Peliknya, beberapa keratan akhbar sibuk melobi ulama Pas sekarang. Sebelum ini mereka yang sibuk menjatuhkan para ulama. Namun mengapa sekarang mereka pula yang memartabatkan kepimpinan ulama.
Anehnya, Husam Musa diserang begitu teruk dalam pertandingan tersebut. Manakala Mad Sabu dibiarkan tanpa serangan yang kritikal. Mengapa jadi begitu rupa?
Pertandingan tiga penjuru ini menarik. Ustaz Nasaruddin seolah-olah dianggap kumpulan ulama. Datuk Husam sebagai profesional dan Mad Sabu marahain.
Umum perlu mengetahui. Syarat menjadi Dewan Ulama ialah sekurang-kurangnya lepasan STU. Maknanya saya sendiri sudah layak mengganggotai ahli Dewan Ulama. Namun untuk menjadi ulama, lepasan PhD pun belum tentu.
Namun tafsiran umum tentang ulama sangat rendah. Biasanya lepasan Mesir dinggap ulama walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana. Adakah boleh bercakap Arab itu dipanggil ulama? Jika begitu, orang Arab semua sepatutnya dipanggil ulama la.
Saya berpandangan, ulama dan umara adalah dua definisi berbeza. Mungkin ada yang melengkapi kedua-dua ciri, namun ramai juga pemimpin dalam sejarah yang tidak menjadi ulama namun ulama ada di sekeliling mereka untuk memberikan nasihat.
Izinkan saya mendedahkan pandanganj Ustaz Yahya Othman, murabbi besar dalam Pas. Beliau mendefiniskan kepimpinan ulama sebagai, Majlis Syura Ulama. Mudah sahaja.
Saya berminat dengan Husam. Ini pendirian saya. Adakah salah saya menyatakan minat saya kepada Husam? Saya rasa langsung tidak salah. Lagipun saya tidak melobi dan saya bukanlah perwakilan. Saya adalah orang bukan perwakilan yang berminat dengan Husam.
Jika Mad Sabu marahain, maka jawatan Timb Presiden bukan platform terbaik untuk beliau. Biarlah beliau memegang jawatan yang bersifat marahain secara khusus. Itu lagi mudah daripada menjadi Timb Presiden yang ada sedikit kekuatan menentukan hala tuju parti.
Tentang Ustaz Nasarudin Isa, saya tidak berminat untuk berbincang tentang sosok tubuh dan karakter beliau. Bukan saya tidak tahu, namun saya tidak berminat.
Ketiga-tiganya orang bagus, namun perwakilan Pas harus memilih pemimpin yang terbaik.
Datuk Husam terkenal sebagai seorang strategis. Orang yang menghidupkan Tabung Tok Kenali dan Tabung Kifalah serta banyak membantu Tuan Guru Menteri Besar. Beliau juga terkenal dengan pemimpin yang mempunyai hujjah yang matang dan mempunyai personaliti kepimpinan yang baik.
Mungkin Anwar Ibrahim tidak dapat melupakan ketegasan Husam meskipun Husam sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan beliau. Malah kebijaksanaan Husan dalam bidang ekonomi sangat menyerlah sehingga Kelantan masih mampu berdiri megah.
Apakah Husam bukan agamawan? Anda yang mendengar ucapannya sendiir mengetahui betapa Husam begitu baik dalam mengulas ayat al-Quran. Mungkin beliau bukan ulama namun ciri agamawan tetap terlekat dalam dirinya.
Saya sebagai anak muda tidak akan melupakan jasa Husam yang banyak meluangkan masa untuk berdialog dengan kami. Beliau tidak pernah berasa tinggi diri sehingga tidak mahu bersama dengan orang yang lebih muda untuk berbincang masa depan negara.
Anehnya, mengapa banyak serangan kepada Husam. Akhbar juga begitu. Bukankah Umno selama ini banyak tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama? Maka mengapa tidak Umno membiarkan sahaja Husam naik?
Husam bukan ulama. Maka jika bukan ulama memimpin Pas, bukankah itu yang dikehendaki Umno selama ini? Namun mengapa kini lain nadanya. Pelik iramanya.
Takutkah mereka dengan Husam sebenarnya? Apakah mereka sudah nampak batu nisan dua sekiranya Husam menjadi Timb Presiden Pas?
Adapun saya. Saya hanya mahu meluahkan rasa dan pandanganh saya. Saya merasakan Pas akan berubah sekiranya dipimpin oleh Datuk Husam.

