Jumaat, 30 Januari 2009

STUDI KES 3

5 Cadangan/Pandangan
KES 1:

Dalam jamaah A, tiba-tiba muncul satu group yang cuba membuat perubahan terhadap manhaj tarbiah yang digunakan selama ini. Namun mereka berhadapan dengan beberapa fenomena:

1: Mereka dituduh sebagai reformis tidak berakar tunjang
2: Mereka dikatakan sebagai perosak fikrah
3: Pihak senior menegaskan manhaj sudah sempurna, tinggal lagi pelaksanaan
4: Mereka dituduh membawa agenda peribadi yang tersirat.

Group tersebut hanya mahukan perubahan yang sesuai dengan peredaran masa. Kalaulah fiqh boleh berubah-ubah mengikut keadaan zaman, malah beberapa ayat al-Quran boleh disyarahkan mengikut kesesuaian semasa, begitu juga dengan kefahaman hadis yang boleh difahami mengikut kondisi terkini, maka apakah manhaj tarbiah tidak boleh diubah.


Namun mereka tersekat dengan ‘kelamaan’ yang mencengkam.

KES 2:

Sebuah jamaah yang penuh dengan prasangka. Dituduhnya orang yang cuba melakukan perubahan sebagai kumpulan siasah yang mempunyai hidden agenda. Sesiapa sahaja yang cuba membawa agenda perubahan pasti akan dituduh sebagai kumpulan siasah tadi.

Merekan akan mencantas sesiapa sahaja yang cuba membawa agenda pembaharuan. Golongan ini tidak akan dihormati meskipun mereka adalah pimpinan.
Read More......

DIGARU KEGELISAHAN

0 Cadangan/Pandangan
Saya digaru-garu kegelisahan. Irama kegelisahan itu semakin kuat berbunyi. Aduh, saya terlupa untuk membawa pendrive semalam. Saya bercadang untuk post tiga artikel sepanjang berada di Jogjakarta, namun saya terlupa membawanya semasa ke Bandung.

Hari ini 30 Januari 2009. Saya dan Alan baru sahaja menjejakkan kaki ke Bandung. Bertolak dari Jogjakarta dengan menaiki travel (semacam van) merupakan satu pengalaman yang takterlupaan. Pakcik yang memandu semalam sangat berani. Ia memandu dengan laju sekali meskipun hujan turun membasahi bumi. Di sini, kami tinggal sejenak di rumah sahabat kami Mohsein. Malam ini, kami akan bertolak semula ke Jogja dengan train pula. Satu perjalanan yang pastinya menarik dan mengambil masa yang lama. Semalam kami bertolak dari jam lapan dan sampai dalam jam lima.

Menziarahi kawan-kawan sebenarnya satu tuntutan sunnah yang mulia. Mesipun kami terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam demonstrasi pada hari ini bersama sahabat-sahabat dari KAMMI, namun ziarah kami di Bandung rasanya lebih penting. Apa lagi dalam proses membina ukhuwah dan menyantuni persaudaraan. Lagipun esoknya kami masih berkesmpatan untuk bertemu dengan sahabat kepimpinan KAMMI Pusat dan pastinya itu satu peluang yang tidak akan saya lepaskan begitu sahaja.


Ukhuwah ini bukan hanya di mulut. Ia adalah praktikal. Tidak boleh hanya mulut melafazkan sayang tetapi tindakannya tidak wujud sama sekali. Saya menterjamahkan ukhuwah saya dengan datang berziarah. Sekali-sekala, malah banyaknya kami yang mengeluarkan duit untuk belanja makan sebagai tanda pengikat hati. Lagipun sahabat KAMMI banyak berkorban untuk kami, termasuk terpaksa melayani karenah kami ketika tenggelam dalam keasyikan melihat dan memilih buku.

Semalam ketika saya diminta untuk memberikan pengisian kepada sahabat-sahabat KAMMI, saya menyebut empat faktor kekuatan yang harus kita bina dalam menegakkan ketuanan Islam. Kekuatan pertama adalah kekuatan thaqafiyah; ilmu pengetahuan. Maka tidak diragui lagi bahawa sahabat KAMMI merupakan orang yang cintakan pengetahuan bahkan menjadikan pengetahuan sebagai bantal peluk mereka. Gerakan yang mampu menguasai massa tetapi tidak mempunyai kekuatan thaqafah tidak akan mampu menjadi negarawan yang terunggul. Mungkin mereka bisa mencipta satu revolusi melalui kekuatan massa yang mereka miliki tetapi mereka belum pasti mampu membina peradaban kerana ilmu mereka kontang.

Kekuatan kedua adalah ruhiyah yang bercahaya. Saya sebutkan kata-kata yang hikmah, Jiwa yang bercahaya dan keinginan yang membara-bara. Keinginan pemuda yang membara-bara akan menggoncangkan bukit-bukau. Ini kekuatan yang dimiliki oleh pemuda yang harus dicapai oleh kita semua. KAMMI ternyata merupakan satu perkumpulan manusia ruuhi yang amat menekankan soal kekuatan ruhiyah. Sepanjang saya berada bersama mereka, mereka sememangnya beramal dengan pembacaan al-Quran setiap selepas Subuh.

Kekuatan seterusnya ialah kekuatan jasadiyah. Yang ini saya sangat lemah. KAMMI sangat menekankan soal tarbiyah jasadiyah. Setiap minggu mereka akan bermain futsal. Meskipun yang nyatanya saya penjaring terbanyak, namun dari sudut kekuatan mereka mendahului. Sehingga sekarang saya masih lagi dibelenggu dengan urat kaki yang kian menegang akibat lama tidak bersenam. Ya, hampir dua tahun seperkiraan saya, saya tidak bermain bola. Kekuatan jasadiyah merupakan satu elemen ketenteraan yang harus dibina dalam membentuk satu ketumbukan yang mampu mendokong Islam dengan sepenuhnya.

Lalu saya memetik pandangan al-Banna, “Berilah aku 300 katibah, yang mana dadanya sarat dengan ilmu pengetahun, jiwanya bercahaya dengan kilauan ruhiyah dan jasadnya terlatih, maka kamu ajaklah aku menerobs angkasa tujuh lapisan, menembusi bumi tujuh petala dan menghancurkan kepala penjajah, pasti aku sanggup”.

Kesudahan akhir saya jelaskan ialah kekuatan ukhuwah. Saya membayangkan kepada mereka, bibit-bibit pembentukan khilafah adalah bermula dengan pemuda-pemuda Islam dari pelbagai negara yang selalu berhimpun dan berbincang. Idea yang digarap daripada pelbagai tumbuhan pemikiran ini, apabila diadun, pasti akan membentuk saya daya yang berkualiti dan mampu menggegar. Kekuatan ukhuwah ini mesti dibina mulai sekarang. Lalu saya secara tuntas menjemput mereka ke Malaysia untuk bertemu mata dengan pimpinan di sana.

Saya sebutkan pada mereka, “Kalian dijemput ke Malaysia dan kami akan memberikan apa sahaja yang kalian mahukan. Tetapi sekiranya kalian mahukan isteri, maka kalian harus meminta izin daripada orang sebelah,” kata saya sambil disambut dengan deraian ketawa yang tidak terancang.


Read More......

Selasa, 27 Januari 2009

STUDI KES 2

17 Cadangan/Pandangan
28 Januari 2009: Saya serba kepenatan semalam. Badan menjadi lemah longlai dan rasanya ingin sahaja saya merebahkan badan di perkamaran seawal segera. Namun saya masih menantikan panggilan telefon daripada sahabat tersetia, menyebabkan saya bertahan dalam keadaan mengantuk yang memukul bertubi-tubi.

Dalam kantuk yang menyerang, saya terfikir beberapa persoalan. Persoalan ini pada zahirnya nampak remeh dan tidaklah luas, tetapi apabila diperhalusi, ia mengandungi beberapa segmentasi permasalahan yang perlu ditangani sebaik cara. Antara persoalan ialah:

1- Seorang thiqah yang bernama Farid diberi jawatan sebagai Presiden tetapi lemah dalam kepimpinan. Syarih yang berkepimpinan pula diketepikan daripada menjawat jawatan tersebut atas alasan beliau seorang yang sangat tegas dan kurang disenangi oleh muslimat yang mahukan ke’bapa’an wujud dalam organisasi. Alasan yang diberikan untuk melantik Farid adalah, orang thiqah meskipun lemah dalam kepimpinan akan mendapat pertolongan Allah.

2- Seorang rajin yang bernama Faridah, memegang jawatan yang banyak serentak. Pernah memegang tujuh jawatan serentak selain memegang jawatan tetap sebanyak dua. Ia tidak menjejaskan sangat mutu pengajian beliau walaupun agak terumbang-ambing. Kepimpinan apabila ditanya tentang situasi Faridah menjawab, orang serajin beliau tidak boleh dihalang bekerja kerana jika dihalang sekalipun, beliau tetap akan mencari kerja yang lain.

3- Seorang bekas Presiden akhirnya berpaling tadah, konon-kononnya mahu membawa agenda Islam dalam bentuk yang berbeda. Beliau menggelarkan dirinya sebagai Ibn Abbas: satu gerakan yang tetap mempertahankan kebenaran meskipun keseorangan (sebenarnya yang tepat ialah Ibn Mas’ud). Beliau berpandangan beliaulah yang benar sedangkan yang lain salah.

4- Seorang yang belot daripada janji setia telah menghantar surat memohon maaf. Rakan-rakan lamanya berada di persimpangan dilema. Ada yang mahu menerima kesalannya meskipun ramai yang mahu memulaukannya sahaja. Beliau bukan sahaja belot, malah bersifat talam dua muka.

Agak-agak anda, apa keputusan atau pandangan anda. Persoalan yang timbul ini adalah benar.
Read More......

Isnin, 26 Januari 2009

FAS ALU (MAKA BERTANYALAH)

5 Cadangan/Pandangan
Pada zaman nabi SAW, para sahabat dilarang banyak bertanya. Malah ada ayat al-Quran secara zahirnya melarang daripada bertanya sehingga mengundang kesusahan dalam beramal. Tradisi ini diamalkan pada zaman generasi sahabat. Ini terlihat apabila para sahabat kurang berani untuk bertanya banyak persoalan kepada nabi SAW dan mereka menanti-nantikan Arab Badwi datang untuk bertanyakan pelbagai persoalan kepada baginda.

Setelah kewafatan nabi, para sahabat masih berpegang dengan tradisi tersebut. Namun lama-kelamaan, persoalan yang timbul semakin mencapah dan merebak. Ia semakin merumitkan. Punca persoalan timbul ialah apabila Islam semakin berkembang luas di merata tempat. Islam bukan lagi agama yang hanya dianuti orang Arab semata-mata malah dianuti juga oleh yang berkulit hitam dan berambut merah.

Para sahabat yang asalnya melarang daripada banyak bertanya mula mengubah pendirian mereka. Mereka sudah mula menggunakan hujjah untuk menjawab pelbagai persoalan yang kian bersimpang-siur dan menyerabutkan. Pada zaman awal-awal, para sahabat masih menggunakan hujjah ilmiah yang digali daripada al-Quran dan hadis selain beberapa ijtihad sehinggalah ke zaman seterusnya yang menyaksikan penggunaan mantiq secara aktif.


Ahli kalam mula muncul dengan menggunakan hujjah mantiq aqliah untuk menjawab persoalan yang timbul. Apabila ahli kalam dipenjara, para ulama hadis tidak mampu untuk menjawab pelbagai persoalan ahli falsafah dan Muktazilah. Justeru, ahli kalam dibebaskan kembali untuk menjawab persoalan yang kian pelik dan memelik sehinggalah ahli kalam menjadi golongan yang popular dan sangat diperlukan.

Pernah timbul satu persoalan. Jika Allah benar mampu mencipta segala sesuatu, maka apakah Allah mampu mencipta Tuhan yang setara dengannya. Maka ahli hadis terdiam kaku tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Inilah antara titik-titik permulaan ahli kalam mula mendapat perhatian yang meluas kalangan rakyat dan pemerintah ketika itu.

Saya dijemput untuk menyampaikan satu kuliah yang agak menarik dalam tahun lepas atau dua tahun lepas. Tajuknya, Kisah Musa Dan Khidr. Saya bertanyakan mereka, apakah tujuan utama yang mahu dipatrikan dalam kuliah ini. Maka pihak panitia menjelaskan, tujuan utama diadakan tajuk ini ialah supaya adik-adik usrah tidak lagi banyak bertanya sebaliknya mengikut sahaja sebagai satu tarbiah.

Musa dilarang daripada bertanyakan Khidr tentang apa yang ia lakukan. Hujjah ini menjadi satu benteng kepada pengikut silat kebatinan. Apabila kita mendakwa guru mereka yang melakukan salah laku, maka mereka menjawab mudah sahaja, “Dalam dunia kebatinan, murid mengikut sahaja dan jangan bersalah sangka dengan guru, serta jangan banyak bertanya sebagaimana layaknya kisah Khidr dan Musa”.

Bekunya pemikiran itu. Saya sejuk-kesejukan mendengarnya. Antara fenomena tasauf yang dibenci ulama ialah guru yang terlalu dipuja-puja oleh muridnya. Antara tandanya, murid dilarang bertanya apa yang dilakukan oleh guru meskipun pelik pada syariat. Ini tasauf yang beku dan membekukan. Saya mengakui bukan semua bend perlu ditanya tetapi penghormatan yang melampau sehingga menghalang daya pengetahuan adalah sesuatu yang menyakitkan minda.

Saya ditampar kehairanan mendengar penjelasan daripada panitia pelaksana. Saya mohon maaf kerana menyiarkan kisah ini setelah lama ia berlalu. Bagi saya, saya amat suka orang yang rajin bertanya, cuma yang kurang sopan dan kurang adabnya ialah, apabila pertanyaan itu bukan-bukan dan bermotif belakang. Andai pertanyaan itu untuk membekalkan minda dengan serba-serbi pengetahuan dan makluat, mengapa tidak ia dikembangkan?

Kasihan adik-adik. Apabila diajak ke tamrin, mereka dilarang bertanya apa yang terkandung alam tamrin tersebut. Akhir sekali, mereka menjadi pengikut yang hampas daya minda dan tidak mampu untuk beranjak dan menganjak. Mereka merangkak-rangkak dan gelapnya kejahilan.

Apakah kalian idak berani untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan yang timbul. Generasi sahabat mengerti tentang pola perubahan alam sehingga meeka berani mengubah tradisi kebiasaan mereka. Mereka mula bersedia menerima dengan pelbagai persoalan yang menjurus dan meruncing. Mereka tidak lagi bersikap sebagai zaan nubuwwah yang disinari wahyu. Wahyu sudah berhenti, maka sudah tiba masa untuk akal beraksi bagi menterjemahkan wahyu dengan kebijakan masing-masing.

Bertanyalah, dan banyaklah bertanya. Jangan segan-segan bertanya.

Sesungguhnya saya orang paling suka menerima persoalan yang melimpah.

Read More......

KITA HAMBA YANG MISKIN

2 Cadangan/Pandangan
Zikir itu mempunyai makna yang sangat luas. Wirid pula rangkuman zikir yang khusus, untuk waktu yang tertentu. Zikir itu bukan hanya dengan lisan, malah dengan juga ingat-ingatan.

Zikir itu konsepnya meluas dan mengembang. Mata berzikir dengan melihat kebesaran Allah dan merenungnya sedalam mungkin. Tangan berzikir dengan membilang banyak mana zikir dan tasbih yang telah dilafazkan. Kaki berzikir dengan melangkah ke masjid dan tempat-tempat ilmu serta menjauhi tempat-tempat yang tercemar dengan maksiat. Zikir boleh dalam apa keadaan. Zikir boleh dengan merenung walaupun lisan tidak bergerak.

Boleh zikir dalam banyak keadaan. Sama ada dalam keadaan duduk mahupun berdiri, bertinggung mahupun berjalan, berjalan mahupun melompat. Orang yang ralit dan asyik dengan zikir adalah orang yang mempunyai akal pemikiran yang memuncak dan meninggi. Orang yang berzikir ini adalah orang yang mengambil I’tibar dan pedoman yang baik.


Wirid pula ada masa khususnya. Selepas solat, maka itu namanya wirid. Ia adalah satu susunan yang khusus. Ada sendi dan tunjang yang dipungut daripada sunnah nabawiyah dan ada datang dari hikmah para ulama. Kedua-duanya, memberikan satu makna yang besar dalam kehidupan muslim. Orang yang tenggelam dalam keasyikan berzikir sehingga terlupa untuk berdoa, maka Allah akan mengabulkan segala permintaannya meskipun ia tidak meminta.

Namun dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh persoalan tentang doa dalam bentuk point. Apabila kita berdoa kepada Allah, maka kita perlu ingat beberapa perkara seperti berikut:

• Doa menunjukkan bahawa kita adalah hamba yang faqir dan berhajat kepada Allah yang Maha Kaya. Ayat al-Quran ada menyentuh, “Wahai manusia, kamu semua faqir dan berhajat kepada Allah”.
• Apabila pintu hati kita terbuka untuk berdoa, maka itu merupakan petanda keramahan Allah terhadap kita. Allah apabila menunjukkan keramahan kepada kita, maka Allah akan membuka pintu hati kita untuk berdoa. Maka apabila Allah membuka pintu hati kita untuk berdoa, sebenarnya Allah ingin mengabulkan doa kita. (boleh rujuk Kalam Hikmah Ibn ‘Ataillah)
• Allah sangat menyukai orang yang sentiasa berdoa kepadanya setiap masa.
• Barangsiapa yang sentiasa berdoa di waktu mereka senang dan lapang, maka Allah akan mengabulkan doanya di waktu mereka sukar dan susah.
• Jangan memaksa Allah untuk mengabulkan doa mengikut kehendak kita sebaliknya serahkan kepada Allah untuk mengabulkan permintaan kita menurut kehendak-Nya.
• Allah mengabulkan doa seseorang melalui tiga jalan iaitu, terus dikabulkan, ditangguhkan dan digantikan dengan yang lain.
• Allah akan mengabulkan doa orang yang dizalimi tidak kira ia muslim mahupun non-muslim, baik atau tidak.
• Allah amat menyukai hamba-hambaNya yang merintih bermohon kepadaNya. Malah sengaja Allah lengah-lengahkan supaya Allah dapat terus mendengar rintihan hambaNya.
• Berdasarkan ayat, “Apabila hamba-Ku (‘Ibad) meminta kepada-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat”, dapat kita simpulkan bahawa Allah hanya mengabulkan doa orang yang dekat kepada-Nya kerana ‘Ibad (hamba) itu merupakan satu istilah yang merujuk kepada hamba yang soleh.
• Dalam berdoa, kita tidak boleh mudah merungut dan mengeluh apabila doa kita lambat dimakbulkan Allah kerana doa Nabi Musa untuk meruntuhkan kerajaan Fir’aun mengambil masa selama 40 tahun.
• Ada beberapa masa dan ketika doa mudah didengari Allah antaranya 1/3 malam terakhir, waktu hujan turun, waktu berbuka puasa, sewaktu dalam keadaan sujud, waktu melakukan amal kebajikan dan semasa berada di Mekah dan Madinah.
• Tidak perlu berdoa secara terperinci. Cukuplah dengan kita membacakan doa secara umum.
• Apabila membaca doa, maka hendaklah kita membacakan doa secara umum untuk kebaikan semua pihak bukannya dikhususkan kecuali dalam keadaan tertentu sahaja.

Banyak lagi adab dan pesanan yang berkaitan dengan doa. Oleh kerana terlalu banyak doa nabi, termasuklah kali nabi membaca ayat yang berkaitan dengan syurga dan neraka, maka ia membuatkan sahabat terasa susah dan sukar. Mereka mengadu kepada nabi, “Ya Rasulullah, doa kamu terlalu banyak dan kami tidak larat untuk menuruti kamu satu persatu”.

Lalu nabi mengajar mereka satu doa yang merangkumi secara keseluruhan,

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon seluruh kebaikan sama ada secara segera atau lambat , apa yang kami tahu dan apa yang kami tidak tahu. Dan kami memohon agar Engkau jauhkan kami daripada segala keburukan secara segera atau lambat , apa yang kami tahu dan apa yang kami tidak tahu.

“Ya Allah, aku memohon apa yang telah diminta oleh hamba-Mu dan nabi-Mu Muhammad SAW. Dan aku bermohon perlindungan dengan apa yang telah dipohon oleh hamba-Mu dan nabi-Mu Muhammad SAW.

“Ya Allah, aku memohon syurga dari-Mu dan apa yang mendekatkan aku kepadanya daripada kata-kata ataupun amalan. Dan aku berohon agar dijauhkan aku dari neraka sama ada melalui kata-kata ataupun amalan.

“Dan aku memohon kepada-Mu kebaikan dalam setiap kesudahan”.

Ada beberapa kesimpulan yang boleh kita ambil daripada tulisan ini merangkumi:

1. Kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah pada setiap masa dan janganlah kita hanya mengingati Allah di saat-saat terdesak.
2. Dalam berdoa, ada adab-adab tertentu yang harus kita fahami dan cermati.
3. Mengamalkan doa yang diambil daripada nabi, itulah yang terbaik.

Read More......

Ahad, 25 Januari 2009

STUDI KES

11 Cadangan/Pandangan
“Kamu, Ubadah dilucutkan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Intelektual Muda (PIM) kerana didapati tidak mencurahkan ketaatan yang penuh kepada pimpinan. Diharap kamu menerimanya dengan redha dan menganggap bahawa inilah satu pengajaran kepada kamu,” Hakim Gerakan Islam Malaysia (GIM) memberikan keputusan setelah kes ini dibincangkan sebulan lamanya.

Ubadah hanya tertunduk sepi. Kesepian melanda. Pandangannya kelam dan gelap. Bagaikan malam yang tidak dihiasi bulan dan bintang tidak menjadi tetamu malam. Kesepian pemikiran dan jiwa. Sudah puas Ubadah dan rakan-rakannya memperjuangkan nilai sebuah pemikiran demi menyelamatkan PIM, malah menyelamatkan GIM sebenarnya dalam langkau yang lebih jauh.

Namun perjuangan Ubadah telah disalah ertikan. Ubadah pasrah. Beliau berjuang bukan untuk memenangkan pemikiran beliau. Malah beliau turut insaf pemikiran baru adalah pemikiran yang sukar diterima dan sukar diresapi. Ia bagaikan hantu. Hantu raya yang menakutkan. Hantu langsuir yang hanya ada kepala tiada berbadan. Hantu galah yang tinggi. Hantu Pontianak yang suka mengilai. Ya, pemikiran beliau bagaikan hanta yang menakutkan, menyebabkan ramai yang dilanggar paranoia.


Beberapa rakan Ubadah memberikan semangat dan motivasi. Mereka juga telah lama terpenjara dalam pEnjara kejumudan dan kebekuan. Mereka telah cuba memecahkan aiskiub yang semakin menebal, layaknya menjadi aisberg, namun padah yang parah telah menanti di hadapan. Malah sebelum beliau pun sudah ramai yang terpenjara. Penjara itu sepi dan kesepian. Cahayanya sangat malap dan kegelapannya amat pekat.

Apa salah aku? Ubadah bertanyakan dirinya. Aku hanya ingin menyelamatkan Islam bukan merobohkannya tetapi kenapa ada yang tidak menyenangi. Apakah semata-mata wala’ dan taat? Apakah semata-mata aku cuba melanggar tradisi wala’ menyebabkn aku terus terperangkap dalam penjara kesepian ini?

Apa yang paling kesal ialah, ramai yang mengata tetapi tidak nyata. Mengata dari belakang tetpi tidak berani berhadapan. Mengata tanpa fakta dan suka memporak perandakan. Mereka hanya mendengar buah mulut orang yang enTah benar atau tidak, lalu ditambah-tambah dan menambahkan kepekatannya. Ubadah langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa lantaran ia merupakan salah sangka.

Namun yang menyedihkan ialah, Ubadah tidak diberi peluang untuk membela diri. Tiada orang yang berjumpa dengan Ubadah secara berhadapan untuk mendengar penjelasan sebenarnya. Sebaliknya mengata dan terus mengata. Ia perit dan pedih, dan bisanya terus menjalar ke dalam tubuh dan menyakitkan. Doctor pun akan menggeleng-geleng kepala melihat sakitnya.

BERDASARKAN KES TERSEBUT, SILA NYATAKAN PANDANGAN ANDA TENTANG APAKAH YANG TERJADI SEBENARNYA. SENARAIKAN BEBERAPA PERMASALAHAN YANG SEDANG MELANDA UBADAH, PIM DAN GIM. APAKAH PULA JALAN PENYELESAIANNYA.

Read More......

KUANTAN YANG MALANG

7 Cadangan/Pandangan
24 Januari 2009: Seharian saya di Kuantan, berprogram di sana. Bukan sekadar berprogram, malah berukhuwah dan bercanda dengan perkongsian yang mengasyikkan. Sebetulnya, inlah kali pertama saya ke tempat jauh bersama dengan sahabat-sahabat Gamis tetapi saya langsung tidak mengendalikan walau satu slot. Tetapi mereka mendesak-desak untuk mendengar sedikit buah mulut saya yang akhirnya terluah dalam tidak sampai lima minit.

Kuantan bumi malang. Masih lagi ia diperintah oleh pemimpin songsang yang tidak mempunyai wabawa yang mengagumkan. Saat-saat ini, perkembangan Islam sedang teranyam dengan begitu ralit di bumi Malaysia, namun Kuantan tetap antara bumi yang malang.

Bumi ini malang kerana pemimpinnnya masih lagi songsang. Songsang kerana mengikut ajaran songsang. Songsang kerana pemikirannya berterabur. Songsang kerana akhlak dan budi pekertinya tonggang-langgang. Kalaulah bumi Kuantan tu subur dengan hutannya sekalipun, namun kesongsangan itu tetap membelit dan merantai.


Pemimpin bagi saya tidak semestinya orang yang paling bertaqwa. Ya, bukan hanya taqwa menjadi faktor kejayaan sesebuah pentadbiran. Saya masih berpegang dengan konsep kebijaksanaan adalah elemen terpenting dalam mengurus sesebuah Negara atau kerajaan. Kebijaksanaan adalah kepintaran, ia merangkumi kepantasan dan ketangkasan. Kebijakan merupakan nilaian otak, manakala taqwa adalah nilaian roh. Saya kurang bersetuju jika dikatakan nilaian roh berkuasa sebanyak 90 peratus atau 99 peratus.

Saya berpandangan, lebih baik pemimpin yang zalim tetapi bijak berbanding pemimpin yang bertaqwa tetapi tidak bijak. Itu seminimumnya. Dalam konsep yang asasnya, pemimpin adalah orang yang mempunyai nilai kebijakan manakala ulama sebagai penasihat mempunyai nilaian taqwa. Dalam konsep yang terbaik pula adalah pemimpin bukan sahaja memiliki nilaian otak bahkan ia juga mempunyai nilaian roh. Semacam Umar Abdul Aziz dan Tuan Guru Mursyidul Am Pas.

Saya terperanjat mendengar beberapa fakta kes yang menimpa sebuah institut pengajian tinggi yang terikat dengan rantai maksiat dan keracunan maksiat. Yang bertudung labuh boleh berdua-duaan dengan pasangannya sekalipun di khalayak ramai. Yang menganggap tidur dengan lelaki sebagai sau perkara biasa pun ujud. Ia satu pembelengguan yang menghantui. Saya sampai sekarang ketakut-takutan mendengarnya.

Saya berfikir sejenak dua jenak. Banyak tugasan saya sebagai pimpinan anak muda untuk mengembangkan Islam sepantas mungkin di Negara tercinta ini. Jika tidak, Malaysia akan terus dilanggar dengan kemaksiatan yang menakutkan.


Read More......

Jumaat, 23 Januari 2009

JADIKAN SIRAH SEBAGAI PANDUAN

3 Cadangan/Pandangan
Saya mengendalikan beberapa program kepada beberapa kampus baru-baru ini. Apabila saya bertanyakan kepada mereka persoalan yang berkaitan dengan sirah dan sejarah anbiya’, ramai yang terpinga-pinga. Mereka tidak mampu menjawab banyak persoalan yang saya timbulkan. Dari seremeh-remeh soalan hingga ke persoalan yang berat. Mungkin juga mereka takutkan saya hingga menggusarkan mereka memberikan jawapan yang sebaiknya. Buktinya, apabila orang lain yang mengendalikan sesuatu slot, mereka bukan main lagi petah memberikan jawapan. Tiba saja saat saya mengendalikannya, masing-masing terkunci mulut.

Saya sengaja bermain dengan beberapa persoalan yang remeh untuk menguji sejauh mana mereka rajin membaca. Contoh persoalan yang saya kemukakan adalah seperti berikut:

• Siapakah nabi yang paling tampan
• Sebutkan tiga orang nabi yang menjadi raja
• Siapakah anak saudara Nabi Ibrahim yang menjadi nabi
• Sebutkan 10 sahabat nabi yang disebut berurutan akan masuk ke syurga
• Siapakah sahabat nabi yang menjadi kepercayaan ummah
• Siapakah isteri nabi yang paling pemurah sehingga digelar panjang tangan

Ramai yang tidak mampu menjawabnya. Apabila saya melangkah lagi ke persoalan yang lebih dan memerlukan jawapan yang subjektif, maka semakin ramai yang terus dilanggar ketidaktahuan.

Lalu saya menyimpulkan, pengetahuan tentang sirah belum lagi dijadikan elemen yang penting dalam silibus usrah kita. Kita juga tidak menjadikan dalil Quran sebagai satu bahan utama sebaliknya kita hanya mencedok tulisan ulama haraki dan banyak menggunakan akal kita dalam memahami sesuatu perkara.

Disebabkan itulah saya pernah mempertikaikan beberapa kertas kerja yang dijadikan panduan untuk peserta dalam sesuatu program termasuklah kertas kerja berkaitan Fikrah Perjuangan. Ia sangat-sangat mengelirukan. Bersifat aqliyah dan berterabur susunan isinya. Tidak ketentuan matlamat penulisan atau penyusunannya.

Kita perlu ingat, ada beberapa buku yang banyak menggunakan dalih aqliyah dan ia tidak boleh dijadikan sumber yang terbaik kerana pemikiran seseorang itu kadang-kadang hanya untuk memuaskan keinginannya semata-mata.

Berikut saya cadangkan kaedah membuat silibus usrah yang baik sebagai panduan dan tatapan. Kita mengambil tajuk Akhlak Muslim sebagai contoh. Perlu diingatkan, apa yang saya sebutkan ini ialah silibus usrah, bukannya bahan untuk diusrahkan secara segmentasi. Tajuk Akhlak Muslim tidak perlu kepada satu usrah yang khusus sebaliknya ia merupakan panduan kepada naqib untuk disampaikan kepada mana-mana ahli usrah secara tidak langsung pada setiap masa. Atau mungkin ia dijaidkan bahan tazkirah tujuh minit sebelum memulakan perbincangan yang lebih mendalam. Atau dijadikan sebagai bahan peringatan tanpa keterikatan dengan waktu, iaitu disampaikan pada bila-bila masa sahaja.

Maknanya, silibus hanyalah panduan untuk nuqaba’.

Ok, apabila kita menjadi Akhlak Muslim sebagai silibus usrah maka inilah bentuk cadangan yang ingin saya kemukakan.

1 Senaraikan sekurang-kurangnya satu dalil Quran dan satu dalil Hadis yang menyeru ke arah berakhlak mulia
2 Kutip sekurang-kurangnya dua pandangan ulama berkaitan akhlak mulia
3 Senaraikan 10 genre akhlak yang perlu dimiliki dan kaitkan setiap satu ciri dengan akhlak nabi. Sebagai contoh, sikap Menahan Marah. Maka kaitkan sikap itu dengan sirah Nabi dan sejarah anbiya’ serta kisah para sahabat
4 Senaraikan 20 permasalahan sosial pada masa sekarang untuk menimbulkan sensiviti berdakwah
5 Nyatakan langkah-langkah penyelesaian secara ringkas
6 Sebutkan bagaimana langkah untuk mengelokkan akhlak kalangan muslim secara teoretikel dan praktikal
7 Nyatakan tiga kesimpulan utama yang harus diperhatikan

Itu secara gambaran kasar yang saya berikan. Sepentingnya, kita menjadikan kisah anbiya’, sirah nabi dan kisah para sahabat sebagai taulan kepada kita. Mereka merupakan sebaik-baik generasi dan haruslah kita menjadikan mereka sebagai suri taulan.


Read More......

KAWAN YANG BERKUASA

0 Cadangan/Pandangan
Apabila kita ingin mengenal seseorang, maka tengoklah dengan siapa ia berkawan. Kawan merupakan satu petanda untuk kita mengenal seseorang. Jika elok kawannya, maka eloklah ia. Jika sebaliknya, maka begitulah juga ia.

Ada orang yang membezakan antara kawan dengan sahabat. Kawan dikatakan satu perhubungan biasa sedangkan sahabat merupakan satu ikatan perhubungan yang erat. Saya dalam artikel ini tidak mahu membezakan antara kawan dengan sahabat. Ini kerana saya hanya ingin membicarakan persoalan tentang: Apakah erti kawan sejati dan bagaimana menjadi kawan yang berkuasa, atau mungkin berpengaruh.

Beberapa ulama telah menasihati murid dan anaknya agar memilih kawan yang baik. Kawan yang baik diibaratkan penjual minyak wangi. Ramai juga orang yang terpengaruh dengan kawannya. Yang masuk ke dalam jamaah kerana kawan pun ada.

Antara ciri kawan sejati yang sepatutnya menjadi pilihan kita ialah:

1) Kawan yang suka memberi nasihat kepada kita. Memberi nasihat ialah satu jenis teguran yang semanis dan semolek mungkin dan berusaha daripada menyakiti hatinya. Teguran di hadapan ramai adalah mengaibkan dan itu bukanlah nasihat. Nasihat yang terbaik ialah
• Tidak terlalu berterus terang sebaliknya hanya berkias
• Berpura-pura tidak tahu apa kelemahan kawan kita, semacam kita memberikan nasihat secara umum
• Jika hendak memberi nasihat secara terus terang sekalipun, ia bukan langkah pertama dan bukan di hadapan orang lain
• Memberi nasihat dengan penuh kasih sayang

2) Kawan yang rela membantu kita dalam segenap keadaan. Ia melebihkan kita dalam banyak keadaan dan sentiasa berlapang dada. Malah ia meletakkan kepercayaan yang secukupnya kepada kita

3) Kawan yang menyembunyikan aib kita sebaliknya selalu menceritakan kebaikan kita di belakang. Ia mempertahankan kita apabila orang lain cuba menjatuhkan maruah kita.

4) Kawan yang mendoakan kita dalam doanya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat kita.

` Secara praktikalnya, kawan yang terbaik ialah yang sentiasa menghantarkan SMS kepada kita, bertanya khabar, mengambil berat tentang keluarga kita, tidak kedekut untuk berbelanja, sentiasa bermanis muka, ringan hati untuk memaafkan kesalahan kita terhadapnya, memberikan kita hadiah dan ringan tulang membantu kita.

Bagaimana ingin menjadi kawan yang berpengaruh? Maka tuntasnya, jawapan untuk menjadi kawan yang berpengaruh telah saya nyatakan secara tidak langsung di atas.

Anda melihatnya seorang yang kurang terurus dari sudut keteraturan masa, maka anda hadiahkan ia planner sebagai pemudah cara baginya.

Anda melihat kawan anda sebagai seorang yang pandai berceramah, maka anda membuka peluang padanya untuk menyampaikan ceramahnya.

Anda melihat kawan anda dari keluarga yang serba kekuarangan, maka anda sentiasa mendahulukan duit anda sama ada ketika makan, bubuh minyak motor dan juga membeli sesuatu barang.

Anda melihat kawan anda seorang yang bermasalah dalam pelajaran, maka anda memberikannya idea untuk menguasai pelajaran, atau anda belajar bersama-samanya.

Anda melihat kawan anda terlalu dibebankan dengan gerak kerja jamaah, maka anda membantunya dari sudut yang termampu.

Kawan yang berpengaruh ialah, kawan yang pandai memujuk hati kawannya ketika dilanda keresahan.

Kawan yang berpengaruh ialah, kawan yang pandai bermanis mulut memuji usaha kawannya sebagai satu daya motivasi.

Kawan yang berpengaruh ialah, sentiasa mendekatkan kawannya kepada rajinnya beribadat seperti membaca al-Quran dan mengerjakan solat.

Tidakkah anda mahu menjadi kawan yang berpengaruh, yang berkuasa? Kawan yang sentiasa memberikan erti dan nilai kepada sebuah kehidupan. Nah, saya yakin kita semua mampu menjadi kawan yang berkuasa dengan syarat, kita mesti bersedia untuk melengkapkan diri kita dengan serba serbi kelengkapan yang telah saya nyatakan di atas.

Anda boleh, saya percaya dan yakin dengan anda… Read More......

NILAI SEBUAH PEMBUNUHAN

0 Cadangan/Pandangan
23 Januari 2009 (Jumaat): Saya agak berpuas hati dengan kuliah yang disampaikan tadi. Entahlah bagaimana dengan persepsi jamaah surau Nurul Iman. Harap-harap mereka dapat menghayati dan menerimanya dengan baik.

Di sana saya mengajar kitab al-Kabair karya al-Zahabi. Tiga minggu yang sudah, saya telah membentangkan untuk bab dosa besar yang pertama iaitu syirik kepada Allah. Tadi, saya membentangkan dosa besar yang kedua dan yang ketiga.

Dosa yang kedua ialah Membunuh dan dosa yang ketiga ialah Sihir. Banyak ayat al-Quran yang mengecam pembunuh. Antaranya ayat yang mengatakan pembunuh akan dicampakkan ke dalam neraka dan tinggal di dalamnya secara hina dina. Membunuh ini ada dua jenis; sengaja dan tidak sengaja.

Pembunuhan yang dikecam Allah ialah pembunuhan secara sengaja. Manakala pembunuhan kerana tersilap seperti tersilap menembak semasa memburu pula dimaafkan tetapi perlu membayar diat kepada keluarga si mati. Ada juga pembunuhan yang diharuskan seperti ketika mempertahankan nyawa. Yang dimaksudkan di sini ialah membunuh orang seagama.

Membunuh orang bukan Islam yang ada perjanjian dengan Islam juga dikutuk Allah. Pembunuh tersebut tidak akan dapat menghidu bau syurga meskipun bau syurga itu terhidu sejauh 40 tahun perjalanan. Membunuh orang yang memerangi kita bukan sekadar diharuskan malah diwajibkan seperti dalam peperangan dan beroleh pahala yang berlipat ganda.

Maka pembunuh ini ada dua kategori. Pembunuh yang dikutuk Allah dan dikasihi Allah. Untuk mendapat rahmat dan pahala yang berganda-ganda daripada Allah, maka hendaklah kita memperbanyakkan ‘pembunuhan’.

Namun sebenarnya pembunuhan dalam peperangan bukanlah sebagai hobi sebaliknya ia hanya sebagai proses memuliakan Islam itu sendiri. Islam itu sendiri agamja yang rahmat dan penuh dengan belas. Namun Islam tidak mengizinkan umatnya menyerah kalah sebegitu sahaja dan merelakan sahaja pipi mereka dipijak-pijak tanpa memepertahankan diri. Read More......

Khamis, 22 Januari 2009

KEJAHILAN YANG TERPERANGKAP

5 Cadangan/Pandangan
“Betul ke hanya Islam penyelamat manusia?” Persoalan yang timbul dapat kuat agak dari mana. Ia datang dari satu hati yang sarat dengan ilmu, dan tanyanya hanya sebagai provokasi. Ah, tidak. Bukan provokasi. Tetapi soalan untuk menguji sepnatas mana ilmu kita bergerak.

“Atau disebabkan kita lahir dalam dunia Islam, sebagai Islam, ibu ayah orang Islam, Negara kita juga ramai dihuni orang Islam, dan semenjak kecil kita dimomok bahawa hanya Islam yang benar. Ah ini tidak adil. Momokan sejak kecil. Sejak kecil didoktrin. Maka padanlah jika Islam itu dianggap agama terbaik kerana proses doktrinisasi itu berlaku sejak kecil,” cabaran itu bersahut lagi. Bagaikan ayam jantan yang berkokok di pagi hari. Kokokannya bersahut-sahutan. Ataupun bagaikan anjing yang menyalak. Salakannya juga bersahut-sahutan.

“Bagaimana dengan ajaran Buddha? Siddharta lahir dalam keadaan yang dimuliakan. Ibunya bermimpi mendapat petanda. Semenjak kecil kepimpinan Siddharta disebut oleh Petapa yang unggul. Mimpi ibunya bagaikan mimpi Aminah. Mimpi Siddharta semasa kecil pula bagaikan mimpi Yusuf. Firasat Petapa pula persis Buhaira. Maka salahkan ajaran Buddha yang menekankan prinsip Lapan Jalan Mulia?”

Aku terus-menerus ditekan dengan persoalan yang memerangkap kejahilan yang serba-serbi.

“Nah, jika dikatakan Allah itu awal dan itulah yang akhir, maka bagaimanakah Allah itu wujud. Takkanlah wujudnya tiada keawalan dan tiada pencipta?”

Ada guru pondok memberikan satu filsafat yang menyelerakan. Apa benda, ada awal ada akhir? Tiada awal, tiada akhir. Tiada awal, ada akhir. Dan ada awal, tiada akhir? Teka-tekinya semacam kisah Nujum Pak Belalang.

“Nah, jika kamu katakan Tuhan itu Maha Adil, maka beleklah hadis keempat daripada hadis 40 Imam Nawawi. Bukankah Tuhan telah menentukan rezeki, hidup mati, juga syurga neraka. Dinyatakan dalam teks hadis secara jelas, ada orang berusaha begitu baik sehingga antaranya dengan syurga hanyalah sejengkal, namun ketentuan Tuhan telah memasukkannya ke dalam neraka. Nah, di mana keadilan Tuhan itu?”

Atau jika Tuhan itu Maha Adil, maka kenapa yang muslim tetap akan masuk syurga meskipun mereka hanya muslim baka sedangkan yang bukan muslim akan dicampakkan ke dalam neraka meskipun mereka berbudi pekerti mulia. Di mana keadilan Iah itu?

Terus teranglah, Islam itu hanya agama khayalan. Janganlah anda terus diperangkap oleh minda ke’baka’an.

Maka aku sedar, ini hanya sedikit daripada beribu persoalan yang bakal memerangkap orang sebodoh aku. Read More......

TAHNIAH USTAZ NAZREE

0 Cadangan/Pandangan
Tahniah saya ucapkan kepada Ust Nazree Yunus. Awal pagi tadi, seseorang menghantarkan khidmat pesanan ringkas kepada saya. Ia agak curiga dengan tindakan ust yang nampaknya kuat dan agresif membongkarkan kebobrokan pimpinan PR. Dengar-dengarnya, ust akan membawa kes ini ke Istana setelah ust membawanya kepada PM. Apapun, tahniah. Ust nasih muda namun idealisme ust tetap memuncak. Saya juga ada membuka blog ust, ada juga yang tidak bersetuju dengan ust. Namun bagi saya, ust ada idealisme, ust teruskan. Saya di sini, berbangga memiliki sahabat seperti ust.

Saya juga pernah mengucapkan syabas kepada Azlan dan sahabat-sahabat yang lain. Mereka berani bergerak dalam Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan mendokong idealisme anak muda. Saya kenal dengan kamu semua. Membawa kerja Islam dari sudut pandang berbeza. Orang umum atau orang luar mungkin tidak mengerti, namun saya cukup memahami. Orang PAS hanya nampak jalan menegakkan Islam hanya melalui PAS. Orang UMNO juga begitu. Namun bagi orang yang berfikiran luas, mereka nampak cara menegakkan Islam ini masih luas dan banyak.

Maka saya tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). UZAR sangat berani keluar daripada kepompong lama dan membentuk laluan tersendiri yang tampak meyakinkan. Idealisme ini tidak terpaut dan terlalu erat memaut. Anak muda jangan ditentang, hanya perlu dibimbing. Jangan kerana anda memilih satu lorong, maka anda turut menggesa orang lain memilih lorong tersebut.

Tahniah juga buat adik-adik UTM KL satu ketika. Mereka berani mengadakan demonstrasi meskipun ada pihak senior yang tidak bersetuju. Saya bukan bersetuju dengan kamu atau bersetuju dengan senior, tetapi saya bersetuju jika ia lahir dari hati anda yang berani dan tidak takut untuk mencoret perubahan. Perubahan memerl;ukan hati yang kental dan tekal serta anda tidak takut berhadapan dengan sebarang risiko. Ini baru disebut sebagai reformis.

Berubahlah, kerana perubahan itu satu perkara yang tetap. Namun jangan dilupa perkara lama yang masih lagi mampu memberikan kesan dan jangan dilupakan pula kebijsanaan orang-orang tua.

Semangat orang-orang muda mestilah terpandu dan janganlah sampai kebijaksanaan orang-orang tua terlalu memandu. Read More......

TUNGGU SAYA, RIJAL

1 Cadangan/Pandangan
Saya akan ke Jogjakarta pada 28 hb ini bersama saudara Azlan. Amika telah sedia menyambut kedatangan kami. Katanya, beliau akan perkenalkan kami dengan Rijalul Imam, Ketua Tarbiah KAMMI Pusat. Selama ini, saya dan Rijal hanya berhubung melalui SMS. Kini saat untuk bersua muka dan menimba ilmu serta pengalaman daripada mereka terbuka luas.

Kata Amika, Rijal adalah yang terbaik. Saya dapat rasakan perbezaan antara kami meskipun saya antara pemimpin besar anak muda di Malaysia. Perbezaan antara kami ibarat langit dengan bumi. Ilmu saya mengecil bagaikan lubang jarum sedangkan ilmunya meletup bagaikan letupan pertama dam teori Big Bang.

Al-Ghazali menyebut, orang yang terbaik adalah, apabila kita melihatnya, kita teringatkan Allah. Kebaikan dan ketelusan hatinya mendorong kita untuk mempertingkatkan amal kita dan menjauhi segala kekotoran jiwa. Simbahan nur hasil ketaqwaan seseorang kepada Allah akan tersimbah di wajahnya menyebabkan kita akan jatuh cinta kepadanya, mengasihi dan menghormatinya.

Apa tanda seorang yang mendapat tarbiah? Saya sebutkan beberapa petandanya:

1) Sentiasa merendahkan diri dan merasakan dirinya hanya layak menjadi bahan ratahan api neraka. Kerendahan diri itu tertampil melalui beberapa cara seperti sikapnya yang sangat menghormati orang lain, sangat menghargai orang lain dan sentiasa bersikap memaafkan orang yang berbuat salah kepadanya.

2) Pemikirannya memuncak dan intelektualnya membukit serta jiwanya bercahaya tetapi ia tidak pernah berasa takabbur dengan apa yang dimilikinya. Sebaliknya ucapan tahmid memuji kebesaran Allah sentiasa terukir dalam kata-katanya. Pujian orang kepadanya hanya dinggap sebagai pujian kepada Allah. Lalu ada beberapa petanda orang yang tidak membesarkan diri sebagai pemimpin.

3) Sentiasa berasakan dirinya dalam keadaan berdosa kepada Allah sehingga mulutnya sentiasa basah dengan istighfar kepada Allah. Memohon ampunan kerana takut ada kekhilafan dan kesilapan yang dilakukan. Ia sentiasa berada dalam keadaan takut dan mengharap kepada Allah.

Saya yakin Rijal adalah orang melengkapi ketiga-tiga ciri ini. Halawatul Iman atau kemanisan Iman akan terhasil apabila seseorang itu mengasihi Allah dan Rasulullah melebihi yang lain, mengasihi orang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.

Ilmu Rijal juga jauh lebih tinggi berbanding saya. Ia terlihat melalui hasil tulisan beliau yang sangat memukau. Saya akui, mahasiswa di Indonesia jauh lebih cintakan ilmu berbanding mahasiswa di Malaysia. Mereka jauh lebih cintakan buku berbanding Malaysia.

Hebat orang alim itu meskipun ilmu mencurah keluar melalui tutur katanya, namun ia sentiasa berasa jahil.

Hebat orang soleh itu ialah, hikmahnya tersusun rapi sehingga menyebabkan kita tertunduk kasih kepadanya.

Hebat orang yang kuat berjuang adalah, tidak pernah berasa dirinya lebih kuat berjuang berbanding orang lain.

Hebat orang yang bercinta dengan Allah ialah, ia merasakan Allah bersedia menyambut cintanya pada bila-bila cuma dirinya saja yang belum bersedia.

Hebat pendakwah itu ialah apabila ia menjadikan dakwah sebagai makanan dan minuman hidupnya.

Rijal juga hebat dan saya amat cemburukannya. Entahlah bagaimana pertemuan kami di Indonesia kelak. Saya sebetulnya juga, rindukan Amika yang amat saya kasih atas nama Allah. Read More......

PERMASALAHAN DAKWAH

2 Cadangan/Pandangan
salam..ust sy nk minta pandangan ustaz dgn pjg lebar jika blh..sy pelajar perubatan dan berdepan dgn pesakit.salahkah saya menyanyangi seorng peskit(bkn muhrim) tp anggap sperti adik,niat nak trik.. sbb dia sgt arif/bijak berkate p mslh x solat,main gitar wktu azan,dh dtegur,tp faktor sekeliling dia(nurse,atendan,)seolah x penah tegur dia,.salahke sy ade rase nk mendekati dia?? sy penah suruh kwn sy yg sme muhrim dgn dia mendekati dia tp kwn sy xnk,bile sy approach bdk tu,rse nk lbh tahu tntg dia.,tp sy takut timbul masalh hati,walaupn dia pangkat adik bg sy..pe nk wat niii. maaf susahkan ust.cma inginkan pandangan.dr phk org yg sme muhrim dgn peaskit tu..kwn sy galak sy approach adik tu.wajarkah.?maafkan sye..


Assalamualaikum dan terima kasih atas persoalan yang diberikan.

Apapun, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesungguhan saudari untuk berdakwah bagi menyelamatkan seorang umat Muhammad yang juga saudara seagama. Kesungguhan saudari terlebih dahulu saya doakan agar diganjari Allah dengan kenikmatan syurga yang tekterhinggaan.

Bagi, menjawab persoalan saudari. Biasanya seorang kakak tidaklah menaruh perasaan yang bukan-bukan kepada ‘adik’. Namun saya tidak menafikan ada kemungkinan berlaku sebegitu, dan contohnya banyak. Kawan saya sendiri ada yang berkahwin dengan orang yang lebih tua daripadanya. Semua melibatkan perasaan dan ia sukar sekali dibendung.

Namun sekarang, perasaan itu bertembung dengan kecenderungan untuk menyampaikan kehendak dakwah. Ini yang menyulitkan. Jika dakwah tanpa perasaan itu, tidak mengapa. Tetapi malangnya, antara lelaki dengan perempuan, ada satu besi berani yang menarik-narik. Boleh sahaja yang kakak berkenan dengan adik dan sebaliknya.

Yang bertanya menimbulkan beberapa point. Saya gariskan ringkas:

• Beliau ingin berdakwah
• Beliau ada sasaran dakwah
• Orang lain tidak menunjukkan kesungguhan untuk person target
• Khuatir akan timbul perasaan kasih kepada objek dakwahnya
• Beliau sekarang dihimpit dilema, antara dakwah dan permainan hati

Dakwah kerja yang mulia, malah ada sesetengah ulama mendefinisikan dakwah sebagai kerja yang paling mulia. Dalam masa yang sama, fitnah juga merupakan sesuatau kecelakaan. Hukama berkata, Fitnah itu sedang tidur maka jangan dikejutkan. Celaka bagi yang mengejutkan fitnah.

Alangkah, susahnya berdakwah. Dalam konsep yang berlainan tetapi menuju ke arah satu matlamat yang sama, kaedah usul fiqh menunjukkan boleh melakukan mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat besar. Maka menyimpan perasaan kepada seseorang bagi saya hanyalah mudharat kecil sedangkan membiarkan ia terus karam dalam lautan nafsu adalah mudharat yang besar.

Salahkah menyimpan perasaan kepada seseorang? Lagipun yang bertanya belum lagi menyimpan apa-apa perasaan, cuma dikhuatiri. Kalaulah anda menyimpan perasaan sekalipun, maka salahkah? Ia tidak salah dari sudut syarak.

Sesungguhnya bagi saya, berdakwahlah. Anda seharusnya ingat, seorang lelaki lebih mudah mendnegar kata seorang seorang perempuan yang berpangkat kakak baginya, apatah lagi bukan kakak kandung. Lagi mudah untuik diterima. Dan anda usah terlalu bimbang kerana biasanya seseorang kakak jarang menaruh perasaan kepada seorang adik dan jika menaruh perasaan sekalipun, ia bukanlah satu kesalahan.

Anda boleh mengikut beberapa tips yang bakal saya bagikan.

• Doakan kebaikan padanya
• Perbanyakkan metode berdakwah. Tidak semestinya dengan hanya berjumpa maka anda sudah berdakwah.
• Perkenalkan adik itu dengan seseorang lelaki yang boleh dipercayai untuk dijadikan bahan rujukan. Mungkin abang tersebut dilanda kesibukan tetapi sekurang-kurangnya, ada
• Berikan layanan terbaik buatnya sebagai seorang pelajar perubatan kerana itu amanah dan tanggungjawab kita
• Sentiasa memohon kepada Allah agar Allah menjaga keikhlasan hati kita daripada menyimpang
• Perlu ingat, banyak lagi mad’u kita, bukan adik itu sahaja
• Banyak lagi kerja yang perlu dibuat daripada berkhayal melayan perasaan
• Cari seorang naqibat untuk membantu dalam membimbing kita agar kita tidak hanyut Read More......

Rabu, 21 Januari 2009

USRAH YANG MUDAH

2 Cadangan/Pandangan
Sudah saya agak, mesti ada yang kurang bersetuju dengan pandangan saya berkaitan al-Ghuraba’. Juga sukar untuk saya terangkan dalam penulisan ini. Oh, maafkan saya. Bukan sukar tetapi agak malas untuk menerangkan melalui penulisan. Ini kerana kaitannya banyak. Ia berkaitan dengan kefahaman hadis tersebut itu sendiri. Tuntasnya, fiqhul hadis.

Apabila saya dijemput menyampaikan idea saya kepada adik-adik UIA PJ, nampaknya mereka agak terperanjat. Saya yakin ramai yang tidak bersetuju. Saya sengaja melemparkan idea yang memeranjatkan dengan tujuan agar mereka berfikir. Kesimpulan senangnya ialah, usrah bukan tempat mencurahkan ilmu sebaliknya usrah tempat melatih orang menjadi orang yang berpotensi tinggi.

Di mana tempat mencari ilmu? Bukankah di surau atau di masjid banyak kuliah? Bukankah banyak seminar yang diadakan. Nah, di sanalah tempat mencari dan mengorek sebanyak mungkin ilmu yang ada. Bukannya dalam usrah. Ahli gerakan mungkin sudah cukup rajin mengikuti usrah tetapi mereka malas sekali untuk mendengar kuliah-kuliah dan seminar yang diadakan. Maka, usrah adalah tempat melatih dan memberikan kefahaman kepada ahli agar mereka rajin menuntut ilmu.

Dalam usrah, yang terpenting adalah kefahaman. Justeru, saya mengatakan kepada adik-adik UIA semalam. Tajuk aqidah amat mudah untuk disampaikan. Hanya dengan kita menyebut dua tiga ayat, sudah selesai tajuk aqidah. Sebagai contoh,

“Kita beriman dengan enam rukun Iman dan kita memperakui ketuhanan Allah dan keabdian kita. Justeru, mahu tak mahu, kita mesti menegakkan agama Allah ini meskipun banyak cabaran yang kita lalui. Kita mempercayai ada neraka untuk orang yang memandang enteng perjuangan Islam dan ada syurga sebagai balasan untuk pejuang”.

Selesa, ia cukup mudah. Jika mahukan penghuraian yang lebih mendalam termasuklah konsep syahadatain, wala’ dan bara’, maka pergilah kuliah dan adakan nadwah ataupun seminar untuk memberikan keilmuan dan kefahaman yang lebih mendalam.

Maka usrah adalah kerja mudah. Yang penting dalam usrah ada beberapa perkara:

1) Karakter naqib/at yang mampu menjadi daya magnetik
2) Hubungan manusiawi yang berteraskan nilai kasih sayang dan saling mempercayai antara satu sama lain

Kita bukan perlukan sangat naqib yang mampu memberikan ilmu yang mendalam. Namun saya tidak nafikan bahawa perkara itu sangat mustahak. Tetapi yang paling penting ialah naqib yang mana mampu menjadi magnet yang mampu menarik ahli usrah. Kata-katanya berpengaruh. Ia disanjungi ahli usrah.

Naqib yang kita mahukan ialah:
1) Jaga kebajikan ahli usrah
2) Ajak ahli membiasakan diri ke masjid
3) Ajak ahli untuk mendalami ilmu

Nah, mudahkan usrah, jangan payah-payahkan. Saya tengok ada satu lagi kesilapan ialah semasa mengadakan daurah. Daurah dijadikan medan oleh penceramah untuk berceramah semata-mata. Tiada konsep dua hala. Bukan begitu daurah sebenarnya.

Daurah sebenarnya adalah tempat untuk mengatur strategi bagaimana melaksanakan usrah. Bagaimana untuk menyampaikan kefahaman kepada ahli usrah. Bagaimana untuk menjadi naqib yang berkesan ataupun efektif. Bukannya untuk berceramah. Kemudiannya dijadikan medan berbincang semahu-mahunya.

Ya, bukannya tempat berceramah. Apabila dijadikan medan berceramah, maka ahli hanya mendengar tetapi mereka tidak mampu berkembang pesat. Ia hanya melemahkan bukan membina,

Melemahkan??? Read More......

SIAPA GHURABA'

5 Cadangan/Pandangan

Ada hadis berbunyi, “Islam datang dalam keadaan asing, akan kembali asing, maka berbahagialah orang asing”. Hadis tersebut sedap bunyinya dan didendangkan oleh kebanyakan penceramah untuk membangkitkan semangat ahli gerakan.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, apakah hadis tersebut masih lagi relevan untuk pendokong gerakan Islam. Aku kebingungan. Hari itu, ada seornag ustaz berceramah semangat sekali. Lalu ia menyanyikan lagu Ghuraba’. Beliau menegaskan bahaw sebagai Ghuraba’, kita jangan gentar dan takut. Aku terhimpit dan tersepit. Siapa ghuraba’ yang sebenarnya.

Aku bertanya kepada beberapa orang. Kata mereka, kita adalah ghuraba’. Orang yang mendokong Islam itu adalah ghuraba’. Apa maksud ghuraba’ sebenarnya. Apabila aku bertanya, mereka tidak mampu memberikan jawapan yang cukup memuaskan hati aku.

Aku bertanya lagi orang yang pakar dalam bidang hadis. Apakah hadis relevan dengan semua keadaan atau tidak. Mereka menyebut, hadis ini sesuai dengan semua tempat. Maka, hadis ghuraba’ itu juga sebegitu. Maka kesimpulannya adalah pendokong Islam adalah ghuraba’.

Serasa aku, ghuraba’ ini adalah orang yang asing. Lalu aku bertanya lagi kepada kawan-kawanku, apa maksud keasingan tersebut. Mereka sendiri tersipu-sipu menjawabnya. Mereka mungkin segankan aku. Aku Tanya lagi. Aku desak mereka.

Kata mereka, pakaian kita sendiri adalah ghuraba’. Zaman sekarang orang malu pakai kopiah. Orang malu pakai jubah. Malu membawa tasbih. Maka bukankah itu asing dan keasingan. Keasingan ialah kesendirian. Kita keseorangan. Keseorang dalam mengamalkan sunnah.

Tapi aku belum berpuas hati. Apakah hanya berbeza pakaian, maka itu dipanggil keasingan? Keasingan bagaimana jika begitu? Sangat sempit makna dan definisi yang dimaksudkan kawanku itu. Apakah apabila nabi berjubah maka kita pun mesti berjubah? Bukankah itu satu kesempitan dan perkara yang terpencil.

Aku tengok-tengok, jenguk-jenguk. Sekarang orang sudah mula mengubah selera. Pilihan Raya Kuala Terengganu menyaksikan perubahan selera itu. Orang yang dahulunya mendokong UMNO sekarang sudah mula menolak UMNO. Di amna-mana, orang sudah malu memakai baju UMNO seperti dahulu. Dahulu Najib popular, tapi sekarang nampaknya Najib pun malu-malu dengan UMNO.

Maka siapa ghuraba’? UMNO atau Pakatan Rakyat? Serasa saya, UMNO yang asing dan terasing. Maka, jika begitu, UMNO atau PR ghuraba’?

Dalam Pilihan Raya Kampus, saya sendiri menyaksikan dengan mata kepala saya, pihak Aspirasi atau nama baru mereka Penggerak juga nampaknya keterasingan. Mereka sangat terasing. Bilangan mereka sangat sedikit. Pro M yang memakai baju oren sangat ramai sedangkan yang memakai baju Penggerak sikitlah amat.

Maka siapa ghuraba’? Pro M atau Penggerak. Saya rasa penggerak yang ghuraba’ dalam hal ini. Maka saya tertanya-tanya, apakah hadis itu masih relevan untuk dikumandangkan dan ditujukan kepada kita di Malaysia?

Saya rasa tidak. Saya dapat rasakan, ghuraba’ bukan lagi pendokong Islam sebaliknya yang menentang gerakan Islam. Maka timbul satu lagi persoalan…

Apakah masih berbahagia golongan ghuraba’ pada masa sekarang?

Read More......

Selasa, 20 Januari 2009

Ceramah Saya Di Gombak Mengenai Isu Palestin-Gaza

1 Cadangan/Pandangan


Klik di bawah untuk lihat di Youtube dan download.

1. Pidato 1

2. Pidato 2

3. Pidato 3

4. Pidato 4
Read More......

Isnin, 19 Januari 2009

TAHNIAH BUAT PRO M-UM

2 Cadangan/Pandangan
Saya memberitakan kepada ramai kawan dan ustaz/ah yang saya kenal tentang berita Intisor Rabbani Pro M di UM. Menarik sekali kemenangan tersebut. Kalau saya jadi pengulas berita bola sepak, akan saya katakan ini adalah kemenangan bergaya Pro M.

Penuh pendokong Pro M semalam. Dari malam sehingga ke jam empat pagi. Manakala Aspirasi dengan nama baru Penggerak pula, tidak bergerak-gerak. Mereka bagaikan tikus yang baru kematian isteri. Jika anda pernah melihat seekor tikus yang kematian isteri, anda akan tahulah bagaimana keadaan Penggerak pada semalam.

Kemenangan Pro M di UM bukan kemenangan PMIUM mahupun Umany. Ia adalah kemenangan seluruh pendokong Pro M. ia sangat mengejutkan, apalagi Pro M berjaya menyapu lapan kerusi di peringkat umum. Kemenangan ini pastinya akan membuatkan UMNO berfikir dua tiga kali tentang masa depan kerajaan mereka.

Menariknya, Pro M meskipun bersorak-sorak untuk menaikkan semangat moral pendokong, namun dalam masa yang sama zikir-zikir dan tasbih memuji kebesaran Tuhan diselangi doa tidak putus-putus. Malah setelah mencapai kemenangan, mereka beramai-ramai bersujud syukur secara berjamaah. Wah, ini satu bid’ah dalam amalan tetapi biarlah. Orang yang hatinya kecamuk dengan kegembiraan, tersilap melakukan ibadah, moga-moga Tuhan menerima.

Senior-senior ramai yang turun. Ini menunjukkan sokongan yang sangat padu daripada senior yang tidak ternafi. Mereka tidak pernah lekang memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada adik-adik mereka. Saya juga termasuk dalam kelompok senior yang malu-malu menunjukkan muka pada malam tersebut.

Kasihan Penggerak. Mereka menukar nama dengan tujuan untuk bergerak, rupanya mereka tak juga-juga bergerak. Mereka sangat longlai dan lesu. Mereka tiada pendokjong. Selama ini mereka hanya ada pengundi yang terkongkong dan terbelenggu dengan ugutan. Tetapi jika sekarang mjereka masih mahu mengugut tidak habis-habis, mereka sebenarnya tersilap besar.

Puas hati. Kemenangan semalam sangat bergaya. Sangat berpuas hati. Ada sesetengah orang, yang apabila saya khabarkan berita gembira ini, mereka bertakbir. Takbir adalah tanda keseronokan yang tidak terperi. Semacam kanak-kanak yang baru dapat menjilat aiskrim cornetto perisa strawberry.

Ada yang mengucapkan alhamdulillah. Ada juga yang mengucapkan subhanallah. Ucapan subhanallah pada perkiraan saya adalah ucapan terkejut. Terkejut dengan kemenangan yang tidak tersangka.

Saya sebenarnya telah meminta supaya adik-adik menulis satu tulisan berkaitan apakah rahsia kemenangan Pro M di UM. Apa rahsia kemenangan mereka. Saya ada beberapa isi tetapi saya tidak mahu menulis pada masa sekarang kerana masa agak menggigit. Sekejap lagi saya akan ke Kedah untuk merangka gerakan baru dengan sahabat-sahabat saya di sana.
Kemenangan Pro M juga perlu diisi. Banyak benda boleh diisi. Jangan hanya pandai melawan dan menentang. Sekarang kita adalah pemerintah, maka minda kita mesti minda pemerintah. Bukan lagi minda pembangkang. Bukan lagi minda penentang. Tetapi, kezaliman akan terus ditentang setiap masa.

Kemenangan juga bakal menambahkan beban. Saya ingin berpsan agar jangan menyombong. Bukan anda memberikan kemenangan tetapi Allah yang menganugerahkannya. Jangan pula hasad dengki. Saya bimbang, ada timbul penyakit hasad kalangan ahli gerakan Islam. Juga janganlah berburuk sangka. Banyak perkara perlu diingat dari semasa ke semasa.

Kemenangan ini secara tersiratnya memberikan banyak petanda. Saya ingin sebutkan dua daripada itu. Satu, petanda keruntuhan kerajaan Kapitalis UMNO. Kedua, ini menunjukkan Pro M di kampus lain mesti meningkatkan lagi usaha mereka untuk mencapai kemenangan. Senang-senanhg saya sebut dan jangan terasa, Pro M di tempat berdasarkan maklumat yang saya perolehi belum lagi menunjukkan satu gerak kerja yang berkualiti.

Jangan marah saya… Read More......

QAIDAH SULBAH

9 Cadangan/Pandangan
Qaidah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jamaah. Dalam istilah lain, ia boleh juga digelar sebagai prime mover, atau kumpulan elit, atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.

Nabi Muhammad SAW juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja baginda. Khalid al-Walid dan Hubbab al-Munzir adalah strategis peperangan. Umar al-Khattab mempunyai pandangan yang jauh. Huzaifah al-Yamani sebagai perisik. Banyak lagilah. Begitu juga Abu Bakar yang banyak membantu baginda dalam banyak hal.

Abu Bakar juga menjadikan Umar al-Khattab sebagai perancang bersama beliau. Umar tidak dibenarkan untuk keluar daripada bumi Madinah sepanjang pemerintahan beliau meskipun untuk peperangan. Pandangan Umar sangat penting untuk membantu urusan pentadbiran khilafah ketika itu.

Umar pula menjadikan sahabat-sahabat daripada 10 orang yang dijamin syurga menjadi Qaidah Sulbah.

Qaidah maksudnya kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting bagi seseorang. Apabila tulang belakang bengkok, maka ia memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.

Bolehlah seseorang hidup dengan sempurna sekiranya tulang belakang mereka rosak, atau bengkok? Maka begitu juga kesimpulan kepada sesebuah gerakan. Gerakan tidak akan mampu menjadi enegetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan Qaidah Sulbah yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.

Berikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah

• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas

Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh kita perincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah? Saya berikan beberapa idea

• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak (Gamis ada menyediakan latihan ini)
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu


Saya bersedia untuk menawarkan latihan ini untuk sesiapa yang mahukannya. Dalam masa yang sama, Qaidah Sulbah adalah orang yang beriman dan tinggi kebergantungan kepada Allah SWT serta beramal sunnah. Pengetahuan tentang agama sangat penting supaya mereka tidak melanggar sempadan syariat. Yang paling menarik, Qaidah Sulbah berani melawan ketetapan zahir8iah Quran berdasarkan ilmu yang mereka miliki.

Qaidah Sulbah juga sentiasa menyibukkan diri mereka berfikir tentang benda yang besar bukanhnya ranting. Mereka memerah minda untuk menyelesaikan the big picture of something seperti tarbiah secara gambaran besar bukannya serpihan. Anda boleh menjadi Qaidah Sulbah dengan syarat anda sedia melepasi syarat-syarat yang telah saya kemukakan di atas. Terima kasih. Read More......

ALLAH SEBAGAI GHAYAH

1 Cadangan/Pandangan
Ghayah kita hanya satu. Hadaf kita pula adalah pelbagai. Ghayah maksudnya tujuan tertinggi. Hadaf pula objektif semasa. Allah adalah ghayah kita. Buatlah apa sahaha program, pastikan Allah sebagai ghayah. Bukan mardhatillah, sebaliknya Allah itu sendiri ghayah kita. Bukannya keampunan Allah, tetapi Allah itu sendiri. Adalah kurang tepat jika kita mengatakan bahawa Allah menyenangi keadilan. Kerana Allah itu sendiri simbol keadilan. Allah itu sendiri bernama Maha Adil.

Maka buatlah apa sahaja program, letakkan Allah sebagai ghayah. Dinner, senaman, sukan, muzikal, kesenian, ilmu, politik, apa sahaja namanya, sila letakkan Allah sebagai ghayah.

Barulah kita tidak terleka.

Apabila kita meletakkan Allah sebagai ghayah, maka…

• Kita malu untuk melakukan maksiat
• Majlis kita tidak lagi lagha
• Kita akan adjust juga supaya majlis itu diterima Allah
• Kita akan mengikuti sunnah
• Kita akan mengutamakan akhirat
• Kita akan menjaga adab

Kalau hadaf, terpulanglah. Ia tujuan semasa. Mungkin hadaf kita adalah mengeratkan hubungan persaudaraan. Mungkin hadaf kita adalah mematangkan pemikiran. Mungkin hadaf kita adalah menyihatkan tubuh badan. Hadaf itu pelbagai, tetapi hadaf itu biarlah untuk Allah.

Bila juga kita meletakkan Allah sebagai ghayah, kita juga tidak akan berasa riya’. Ini kerana, kita telah mengikhlaskan niat kita sepenuhnya kepada Allah.

Bila Allah sebagai ghayah, maka kita tidak akan terasa apabila pandangan kita ditolak dalam perbincangan.

Bila ghayah kita adalah Allah, maka kita akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai perhatian daripada Allah.

Bila ghayah kita itu jelas kepada Dia, maka kita tidak akan takabbur apabila berjaya dalam sesuatu program.

Apa tanda pemimpin persatuan dalam kampus yang meletakkan Allah sebagai ghayah secara praktikal dalam sesuatu program? Kita ambil contoh, program Malam Kemuncak Anugerah PMI. Maka antara ciri pemimpin yang menjadikan Allah sebagai ghayah ialah:

1) Akan sentiasa follow-up AJK Pelaksana
2) Akan menjaga kebajikan AJK Pelaksana
3) Sanggup turun ke padang bersama-sama dan membuat kerja teknikal walaupun seperti menyusun kerusi
4) Menegur AJK Pelaksana di dalam program dan bertanyakan khabar mereka
5) Memakai pakaian yang kemas untuk menunjukkan keizzahan pemimpin
6) Tidak menunjukkan kekalutan apabila berlaku kesilapan teknikal
7) Sentiasa tersenyum dan menyalami serta menyantuni orang lain
8) Sentiasa menghargai orang lain seperti dalam ucapan Presiden
9) Sanggup makan sedikit cuma dalam jamuan selepas program sebab: Ada AJK Pelaksana yang belum makan. Makan ala kadar semata-mata untuk menjaga hati VIP. Apa sebab kita nak makan sedap sedangkan penggerak program yang jauh lebih penat tidak makan apa-apa pun
10) Sanggup menjadi orang terakhir yang balik dengan tujuan memastikan AJK balik
11) Bersama AJK menyiapkan dewan selepas program
12) Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengarah, Timbalan dan AJK.
13) Tidak terus menegur kelemahan program kerana AJK sudah berpenat-lelah untuk semua ini. Bagi masa untuk mereka berehat.


Ini adalah antara cirri kepimpinan yang meletakkan Allah sebagai ghayah. Apakah anda meletakkan Allah sebagai ghayah? Anda Tanya diri anda sendiri. Saya hanya bertanya. Read More......

Ahad, 18 Januari 2009

BUAT KERJA, JANGAN DUK PENING-PENING

5 Cadangan/Pandangan
Apa rahsia kekuatan Hamas di Palestine? Asalnya, Ikhwan telah menubuhkan gerakan mereka di sana. Kemudniannya gerakan Ikhwan berpecah kepada dua. Satu, golongan moderat yang akhirnya menubuhkan Fatah. Dua, golongan yang masih berpegang dengan tabiat lama Ikhwan.

Golongan kedua ini mengambil langkah membisu setelah itu. Akhirnya mereka muncul kembali dengan satu kekuatan yang berlipat ganda dan diberi nama Hamas. Mereka dipimpin oleh seorang lumpuh yang tidak berdaya bernama Sheikh Ahmad Yassin.

“Jadi, apa yang mereka lakukan sepanjang mereka membisu, Abang Zul?” aku tersenyum kemandirian. Soalan yang sangat bagus. “Sepanjang mereka mendiamkan diri, rupanya secara senyap-senyap mereka telah membina perkaderan mereka di universiti-universiti. Mereka telah melancarkan gerak kerja tarbiah yang sangat intensif dalam usaha merekrut seramai mungkin orang untuk bersama mereka dalam usaha mengembalikan pembebasan Palestin,” terang aku.

“Abang Zul, ini bermakna, tarbiah itu lebih utama berbanding siasah, begitu maksud Abang Zul?” tanya Amin. “Maaf Ikhwah, saya berpandangan, siasah adalah lebih utama berbanding tarbiah. Tarbiah mengambil konsep bermula dari bawah untuk memuncakkan kegemilangan Islam. Sedangkan siasah ia mengambil posisi atas. Apabila kita berkuasa dari sudut siasah atau politik, maka kita mudah untuk menguasai pemikiran masyarakat untuk berkiblatkan Islam sepenuhnya,” Faisal menyampuk.

“Ana tambah lagi hujjah ana. Apabila tentera Islam ingin meluaskan empayar Islam, mereka bukannya bermula dengan tarbiah mahupun dakwah. Sebaliknya mereka terus menjadi pemimpin di sana dengan memberikan dua tawaran sahaja. Satu, masuk Islam. Dua, bayar jizyah. Jika tidak, akan diperangi. Dalam kes ini, sama ada mereka masuk Islam atau tidak, tentera Islam tetap akan masuk dan menjadi penguasa di sana,” panjang dan bijak sekali hujjah yang dikemukan Faisal. aku sendiri memang mengagumi adik usrah aku yang betah berhujjah dengan ilmiah ini.

Masih menjadi satu fenomena dan dilemma di sesetengah kampus dan tempat. Mereka sering bergaduh berkaitan dengan mana lebih penting, antara dakwah, tarbiah dan siasah. Ada pula yang mengharmonikannya dengan menggunakan teori semuanya sama.tarbiah dan siasah hanya sebagai enjin. Teosinya, pelbagai.

Dakwah bererti, penerangan Islam secara lebih umum sama ada kepada non-muslim ataupun muslim yang belum menghayati. Tarbiah pula adalah ta’dib, bertujuan mendidik dan mengasuh. Manakala siasah pula merupakan politik yang lebih menjuru7s kepada kekuasaan.

Mereka yang berhujjah menggunakan dakwah, mereka melihat pembawaan yang dibawa pada zaman nabi dan telah disyarah panjang lebar oleh Syed Qutb dalam Ma’alimn Fit Tariq. Apabila baginda ditawarkan dengan pelbagai reencah seperti wanita, harta dan juga kerajaan termasuk doctor, maka nabi menolak kesemuanya. Maka Syed Qutb menimbulkan persoalan. Mengapa nabi tidak menerima kekuasaan sedangkan dengan kekuasaanlah nabi mampu membawa Islam dengan lebih deras? Jawapan yang diberikan adalah, nabi ingin membawa aqidah dan aqidah mestilah bersih daripada kekotoran dunia.

Orang yang melihat tarbiah lebih penting melihat pentingnya melahirkan generasi Safwatul-Mukhtarah ataupun team elit untuk dididik secara serius dan mereka inilah yang diharap untuk mengembangkan syiar Islam. Golongan ini melihat kepada waqi’ dan keutamaan. Waqi’ di kampus dan keutamaannya lebih tertumpu kepada pembinaan generasi al-Quran yang unik demi merealisasikan Sohwatul Islam. Maka tarbiah diberikan keutamaan manakala siasaha dan dakwah tetap berjalan seperti biasa.

Orang yang melihat dari kaca pandang siasah pula melihat siasah lebih penting. Keadaan di Malaysia menuntut kepada kekuatan politik. Orang yang lemah dalam politik akan ketinggalan dan tidak akan mempunyai pengaruh. Maka siasah yang diutamakan. Kekuasaan mesti diambil.

Antara siasah, tarbiah dan dakwah. Fuh, kesemuanya penting bagi saya. Ada kala, saya bersetuju dengan pandangan yang menyebut, siasah dan tarbiah adalah bertujuan melahirkan gerak kerja dakwah yang bermutu. Ini bermakna, dakwah adalah nombor satu.

Saya tidak memberikan jawapan yang objektif. Cuma secara peribadi saya melihat, apa-apa sahaja, yang memberikan keuntungan lumayan kepada Islam, maka lakukan. Jika di sesebuah kampus, ahlinya sangat kurang, dalam 30 orang dan ke bawah, maka gerak kerja tarbiah harus menjadi keutamaan. Masakan ahli yang sedikit mamp[u menggerakkan siasah dengan lebih laju, malah dikhuatiri pula akan memberikan kesan yang buruk kepada masa depan tarbiah. Maka kampus yang mempunyai ahli sebegitu kecil harus menumpukan perhatian kepada tarbiah.

Disebabkan itulah saya pernah menjelaskan, jika ahli kecil, maka kecilkan juga lajnah dalam gerakan. Tidak perlu kepada lajnah ekonomi, atau sukan, atau kebudayaan, atau dakwah. Tidak perlu juga kepada dua tiga orang jadi timbalan presiden. Fokuskan kepada dua atau tiga lajnah penting sahaja seperti tarbiah dan penerangan. Cukup.

Bagi kampus yang kuat, maka saya melihat siasah harus diberikan keutamaan tetapi bukan dalam setiap masa. Dalam Pilihan Raya Kampus, maka tumpukan sepenuhnya gerak kerja jkepada siasah. Dalam period ini, kita mengambil konsep siyasatuddakwah. Siasah kita adalh untuk membantu dakwah. Manakala pada masa-masa biasa, fokus diberikan serentak kepada gerak kerja tarbiah dan dakwah.

Buatlah apa sahaja, yang penting Islam tertegak. Dakwah, siasah dan tarbiah semuanya adalah alat semata-mata. Persatuan juga adalah alat. Jawatan juga adalah alat. Alat untuk memastikan kemenangan Islam itu sendiri.

“Jadi maksud abang Zul, kita tak payahla nak pening-pening bincang mana lebih penting. Yang penting, kita buat kerja untuk tinggikan Islam, betul kan?” tanya Amin.

Dan aku tersenyum bangga. Read More......

SKILL CERAMAH ANAK MUDA

3 Cadangan/Pandangan
Semalam saya dijemput menyampaikan ceramah. Ceramai berkaitan Ghazzah. Saya bersama dengan YB Shaari Sungib dan YB Solahuddin Ayub. YB Shaari Sungib yang sangat saya segani menyampaikan ceramah berdasarkan fakta yang cukup bagus. Manakala YB Solahuddin diminta mengulas tentang kemenangan PAS, atau PR dalam PRK di Kuala Terengganu.

Kami bertiga ternyata bersepakat menyatakan pendirian yang sama. Sekarang adalah isu Ghazzah bukannya isu Palestine. Sekaranga adalah isu Hammas bukannya Fatah. Maka kami menyalahkan tindakan Pemuda UMNO yang memberikan bantuan kepada Fatah. Kita bukannya menyatakan Fatah tidak memperjuangkan kemerdekaan Pelstine, tetapi kita sangat terkilan dengan tindakan Fatah yang Pro-Amerika. Fatah juga telah menggulingkan kerajaan Hammas. Fatah juga telah berikrar untuk menghaouskan semua pengikut Hammas.

Saya sangat mengerti. Saya dijemput atas tiket orang muda, maka saya mesti bertindak seperti anak muda. Saya dijemput atas tiket mewakili mahasiswa, maka saya mesti semuda mahasiswa. Bagi saya, sifat orang muda ada beberapa komponen:

1) Energetik dan berdaya tingi. Tandanya adalah, bersuara lanang dan bersemangat serta mengemukakan hujjah yang bersifat melawan dan mendesak. Sebagai contoh klausa ayat: "Kita ingin tanya kerajaan, apakah mereka serius untuk memperjuangan nasib Palestine, sedangkan dalam masa yang sama mereka menindas kebangkitan alim ulama di Malaysia? saya yakin mereka hanya pandai bermuka-muka Tuan-tuan sekalian".
2) Membangkitkan semangat dengan menceritakan perkembangan kebangkitan gerakan anak muda/mahasiswa pada masa sekarang.
3) Tidak gentar meskipun digandingkan dengan panel yang lebih berpangkat. Saya sendiri pernah berceramah di sisi Ust Harun Taib dan Mad Sabu, malah pernah memberikan talk di hadapan YB Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS) dan Dato' Kamaruddin Jaafar (SU Agung PAS).

Bukan saya seorang. Ramai kawan saya yang mungkin lebih berani berbanding saya seperti Fadlullah Acheh. Keberanian anak muda ini diiktiraf para ulama. Adalah bukan anak muda jika ia bercakap perlahan seperti seorang ulama jika ia digandingkan dengan panel yang sudah berumur.

Keadaan sebaliknya apabila bersama kalangan mereka.

Maksud saya ialah, skill menyampaikan pengucapan. Jika kita anak muda dijemput bersama dengan orang yang lebih berumur, maka kita semestinya memahami kehendak audiens. Mereka menghendaki satu daya energetik. Kita mesti melihat keadaan demi memastikan keseimbangan dalam program tersebut.

Saya harap anda memahami apa yang ingin saya sampaikan. Kalau tak faham, erm, nak buat macam mana. Read More......

SAYA MAHU KE JOGJAKARTA

1 Cadangan/Pandangan
"Agak-agaknya, jika Sheikh Ahmad Yassin masih hidup pada zaman sekarang, apa yang akan beliau lakukan?". Persoalan ini menuntut jawapan yang tuntas. Sebatang tubuh yang kurus, lumpuh tidak mampu berjalan, ditolak ke mana-mana sahaja, namun suaranya didengari dan mampu memberikan inspirasi kepada para pejuang Hammas.

Mereka hidup untuk mati. Saya teringat kalam al-Banna yang sangat mencuit hati dan menggetarkan perasaan. Beliau menyebut, kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang jauh dari kecamuk peperangan. Namun mereka yang lahir dalam kecamuk peperangan lebih patut bersyukur berbanding kita kerana mereka berpeluang untuk syahid pada jalan Allah.

Pada 28 Jan ini, saya bersama Azlan akan ke Jogjakarta Insya Allah. Bukan tujuan melancong. Saya dan Azlan bertekad ke sana meskipun kami akan kehabisan wang semata-mata untuk bertemu dengan pimpinan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) dan beberapa pimpinan Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Beberapa sahabat saya termasuklah saudara Rijalul Imam yang hanya saya kenali melalui tulisan saya telah bertanyakan kapankah saya ke sana. Saudara Amika telah menguruskan segalanya di sana dan saya tidak sabar untuk berpeluk-pelukan dengannya.

Antara tujuan saya ke sana ialah untuk menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Saya ingin sekali berbincang dengan mereka tentang apakah strategi yang boleh digembleng bersama dalam isu Ghazzah. Kedua, saya ingin sekali merendahkan diri saya ke haribaan ilmu dan maklumat dengan berusrah bersama mereka. Lupakan jawatan saya sebagai orang nombor satu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sebaliknya ingin sekali saya ke sana sebagai orang-orang biasa, berpura-pura biasa. Asalkan saya mendapat ilmu dan info sebanyaknya.

Saya juga bercadang untuk beretemu seramai mungkin ahli gerakan Islam KAMMI dan PKS di sana. Saya yakin, berziarah dan berukhuwah merupakan amalan mulia yang dituntut dalam sunnah. Malaikat Insya Allah akan mendoakan saya dan Azlan sepanjang perjalanan kami ke sana. Justeru, kami tidak pernah memikirkan tentang duit meskipun sampai sekarang kami berdua belum mempunyai pendapatan.

Keempat, saya berhajat mahu bertemu dengan kumpulan Soutul Harakah. Saudara Amika akan menguruskan semuanya. Tujuan saya bertemu dengan pihak mereka bukan sahaja mahu menjalinkan hubungan malah kami mahu menjemput mereka ke Malaysia untuk mengadakan konsert Ghazzah yang akan diadakan pada bulan Mac atau Mei akan datang.

Saya kemudiannya bercadang mahu ke Acheh dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya yang belajar di sana. Pelajar KIAS. Saya mehu menerangkan kepada mereka apa yang berlaku di Malaysia pada masa kini dan apa persediaan mereka sebelum pulang ke Malaysia. Saya tidak mahu mereka pulang dengan dada yang kosong dan hampas. Saya mahu sekali mereka menjadi generasi ulama muda yang mampu mengocak suasana perubahan dan mampu mengembalikan semula keizzahan institusi ulama di Malaysia. Saya mahu tekankan kepada mereka, jangan bercita-cita menjadi guru JQAF sebaliknya mereka mesti mempunyai matlamat yang jauh lebih jelas dan tampak.
Adik saya ada belajar di Trisakti di Jakarta dan seorang lagi di Malang. Tapi rasanya saya tidak sempat menziarahi mereka. Apa lagi kebetulan adik saya yang belajar di Malang akan pulang bercuti pada 24 Jan ini.

Saya amat bercita-cita akan saya dapat berbincang dengan KAMMI tentang penubuhan satu gerakan yang lebih berpadu di peringkat Nusantara. Bubuhlah apa sahaja nama sekalipun. Kesatuan Malaysia dengan Indonesia mesti dibina bermula zaman kami. Kami mesti membina jalinan ini seberapa segera, apatah lagi masa depan Malaysia dan Indonesia sekarang adalah hampir-hampir di tangan kami. Kemenangan gerakan Islam dalam PRK Kuala Terengganu merupakan alamat-alamat kemenangan gerakan Islam pada masa akan datang. Maka seharusnya kami harus bersedia seawal mungkin bagi menghadapi saat-saat ini. Saya tidak sabar-sabar menantikan kewujudan Malaysia Raya yang menghimpunkan rumpun Melayu Nusantara.

Saya juga dalam proses untuk mengadakan Usrah Rentas Jamaah. Hajat saya, mahu bertemu esok dengan Abang Helmi Presiden PKPIM bagi membincangkan perkara ini. Kemudian saya juga mahu berbincang untk mengadakan konvensyen antara Jamaah-jamaah Islam di Malaysia yang terdiri daripada Gamis, PKPIM, Karisma dan lain-lain bagi melihat kepincangan ummah di Malaysia dan membincangkan revolusi bertindak yang praktikal.

Fuh, banyak betul kerja Islam ini. Tidak terkejar saya dibuatnya. Apa lagi saya terpaksa menguruskan Himpunan Pro-M malam esok di UM. Sekarang pun saya terpaksa menguruskan empat lima tamrin hanya dalam masa bulan. Moga-moga Allah mudahkan urusan saya dan mengampuni dosa kita semua. Read More......

Sabtu, 17 Januari 2009

CIRI NAQIB CEMERLANG

1 Cadangan/Pandangan
Beberapa kriteria naqib yang baik perlu ditekuni. Saya telah sebutkan sebelum ini. Naqib adalah seorang ayah dalam memberikan kasih sayang. Seorang guru dalam menyalurkan ilmu. Seorang sheikh dalam mendidik kejiwaan. Mungkin juga, seorang abang yang menjaga adik-adiknya, atau seorang kakak.

Dikasihi agak mudah. Jika naqib berlembut dan memaafkan kelemahan adik-adik usrah, maka ia akan dikasihi. Tetapi untuk dihormati dan disegani, agak payah. Jika ada ahli usrah melakukan kesilapan seperti tidak berdisiplin dalam bab masa, maka naqib yang dikasihi akan memaafkan. Tetapi naqib yang disegani akan menegur dan memberi nasihat dengan berhikmah.

Seorang naqib yang cemerlang ialah:

1) Berilmu dan bijaksana. Ilmu tanpa bijaksana adalah tempang. Bijaksana tanpa ilmu adalah buta.
2) Menjaga disiplin seperti masa.
3) Mempunyai imej yang kemas.
4) Pendengar yang setia dan apabila bercakap, ia memberikan kekuatan.
5) Efektif dan efiien, malah lebih baik iaitu menjadi sumber inspirasi.
6) Mengambil berat dan prihatin.
7) Sanggup berkorban dan meletakkan kepentingan adik usrah mendahului dirinya.

Secara praktikalnya, berikut adalah karakter naqib idaman

1) Membalas SMS ahli malah sentiasa mengirimkan SMS kepada mereka
2) Suka belanja ahli
3) Memberikan hadiah kepada ahli usrah
4) Melawat bilik atau rumah ahli usrah
5) Mendahului dalam bab memberi salam
6) Apabila bersalam, ia memegang bahu ahli usrah
7) Menyatakan rasa sayang dan kasihnya kepada ahli kerana Allah melalui SMS atau secara berhadapan

Naqib mesti mempersiapkan diri mereka dengan beberapa skill dan persediaan

1) Naqib mesti rajin membaca buku. Sekurang-kurangnya naqib membaca 200 m/s seminggu
2) Naqib mesti memperlajari ilmu psikologi
3) Membeli planner harian untuk menyusun jadual kehidupan dengan lebih baik
4) Rajin berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu untuk meningkatkan kapasiti intelektual
5) Belajar cara naqib lain mengadakan dan mengendalikan usrah

Naqib yang merendah diri akan sentiasa dibantu oleh Allah. Manakala naqib yang sombong dan merasakan dirinya sudah cukup tidak akan ke mana-mana. Maka, sebagai naqib hendaklah kita sentiasa berasakan diri kita belum sempurna dan sentiasa memerlukan bantuan dan kekuatan daripada yang lain agar kita sentiasa bergerak laju ke hadapan. Read More......

SIFAT MALU

4 Cadangan/Pandangan
Ada beberapa akhlak yang boleh kita bincangkan sama-sama. Akhlak Nabi SAW semestinya sebagai satu panduan terutama, diikuti akhlak yang mengikut jejak langkah baginda. Akhlak berbeza dengan moral, lantaran akhlak itu datangnya dari langit sedangkan moral berasal dari bumi.

Antara akhlak Rasul ialah malu. Menariknya, baginda lebih malu berbanding anak dara perempuan yang bersembunyi di sebalik tirainya. Syarah daripada hadis ini ialah, seseorang anak gadis paling malu ketika ada orang meminangnya apalagi orang yang tidak dikenalinya. Malunya amat sangat. Tetapi jika dibandingkan malu anak gadis ketika disunting dengan malu Rasul, maka Rasul lebih malu lagi.

Apa contohnya? Pernah seorang perempuan bertanyakan tentang darah haid kepada nabi. Nabi berkias-kias dalam menjawabnya tetapi perempuan tersebut kurang memahami. Lalu berubahlah wajah nabi SAW. Para sahabat sendiri menyebut, baginda sangat pemalu dan boleh nampak pada wajahnya.

Al-Maklum, nabi adalah orang yang berkulit putih dan cerah. Maka biasalah, orang yang berkulit putih dan cerah ini, apabila mereka malu ataupun marah, akan nampaklah wajah mereka yang merah padam itu. Abu Lahab juga orang yang berkulit putih dan cerah.

Maksud malu dalam bab ini bukan sahaja malu daripada melakukan kejahatan. Malah malu kepada bukan perkara kejahatan sekalipun. Sebagai contoh, nabi malu dengan perempuan Ansar yang bertanyakan darah haid kepadanya. Seorang lelaki yang penyantun, mereka akan malu kepada perempuan, begitu juga sebaliknya. Bukanlah malu itu menghalang mereka daripada berkomunikasi, tetapi malu itu menghalang mereka daripada berlebih-lebihan.

Dalam berhubung antara lelaki dengan perempuan, maka disenaraikan ciri-ciri lelaki yang pemalu.

1) Malu untuk mengusik-usik perempuan secara berlebih-lebihan
2) Malu untuk keluar berdua-duaan
3) Malu untuk menunjukkan kelemahan dirinya depan seorang perempuan
4) Malu untuk menyentuh perempuan yang bukan mahram
5) Malu untuk menceritakan kepada orang lain bahawa ia ada hubungan dengan mana-mana perempuan
6) Malu untuk menyimpan gambar perempuan tersebut
7) Malu untuk melakukan maksiat walaupun berpegangan tangan
8) Malu sekiranya tidak mamu membimbing kawan perempuannya menjadi lebih baik

Izinkan saya untuk menukar istilah perempuan kepada muslimah pula. Muslimah yang pemalu juga mempunyai ciri-ciri tertentu

1) Malu untuk mempamerkan suaranya di hadapan ajnabi seperti menyanyi ataupun bernasyid
2) Malu untuk mendedahkan auratnya
3) Malu untuk gelak ketawa secara berlebihan di hadapan khalayak

Saya sebenarnya ingin menjawab persoalan berkaitan dengan boleh atau tidak seorang muslimah berdakwah melalui nasyid. Berdasarkan apa yang telah saya nyatakan di atas, muslimah yang pemalu tidak akan menggunakan suaranya untuk berdakwah, kecuali di hadapan sesama gender.

Habis tu, salah ke beberapa kumpulan penyanyi wanita yang berdakwah seperti Mawaddah. Saya menjawab dengan satu jawapan mudah. Hukumnya mungkin boleh menjadi harus, tetapi elakkanlah. Kenapa saya berkata begitu?

a) Jika anda seorang pemimpin, atau seorang yang berpengaruh, maka anda mesti berpegang dengan satu konsep, "Ada perkara yang boleh dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi haram dilakukan oleh orang yang berpengaruh".
b) Nasyid bukanlah memberikan satu impak yang besar dalam dunia dakwah. Sekarang pun, kumpulan nasyid yang paling meletup adalah lelaki. Penyanyi lelaki juga lebih berpengaruh berbanding perempuan.
c) Banyak lagi lapangan dakwah yang lain seperti tulisan, atau edaran risalah, atau lain-lain.

Saya nak bertanya, benar ke nasyid dijadikan medan dakwah? Betul ke muslimat tu serius berdakwah melalui nasyid? Saya cadangkan, jika anda serius berdakwah, maka banyak lagi jalan lain yang boleh diambil. Sekurang-kurangnya, anda menjadi komuniti atau panitia program nasyid dan jemputlah penasyid atau penyanyi lelaki. Tidaklah perkara itu susah sangat.

Jika ada yang terlalu minatkan seni, suka bernasyid, maka bernasyidlah atau menyanyilah di hadapan sesama jenis sahaja. Islam agama yang mengelak fitnah. Menyanyi di hadapan lelaki hanya mengundang banyak keburukan.

Pandangan ulama yang membolehkan muslimah menyanyi? Saya nak sebut diri, itu hanya pandangan dari sudut dakwah. Ulama tidak mahu menyekat minat ataupun gaya hidup yang terlalu liar sekarang secara tergesa-gesa. Maka ulama masih boleh mengizinkan muslimah untuk menyanyi. Bila penghayatan Islam semakin baik, maka muslimah tidaklah perlu meneruskan kegiatan yang banyak mengundang permasalahan ini.

Ringkas kata, ulama mengambil konsep. Menghapuskan kemungkaran yang besar dengan melakukan kemungkaran yang sedikit dibenarkan. Asalnya tidak boleh, tetapi dalam keadaan zaman sekarang, masih boleh dimaafkan.

Tetapi anda harus ingat. Dibolehkan kepada orang yang sekarag sudah menjadi artis dalam proses mengurangkan kegiatannya. Dan dibolehkan sebagai satu strategi tetapi mestilah sangat dikurangkan perkara sebegini sehingga orang boleh meninggalkannya.

Ala, muslimah kalau nak menyanyi pun, menyanyi depan suami sudahlah. Read More......

Jumaat, 16 Januari 2009

WORLD-VIEW

0 Cadangan/Pandangan
Saya ada bertanyakan kepada peserta dalam program, apa yang mereka faham tentang naqib. Macam-macam pendefinisian yang diberikan oleh mereka. Mungkin bagi sesetengah orang tidak menganggap penting definisi sesuatu istilah sehingga mereka boleh memaafkan istilah Islam Hadhari sebegitu sahaja. Tapi beberapa golongan ilmuan termasuklah yang mempelajari mantiq, mereka menganggap pendefinisian sangat penting kerana ia melambangkan sesuatu perkara. Juga menjadi tunjuk arah perkara tersebut.

Sama jugalah dengan apa yang saya bincangkan dengan beberapa sahabat saya semalam semasa brainstorming tentang Kongress Pendidikan. Kami berbincang tentang penggunaan istilah integriti. Kemudian saya mempersoalkan pula istilah Rabbaniyah. Dulu-dulu, saya juga secara ilmiah tentang mempertikaikan penggunaan istilah Tarbiah Rabbaniyah yang digunakan pada zaman PMIUM di bawah kepimpinan Ustaz Nazree.

Bagi orang umum, tidak mengapalah. Tetapi bagi ilmuan, mereka tetap merasakan perkara itu sangat penting. Sekiranya hal tersebut direndah-rendahkan, maka dikhuatiri ia merenggut jati diri ilmuan dan maruah keilmuan itu sendiri. Maka kembali kepada perbincangan asas, apa pendefinisian bagi perkataan Naqib.

Ada yang menyatakan naqib adalah pemudah cara. Ada pula yang menyebut pembimbing. Ada menyebut sebagai orang yang mampu berkongsi rasa. Apapun, kesemua istilah yang diberikan itu bagi saya berteraskan dua sumber yang boleh dipertikaikan.

Sumber Pertama: Pandangan orang-orang terdahulu. Maksud saya, ia merupakan definisi warisan orang-orang tua. Orang-orang tua ini, meskipun banyak yang memandu, tetapi ada juga yang menyongsang. Sumber Kedua: Pandangan peribadi yang dipungut melalui pembacaan dan pengalaman. Jika begitu definisi yang diberikan oleh mereka,maka ia menampilkan satu bentuk pemikiran yang terlahir daripada pembacaan yang kurang atau tidak meluas dan juga pengalaman yang tidak mengembang. Maaf jika saya agak terkasar.

Warisan yang melahirkan taqlid amat menakutkan saya. Saya bukan mahu mengetepikan segala peninggalan ‘salaf’, tetapi sepatutnya kita menyaring pandangan terdahulu dengan ijtihad yang baik. Saya amat berpegang dengan pandangan al-Qaradawi dalam hal ini, “Kami adalah salafiah, namun kami berijtihad pada zaman kami sebagaimana mereka berijtihad pada zaman mereka”. Pernah juga al-Qaradawi menegaskan, “Ibnu Taimiyah adalah ulama yang paling kami sayang namun kebenaran lebih kami sayang berbanding beliau”.

Definisi lahir daripada world-view yang luas. Pandangan alam ini merangkumi semua konsep yang terangkum dan tercangkum. Ia bersifat horizontal dan vertikel, implisit dan eksplisit. Sekiranya kita menyebutkan definisi bagi naqib adalah sebagai pemudah cara, maka kita telah menyempitkan definisi tersebut malah kita telah memberikan satu jawapan yang tidak tepat. Tugas memudah cara secara praktikalnya hanya berlaku dalam halaqah dan halaqah hanya medan berbincang. Bahkan halaqah itu bukanlah pengertian usrah dalam konteks sebenarnya.

Hal ini telah lama disebutkan oleh al-Banna dengan pengertian yang cukup mendalam dan mendasar. Naqib adalah umpama seorang ayah yang menjaga anak-anaknya, seorang guru yang mengajarkan murid dan bagaikan seorang sheikh yang mengasuh muridnya (tasawuf).

Pandangan world-view al-Banna sangat jelas. Ia sama ketika beliau menerangkan ahli Ikhwan sebagai seorang guru yang alim, ahli sukan yang cergas, orang yang sangat menjaga kebajikan, ahli ibadah yang selera bersujud kepada Allah dan juga pemimpin yang bertaqwa. Lebih kurang sebegitulah.

Maka pandangan saya, yang telah saya lemparkan kepada peserta; Naqib ialah murabbi yang bijaksana. Sikap murabbi adalah ta’lim (mengajar), ta’dib (mendidik) dan tazkiyah (penyucian jiwa). Mengajar perlukan kepada ilmu. Ta’dib memerlukan kepada keteguhan. Tazkiyah memerlukan kepada penyucian jiwa.

Murabbi juga bermaksud, dialah motivator dan dialah kaunselor. Motivator mampu bercakap dan kaunselor pendengar yang setia. Motivator mampu membangkitkan ghairah dalam diri untuk terus menjadi yang terbaik dan bangkit daripada rebah, atau bangkit selepas rebah. Kaunselor pula, mampu menguraikan permalahan yang membelit meskipun hanya dengan mendengar. Inilah kekuatan seorang murabbi.

Ustaz Ramadhan pernah menegaskan. Kita jangan sekadar menjadi mutarabbi (orang yang dididik), malah kita mesti menjadi murabbi (pendidik). Kita jangan sekadar menjadi orang muta’allim (orang yang belajar) malah mesti menjadi mu’allim (pengajar). Kita jangan berhenti setakat sifat soleh malah kita mesti menjadi muslih (orang yang mengelokkan).

Maka sekarang, apabila menyentuh soal pendefinisian, saya teringat kepada PAS. Sebelum ini, mereka menggunakan istilah Membangun Bersama Islam. Sekarang ia bertkar kepada Membangun Menurut Islam. ‘Ala kulli hal, semua ini adalah mutaghayyirat bukannya thawabit.

Mutaghayyirat adalah elemen yang boleh berubah-ubah seperti tema, objektif dan pembawaan. Banyak lagila elemen mutaghayyirat. Manakala thawabit adalah perkara yang tetap dan tidak boleh berubah. Masalahnya ialah, kadang-kadang kita pun tidak mampu membezakan antara mutaghayyirat dengan thawabit. Read More......

IKHWANUL MUSLIMIN

1 Cadangan/Pandangan
Ikhwan meletakkan garis-garis tarbiah kepada tiga peringkat. Ta’rif sebagai medan penerangan umum. Takwin terbahagi kepada tiga iaitu pembentukan golongan ilmuan, sufi dan teknikal. Menurut Sa’id Hawwa, beliau membahagikan Tanfiz kepada tiga genre merangkumi umum, khusus dan khusus lil khusus. Umum, adalah pelaksanaan amal Islami dalam apa jua bentuk. Khusus, adalah amal Islami secara serius. Khusus lil Khusus pula, berdakwah di negeri orang kafir.

Dalam konsep gerak kerja, mereka memperuntukkan Itqan, Mas’uliyah dan ‘Ubudiyah sebagi teras utama. Itqan menuntut ketekunan yang berterusan. Mas’uliyah mendesak kepada erti tanggungjawab kepada gerak kerja yang diberikan. ‘Ubudiyah pula adalah penghambaan dan akur serta patuh kepada Allah.

Metode tarbiah ada tujuh pada pandangan Ikhwan. Usrah adalah medan membina ukhuwah. Katibah mempraktikkan kesufian. Biasa sahaja bagi Ikhwan ntuk merendahkan diri dengan tidur di atas selipar. Daurah adalah lapangan membina strategi untuk melaksanakan amal Islami. Bagi Ikhwan, mereka melatih jasadi mereka dalam mukhayam dan meningkatkan mutu keintelektualan mereka dalam nadwah. Mereka juga mengadakan pengembaraan dalam siri tarbiah mereka iaitu rehlah dan mereka memusatkan perbincangan mereka serta muhasabah dalam muktamar.

Ikhwan menggalakkan perkahwinan sesama mereka. Ada banyak tujuannya antaranya supaya pasangan hidup tidak menghalang atau membantutkan gerak kerja dakwah mereka. Tuntutan mereka disebut dalam maratibul amal yang kurang saya persetujui. Membina individu muslim yang soleh dan diikuti keluarga muslim. Hasilnya adalahmasyarakat Islam dan daulah.

Ikhwan menjadikan al-Banna sebagai sebagai ikon dan ideologi. Banyak tulisan dan pandangan pimpinan Ikhwan merujuk kepada al-Banna termasuklah Mustafa Masyhur dan Mehdi Akef. Al-Qaradawi juga tidak ketinggalan untuk memetik banyak pandangan al-Banna.

Ikhwan bukannya parti politik sebaliknya hanya menjadikan parti politik sebagai salah satu cabang mereka. Ikhwan merupakan satu gerakan yang bergerak mengikut urutan dan garisan yang baik tetapi menuntut kesabaran yang teguh kerana tempohnya sangat lama. Mereka berpegang dengan konsep al-Banna, jangan memetik buah sebelum masaknya.

Banyak perkara baik yang terdapat dalam Ikhwan. Namun tidak semua Ikhwan sesuai untuk gerakan Islam di tempat lain. Mungkin baik untuk Mesir tetapi kurang sesuai di Malaysia.

Yang bai, kita petiklah. Yang boleh dibaiki, kita baikilah. Yang boleh diadptasi, adaptasilah. Yang penting, jangan sia-siakan kecerdikan yang dikurniakanAllah kepada kita. Read More......

INI USRAH SAYA, ANDA BAGAIMANA

3 Cadangan/Pandangan
Saya berbangga dengan adik-adik saya. Mereka bukan orang-orang biasa. Mereka ada cita-cita melangit, namun mereka tidak pernah lupa asal-usul kejadian mereka. Penyembahan kepada Allah, itu asas kehidupan mereka. Mengikuti jalan Rasulullah, itu tradisi mereka. Menyantuni manusia, itu adab yang dipraktikkan. Mencintai perjuangan, itu aqidah yang terpegang.

Saya menghormati pendirian mereka. Jika kasih saya ingin tumpah, maka ia akan tertumpah kepada adik-adik usrah saya. Saya berteurs-terang kali ini, saya amat bangga dan mengasihi mereka sepenuh hati saya. Usrah kami,bukan usrah teoretikel semata-mata. Praktikal adalah medan kami. Ia tidak akan terbuang begitu sahaja.

Amin Presiden Permadah (Anak-anak Kedah di UM). Malah beliau antara pimpinan tertinggi dalam SUKSIS. Bukan calang-calang orangnya. Orang yang paling tidak banyak alasan dan merendah diri. Pandai meminta maaf dan menjaga hati. Spek matanya bersih, sebersih hatinya. Motor yang dipandunya laju, selaju semangatnya yang membara-bara. Saya katakana kepadanya, “Nta mesti sambung pengajian ke peringkat MA, dan nta mesti menabur budi dalam mendidik anak bangsa”.

Saya berbangga dengan Shahril Nizam. Kepakarannya adalah dalam bidang komputer, pernah memegang jawatan kepimpinan dalam Persatuan Mahasiswa Akademi Islam. Beliau kreatif dan motor barunya mahal. Panda juga beliau berbicara. Ah, kalau anda berminat untuk mendapatkan khidmatnya dalam modul-modul, panggil sahaja dia. Nah, saya berkan nombornya untuk kamu -0132968673-. Hati-hati, jangan memikat dia, tapi pikatlah kemahiran dia. Shahril menyatakan impiannya untk bertanding dalam Pilihan Raya Umumkelak.jadi, mahunya jadi YB. Itu bilang dia.

Saya terpaksa mengakui bahawa Aizul bukan calang-calang orang. Berani walaupun tampak baik semacam. Ya, mukanya baik semacam. Tapi jiwanya kental. Motornya besar. Kereta yang dipandunya laju sedangkan wajah sentiasa selamba. Beliau semacam Amin, rajin belajar. Saya juga memesan kepadanya, beliau mesti menguasai ilmu dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Mohamad seorang sufi yang kuat beramal. Hafez Sabri pula dengarnya mahu menjadi pimpinan negeri Perak kelak. Sekarang dia semakin laju dan deras. Adik-adik Sabahan pula, kreatif dan kritis. Fahmi entah macam mana ceritanya sekarang, saya pun tidak pasti. Adik-adik saya di Nilam Puri pun bertambah ke depan. Mereka perlu dilatih dan dibimbing setiap masa tetapi saya tidak gemar utuk mengongkong pemikiran mereka. Biarlah mereka berani ke depan dengan ijtihad mereka sendiri.

Usrah pada pandangan saya adalah untuk melahirkan pakar. Hafez membuktikan bahawa dia adalah seorang pemimpin masa depan yang mempunyai pandangan yang jauh ke depan di samping sangat pandai merebut peluang yang ada. Mohamad mempunyai cita-cita yang sangat baik dan di luar jangkauan ana. Beliau ingin terjun dalam bidang keilmuan, menghafal al-Quran. Ya, kepakarannya adalah ilmu.

Saya ingin berpesan kepada orang yang menggelarkan dirinya naqib. Usrah ini adalah satu sistem tetapi jangan sampai terlalu terikat dengan sistem. Usrah ini berpanjangan sampai ke bila-bila. Perlu dijaga dan dibimbing. Semasa sekarang, saya tidak pernah saya sebagai naqib sebaliknya saya hanya menganggap saya sebagai abang sahaja. Ada kadang-kala Hafez memberikan pandangan kepada saya, saya merendahkan diri saya untuk mendengar dan menerimanya. Tidak perlu menyombong diri, kelak ilmu akan menjauhi saya.

Satu lagi, letaklah sahabat-sahabat seusrah kita menurut ukuran kemampuan mereka. Posisikan mereka sebaiknya. Jangan membebankan mereka dengan kepakaran kita tetapi bukan kepakaran mereka. Berkongsi boleh, melatih juga boleh, tetapi jangan sampai membebankan kerana setipa orang mempunyai kemampuan masing-masing.

Satu lagi, jangan kongkong pemikiran mereka. Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE