tetapi panggil Datuk dan Dato Seri kepada manusia tidak mengapa pula.

Pernah satu hari Dahri melabelkan gerakan Islam yang diketuai oleh Idris adalah bid'ah. Syed Qutb dan pejuang ikhwan yang lain adalah pelaku bid'ah. Habis ramai yang celaru. Dengan dalil al-Quran dan hadis menghiasi setiap kat-katanya, ia menambahkan kecelaruan yang sedia ada.

Pejuang Dahri semestinya Rabi' Madkhali, ulama Saudi. Ia menyanjung tinggi Ibn Taimiyah sedangkan Ahmad merasakan, Ibn Taimiyah pun tidak akan merestui pemikiran Dahri yang melampau. Macamlah dia seorang yang betul dan orang lain salah. Mengarut lagi karut.

"Ikhwan adalah satu bentuk bid'ah kerana menghimpunkan kesufian dan haraki dalam satu entiti," syarah Dahri satu hari. "Kesufian juga merupakan satu perkara yang bid'ah. Haraki juga satu yang bid'h. Bid'ah, bergabung dengan bid'ah yang lan, maka ia merupakan satu kesesatan yang nyata".

Beberapa orang yang tidak belajar agama khususnya tertawan dengan Dahri. Dahri pun malangnya turut tidak belajar agama. Ia hanya mendengar gurunya Rasul yang berceramah merata-rata. Metode gurunya yang suka mengkritik itu menambahkan lagi daya ikatan antara dua orang pembid'ah itu. Alim tahu, nak jadi terkenal dan nampak hebat mudah sahaja. Kritik saja orang lain, kita akan jadi terkenal sekelip mata. Ataupun, mengaku saja kita dliwat oleh mana-mana pemimpn yang terkenal. Nama buruk tidak mengapa, yang penting adalah terkenal.

Kadang-kadang Ahmad pun diterpa kehairanan. Orang yang memperjuangkan Islam dikatakan pelaku bid'ah manakala orang yang menyokong kezaliman pula tidak dikatakan pelaku bid'ah. Bagaimana dengan mufti Perak yang menyokong kerajaan dan pimpinan yang zalim? Apakah a bukan satu bid'ah yang sangat menjelekkan?

Pernah ahmad cuba bersalam tangan dengan budak di tepinya selepas mengerjakan solat. Budak itu menarik muka dan tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh Ahmad. Rupa-rupanya, sudah menular kefahaman bid'ah di situ. Bersalam tangan tidak dilakukan oleh nabi SAW selepas solat, maka itu merupakan satu bid'ah.

Aduh, benda sekecil itu pun dianggap bid'ah. Ini yang membuatkan Ahmad berasa sangat marah. Kalau macam itu lah definisi bid'ah, maka usrah juga adalah bid'ah. Masuk pilihan raya adalah bid'ah. Kalau nak berdakwah, biarlah hanya 23 tahun kerana jika melebhi tahap tersebut, maka ia adalah bid'ah. Dakwah pula kena bermula dengan sir selama tiga tahun barulah dizahirkan secara terang-terangan.

Yang paling Ahmad marah tentang mereka adalah, mereka tidak belajar agama tetapi perasa pandai dalam bidang agama. Dengar dan terima saja bulat-bulat apa yang dibawa oleh guru mereka Rasul dan apa yang diucapkan oleh Rabi' Madkhali.

Mereka bukan tau pun tentang ilmu usul hadis dan ulum al-Quran. Mereka bukan belajar sangat tentang kinayah, majaz dan balaghah. Mereka bukan membaca sangat kitab-kitab yang ada. Entah-entah ilmu-ilmu tu pun dibd'ahkan oleh mereka juga. Bagi Ahmad, merekalah pelaku biad'ah yang pali besar tetapi berselndung d sebalik pejuang sunnah yang tulen.

"Ada ahli usrah kita tarik janji setia denga perjuangan kita kerana dikatakan bid'ah. Tu yang buat aku makin berbulu tu. ahli usrah kita pun malas baca buku, tu yang senang diperbodoh-bodohkan oleh si Dahri tu. Dahri tu baca Quran pun merangkak, Bahasa arab pun tak pandai, tetapi perasan dia seorang sahaja yang betul," Ahmad nampaknya masih beum berpuas hati.
Read More......

INSYIRAH

4 Cadangan/Pandangan
"Bakar saja silibus usrah yang ada sekarang. ana tak setuju dengan silibus yang ada ni," kata Azmi kegeraman. Suasana perbincangan menjadi sedikit tegang. Bermula dengan pembentangan Fenomena usrah yang disampaikan oleh Ustaz Fadhil, ramai yang mula menjadi keliru dan celaru. Mereka terpinga-pinga tentang filosofi sebenar di sebalik kewujudan usrah. Kini, Azmi pula yang mencetuskan ketegangan yang lebih dahsyat.

"Kenapa enta minta kita bakar silibus usrah? Apa relevansinya," soal Fazilah yang dari tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan usrah bukan tempat mencurahkan ilmu pengetahuan.

"Bagi ana, silibus yang ada sekarang menelurkan kemalasan dan membiakkan kebodohan sahaja," Azmi semakin radkal mengemukakan hujjah yang kian mengancam.


Persatuan islam di UIA kini semakin kronk. Ahli gerakan yang mendokong Islam semakin ramai tetapi ramai juga yang pemalas dan tidak mempunyai semangat mencintai ilmu. Kuliah-kuliah Maghrib yang diadakan di Masjid UIA tidak mendapat sambutan yang baik. Manakala wacana ilmu yang dianjurkan oleh banyak persatuan juga kelihatan lengang. Ini yang membuatkan Zaki kebingungan mencari apakah sebab majlis ilmu tidak menjadi sasaran minat ahli gerakan Islam.

Malah dari sudut yang lain pula, persatuan Islam hanya mampu menggesa ahli untuk mengamalkan tahajud sekali seminggu sahaja. Inilah yang menimbulkan kemarahan Azmi dan beberapa yang lain. Azmi yang sudah lama memendam rasa tidak berpuas hati bangun dalam satu liqa' tafaqquh yang diadakan dua minggu lepas dan mempersoalkan kebejatan yang memendungi sikap ahli.

"Ana hairan sungguh. Kenapa saranan dan gesaan kepada ahli dan yang bukan ahli sama sahaja. Bukan ahli diminta untuk mengerjakan tahajud sekurang-kurangnya sekali seminggu dan begitu juga kepada ahli. itu tidak lagi kita kira berapa ramai ahli kta yang bangun lambat Subuh dan tidak dan hanya tahajud sebulan sekali. Itu pun kalau bernasib baik."

Saya hanya tersenyum mendengar pandangan Azmi. Menarik juga cadangan dibakarkan sahaja silibus usrah yang ada. Saya hanya berbincang dengan Zaki. Ia menyebut perkara yang sama. Silibus hanya melahirkan kemalasan dan kebekuan.

"Ahli kita malas membaca buku. Mereka hanya mengharapkan silibus yang ada sedangkan silibus sebenarnya tidaklah akademik dan banyak kekurangannya,"itulah komen Zaki. Fuh, suasana menjadi semakin kacau.

Kebekuan dan ketuaan. Apabila Zaki cuba mencadangkan agar kertas kerja Wala' dibincangkan balik kerana ia hanya membentuk ahli yang tidak pandai berfikir, maka ramai senior yang menganggap Zaki cuba melepaskan diri dari rantaian ketaatan yang sebenar. Malah, Timbalan Presiden Wufi, Izzatie sendiri pernah meminta agar diperhalusi semula kertas kerja berkaitan Ta'addud Jamaah yang dikatakan kurang sesuai untuk dibincangkan pada masa sekarang.

Namun cadangan Izzatie juga menimbulkan satu polemik yang maha dahsyat. senior-senor mula memberontak dan mereka telah melemparkan serangan provokasi kepada kami.

Ketika kami bebrncang di peringkat kepimpinan tertinggi selepas perjumpaan tarbiah hari itu, Zaki ada memberikan respon terhadap cadangan Azmi. "Pada hemat ana, pandangan Azmi itu memberikan satu petanda bahawa usrah yang kita jalankan selama ini tidak memberikan impak dan implkasi yang tervaik, malah yang lebih parah lagi ialah apabila mandat silibus tersebut sudah mula dipertikaikan," kata Zaki memulakan perbincangan.

"Maaf ustaz, izinkan ana mencelah," Insyirah menyusun bicara sebaik-baiknya. Kami mula memasang telinga. Kami terpaksa akur ilmu yang dipunyai Insyrah adalah lebh tinggi berbanding kami. Inyirah sendiri menyebut kepada saya, "Ana sudah mula meninggalkan buku-buku haraki sejak ana menjejakkan kaki ke IPT kerana ana ingin memberikan fokus pembacaan ana terhadap pemkiran-pemikiran yang lebih mendewasakan termasuklah jurnal-jurnal malah yang bersifat antarabangsa. Bagi ana, kita mesti pantas dan tangkas, akhi".

Malah Faten memberitahu ana, Insyirah telah menamatkan bacaan buku Fathi Yakan, Ali al-Nadwi, Abdullah Khatib, al-banna, Mustafa Masyhur, Abdul Halim al-Kinani, Syed Qutb dan bermacam rencam buku lagi sebelum mencecah usia 19 tahun. Kini beliau menumpukan bacaan kepada buku Syed Ameer Ali, Prof Syalabi, Iqbal, Muhammad Ammar, Syed Hussein Nasr, malah karya-karya Barat termasuklah yang dikarang oleh Henry Ford dan Communist Manifest dan Atheist Manifest. Aku mula masih merangkak-rangkak membaca buku al-Nadawi.

"Ana melihat pandangan Azmi itu ada benarnya, malah tersangat benar. sekarang kita menghadapi fenomena ahli yang tidak terikat dengan dunia keilmuan, tidak minat untuk menunttu ilmu, jarang mendengar sentuhan ilmu malah jarang bergaul dengan lmuan. Bagaimana dengan profesor yang sekian banyak di Uia in, kenapa tidak digunakan? Malah orang-orang yang bersih hati yang mampu menyinari hati kita pun, kita kurang malah tidak bergauk dengan mereka. Ini bag ana merupakan satu kerugian yang besar. Maafkan ana jika ana terkasar bahasa, ikhwah sekalian," susun bicara insyrah sebaiknya.

Aduhai, lain sungguh orang yang rajin bertahajud dengan orang semalas aku. Lain sungguh orang yang lunak hati dan asyik menangis kerana takutkan Allah berbanding aku yang karam dalam lautan maksiat. Insyirah adalah contoh seorang anak muda yang tenggelam dalam sunia zikir. Aminah Ayub memberitahu saya, Hizb Nawawi dan Bahar menjadi basahan lidah Insiyrah dan ia sentiasa beramal tanpa rasa puas dan bosan. Sukar mencari orang yang sebersih dan selembut hatinya dalam masa yang sama sangat bersemangat dalam dunia haraki.

Bakar sahaja silibus usrah. Nuqaba' kalau mahukan ilmu, ambl buku dan bacalah. Lagipun usrah bukanlah medan kelimuan. Usrah adalah ukhuwah dan membina melalui pantauan. Sepanjang silibus ada, selagi itulah nuqaba; akan mewarisi kemalasan dan kebekuan. Pedulikan orang yang menentang. Selagi silibus ada, selag itulah pemikiran dan keilmuan tidak akan berkembang bahkan akan mewarisi kemandulan.

"Ukhti, jadi, ukhti setuju dengan cadangan bakar silibus usrah," Tanya aku kepada Insyirah. Insyirah mengangguk dan tersenyum seraya berkata, "Allah memberikan kita akal untuk berfikir ustaz. Akal tidak akan puas jika hidangannya tidak lazat. Silibus bag saya bukanlah satu hidangan yang lazat. Moga-moga allah menunjukkan kita jalan yang terbaik, ustaz,". Kata Insyirah dan saya sangat mengagumi keberanian muslimat yang berkaca mata itu.




Read More......

Ahad, 8 Februari 2009

INSYIRAH

13 Cadangan/Pandangan
Insyirah baru usai membaca al-Quran. Surah al-Hujurat menceritakan tentang peri adab dalam bergaul dan beberapa perkara lain sangat menyentuh hatinya. Apabila mengingatkan keadaa umat Islam yang bertelagah sesama sendiri, hatinya serta-merta disentuh rasa hiba dan sayu.

Insyirah penghiba orangnya. Mudah tersentuh dan mudah menangis. Acap kali dalam tahajud, air matanya tumpah keluar dan mengalir tanpa henti. Biasanya Insyirah mengerjakan Tahajud sekitar empat rakaat, kemudian membaca al-Quran dan disudahi dngan tiga rakaat witir yang dikerjakan degan satu salam sahaja.

Bagi Insyirah, membaca al-Quran tanpa melihat makna adalah merugikan. Ia menghilangkan nikmat tadabbur dan kekhusyukan. Membaca al-Quran tanpa mengerti makna adalah cacat dan kontang baginya. Lebih baik sedikit membaca al-Quran tetapi memahami makna dan cuba mengamalkannya dalam kehidupan. Pernah sekali Insyirah pengsan setelah membaca surah al-Naba’ yang menceritakan tentang kedahsyatan kiamat.

Pernah Dahlan menceritakan perihal waraknya muslimah bertudung labuh dan kecil-kecil ini. Katanya, apabila Dahlan bertanyakan Insyirah tentang pengertian khauf kepada Allah, Insyirah menjawab dengan penuh rasa tawadhu’ seolah-olah rasa tawadhu’ itu menyeluruhi seluruh anggota hati dan jasadnya.




“Ibn Mas’ud RA ketika mentafsirkan siapakah mukmin yang sebenar menyebut, “Mukmin adalah orang yang mana melihat dosa seolah-olah ia berada di bawah bukit dan dibimbangi bukit itu akan menimpanya sedangkan orang berdosa melihat dosa tu ibarat lalat yang hinggap di hidung. Diusir sekalipun, ia akan datang hingap semula,” jawab Insyirah, memukau.

Saya berkali-kali tertumpah rasa kagum terhadapnya. Ayahnya Haji Sibyan seorang yang soleh dan disegani masyarakat sekeliling. Ayahnya merupakan seorang yang sangat menghormati tamu, mengasihi yang muda serta tidak berat telinga untuk mendengar pandangan kami anak muda. Tidak seperti kebanyakan orang tua yang suka bercakap tetapi tidak suka mendengar pandangan orang muda. Malah Haji Sibyan sangat mencintai perdebatan ilmu yang tidak sia-sia. Pernah saya tertinggi suara kepadanya dalam menegakkan hujjah namun ia tidak pernah terasa hati malah melemparkan senyuman yang membuatkan saya tertunduk dan berkali-kali memohon maaf. Ketika itu kami berbahas tentang ilmu tatabahasa Arab yang terkandung dalam kitab Qaylubi.

Ibunya pula Hajjah Ruqaiyah merupakan seorang yang kaya dengan senyuman. Hampir tidak pernah lekang senyuman terukir di bibirnya walaupun ia dalam kesusahan. Insyirah menceritakan perihal ibunya kepada saya, “Ummi ana menganggap kebaikan yang datang daripada Allah merupakan satu nikmat yang harus disyukuri. Ujian pula merupakan satu perkara yang meningkatkan kesabaran. Ternyata ana bertuah kerana ummi seorang mukmimah sobirah sebagaimana hadis nabi, Ajaibnya orang mukmin, semua perkara baginya adalah baik, dan hal ini hanya dimiliki oleh orang mukmin. Jika mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu suatu hal yang baik. Jika ia mendapat musibah, ia bersabar, maka hal itu juga adalah baik”.

Ternyata Insyirah merupakan seorang yang beruntung. Akhlak abi dan umminya diwarisi oleh Insyirah. Wajah manis umminya sudah tentu. Ketaqwaan ayahnya. Fatin juga pernah menceritakan kepada saya, “Insyirah tidak pernah lupa untuk memberikan peringatan kepada kami agar sentiasa menjaga solat jamaah dan melazimi membaca al-Quran,”.

Qatrun Nada’ juga pernah mengkhabarkan kepada saya, “Setiap kali tidur, Insyirah akan membacakan Tasbih Fatimah. Ia tidur biasanya dalam jam satu pagi setelah membaca buku dalam sejam dan bangun dalam jam lima pagi untuk mengerjakan qiamullail. Dalam jam 5.30 biasanya Insyirah akan mengejutkan kami semua,”.

Bagi saya, Insyirah bukan calang-calang muslimat. Ia menguasai banyak ilmu terutama fiqh sul. Kadang-kadang idak terjangkau dek akal saya untuk memikirkan beberapa tindakannya yan tampak melonggarkan syariat kerana baginya perkara itu masih dalam lingkungan syariat. Sering kali ia menyatakan kepada saya, “Islam ini, apabila sempit, kita luaskan. Dan apabila terlalu luas, kita sempitkan sebagai langkah berhati-hati”.

Apabila seorang ahli usrah dalam satu perbincangan Politik Semasa Negara bertanyakan keadaan ahli parti politik yang tampaknya longgar dan sedikit meninggalkan syara’, maka Insyirah bingkas bangun dan menjawab, “Ana bimbang, kedangkalan ilmu kita menyebabkan kita berpandangan ahli politik Islam telah melangar batas-batas syariat sedangkan sebenarnya mereka masih berada dalam lingkungan yang betul”.

Ini mengingatkan saya kepada Ustaz Yahya Othman. Pernah beliau berpesan kepada saya, waktu solat ini luas, maka jangan tergesa-gesa untuk menyempitkannya. Pesan itu amat luar biasa dan menakjubkan.

Hari itu, saya bertemu dengan Insyirah.

“Ukhti, apa pandangan ukhti tentang usrah yang dijalankan sekarang?”

Insyirah malu-malu melihat saya. Saya pula tersipu-sipu dibuatnya. Ish, kalau aku dapat budak kecik ni, untungnya, fikir aku sendiriansambil tersenyum lebar. Memang untung orang yang dapat Insyirah ni. Pandai memasak dan pandai mengambil hati orang. Tidak pernah dan mudah hilang marah. Disenangi kawandigeruni lawan, juga dihormati pensyarah sekalipun. Pernah Insyirah berdebat dengan seorang pensyarah dan mematahkan hujjahnya berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan qiyas yang tinggi.

“Ustaz, ana segan dengan ustaz. Ustaz lebih fasih, faqih dan faiq berbanding ana. Dari sdut bahirnya, ustaz yang lebih,” ala, mula la tu budak tu manis mulut. Saya tersenyum sahaja mendengar ulahnya.

“Ala ukht ni. Bagilah pandangan, ana nak tahu juga pandangan ukhti. Mana tahu pandangan ukht sama dengan ana”.

“Hurm, pada pandangan ana ustaz, ramai yang tersilap faham tentang konsep usrah dan tarbiah sebenarnya. Mereka melihat usrah sebagai tempat mengisi ilmu. Bagi aba, usrah adalah medan membina ukhuwah dan membina kefahaman. Tidak semestinya kefahaman itu timbul melalui keilmuan malah boleh melalui pengalaman.

“Akibatnya, ramai yang pergi berusrah tetapi bkannya mereka minat dan cinta kepada ilmu. Ok ustaz, ana bagi contoh. Kalau usrah tempat member ilmu, maka jika kita bandingkan ahli usrah keluaran kita dengan Hasbullah sebagai contoh, yang tidak mengikuti usrah, ternyata Hasbullah lebih baik.

“Tarbiah bagi ana bukan memberi tetapi menanam. Tarbiah tathqifiyah bukannya tempat member ilmu tetapi menanam rasa kecintaan kepada ilmu dalam diri ahli usrah. Tarbiah jasadiah bukan medan untuk membuat slot jasadiah semata-mata, tetapi melahirkan orang yang akan menjaga kesihatan tubuh badan meskipun selepas daripada latihan tamrin. Tarbiah Ruhiyah bukannya medan beribadat dan membaca al-Quran tetapi satu medan untuk melahirkan orang yang cintakan ibadat dan ghairah meletakkan cintanya kepada Allah,” syarah Insyirah panjang lebar. Cinta kepada Allah. Cinta kepada saya, macam mana pula. Getus hati saya sambil ketawa, haha.

Insyirah seorang muslimah yang cerdik dan sukar dicari. Ia memahami konsep pengajian Aristotle dengan baik dan mempraktikkannya dalam kelas pengajian. Bahasa Arabnya fasih begitu juga Bahasa Inggeris. Malah lenggang lenggok bahasanya menarik dan lahjahnya kemas.

Insyirah merupakan seorang muslimah yang menjaga adab. ia tidak suka menyalahkan orang malah suka menjadikan dirinya sebagai benteng mempertahankan rakan-rakannya yang lain. Namun Insyirah sangat tabah dan berdikari. Insyirah berani memandu kereta meskipun berseorang ke tempat yang jauh demi melaksanakan gerak kerja Islam.

Bagi saya, Insyirah seorang muslimah yang kreatif dan kritis.



















Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE