Ahad, 31 Mei 2009

SAYA SOKONG DATUK HUSAM

15 Cadangan/Pandangan
Antara yang hangat dipertandingkan dalam muktamar Pas nanti ialah jawatan Timbalan Presiden. Semua menanti dengan penuh debaran. Sebelum ini, saya menanti-nanti juga pertandingan dalam jawatan Ketua Pemuda. Ia sudah berakhir.

Peliknya, beberapa keratan akhbar sibuk melobi ulama Pas sekarang. Sebelum ini mereka yang sibuk menjatuhkan para ulama. Namun mengapa sekarang mereka pula yang memartabatkan kepimpinan ulama.

Anehnya, Husam Musa diserang begitu teruk dalam pertandingan tersebut. Manakala Mad Sabu dibiarkan tanpa serangan yang kritikal. Mengapa jadi begitu rupa?

Pertandingan tiga penjuru ini menarik. Ustaz Nasaruddin seolah-olah dianggap kumpulan ulama. Datuk Husam sebagai profesional dan Mad Sabu marahain.



Umum perlu mengetahui. Syarat menjadi Dewan Ulama ialah sekurang-kurangnya lepasan STU. Maknanya saya sendiri sudah layak mengganggotai ahli Dewan Ulama. Namun untuk menjadi ulama, lepasan PhD pun belum tentu.

Namun tafsiran umum tentang ulama sangat rendah. Biasanya lepasan Mesir dinggap ulama walhal ilmu mereka kadang-kadang tidak setara mana. Adakah boleh bercakap Arab itu dipanggil ulama? Jika begitu, orang Arab semua sepatutnya dipanggil ulama la.

Saya berpandangan, ulama dan umara adalah dua definisi berbeza. Mungkin ada yang melengkapi kedua-dua ciri, namun ramai juga pemimpin dalam sejarah yang tidak menjadi ulama namun ulama ada di sekeliling mereka untuk memberikan nasihat.

Izinkan saya mendedahkan pandanganj Ustaz Yahya Othman, murabbi besar dalam Pas. Beliau mendefiniskan kepimpinan ulama sebagai, Majlis Syura Ulama. Mudah sahaja.

Saya berminat dengan Husam. Ini pendirian saya. Adakah salah saya menyatakan minat saya kepada Husam? Saya rasa langsung tidak salah. Lagipun saya tidak melobi dan saya bukanlah perwakilan. Saya adalah orang bukan perwakilan yang berminat dengan Husam.

Jika Mad Sabu marahain, maka jawatan Timb Presiden bukan platform terbaik untuk beliau. Biarlah beliau memegang jawatan yang bersifat marahain secara khusus. Itu lagi mudah daripada menjadi Timb Presiden yang ada sedikit kekuatan menentukan hala tuju parti.

Tentang Ustaz Nasarudin Isa, saya tidak berminat untuk berbincang tentang sosok tubuh dan karakter beliau. Bukan saya tidak tahu, namun saya tidak berminat.

Ketiga-tiganya orang bagus, namun perwakilan Pas harus memilih pemimpin yang terbaik.

Datuk Husam terkenal sebagai seorang strategis. Orang yang menghidupkan Tabung Tok Kenali dan Tabung Kifalah serta banyak membantu Tuan Guru Menteri Besar. Beliau juga terkenal dengan pemimpin yang mempunyai hujjah yang matang dan mempunyai personaliti kepimpinan yang baik.

Mungkin Anwar Ibrahim tidak dapat melupakan ketegasan Husam meskipun Husam sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan beliau. Malah kebijaksanaan Husan dalam bidang ekonomi sangat menyerlah sehingga Kelantan masih mampu berdiri megah.

Apakah Husam bukan agamawan? Anda yang mendengar ucapannya sendiir mengetahui betapa Husam begitu baik dalam mengulas ayat al-Quran. Mungkin beliau bukan ulama namun ciri agamawan tetap terlekat dalam dirinya.

Saya sebagai anak muda tidak akan melupakan jasa Husam yang banyak meluangkan masa untuk berdialog dengan kami. Beliau tidak pernah berasa tinggi diri sehingga tidak mahu bersama dengan orang yang lebih muda untuk berbincang masa depan negara.

Anehnya, mengapa banyak serangan kepada Husam. Akhbar juga begitu. Bukankah Umno selama ini banyak tidak bersetuju dengan kepimpinan ulama? Maka mengapa tidak Umno membiarkan sahaja Husam naik?

Husam bukan ulama. Maka jika bukan ulama memimpin Pas, bukankah itu yang dikehendaki Umno selama ini? Namun mengapa kini lain nadanya. Pelik iramanya.

Takutkah mereka dengan Husam sebenarnya? Apakah mereka sudah nampak batu nisan dua sekiranya Husam menjadi Timb Presiden Pas?

Adapun saya. Saya hanya mahu meluahkan rasa dan pandanganh saya. Saya merasakan Pas akan berubah sekiranya dipimpin oleh Datuk Husam.












Read More......

Sabtu, 30 Mei 2009

PENJELASAN 1

7 Cadangan/Pandangan
PERSOALAN

Saudara mengatakan bahawa tajuk Ta’addud Jamaah sudah tidak perlu dibincangkan lagi dalam usrah dan tamrin. Boleh tolong jelaskan?


Alhamdulillah wabihi nasta’in.

Benar pesan Ustaz Ramadhan, penjelasan ana perlu lebih daqiq dalam menyampaikan sesuatu idea. Ana juga sepatutnya memhon maaf kerana tidak menjelaskan sesuatu idea ana dengan baik dan terang.

Orang yang membaca artikel ana biasanya ada lima golongan:

a) Golongan yang tidak faham
b) Golongan yang kurang faham
c) Golongan yang memiliki manhaj dan nature pemikiran yang berbeza
d) Golongan yang terbuka dan menerima
e) Golongan yang tersalah faham



Maka saya tegaskan, ini adalah pandangan peribadi saya yang boleh dipertikaikan dan kita berkhilaf dengan cara yang baik. Saya harap suasana Adabul Ikhtilaf akan wujud dan tiada sebarang prasangka yang tidak bertepi dan akan hapuslah tafsiran yang tidak berdaratan.

Jelasnya, menghapuskan kertas kerja Ta’addud Jamaah itu adalah cita-cita ana. Ia tidak boleh disembunyikan lagi. Maka di manakah perbincangan berkaitan jamaah?

Perbincangan tentang Jamaah adalah terkandung dalam tajuk “Madhkal atau Pengenalan Kepada Jamaah-jamaah Islam di Malaysia”. Atau mungkin kita boleh gagaskan satu tajuk yang lebih berat iaitu”Format Gerakan Yang Ideal.”

Baik, dalam tajuk Pengenalan Jamaah, ahli gerakan akan diberikan pendedahan berkaitan semua jamaah Islam di Malaysia tanpa sebarang prejudis. Mengenalkan ABIM sebagai sebuah Jamaah yang bervisikan Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah.

Maka tidak boleh dilupakan kesungguhan ABIM dalam membawa agenda perjuangan mereka ke peringkat antarabangsa, jauh mengatasi Gamis. Maksud saya, dari sudut antarabangsa.

JIM pula bermatlamatkan perlaksanaan Islam menjelang tahun 2020 berdasarkan kajian dan gerak kerja mereka. Maka tidak boleh dilupakan jasa JIM yang telah melahirkan ramai pemimpin besar yang berfikiran besar.

PAS pula sebagai Jamaah yang bermatlamatkan perlaksanaan Islam yang lengkap. Maka PAS adalah gerakan massa yang paling terkehadapan dari sudut mobilisasi. Semuanya mempunyai kekuatan masing-masing. Kesemuanya syumuliah dan waqi’iyah.

Cukuplah tiga yang besar. Yang lain, saya tidak masuk campur. Maka setelah pembentangan secara objektif dibentangkan, kita membuka ruang kepada ahli untuk memilih intima’. Memilih JIM adalah memilih perjuangan Islam. Begitu juga jika dipilih ABIM dan PAS.
Cukuplah berprejudis. Penganut mazhab dulu pun berprejudis. Mereka bertelingkah sesama mereka bahkan ada yang membunuh. Maka sudah tiba masanya untuk kita membentangkan tajuk Jamaah secara objektif dan kita berlapang dada.

Dalam GAMIS, kita menggalakkan ahli mengenali PKPIM dan KARISMA tanpa sebarang prasangka. Saya sendiri dalam GAMIS, memilih PAS sebagai wadah saya dan menganggap PAS yang terbaik. Namun saya tidak pernah menafikan gerakan yang lain.

Jika ditanya kepada Abang Hilmi, beliau akan mengatakan bahawa ABIM yang terbaik. Begitu juga jika ditanya kepada Abdullah Omar, semestinya beliau lebih cenderung memilih JIM.

Ini adalah sunnah. Mungkin saya lahir dalam satu kerangka dan nature, maka saya lebih cenderung kepada PAS. Namun saya tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama saya.

Saya tidak berminat jika seseorang masuk ke dalam GAMIS tanpa hujjah yang kukuh dan kuat. Kerana didoktrin, maka ia join ke dalam GAMIS. Walhal paksaan berbentuk doktrin hanya melahirkan ahli yang tidak kukuh dari sudut tajarrud.

Saya paling marah apabila orang mengatakan PAS tidak mengambil berat isu dakwah. Ini kerana saya sudah mendengar penerangan daripada Tuan Guru Presiden, ternyata PAS menjadikan dakwah sebagai kehidupan dan kematian mereka.

Semua jamaah bersetuju untuk menguatkan PAS dalam politik. PAS juga mesti mendokong jamaah lain dari sudut yang lain. Alhamdulillah, Tuan Guru menyebut, PAS memang tidak pernah sangsi dengan jamaah lain bahkan sentiasa bersikap terbuka. Saya amat senang dengan penerangan Tuan Guru.

Saya tidak suka dengan orang yang menohmah ABIM dan JIM. Terus terang, saya amat tidak suka. Namun saya amat suka jika pimpinan bersikap semacam Tuan Guru, tidak menyalahkan jamaah lain tetapi pendirian tetap teguh.

Mungkin orang akan berkata, “Pandangan saudara boleh menyebabkan kecelaruan fikrah apatah lagi buat ahli yang baru ingin mengenali jamaah.”

Saya katakan, bahawa saya menyebut perkara ini adalah kerana kecintaan saya kepada jamaah.

1- Saya sudah serik melihat ada ahli yang menarik diri daripada jamaah kerana mereka tidak memahami jamaah dalam konteks yang sebenar. Selama ini mereka masuk dalam jamaah adalah kerana doktrin dan semacam paksaan.

2- Tajarrud hanya akan terbentuk dengan kefahaman bukan dengan doktrin. Biarlah kita menjelaskan semua jamaah yang wujud di Malaysia dengan nada terbuka dan irama objektif dan biarlah ahli membuat pilihan mereka sendiri. Barulah tajarrud akan terbentuk.

3- Saya mahu membuang prejudis dan sangka buruk sesama jamaah. Du Juma’ah Amin Abd Aziz menegaskan, Ikhwan tidak pernah memaksa orang lain mengikuti Ikhwan. Bahkan al-Banna membuat penerangan jelas tentang Ikhwan kepada Telmisani dan memberikan beliau pilihan.

4- Zaman sekarang orang sudah cerdik dan proses doktrinisasi adalah tidak elok sama sekali. Orang sudah tidak suka dipaksa dan didoktrin sebaliknya orang lebih suka kepada proses penerangan dan membina kefahaman dengan baik.

Biarlah kita bahu membahu antara satu sama lain. Kita tidak menganggap bahawa kita adalah Jamaatul Muslimin sebaliknya kita hanyalah Jamaah minal Muslimin ataupun Jamaah min Jamaatil Muslimin.

Yang jelas, semua jamaah mesti membantu PAS dari sudut politik.

Seterusnya, apabila wujudnya fenomena sebegini, maka saya merasakan barulah persaingan sihat akan berlaku. Saya sendiri menegaskan kepada Presiden PKPIM dan KARISMA, bahawa GAMIS akan menggandakan usaha untuk menarik dan mengkaderkan seberapa ramai ahli dan dalam hal ini, kita akan bersaing secara sihat. Saya akan menjelaskan apakah wadah perjuangan kami secara sihat dan baik, jauh dari unsur prasangka dan dengki.

Salahlah wujudnya banyak jamaah? Tidak salah. Namun jika wujud banyak jamaah dari sudut politik di Malaysia, maka saya berani mengatakannya adalah salah. Saya tetap mengatakan hanya PAS yang boleh mendokong perjuangan politik, yang lain mesti membantu.

Baik, saya bersedia menerima sebarang kritikan dan saya rela menerima teguran. Cuma saya mengharapkan agar, yang tidak faham dan yang tidak jelas, agar bertanya bukannya berprasangka.

Saya mahu konklusikan:

1- Saya tidak berkata bahawa saya bersetuju dengan konsep Jamaah Centric. Bagi saya, setiap orang mesti memiliki intima’ kepada sebuah jamaah dan mencurahkan ketaatan dengan sepenuhnya.

2- Saya hanya mahu semua ahli masuk ke dalam mana-mana jamaah dengan kefahaman bukannya doktrinisasi. Kefahaman yang akan meneguhkan kita.

3- Saya tetap berpandangan bahawa secara global, PAS tetap jamaah yang terbaik dan saya memilih untuk mencurahkan ketaatan kepada PAS. Saya amat bencikan orang yang menolak perjuangan politik yang didokong PAS dan saya amat tidak menyukai orang yang mengatakan PAS tidak aktif dalam dakwah.

4- Sebagaimana saya mengharapkan ahli Gamis mendapat pendedahan yang baik tentang jamaah lain agar pilihan dapat dibuat secara baik, maka saya turut menyeru agar jamaah lain turut bersedia untuk mendengar penerangan tentang Gamis. Di peringkat yang lebih tinggi, tentang PAS itu sendiri.Saya juga mahukan ahli anda mengenal Gamis dengan lebih terperinci dan saya rela bersoal jawab dalam mempertahankan mengapa saya memilih Gamis. Bahkan mengapa saya memilih PAS.

5- Saya juga mengharapkan agar semua ahli jamaah untuk turut mengenali UMNO dengan baik. Biar pimpinan UMNO sendiri yang menceritakan. Jangan kita menolak UMNO kerana kejahilan dan doktrinisai.

6- Menolak UMNO bukan bermakna saya tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. Gamis bukannya parti politik. Saya tetap akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO kerana Gamis hanyalah gerakan mahasiswa atau anak muda yang ada dinamika tersendiri. Bahkan kita berpandangan, banyak juga kebaikan dalam UMNO.

Sekali lagi saya tegaskan, saya menolak fahaman jamaah centric cuma saya menggesa agar kefahaman tetap dijadikan benteng dan tiang pertahanan yang utama.




Read More......

TUAN GURU, PENCEN LAH

1 Cadangan/Pandangan
Sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk Umno mengembangkan Islam di Malaysia. Syaratnya, mereka mesti bersedia menerima ulama dalam Pas sebagai salah satu badan yang boleh difungsikan secara baik.

Saya ingin sahaja mencadangkan kepada PM agar memanggil pimpinan Pas untuk berbincang tentang Islam. Bukan tentang. Kita tolak ke tepi soal parti. Kita sama-sama bincang soal Islam. Dan saya yakin pimpinan Pas tidak rigid untuk memenuhi jemputan.

Kita mesti menganggap Pas bukan parti. Nak je saya mencadangkan agar pimpinan mengurangkan istilah parti. Kita pakat-pakat guna perkataan Jamaah. Dalam bab ini saya taknak bincang tentang Jamaah atau Harakah. Anggap sahaja ia sama, usahlah kita terlalu berfalsafah di sini.

Jakim dan Jawi bukan kuasa dakwah besar di Malaysia. Kuasa dakwah terbesar adalah Pas. Angkatan dakwah yang paling ikhlas ialah Pas. Ahli yang paling taat ialah Pas. Jika dilakukan mobilisasi, maka Pas adalah gerakan terbaik untuk melaksanakannya.



Ini kerana tarbiah. Pas ada nilai tarbiah yang luar biasa. Maka ahlinya lahir dalam rumpun tarbiah dan diasuh untuk taat tanpa banyak bicara dalam banyak hal. Dalam masa yang sama, ahli Pas dilatih untuk berhujjah dan memberikan pandangan kepada pimpinan dengan penuh keikhlasan.

Ahli Umno juga bagus. Tetapi ia akan menjadi lebih bagus sekiranya bersedia untuk ditarbiah. Dan saya melihat, orang yang paling baik untuk memberikan tarbiah kepada mereka ialah pimpinan Pas.

Malaysia akan menjadi beragama sekiranya Umno bersedia mendengar nasihat dan Pas terus istiqamah. Sekarang Pas istiqamah. Namun Umno belum mahu menerima nasihat. Namun saya yakin, kelak PM akan berubah hati jika ahli Pas terus-menerus dengan agenda dakwah.

Jadikanlah agenda dakwah sebagai agenda terbesar. Dalam Gamis, kami tidak mengenal siasah melainkan jika dikaitkan dengan siasatud dakwah. Tuan Guru Presiden juga saya yakin menjadikan politik sebagai medan berdakwah. Tuan Guru Mursyidul Am sentiasa berpesan, “Jangan sebut parti tetapi sebut tentang Islam.”

Tiada politik melainkan untuk dakwah. Tiada tarbiah melainkanj untuk melahirkan pendakwah. Tiada jamaah melainkan untuk dakwah. Semuanya untuk dakwah tetapi bukan untuk lajnah dakwah. Pengurusan juga untuk memudahkan kerja dakwah.

Dakwah ini adalah pencerahan Islam. Kesedaran hakikat beragama. Keinginan melahirkan rasa cintakan Islam. Hatta Husam dan Ust Tantawi, semuanya lahir untuk dakwah. Maka angkatan dakwah mesti bersama dan menjadikan agenda dakwah agenda terpenting.

Tuan Guru sudah tua. Kedua-duanya. Rasa kasihan saya terhadap mereka sehingga ingin saya berkata kepada mereka, “Tuan Guru, pencen lah. Letaklah jawatan. Biar kami yang meneruskan perjuangan.” Namun anehnya dunia dakwah tidak mengira orang tua mahupun muda. Tuan Guru yang memahami menjadikan dakwah sebagai agenda kehidupan dan kematian mereka, terus menerus berdakwah dan tidak akan meletakkan jawatan sebagai penggerak dakwah.

Jawatan dalam Jamaah mungkin akan dilepaskan namun saya yakin Tok Guru tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli dakwah.

Saya juga rasa kasihan dengan PM dan ingin memberitahu beliau. “Letaklah jawatan, biar kami anak muda yang meneruskan perjuangan.” Saya rasa kasihan melihat uban yang bertambah dan kedut muka yang kian berhias.

Gerakan kampsu juga mesti memfokuskan dakwah. Tiada tarbiah kampus melainkan untuk melahirkan angkatan dakwah yang serius. Saya tidak termasuk dalam golongan yang serius tentang dakwah semasa di kampus. Saya menyesal namun saya masih meneruskan usaha tersebut dari semasa ke semasa.

Tahniah kepada beberapa akar umbi Pas yang mencadangkan agar ditubuhkan Akademi Dakwah. Tahniah dan syabas. Gamis juga sudah bertindak ke arah itu.saya berharap, Akademi Umno juga janganlah hanya melahirkan ‘kemelayuan’ tetapi, fikir-fikirkanlah juga tentang dakwah.

Bestnya jika Umno dan Pas sama-sama buat kerja dakwah…





Read More......

Khamis, 28 Mei 2009

BELAJAR PERLEMBAGAAN PAS

2 Cadangan/Pandangan
29 Jun 2009: Saya mahu semua ahli Gamis memahami apa dia dasar perjuangan Pas. Saya ingin berterus terang kali ini, bahawa Gamis lebih mengagumi Pas berbanding Umno yang kaya dengan corruption.

Mengapa mesti Gamis memahami dasar perjuangan Pas? Ini kerana saya sangat yakin, orang yang ditarbiah dalam kampus semestinya menjadikan Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Maka saya tidak bersembunyi lagi, bahawa saya mendokong Jamaah Islam ini. Gamis terus dengan non-partisan namun hati saya tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.

Saya ada beberapa cadangan yang ingin saya perhalusi:

1) Saya mengharapkan agar semua ahli Gamis tidak lagi memanggil Pas sebagai parti. Ini kerana panggilan itulah yang menyebabkan ramai beranggapan Pas hanyalah sebuah parti. Saya cadangkan kita panggil Pas sebagai Jamaah Pas. Ini kerana Pas adalah jamaah sedangkan parti dan politik hanyalah antara elemen perjuangan Pas.




2) Belajar dan memahami dasar perlembagaan Pas secara serius. Mesti menjadi kritikal dalam memahami dan sekiranya suatu masa kelak perlu diislahkan, kita islahkan. Saya amat tertarik dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang menegaskan, kepimpinan bersetuju dengan keahlian non-muslim namun kesediaan peringkat ahli nampaknya kurang.

3) Ahli Gamis hendaklah memahami apakah tarbiah dan sumber tarbiah dalam Pas. Ini kerana saya sangat yakin, tarbiah Pas adalah yang terbaik. Memahami tarbiah Pas bermakna kita cuba memahami dasar tarbiah yang terbaik dan paling diyakini. Dalam hal ini, dengar sahaja pandangan Ketua Pemudanya. Biarlah tarbiah itu difahami melalui pimpinan yang berkelayakan.

4) Ahli Gamis harus merapati pejuang Pas bukan hanya pimpinan. Berkenalan dengan pimpinan menambahkan jiwa besar. Berapat-rapatan dengan ahli, menambahkan kasih sayang dan pengalaman. Rapatilah Ketua Unit Amal. Saya mengagumi beliau. Ahli Gamis UM mesti mengenali siapa dia Abang Zamri dan Abang Man Burger.

5) Ahli Gamis mesti mengetahui apakah perkembangan semasa dalam Jamaah ini. Hadiri muktamar, mengenali pimpinan utama sebagimana kita mengenali peranan malaikat yang sepuluh, tidak menjauhkan diri daripada mereka, membaca Harakahdaily dan membeli akhbarnya dan sebagainya.

6) Ahli Gamis hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan Jamaah dan pimpinan tertinggi khususnya dan semua ahli Pas umumnya.

Namun janganlah ini membuatkan ahli Gamis sudah mula bersifat kepartian. Maksud saya, Pas diambil kampus dibuang. Aulawiyat kita sekarang ialah kampus. Maka pemerkasaan kaderisasi dan siasah serta dakwah kampus mesti dilaksanakan.

Juga janganlah sampai terus mem’block’ kita daripada menjalinkan hubungan kerjasama dengan sesiapa sahaja termasuklah Umno. Bekerjasama dengan Umno tidak bermakna bersetuju dengan Umno. Tetapi ini menunjukkan semangat Gamis sendiri yang bersifat merentasi parti.

Malah Pemuda Pas sendiri yang jelas di dahi mereka Pas pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Umno sekalipun. Namun sebagai ahli Gamis yang cerdik-cerdik, fahamilah dengan teliti apakah maksud kerjasama itu. Jangan pula disalah tafsirkan, jangan pula suka menghukum sedangkan kita tidak faham.

Kata YB Solahuddin dalam harapannya kepada kami, “Biarlah Gamis bergerak dengan kaki sendiri.”











Read More......

SEORANG TUAN GURU YANG TUA

2 Cadangan/Pandangan
29 Jun 2009: Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa rakan saya termasuk Saudara Nasaie yang telah berjaya menjalankan ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Mungkin pahit disengat lebah, tetapi ia merupakan pengalaman dan ikatan ukhuwah yang tidak terjangkau.

Barangkali PAS Lembah Pantai akan berubah rentak, menjadi lebih baik. Itu keyakinan saya. Ini kerana Islam sudah terkedepan, maka semestinya Gerakan Islam turut terkedepan. Jelasnya, kebangkitan Islam adalah disebabkan kesungguhan angkatan dakwah menjalankan kegiatan dan aktiviti secara serius.

Saya dan beberapa sahabat bertemu Tuan Guru Presiden di rumah beliau pada Jumaat lepas, 22 Jun. pertemuan yang memakan masa hampir satu jam setengah penuh dengan suasana ukhuwah, antara ayah dengan anak. Kami membahasakan diri Tuan Guru sebagai ayahanda Tuan Guru.

Diajukan satu soalan kepada beliau yang zahid. Rumahnya yang kosong dan ‘kemiskinan’. Berdekatan dengan masjid sebagaimana Mursyidul Am dan Ketua Dewan UIama. Kitab memenuhi rak, banyak sekali dan mencuri perhatian saya.



“Pas hanya dilihat sesetengah orang sebagai parti bukannya jamaah. Antara isu yang dibangkitkan ialah Pas tidak begitu peduli dengan isu liberalisme, agama anak dan sebagainya.”

Tuan Guru dengan tenang menjawab, bahawa Pas serius dengan kegiatan dakwah. Tuan Guru sendiri menyuarakan pandangan berkaitan agama anak dalam pertemuan majlis raja-raja. Dalam isu liberal juga begitu. Malah Pas sendiri turun ke lapangan masyarakat untuk membantu orang yang miskin.

Saya gembira mendengar ulasan Tuan Guru. Padat dan sarat. Perangai Tuan Guru mudah. Bila ditanya, jawapannya ringkas tetapi padat. Seolah-olah beliau mengerti, kami ada banyak persoalan jadi jawapan harus diringkaskan.

Ya, saya sangat mengerti tabiat Pas. Ia ada banyak kekurangan berbanding Umno. Pertama, Umno ada harta, Pas tidak. Umno ada media primer, Pas tidak. Umno ada upah untuk diberi, Pas tidak. Umno ada kuasa besar, Pas tidak. Satu yang Pas ada ialah, jiwa untuk jihad.

Saya sangat mengerti keadaan sebuah partui yang miskin harta tetapi kaya jiwa ini. Sesungguhnya Pas tidak bergantung dengan duit lain melainkan duit poket ahli. Saya mengharapkan banyaklah derma kelak dalam muktamar.

Tuan Guru miskin. Tiada apa-apa di rumahnya. Entah-entah, Tuan Guru pun mungkin tidak lepas nisab untuk mengeluarkan zakat. Salahkah Tuan Guru miskin sedangkan Islam mengajar umatnya mesti menjadi kaya.

Bagi saya, langsung tidak salah. Ini kerana Tuan Guru boleh jika ingin menjadi kaya tetapi Tuan Guru sudah memejamkan matanya daripada melihat harta dunia.

Ayah Chik buta. Ayah Chik kudung. Ayah Chik jahil.

Benar. Ayah Chik buta daripada melihat dunia, tetapi mata hatinya terang benderang. Ayah Chik kudung daripada melangkah ke era kekuasaan menindas rakyat. Ayah Chik jahil unjtuk melakukan kezaliman. Ya, Ayah Chik langsung tidak pandai berlaku zalim.

Ayah Chik hanya tahu berkhidmat. Ayah Chik hanya tahu berjuang. Ayah Chik tidak pandai boros. Ayah Chik jahil dalam bidang itu. Ayah Chik hanya hidup untuk ilmu dan jihad.

Saya ingin sahaja menangis melihat Tuan Guru. Tua, namun jiwa muda.

Akhir pertemuan kami, saya merapati Tuan Guru sambil menggenggam tangannya seraya berkata,

“Tuan Guru, ana berbai’ah akan memperjuangkan Islam. Doakan ana,” sambil memeluknya, dan sekerdup wajah tua itu tersenyum.



Read More......

Rabu, 27 Mei 2009

MENGKRITIK PRESIDEN TIDAK SALAH

1 Cadangan/Pandangan
28 Mei 2009

Semalam kami jumpa YB Solahuddin. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan. Saya mengajukan dua persoalan kepada beliau. Berkaitan persoalan kedua, tahulah saya bahawa saya sedikit berbeza pandangan dengan beliau.

Namun saya boleh sifatkan, beliau lebih bersikap berhati-hati dan kaya dengan pengalaman. Saya berharap sangat, bahawa perbezaan pandangan antara kami adalah perkara biasa dan sunnatullah. Beliau sendiri berkata, “Berbeza pandangan tidak mengapa”.

Saya turut berbeza pandangan sedikit dengan ustaz Ramadhan berkaitan dengan manhaj tarbiah. Saya lebih menyenangi pandangan Pengarah JKS. Ia lebih sesuai dengan jiwa saya. Namun saya memahami, Ustaz Ramadhan ada bentuk pemikirannya dan saya juga begitu.

Bagi saya, tidak salah berbeza pandangan dan inilah sifat kepemudaan yang disyarahkan oleh YB Solahuddin semalam.




Perbezaan pandangan adalah melambangkan kekayaan bentuk pemikiran dan percambahan idea. Malah pemikiran berkaitan dengan masa depan dan manhaj itu sendiri. Termasuklah yang menyentuh soal status quo.

Namun tidak ramai yang berani menyentuh kemuliaan status quo. Masih ramai yang selesa dengan bentuk yang sudah betah dan terbiasa. Bagi saya, apa salahnya jika kita mencuba yang baru.

Ustaz Mad Sabu Junior sering menyebut pandangan ulama, “Gabungkan perkara lama yang soleh dengan perkara baru yang bermanfaat.”

Baik, YB Solahuddin menyebut soal anak muda yang berdarah panas dan agresif. Beliau secara tegas menyebut, bahawa kita mesti berani memberikan pandangan. Beliau sendiri sanggup berbeza pandangan dengan Presiden Parti.

Salahkah beliau berbeza pandangan dengan Presiden? Langsung tidak salah. Inilah dinamika. Lemahkah Presiden apabila ada yang mempertikaikan pandangan beliau? Langsung tidak lemah. ini perkara biasa.

Kata Dr Zulkifli Ahmad, perbezaan pandangan menambahkan kemuliaan parti dan Presiden. Presiden langsung tidak lemah apabila pandangan ditolak. Itu perkara biasa. Pandangan nabi SAW juga ada yang ditolak. Pelik sangatkah? Langsung tidak pelik. Langsung tidak aneh.

Yang tidak boleh ialah apabila kritikan yang cuba menjatuhkan. Jika kritikan membina, tidak mengapa. Namun ramai yang tidak mampu membezakan antara kritikan membina dan menjatuhkan.



Read More......

Rabu, 20 Mei 2009

import murabbi

3 Cadangan/Pandangan
Apabila FAM tidak mengizinkan penggunaan pemain import, maka rata-rata pemain dan jurulatih berpendapat ia merugikan.

Sekarang, orang sibuk berbincang supaya pemain hoki ke Eropah untuk mempelajari skill di sana. Tidak boleh hanya di kampung sendiri, kena tengok juga skill kampung orang.

Saya rasa, tarbiah pun mesti begitu. Di Malaysia, di kampus-kampus sebagai contoh, mengapa kita tidak menggunakan orang-orang yang ada di sekeliling kita? Maksud saya, bangsa asing.

Selagi mana kita hanya mendapatkan khidmat dan nasihat tarbiah daripada sesama kita, maka kita tidak akan berganjak jauh. Kita boleh dikatakan hanya berbangga tanpa ada kayu ukur terbaik.

Mendengar pandangan pihak lawan itu semestinya. Mendengar pandangan intelektual, itu semestinya. Sekarang, apa kata kita menggunakan tenaga asing.



Sebagai contoh, ikhwah kita dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) ada ramai yang belajar di Malaysia. Merupakan satu kerugian besar jika kita tidak meminta bantuan mereka.

Sedangkan BAM pula bersungguh-sungguh mendapatkan khidmat daripada Rexy Mainaky dan Hendrawan. Maka mengapa tidak dalam dunia tarbiah?

Di UIA, sahabat kita dari pelbagai bangsa ada di sana. Mungkin di sana lebih banyak lagi, maka mengapa tidak digunakan mereka sebaiknya dalam dunia tarbiah?

“Bahaya ustaz, nanti ahli bercampur aduk fikrah”

“Nanti ada ta’addud jamaah”

Inilah dogma kebanyakan kita. Ketepikan perkara itu. Itu memerlukan kawalan. Lagipun yang penting, kita mesti memahamkan mereka tentang keadaan dan realiti kita dana dakan perbincangan yang kerap.

saya yakin, jika kita berani menongkah arus ini, kita akan dapat melihat dunia yang jauh lebih luas. Kita perlu meninggalkan dunia yang serba ketakutan ini kepada dunia yang lebih bermakna.

Yang penting, kita berani dan bersedia.






Read More......

asingkan tamrin antara lelaki dengan perempuan

19 Cadangan/Pandangan
Mungkin sudah tiba masanya gerakan kampus mengasingkan tamrin antara lelaki dengan perempuan. Muslimin ada kekuatan fizikal sedangkan muslimat lebih kepada perasaan kasih sayang dan semangat kekitaan.

Ia tidak sama. Dalam beberapa segi, ia menyusahkan. Muslimat mungkin mempunyai komitmen yang tinggi terhadap ceramah sedangkan muslimin tidak begitu. Ia lebih suka kepada kegiatan dan aktiviti.

Muslimin tidaklah sukakan sangat dengan modul keanak-anakan dan modul ukhuwah. Saya antara orang paling tidak suka dengan modul. Mereka lebih lasak. Muslimat pula, memang sukakan perkara itu.

Penanaman semangat juga berbeza. Mood antara muslimin dengan muslimat berbeza. Muslimat mungkin boleh dengan muhasabah menitiskan air mata tetapi muslimin sukakan muhasabah jihad.

Ia berbeza bukan?



Banyak lagi sebab yang boleh kita lanjutkan perbincangannya. Maka apabila tamrin berbeza, yang terpenting ialah bentuk tarbiah juga mesti berbeza.

Tidak boleh lagi dinilai komitmen muslimin dengan melihat sejauh mana komitmen mereka terhadap kedatangan ke dalam usrah dalam bentuk perbincangan. Menghabiskan silibus.

Muslimat berminat. Muslimat berminat dengan budaya tazkirah. Muslimin tidak begitu. Mereka lebih minat mengasak minda dan fizikal dengan cara lain.

Saya sebutkan kepada rakan saya. “Ana ni kira nasib baik ana jenis taat je. Ikut hati ana, ana pun tak suka dengan bentuk usrah yang ana lalui selama ini.” Benar, saya tidak sukakan sangat usrah yang saya lalui selama ini.

Apa lagi apabila naqib melukis gambar pokok untuk ditamsilkan dengan Islam, Ihsan dan akidah. Ia membosankan.

Muslimat tidak mengapa. Diulang benda sama berulang kali pun tidak mengapa. Mereka jenis berkongsi masalah. Muslimin tidak. Mereka tidak minat berkongsi masalah. Mereka lebih gemar mencipta masalah.

Saya tidak suka dengan slot muhasabah yang tidak menentu. Menitiskan air mata perlu. Tetapi apabila dikumpulkan dan dimuhasabah, saya sudah mula bosan. Saya sudah besar. Saya mahukan pendekatan lain.

Saya juga tidak berminat dengan muhasabah tentang Palestin dan sebagainya. Itu semua retorik yang sengaja digambar-gambarkan. Tetapi kefahaman tetap tidak terbina. Hanya air mata yang tertumpah.

Jadi, banyak bezanya. Namun saya seorang yang taat dan mengikut sehingga akhirnya saya lulus. Meskipun hati saya memberontak. Saya mahukan pendekatan lain. Namun sukar kerana saya sudah lahir dalam kerangka sistem ini.

Ibarat seorang yang lahir di negara Iran. Tidak pernah berjumpa dengan karya ahli sunnah wal jamaah. Mereka hanya bertemu dengan ulama syiah. Lalu mereka menjadi penganut syiah. Mereka biasa dengan kehidupan syiah. Mereka akan sukar menukar pendirian.

Maka orang yang lahir dalam sistem sekarang pun sukar sekali menukar bentuk kehidupan mereka. Kita lahir melalui sistem usrah yang penuh kelembutan, penilaian komitmen dibuat berdasarkan kehadiran dalam usrah dan lain-lain, ia membosankan untuk remaja alaf baru.

Itu pendekatan untuk orang tua. Juga untuk muslimat. Bukan untuk anak muda yang aktif dan lasak. Yang kreatif dan memiliki pemikiran yang semakin kritikal.

Silibus usrah pula tidak menguntungkan orang yang tidak belajar dalam pengajian Islam. Saya teringat seorang pelajar Akaun UPM bertanyakan soalan,

“Bagaimana perhatian tarbiah terhadap pelajar akaun seperti kami?”

Nah, apakah jawapan kita. Kita hanya menguntungkan pelajar fakulti atau akademi Islam. Maka ramailah yang belajar agama mengikuti perjuangan kita. Sedangkan pelajar kedoktoran dan engineer yang cerdik jarang menuruti langkah kita. Ia merugikan kita.

Patutlah jika muslimat yang ramai beranak dalam sistem ini. Kerana sistem ini menguntungkan mereka.

Sudah lama sistem ini diguna pakai. Ubahlah yang baru. Kita sama-sama berfikir sesuatu yang baru.






Read More......

Selasa, 19 Mei 2009

saya ingin berpesan kepada gerakan um

7 Cadangan/Pandangan
Sudah lama gerakan mahasiswa di UM berkuasa. Mereka selama ini mendominasi persada politik mahasiswa. Sebut sahaja nama UM, gah terasa.

Saya menjangkakan, kelekaan akan melenyapkan mereka. Saya tidak mahu adik-adik saya di UM dilanggar kelekaan tersebut sehingga mereka terlalai. Ia merugikan.

Saya mahu sebut kepada TNC HEP, “Jangan bimbang lagi dengan gerakan UM. Mereka makin lemah. ini kerana budaya leka sedang menghantui mereka.”

Saya tidak katakan budaya ini sedang menghantui presidennya. Saya kenal presiden PMIUM. Karismatik dan saya menyanjung kepimpinan beliau. Tetapi saya menanti yang lain.

Gamis tidak mahukan hanya Munir dari UM. Kita perlukan lebih ramai perancang dan penggera.

Atau benarkah apa yang menghantui saya selama ini. Pedoman Ibnu Khaldun. Kerajaan akan jatuh setelah lama bertapak. Ini kerana mereka tiada saingan untuk dijadikan kayu pengukur.

Juga ditimpa kelekaan kuasa.

Saya tidak menolak kemungkinan sahabat gerakan dari kampus lain seperti UIA, UKM atau UPM, atau mana-mana akan mendominasi gerakan nasional jika ahli di UM ditimpa kelekaan berpanjangan.

Saya tidak berniat mahu menjatuhkan UM. namun saya menyedari, orang yang jarang disebut kelemahannya walaupun kelemahannya banyak akan mudah melenting.

Saya mahu mencabar hanya dua dari gerakan di UM.

Pertama, siapa yang sanggup berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama presidennya, Saudara Syazni Munir.

Kedua, peningkatan kaderisasi. Syaa mencabar gerakan UM untuk memperbanyakkan semula kuntiti dan kualiti kaderisasi.

Seseorang memberitahu saya, “Ustaz, yang penting kualiti bukannya kuantiti.”

Saya menjawab balik, “Kurangnya kuantiti kamu sekarang menunjukkan kualiti pimpinan dan naqib adalah sangat lemah.

Munir, maafkan saya…







Read More......

seruan saya:kaderkan orang cina

5 Cadangan/Pandangan
19 Mei 2009

“Kaderkan orang Cina, pasti lanskap tarbiah kampus akan berubah.”

Ini gagasan dan impian saya. Kita sendiri bersetuju dengan dua kelebihan orang Cina. Satu, mempunyai akal yang bijak. Dua, kelebihan dari sudut perniagaan.

Saya cukup meyakini, jika dalam masa tiga atau empat tahun dari sekarang, sekiranya semua ahli gerakan kampus serius dalam hal ini, kita akan dapat melihat paling kurang tiga atau lima orang ahli gerakan baru berbangsa Cina.

Ketika itu, jamaah terpaksa memikirkan satu mekanisme pentarbiahan baru. Saya sangat yakin, orang Cina tidak akan serasi dengan bentuk tarbiah yang ada sekarang.

Maka saya mengambil kesempatan menyeru semua ahli gerakan kampus seluruh Malaysia, agar serius untuk mengkaderkan orang Cina.

Kita letakkan target, mulai lima tahun dari sekarang, sekurang-kurangnya kita akan kaderkan hanya lima orang Chinese Muslim untuk terlibat dalam gerakan kita.

Ketika itu, mungkin Persatuan Islam UM akan meletakkan orang Cina sebagai Lajnah Ekonomi atau sebagai Setiausaha Agung. Yakinlah, kita mampu. Read More......

Ahad, 17 Mei 2009

dunia tanpa usrah 1

12 Cadangan/Pandangan
Apa agaknya akan jadi dengan perkaderan tanpa usrah dan tamrin?

Persoalan itu menarik. Ya, apa akan jadi jika tanpa usrah dan tamrin. Bersama-samalah kita mencari jalan penyelesaiannya.

Saya maksudkan usrah di sini ialah dengan makna, “Satu sistem yang diperkenalkan oleh Ikhwan al-Muslimin”. Dan saya maksudkan usrah dalam ruang perbincangan saya ini sebagai, “Berkumpulnya segolongan untuk berbincang”.

Ini maksud usrah dalam perbincangan ini. Bukanlah saya membataskan maknya kepada setakat itu, cuma ini adalah untuk perbincangan dalam artikel ini.

Tamrin yang saya maksudkan ialah sebagai pegangan biasa kita, “Satu program bagi membina manusia”.




Harus kita bincangkan bagi menambahkan pemikiran. Bukan untuk menghapuskan usrah mahupun tamrin, tetapi sekadar menajamkan strategi dan pemikiran.

Logikalnya begini, jika usrah adalah ciptaan Ikhwan, maka seharusnya perkaderan boleh terus terjadi dan terbina tanpa usrah.

Bahkan nabi SAW dulu pun tidak memerlukan satu program yang khusus seperti tamrin dalam proses perkaderan. Begitu juga zaman seterusnya.

“Eh, boleh ke kader orang tanpa usrah? Boleh ke kader orang tanpa tamrin?”

Itu pemikiran biasa ahli gerakan lantaran mereka lahir dalam lingkuan suasana usrah dan tamrin. Sebagaimana orang yang lahir di Iran, terdedah dengan pemikiran Syiah, maka mereka menjadi Syiah dan tidak mengenali Ahli Sunnah.

Saya berkeyakinan jika jamaah boleh memikirkan satu mekanisme baru, maka gerakan akan bertambah laju. Ya, tanpa usrah dan tanpa tamrin.

Maksud saya, usrah tetap terbaik setakat ini. Tamrin juga merupakan jalan terbaik setakat ini. Namun apakah ia merupakan jalan yang terbaik buat selama-lamanya?

Jangan anda meluaskan makna usrah sehingga semuanya usrah. Ada yang memahami makna usrah sebagai, “Bermula dengan tasbih kaffarah dan berakhir dengan al-Fatihah?”

Saya membalas balik, secara gurauan, “Jika itu makna usrah, maka apakah maksud selepas al-Fatihah dan sebelum tasbih kaffarah?”

“Itu bukan usrah?” Jadi, tolong jangan terlalu luaskan makna usrah.

Baik, saya berfikir beberapa perkara.

Menganggap usrah sebagai jalan perkaderan adalah menumpulkan strategi kita. Sejak dulu hingga sekarang kita hanya beranggapan usrah sebagai solusi terbaik.

Kita mesti berbincang solusi yang lain.

Bagaimana dengan perkaderan tanpa tamrin. Pasti boleh.

“Ustaz, ahli tanpa tamrin adalah ahli yang lemah kelak. Ia bahaya”. Mungkin persoalan ini akan timbul.

Ini adalah pemikiran orang yang lahir dalam lingkungan tamrin. Bagaimana suatu ketika, jika universiti mewajibkan kelas pengajian pada hujung minggu?

Atau bagaimana jika Latihan Praktikal terus dibuat selepas peperiksaan akhir untuk setiap pelajar bagi setiap pelajar? Bukankah ia menggerunkan?

Sesungguhnya saya ada terjumpa fakta, secara mafhum mukhalafahnya, Kuliah Maghrib tiada pada zaman Nabi SAW. Namun generasi yang lahir tetap adalah generasi yang luar biasa. Bagaimana dan mengapa?

Tidak boleh jika kita menjawab, “Takpelah, zaman mereka ada Nabi SAW?”





Read More......

alangkah ruginya apabila kita tidak bersama

3 Cadangan/Pandangan
Saya mengendalikan tamrin sebuah kampus baru-baru ini. Lima hari lamanya. Namuan saya banyak mengambil slot pada dua hari terakhir berdasarkan dua sebab.

Pertama, saya ingin memberikan kesempatan kepada sahabat saya yang lain untuk mengendalikan program sebagai proses pengalaman.

Kedua, saya kehilangan suara hampir seminggu lamanya.

Program ini berteraskan brainstorming dalam melahirkan pemikiran kritikal. Saya sudah berfikir, masa sekarang,

“Ahli tidak lagi perlu berfikir sebagaimana pimpinan”

“Sebaliknya paling penting ialah ahli berfikir secara kritikal dan mampu menjadi perancang”



Saya tidak boleh mengemukakan apakah modul yang kami gunakan sepanjang tempoh tamrin tersebut. Namun anda boleh bayangkan tamrin ajuran Gamis adalah seperti ini:

1- Tiada slot disiplin dan tiada sebarang hukuman dikenakan
2- Tiada sebarang penegasan dibuat
3- Tiada paksaan
4- Jika peserta mahu membeli apa-apa, berikan duit dan AJK akan membelikannya
5- Peserta diberikan kebebasan
6- Waktu tidur yang mencukupi termasuklah qailulah
7- Tiada marah-marah

Saya kemukakan di sini beberapa komen peserta terhadap sesi brainstorming sebagai penunjuk kepada keberkesanan program antaranya:

1- Brainstorming yang dilakukan secara berulang kali sedikit sebanyak dapat mengembangkan idea di samping membina pemikiran outbox, kreatif, kritikal dan sebagainya.
2- Mengajar berfikir di luar kotak. Kemahiran yang cekap, satu potensi melahirkan tanzim yang kuat
3- Dapat meningkatkan daya pemikiran yang lebih advance
4- Latihan critikal thinking sangat bagus dalam merancang gerak kerja jamaah dan menghadapi isu-isu tergempar
5- Amat bagus. Melatih tubi minda. Mantop.
6- Input baru yang tidak pernah terfikir dan mudah dicapai.
7- Bentuk satu kaedah baru dalam membuat idea. Kekangan masa menyebabkan tidak boleh berfikir buat sementara waktu.
8- Membantu menjana pemikiran yang kritis dan kreatif dalam setiap perbincangan. Percambahan idea daripada idea yang agak simple. Dapat menjadi guideline untuk kampus/ jamaah di kampus tentang resolusi, cadangan untuk permasalahan yanga da dalam jamaah.

Saya sengaja menjemput beberapa wakil dari kampus lain untuk sama-sama belajar daripada program. Saya nyatakan kepada mereka,

“Ana ada idea dan ana harap idea ana ini akan dapat dikongsi dengan antum. Antum juga ada idea dan style tersendiri yang patut ana belajar”.

Alangkah ruginya apabila kita tidak bersama.






Read More......

gerakan ulama mahasiswa

7 Cadangan/Pandangan
Saya pernah memasang impian. Ia tidak pernah surut sehinggalah sekarang. Saya ingin membentuk satu kesatuan antara semua kolej Islam yang ada di Malaysia.

Dulu saya mengharapkan agar muslimat memiliki gerakan tersendiri. Secara dalaman ia adalah Gamis namun ia menggunakan platform lain secara luaran. Saya menyatakan pengharapan saya itu kepada Rafidah dan lain-lain.

Mereka berjaya melaksanakannya dan akhirnya mereka menubuhkan Sigma dengan gagasan MP3.

Mengapa perlu kesatuan antara semua kolej Islam di Malaysia. Saya ingin menyebutkannya dan saya mengharapkan agar semua menilainya dan memberikan pandangan.




Pertama, saya ingin sekali melihat kesatuan wujud kalangan pelajar agama dan mereka tidak terpisah dengan blok kampus dan kenegerian. Maka ketika itu tiada lagi KIAS mahupun Insaniah ataupun Kuis, sebaliknya yang ada hanyalah satu kesatuan.

Kedua, ini adalah kesatuan kalangan ulama mahasiswa. Selama ini Gamis hanya memberikan respon dari sudut politik banyaknya tetapi tidak dari sudut keagamaan dan hujjah yang baik. Maka diharapkan ulama mahasiswa ini akan merancakkan suasana yang ada.

Ketiga, saya ingin melihat para ulama mahasiswa bekerja bersama dalam satu gelanggang sebagai satu latihan kepada mereka. Kelak, merekalah yang akan mewarisi tempat-tempat keagamaan dalam negara termasuklah Mufti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keempat, saya ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa boleh juga memberikan respon dari sudut keagamaan dengan hujjah yang baik. Ilmu tidak menurut kepada kadar umur.

Kelima, saya juga mengimpikan agar mereka menjadi solution terbaik dalam memberikan pandangan terhadap permasalahan remaja yang kian tunggang-langgang.

Keenam, diharap dengan kesatuan ini, akan menjadi satu force dan front yang akan menjadi badan pendesak atau penasihat kepada kerajaan dalam menyelesaikan masalah Islam di Malaysia. Maksud saya, menurut kaca mata anak muda.

Ketujuh, mereka akan menjadi penasihat agama kepada Gamis agar dengan itu keberkatan akan sentiasa mengiringi Gamis. Bahkan merekalah yang diharapkan dapat menyemai kekuatan ruhiyah kalangan ahli Gamis dan menjadi penegur dan penasihat.

Kelapan, saya ingin sekali mereka berasa lebih bertanggungjawab untuk menjadi solution terhadap permasalahan yang wujud. Maka dengan rasa tanggungjawab yang tinggi itulah akan menyuburkan gerakan anak muda Islam.

Kesembilan, saya ingin menimbulkan rasa gerun kepada musuh Islam. Betapa kalangan anak muda yang ada sekarang, mereka sudah bersedia untuk mengisi ruang keagamaan dan mendidik anak bangsa menjadi penganut Islam yang baik.

Kesepuluh, saya mahu mereka mengisi ruang kekosongan yang ada dalam gerakan ulama. Merekalah yang akan ke depan untuk memberikan press statement, pressure group secara profesional, membuat penulisan dan sebagainya.

Kesebelas, mereka yang akan menambahkan kekuatan gerakan Islam yang sedia ada. Bayangkan jika gerakan ulama mahasiswa yang biasanya agresif membantu gerakan yang lain, maka kekuatan itu bertambah layaknya bagaikan “nurun ‘ala nur”, atau cahaya atas cahaya.

Saya sudah menghubungi beberapa pimpinan besar kolej-kolej Islam dan merancang untuk mengadakan konvensyen bagi penubuhan gerakan baru ini. Saya terasa ingin mencadangkan Kedah sebagai tempat pertemuan kami.

Ia pertemuan terbuka, bukannya tersembunyi. Semua bahkan seluruh negara boleh menyaksikannya. Saya tidak menyembunyikan rasa ingin memperjuangkan Islam daripada khayalak bahkan saya ingin menzahirkannya tanpa berselindung lagi.

Maka ketika itu, saya ingin melaungkan kepada mereka, kita tidak pentingkan nama mahupun jawatan, atau gelaran. Saya tidak langsung kisah jika ummah tidak mengenali siapa kita asalkan mereka mengenali Islam.

Biarlah nama kita tidak tersohor di dunia asalkan malaikat menyanjung-nyanjung usaha kita. Biarlah kita tidak terkenal asalkan Islam yang terkenal.

“Kita akan menjadi akar kepada sebuah pokok. Orang hanya nampak buah tidak nampak akar. Namun akarlah yang mengukuhkan tunjang pokok”.



Read More......

Sabtu, 16 Mei 2009

konsert gamis

7 Cadangan/Pandangan
Jangan bimbang tentang konset GAMIS. Rabbani sendiri sudah berjanji akan memstikan Islam akan terpacak dalam konsert nanti. Ahli GAMIS pun mesti thiqah dan percaya dengan MT dan AJK.

Betul, ikhtilat dalam konsert dan di Meka semasa tawaf mahupun solat adalah berbeza. Di hadapan kaabah, lelaki perempuan berhimpit-himpitan kadang-kadang tetapi siapalah yang berani melakukan derhaka di hadapan bumi Haram.

Solat dan munajat di Negeri Kelantan juga berbeza. Meskipun bersebelahan tanpa tabi, namun ia menjamin keimanan dan menjauhkan maksiat. Dalam konsert semestinya ada beza yang sangat ketara.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan suasana Islam akan terlebar dan jauhnya ikhtilat.

“Saya nak tanya ustaz. Apa pula gunanya kita memanggil Meet Uncle Hussain?” tanya Hanisah. Saya sudah agak, pastinya ramai yang tidak bersetuju jika saya menjemput kumpulan MUH.

“Daya penarik,” saya mula menjawabnya.



“Ana tidak mahu yang datang konsert hanya golongan yang berkopiah, atau ahli PAS. Apabila Tok Guru menjemput Mawi ke Kelantan, rupanya yang ramai datang adalah ahli PAS dari pelbagai pelosok. Yang memenuhi ruangan stadium sedangkan golongan sasar tidak dapat menembusi kepadatan stadium,” saya menjelaskan.

“Apabila namanya konsert, maka ia bukan untuk golongan agamawan secara khusus. Ia lebih kepada golongan yang lain. Apabila namanya wacana, barulah ia untuk golongan cerdik pandai,” saya menerangkan panjang lebar.

“Apa beza antara Gamis dengan yang lain?” Daud bertanya pula.

“Bezanya kita ada agenda dakwah. Bahkan tidak pernah kesatuan Mahasiswa dari seluruh negara mengadakan konsert. Ia akan membuka ruang paradigm bar yang tidak terjangkau,” kata saya.

Saya ingin menambah lagi, “Antum tidak perlu bimbang lantaran kumpulan Soutul Harakah tetap dominan dalam persembahan nanti. Kumpulan lain mungkin hanya untuk satu atau dua buah lagu. Soutul Harakah pula, mereka yang akan menguasainya. Bukankah ini satu keuntungan?”

“Oh, jadi, kumpulan lain hanya menyampaikan sedikit lagu. Baru ana jelas lagi bersuluh,” kata Hanisah tanda berpuas hati.

Saya sangat berharap agar semua memahami, bahawa kita berasal dari tarbiah dan kita adalah kumpulan pendokong tertegaknya Islam. Maka tetapkanlah thiqah dan berilah kepercayaan.

Saya akan berusaha memastikan akan ternyahnya unsur maksiat di dalamnya. Tujuan kita ialah cita-cita Islamiyah.

Nah, saya juga ingin tegaskan tentang penubuhan Gamis sebagai NGO. Ramai yang tersilap faham. Kami dah terangkan tetapi ramai yang buat-buat tidak faham atau betul-betul tidak faham.

Saya tidak dapat bayangkan, jika Gamis kekal dengan gerakan haram bawah tanah, sampai bila-bila Gamis tidak akan dapat melaksanakan konsert dan congress pendidikan yang bersifat nasional.

Tolonglah berikan keyakinan anda pada saya dan MT yang lain.





Read More......

Khamis, 14 Mei 2009

PIMPINAN PAS SANGAT TERBUKA

2 Cadangan/Pandangan
Saya berjumpa dengan beberapa pimpinan utama PAS baru-baru ini. Masing-masing mempunyai gaya berfikir yang tersendiri. Ini bagi saya menunjukkan kekuatan PAS yang telah melahirkan ahli yang mempunyai pelbagai pandangan.

Letihnya, apabila saya memberikan idea kepada PAS, pimpinan menyambut baik tetapi orang bawahan bagaikan histreia. Sebagai contoh, saya menyatakan PAS kekurangan negarawan dan pentadbir yang baik.

Orang bawahan sudah tidak keruan memarahi saya sebaliknya pimpinan bersetuju dan menerima dengan dada terbuka. Kita seharusnya jujur menilai diri sendiri.

Syaa juga menyatakan PAS lambat dan tidak begitu melahirkan rasa minat untuk menjaga potensi yang sudah terbit dalam kampus. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan slogan, “Pandai-pandailah diorang cari sendiri”, “dunia kampus hanya idealis bukannya gelanggang sebenar, jadi mereka seharunya bermula dari bawah”.



Pimpinan bersetuju dan kami berbincang perkara tersebut namun orang bawahan menengking-menengking saya. Saya tidak kisah sangat.

Banyak lagilah. Oh ye, apabila saya menyebut PAS, janganlah disangka semua orang PAS. Ada juga yang sangat memahami dan ramai yang kurang mengerti.

Saya sampaikan kepada seorang pimpinan dalam pemuda, betapa ada satu NGO yang begitu marah dengan PAS kerana terlalu mementingkan politik tetapi meninggalkan dakwah dan tarbiah. Contohnya dalam isu Musawah. Walhal PAS ada Lajnah Dakwah.

Pimpinan tersebut menyatakan kesetujuan dengan saya bahawa PAS sudah menjelma menjadi sebuah parti politik yang banyak fokusnya kepada politik tetapi kendur dalam bab lain.

Saya sebutkan kepada seseorang yang acap kali tidak bersetuju dengan pandangan saya, sekarang merupakan exco Pemuda Wilayah, “Tidak mustahil jika kelak PAS akan melahirkan pimpinan yang korup dan mengamalkan politik wang jika terlalu rakus dalam politik, tidak suka dimuhasabah dan dikritik dan kendur dalam tarbiah”.

Ia bukan sekadar bersetuju malah menambah-nambah lagi.

Saya nyatakan kepada beberapa pimpinan pemuda, PAS tidak boleh lagi menjadikan demo sebagai jalan. Mesti ada satu gerakan baru dan bentuk baru. Mengapa mesti demo berterusan. Saya tidak kisah. Jika pandangan saya silap, saya terima. Jika benar, saya harap pimpinan sudi menerimanya, bukan sekadar mendengar dan mengangguk.

Alhamdulillah akhirnya pimpinan pemuda bersetuju. Saya sendiri akan menyediakan proposal untuk wacana Fiqhul Harakah al-Mu’asirah.

Ada kalangan PAS, bukan PAS, tetapi kalangan PAS Yang melenting apabila kami menjemput UMNO dalam Kongress Pendidikan Nasional yang bakal diadakan. Pengarah program mengadu perkara tersebut kepada seorang AJK PAS Pusat yang berpengaruh.

Yang anehnya, pimpinan tersebut sangat bersetuju dan menggalakkan kami untuk mengadakan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana kami turut mengadakan kerjasama dengan PAS.

Dalam memberi pandangan, saya menghormati orang yang lebih tua. Saya tidak akan melanggar adab-adab tatasusila. Bagi saya, pimpinan PAS sangat terbuka namun terdapat orang bawahan atau pimpinan bawahan yang masih kekal dengan style yang lama.

Saya ada menghantar mesej kepada beberapa orang yang tidak bersetuju dengan saya, atau tidak bersetuju malah ingin menjauhkan diri daripada Gamis, bahawa saya sedia untuk bertemu dan berbincang jika perlu, dan saya akan menerangkan segala-galanya tentang pandangan saya.

Dan saya ingin membuat jemputan terbuka, kepada yang tidak bersetuju dengan saya untuk berbincang secara terus bukannya mendengar ‘nasi tambah’ dan sekadar membaca blog kemudiannya tidak memahami.

Saya tidak akan bersombong diri…



Read More......

Jumaat, 8 Mei 2009

umur 22 tahun dah kawen

8 Cadangan/Pandangan
melangsungkan perkahwinan esok. Mereka masih sangat muda.

Saya anggap mereka dan kawan-kawan sekampus mereka macam adik-adik kandung sahaja. Jadi apabila mereka berkahwin, sayalah orang yang sangat gembira.

Sempat saya berpesan kepada Akmal dan saya minta sampaikan pesan tersebut pada bakal suaminya. Pesan itu hadis nabi tentang rahmat Allah kepada suami isteri yang menghidupkan waktu malam.

Saya sangat mendokong orang berkahwin di usia muda. Kalau dapat, berkahwin sahaja ketika umur 22 tahun sebagaimana dua orang adik saya ini.



Berkahwin awal menjaga diri dan mematangkan usia jua pemikiran. Tindakan akan lebih beralas dan berteraskan pemikiran yang panjang.

Orang berkahwin awal akan mendapat anak banyak. Mungkin mereka akan merancang keluarga, namun saya mendoakan mereka mendapat anak yang banyak. Biar semua menjadi penggerak tarbiah.

Apa lagi kedua-dua cerdik dan pandai-pandai. Dua-dua ambil pengajian kedoktoran. Jadi, bila seorang lelaki cerdik, bertemu dengan perempuan yang cerdik, maka saya berkeyakinan Insya Allah mereka mendapat anak-anak yang cerdik.

Saya kenal Sobri, orang yang putih-putih dan ada rupa. Sesuai dan padan sekali mereka berdua. Bagai pinang dibelah tiga, ops dua.

Saya masih ingat. Firdaus menghubungi saya, "Ustaz Zul, ustaz tau ke Sobri kawen esok?" Terkejut saya mendengarnya. "Apa, esok dah diorang kawen?" Wow bestnya. Dalam hati saya sudah terngiur. Saya pun nak kawen esok.

Sobri kelihatan gembira apabila saya menghubunginya. Saya lagi-lagi gembira. Masa sekarang, saya yang banyak menasihati mereka. Nanti-nanti, saya yang akan mendengar nasihat mereka.

Saya juga menghubungi Akmal. "Ha, ni mesti pakai inai tadi, sebab tu tak angkat ana call," usik saya. Kebetulan Akmal tidak menyimpan nombor saya. Ia agak terkejut.

Moga-moga Allah merahmati mereka berdua. Saya berdoa kepada Allah, agar mereka bahagia, jauh dari bisikan Iblis sehingga merosakkan, moga mendapat zuriat banyak yang bertaqwa, juga banyak semestinya.

Ya Allah, aku ni, bila la lagi ye







Read More......

Khamis, 7 Mei 2009

KITA PAKAT-PAKAT JADI ULAMA

6 Cadangan/Pandangan
Boleh atau tidak, saya ingin memberikan pandangan dari sudut lain. Iaitu sudut cabaran dan keharusan bagi ahli Gamis dan semua menyahut cabaran yang wujud secara tidak langsung.

Baru saja saya membaca pandangan Tok Guru yang beranggapan bahawa ulama dengan professional tidak boleh dipisahkan. Maka orang yang mengethui ilmu selain usuluddin dan syariah juga merupakan ulama. Namun mesti juga menguasai asas-asas dalam ilmu basis agama.

Maka ia membuatkan saya teringatkan sahabat di UTP, UiTM, Politeknik dan pelbagai tempat lagi yang melahirkan golongan professional. Apakah mereka yang menguasai ilmu fardhu kifayah yang berat ini tidak mndapat sewajarnya jika mereka menyertai parti PAS?

Dalam pada PAS berbincang tentang ulama dan pofesional, UMNO pula sangat-sangat ketandusan ulma. Mereka hanya ada professional dan pakar rasuah. Itu sahaja mereka mampu lahirkan. Adapun ulama dalam UMNO hanyalah gelaran lahiriah.



Maka PAS seharusnya berbangga lantaran mereka punya ulama dan professional yang seimbang. UMNO pula, mereka tidak berbincang perkara ini lantaran mereka tidak ada ulama. Mereka saya ulang sekali lagi, hanya ada professional dan pakar rasuah.

Perbahasan tentang ulama dan professional makin bertambah hangat. Apa tindakan Gamis? Saya Nampak, ini adalah kebangkitan professional. Bukannya kelemahan ulama, cuma mungkin golongan professional terlalu laju ke depan.

Maka saya melihat, jika begini, maka menjadi tugas Gamis untuk melahirkan seberapa ramai ulama yang redha dengan permainan politik. Bukan ulama bebas yang memencilkan diri daripada perjuangan politik.

Gamis bagi saya sudah melahirkan golongan professional, tetapi sangat kurang sudut ulama. Maksud saya, ulama dalam bidang basis agama, bukan konsep ulama yang disebut Tuan Guru. Kita anggap ulama dalam artikel ini adalah orang yang pakar bidang.

Profesional dalam artikel ini pula adalah ahli akademik dan pakar dalam bidang- bidang fardhu kifayah. Ini untuk memudahkan perbincangan dan penulisan saya.

Maka Gamis harus berusaha melahirkan seramai mungkin ulama. Sementara ulama-ulama masih ramai di Malaysia, maka Gamis harus berganding dengan mereka. Tidak kira sama ada ulama yang terlibat dengan politik atau tidak, yang penting proses pembinaan ulama berlaku.

Saya menyeru kolej-kolej Islam, sama ada wujud Gamis atau tidak di sana, mesti berusaha ke arah merealisasikan cita-cita besar ini. Orang semacam Ustaz Harun Taib dan Ustaz Daud Iraqi perlu dilahirkan seramai mungkin lagi.

Saya pernah jumpa Ustaz Harun. Beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di Manir. Beliau dipanggil Tok Guru. Rugi sangat jika Gamis tidak melahirkan orang sepertinya.

Saya pernah jumpa Ustaz Daud Iraqi yang sangat tawadhu’ dan berilmu. Malah apabila menatap wajah ulama muda seperti Ustaz Nik Zawawi ia seharusnya meningkatkan semangat ahli Gamis untuk menjadi ulama.

Supaya dengan itu, tidak timbul lagi masalah ulama atau professional dalam parti. Pertama, akan lahirnya ulama yang professional dan professional yang ulama. Saya lebih suka ulama yang professional berbanding professional yang ulama. Tapi apapun, saya akan mendokong sesiapa sahaja yang jadi pimpinan.

UMNO pula mesti melahirkan lebih ramai ulama. Kasihan UMNO. Tiada ulama. Ia amat merugikan. Jika Gamis dapat tolong melahirkan ulama untuk UMNO, maka iu juga sangat baik. Masalahnya sekarang ialah, tiada ulama yang mahukan UMNO. Maka susahlah kerja Gamis.
Saya kisah apa. Orang tidak mahu masuk UMNO pun tidak mengapa. Kalau masuk PAS, saya sokong dan saya dokong. Kerana dalam PAS ada ulama dan professional. Dalam UMNO ada professional dan pakar rasuah.

Kesimpulan perbincangan dalam PAS sekarang ialah menunjukkan kekuatan PAS. PAS sdah melangkah terlalu ke depan sebenarnya. Tidak pernah dikenakan tindakan kepada pengkritik PAS tidak seperti UMNO.

Ini kerana PAS parti terbuka dan parti muhasabah sedangkan UMNO parti menghukum. Itu bezanya. PAS berlapang dada menerima perselisihan naun PAS membenci perpecahan. UMNO pula membenci perpecahan tetapi mereka menanam pohon perpaduan dengan benih perkauman.

Saya positif. Meskipun Tok Guru tidak kisah, UMNO ke atau PAS, asalkan Islam. Maka jika UMNO terima Islam, maka PAS akan ikut UMNO.

Itu hanya luaran daripada kata-kata Tuan Guru. Ia perlu kepada huraian dan kupasan. Masakan UMNO akan menerima Islam tetapi menolak PAS. Maka yang nyatanya ialah, UMNO yang menerima Islam pastilah sebuah UMNO yang menerima PAS.

Saya yakin, di Malaysia, Islam akan naik di tangan PAS, bukan UMNO. UMNO tidak akan menerima Islam melainkan UMNO yang akan masuk PAS. Tidak kiralah nama masa tu apa, UMNO ke, PAS ke, yang jelas, UMNO akan masuk PAS. Soal nama tidak penting.

Saya bercakap soal sebab musabbab. PAS ikhlas berjuang dan serius, maka PAS yang akan menjulang Islam. Apabila saya menyertai dan mengiktiraf PAS, maka ini bermakna saya sangat mempercayai bahawa PAS adalah yang terbaik.

Saya tidak akan menyertai jamaah yang kedua atau ketiga terbaik. dan saya amat membenci mana-mana gerakan yang menolak politik dan menyalahkan PAS kerana berpolitik. Sehingga saya pernah amat membenci suatu gerakan ulama di Malaysia yang melabelkan PAS sebagai parti bodoh.

Begitu juga, apabila saya berada dalam Gamis, saya yakin, Gamis adalah gerakan muda yang terbaik.








Read More......

SAYA MAHU BUAT BUKU BANYAK-BANYAK

1 Cadangan/Pandangan
Saya fikir, kita kena serius buat buku fikrah. Kalau dapat buat majalah fikrah, lagi cantik.

“Harakah dah ada, cukuplah,” seorang berkata kepada saya.

“Harakah lebih kepada media dan pemberitaan tentang parti. Maksud saya, satu buku atau majalah yang menjadi medium tarbiah ang lebih efektif dan sesuai untuk umum,” jelas saya.

Saya mahukan biar mahasiswa yang buat. Biar suara mahasiswa dan anak muda yang kedengaran kali ini. Saya rasa, kuasa mahasiswa boleh menerjah masuk ke dalam ratusan buah sekolah di seluruh Malaysia.

“Amin,kalau kita rajin buat buku, maka kita tidak perlu fikir sangat tentang kos kehidupan bahkan kita boleh menjadi kaya. Kita bukan sahaj mengembangkan fikrah bahkan poket kita akan penuh. Dengan duit yang banyak kita boleh buat banyak kerja Islam,” kata saya sambil memasang angan-angan.




Amin mendengar dengan ghairah. Ia mula menumpukan pandangan kepada saya. Semangatnya kian memuncak. Ia sudah tidak sabar memasang angan-angan bersama saya.

“Ok, kita calculate sikit. Jika kita keluarkan buku mini tentang tarbiah dan fikrah secara eksklusif dan menarik, dengan jualan hanya RM3, dengan kita mengambil kiraan keuntungan RM1 untuk sebuah buku. Wow, bukankah menarik,” jelas saya.

Amin kian teruja. Ia semakin memberikan perhatian. Air Neslo di tangannya dihirup lagi. Cis, bukan nak bagi pada aku pun air tu. Minum untuk dia je.

“Sekiranya kita konsisten buat buku, terbitkan 10 000 buah sebulan, bermakna kita sudah mendapat keuntungan RM 10 ribu. Bukankah banyak Min? RM 10 ribu untuk ana,enta dan seorang lagi. Jadi, setiap orang dapat RM 3 ribu paling koman,”

Dalam bab berkhayal, memang orang tak boleh lawan saya. Memang kuat saya berkhayal. Namn saya sentiasa mengharapkan agar khayalan saya merupakan pancaran imaginasi yang lahir dari jiwa yang bersih dan keinginan yang tinggi.

Amin semakin tidaktahan mendengarnya. Dihirup lagi air neslo itu. Saya pula tahan je la kecur air liur sekalipun.

“Itu baru 10 000 orang yang konsisten mendapat tarbiah dan tempisan fikrah kita. Kawan-kawan kita yang bekerja sebagai guru akan memainkan peranan. Kemudiannya, kita akan pasarkan lagi sehinggalah 30 000 sebulan,” kata saya semakin menarik-narik Amin ke lembah khayalan saya.

“Wow,” Amin menjerit. Terkejut saya dibuatnya. Nasib baik tidak dilambungnya air itu. “Lepas tu kan Zul, kita pasarkan pula ke Indonesia. Wah, hebat kita Zul,” kata Amin. Alamak, dia pula yang lebih-lebih.

Saya bukan mahu berkhayal sangat. Tapi saya lihat, bidang penulisan memberikan kesan yag sangat membekas dan tinggi. Saya sudah siapkan buku yang pertama bertajuk “50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh: Dan Kisah Di Sebaliknya” yang sudah menggelepar ingin diterbitkan di pasaran.

Tapi memang penat. Bukan penat menulis, tetapi penat membaca. Saya harus membaca buku yag amat banyak untuk menghasilkan sebuah buku dan menterjemahkannya dalam bentuk yang rngan dan mudah.

Ia tidak seringan yang disangka.

Tetapi saya rasa amat gembira kerana penulisan saya ini bertujuan mengembangkan fikrah dan membentuk kekuatan ingin dan kekuatan mahu.

Sekiranya boleh, saya mahu menerbikan sebanyak mungkin buku untuk kebaikan Islam. Kini, saya sudah menyiapkan 76 halaman untuk buku “Bagaimana Membentuk Usrah Berkesan” yang mungkin akan saya ubahkan tajuknya untuk tatapan umum.

Asyanti kawan saya akan melukis untuk buku tersebut. Konsep saya, buat buku jual sendiri.

Saya sedang berkira-kira mahu membuat buku seterusnya berkaitan Qawa’id Harakiyah, macam Qwa’id Fiqhiyah. Mungkin juga nama buku itu ialah menggunakan nama “Formula” tetapi saya tidak tahu lagi apa tajuk terbaik.

Harap sangat Ustaz Ubai membantu memberikan nama buku.

“Ustaz, bila ustaz nak terbitkan novel pula?” tanya seseorang.






Read More......

Isnin, 4 Mei 2009

FIQH TARBIAH (10)

3 Cadangan/Pandangan
5 may 2009: Jam 12.30pm

"Adab amar ma'ruf nahi mungkar ini banyak. Tidak boleh semberono. Mesti ada cara, mesti ada teknik," saya memulakan perbincangan dalam usrah hari itu. Terik matahari yang menjamah tubuh kami ada baiknya.

Meski panas, namun membekalkan kebaikan. Meski terpiat-piat mata saya dek silaunya, namun sekurang-kurangnya saya akan menjadi sihat. Seolah-olah begitulah nahi mungkar, pedih namun memberikan kebaikan.

"Abang Zul," Mahathir memulakan pertanyaan. "Ada apa Deq?" saya bertanya balik. Ia membetulkan kaca matanya yang agak tebal.

"Hari tu ana dengar kuliah oleh Ustaz Jamil Khir. Dia kata, amar ma'ruf dan nahi mungkar mestilah bermula dengan kekuatan. Hati ini bagi orang yang memiliki Iman yang tohor sahaja," Mahathir bercerita.




"Nah, apa pandangan antum," sengaja saya melemparkan persoalan itu untuk dibincangkan. Zambry cepat-cepat menjawab, "Ana setuju. Mesti bermula dengan kekuatan. Tunjukkan kemuliaan umat dakwah ini," semangat sekali anak muda yang berkulit gelap-gelap manis ini.

Saya teringat dengan kesungguhan beberapa pemuda dalam berdakwah. Mereka memohon izin al-Banna namun al-Banna menyebut, "Kami tidak mahu menjadi orang yang memetik buah sebelum masaknya".

Apabila beberapa pemuda bersemangat menggunakan kekuatan dalam berdakwah, mereka dibantah oleh ulama. Namun mereka menafikan kebijaksanaan ulama. Setelah masuk ke dalam penjara, mereka mengkaji semula, barulah mereka menginsafi dan berkata,

"Baru kini kami sedar, menggunakan kekuatan adalah milik dan hak pemerintah bukannya kami," penyesalan itu terlalu lambat.

Mana satu yang benar? Menggunakan kekuatan atau kelembutan? Bukankah Nabi SAW berkata, penghulu syuhada' ialah Hamzah dan pemuda yang mengatakan kebenaran kepada seorang pemimpin yang zalim lalu ia dibunuh?

Bukankah pepatah menyatakan, "Berkata benarlah meskipun pahit?"

Maka kekuatan harus digunakan demi mencapai kebaikan.

Apabila saya membentangkan "Faktor Keruntuhan Khilafah" di UIA PJ, saya menyebut, "Amar ma'ruf dan nahi mungkar mesti bermula dengan hati dan berakhir dengan kekuatan," pernyataan yang mengundang persoalan dan kritikan.

Wahai anak-anak muda, jangan tergopoh-gapah, sesungguhnya Islam bangkit dengan tadarruj, atau beransur-ansur. Mereka sudah lama tenggelam dalam lautan maksiat, maka jangan terlalu cepat untuk membasahkan mereka dengan air keimanan.

"Habis tu bang, bukan ke Nabi kata, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan?" Firdaus bertanya.
Saya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. "Hadis itu dilihat dari konteks kekuatan, namun dari sudut urutan, ia bermula dari hati".

Sesungguhnya Ibnul Qayyim menyebut empat rukun mencegah kemungkaran.

Pertama: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan kebaikan. Jika ya, teruskan.

Kedua: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sedikit. Jika ye, teruskan.

Ketiga: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sama beratnya dengan kemungkaran. Jika ya, timbangkan.

Keempat: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang lebih besar. Jika ye, tidak perlulah untuk kita mencegah kemungkaran.

"Eh, betul ke begitu Abang Zul?" Mukhriz tekejut mendengar pernyataan saya. Saya sudah agak, mesti mereka tidak percaya punya. Bolehlah rjuk buku Dr um'ah Amin Abdul Aziz yang telah menggariskan 10 perkara dalam berdakwah.

Bahkan seingat saya, ulama juga menggariskan teknik mencegah kemungkaran secara lebih praktikal dan detail.

Pertama: Nasihat secara halus. Sama ada kita berdepan dengan dia, menggunakan alat bantu seperti SMS dan email, atau menggunakan orang yang paling rapat dengan dia.

Kedua: Menggunakan sedikit kekerasan agar timbul rasa takut dalam diri dia.

Ketiga: Menggunakan ugutan dan amaran awal sebelum amaran terakhir

Keempat: Pukul sekadarnya agar ia berasa takut dan gerun.

"Ustaz, isteri saya derhaka pada saya. Saya nak tanya ustaz, boleh ke saya nak bunuh lelaki yang keluar dengan isteri saya?" terkejut saya mendengar luahan seorang lelaki selepas saya menyampaikan khutbah Jumaat akhir tahun lepas.

"Kenapa abang nak bunuh lelaki tu?" saya bertanya, cuba sedaya mungkin menyembunyikan rasa gusar dalam diri saya. Bimbang jugak saya yang dibunuh dahulu sebelum lelaki tu. Janganlah, kus semangat. Saya belum kawen lagi.

"Saya yakin lelaki tu yang sihirkan isteri saya," tambahnya.

Nah tengok. Ada orang sampai nak bunuh orang dalam menghalang keburukan. Bukankah ini menakutkan. Maka sikap sabar perlu disemai dalam amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Seorang isteri yang derhaka, bagaimana mengubatinya? Allah taala telah mengajar kita,

1- Bagi nasihat
2- Asingkan tempat tidur
3- Pukul ala kadar, dengan kayu sugi.

"Mukhriz, bukankah Allah taala mengambil masa yang lama untuk mengharamkan arak. Tiga ayat diturunkan dalam beberapa tempoh untuk mengharamkannya," kata saya kepada adik usrah saya yang bersemangat tu.

Adik-adik usrah saya terlalu bersemangat. Sesungguhnya mereka perlu ingat. Mencegah kemungkaran menggunakan kuasa adalah milik pemerintah.

Abdul Malik yang masih muda, darahnya panas, mengkritik ayahnya Umar Abdul Aziz yang terlalu lembut. Maka Umar berkata, "Sesungguhnya Allah menurunkan tiga ayat untuk mengharamkan arak".

Dalam situasi yang lain beliau berkata, "Aku terpaksa menggunakan dunia untuk menarik rakyat kepada pengabdian".

Malah itulah yang dibuat Nabi SAW, menggunakan faktor dunia untuk menarik orang ke dalam Islam.

"Jadi Abang Zul, kami mesti berhemah dan berlembut dalam berdakwah?" tanya Mahathir.

"Ya," jawab saya. "Apabila seorang lelaki bertemu dan mengkritik Khalifah al-Makmun, khalifah berkata, "Sesungguhnya engkau tidak sebaik Musa dan aku tidak sejahat Fir'aun. Namun Allah memerintahkan agar Musa berlembut kepada Fir'aun".

Sesungguhnya Allah taala berfirman, "Maka dengan rahmat Allah, kamu berlembut dengan mereka. Jika kamu berlaku kasar, pasti mereka akan lari dari kamu".

Saya dan adik-adik usrah berjalan meninggalkan wakaf di tepi tasik universiti itu. Sambil memegang tangan Zambry yang masih berasa ragu dengan perbincangan, saya berkata,

"Zambry, sukakah jika ana berlakau kasar kepada nta?"









Read More......

FIQH TARBIAH (9)

9 Cadangan/Pandangan
“Saya suka makan di kedai ni. Tukang masak dia best,” kata Hishamudin kepada isterinya Shahrizat. Shahrizat melihat kedai tepi jalanan itu. Atas bawah. Kotor dan tidak bersih.

“Eh abang, abang memang selalu datang ke kedai ni sebelum kawen dengan saya?” tanya Shahrizat mahu mendapatkan penjelasan. Hishamudin mengangguk. “Tula awak, masa muda-muda dulu, taknak try. Rugi,” kata Hisyamudin.

“Tapi kan bang, tukang masak dia tak pakai tudung,” bagitahu Shahrizat.

Ya, kuliah Fiqh Tarbiah pada hari ini membincangkan tentang pemilihan kedai makan. Mungkin ramai kalangan kita yang tidak perasan bahawa pemilihan kedai amat penting dalam menjaga tarbiah aqliah.

Sanggupkah kita makan di kedai yang murah tetapi kotor? Atau sanggupkah kita makan di kedai yang mana tukang masaknya tidak bertudung? Kalau yang lelaki tidak bertudung, tidak mengapalah. Masalahnya perempuan tidak bertudung.

Macam mana dengan pandangan anda?



Pemakanan merupakan perkara terpenting dalam menguatkan daya ingatan. Maksiat memang akan melemahkan ingatan tetapi sedikit sahaja, tidak sekuat faktor pemakanan.

“Apa? Maksiat tidak melemahkan ingatan?” terkejut Noh Omar mendengar penjelasan saya.

Saya tersenyum. Saya yakin ramai terkejut dengan pernyataan saya. Selama ini mereka sangkakan menjaga diri daripada melakukan maksiat akan meneguhkan ingatan. Rupanya kurang tepat.

“Betul Noh. Cuba lihat orang kafir Quraisy dulu. Banyak maksiat. Tetapi ingatan kuat. Yang banyak menjejaskan kekuatan akal adalah gaya pemakanan,” jelas saya.

“Maka Islam mengharamkan peminuman arak dan pemakanan babi. Apatah lagi babi yang selesema,” terang saya.

Noh terpinga-pinga. “Habis tu, orang Cina ramai yang makan babi tetapi lebih cerdik dari kita?” tanya Noh. Alamak, sudah. Apa saya nak jawab ni.

Orang Arab terkenal dengan kekuatan mereka kerana mereka mengamalkan gaya pemakanan yang membantu. Kismis, kurma, kacang adas dan juga madu. Macammacam lagi. Jadi mereka dapat hafal satu al-Quran, hadis dan syair termasuklah kitab.

Kita pula. Hafal untuk exam, keluar sahaja dewan exam, terus hilang tercicir entah di mana. Betul tak?

Sepatutnya akala orang Cina boleh pergi lebih jauh sekiranya mereka menjaga pemakanan. Maka yang petama ialah, melihat keadaan kedai yang kita ingin makan. Bersih atau tidak? Mahal dan murah soal seterusnya.

Kedua, lihat tukang masak. Tukang hidang tidak mengapa lagi. Tukang masak yang penting. Yang tidak bertudung, kita elakkan. Kan banyak lagi tukang masa yang bertudung? Betul tak?

“Abang Zul, apa perbuatan baik yang harus saya amalkan?” tanya Rais satu hari. Beliau seorang budak yang cerdik. Yatim yang duduk sebelahnya memasang telinga.

“Perbuatan paling baik sebagaimana hadis nabi ialah memberi makan kepada sesiapa yang memerlukan. Dalam konteks kita, belanja orang makan.


Makan, makan, makan. Fiqh Tarbiah bukan sekadar melihat faktor pemakanan dalam menjaga akal malah makanan dalam menyebarkan ukhuwah.

“Apa kata kalau Rais belanja Yatim? Hari yang lain, Yatim pula belanja Rais,” cadang saya dan mereka nampak gembira.

Maka saya pada hari, apabila ke Pejabat Agung PAS, saya sengaja membelikan sebotol air dan dua roti untuk diberikan kepada Unit Amal yang bertugas. Alangkah, jika semua pendokong PAS, membawa sedkit makanan untuk dikongsi di pejabat, sama ada untuk petugas unit Amal dan lain-lain, bukankah itu menyubur ukhuwan dan menanam sunnah?

“Abang Zul, makan maggi boleh?” tanya Tomok. Saya tertawa. Orang muda, makan maggi je kerja dia. Ops, kalau Ust Hisom baca entry ni, mati saya kena marah dengan dia.

“Boleh makan jika dah tak tahan sangat. Tapi kurangkanlah. Nanti rambut mudah gugur, tak hensem. Nanti bawa penyakit, rugi. Tinggalkanlah ye, tpi kalau tak tahan sangat tu, makanlah sekali-sekala. Tapi usaha kurangkan sikit-sikit,” pesan saya kepada Tomok. Tomok mengangguk sahaja.

Suasana usrah petang itu menarik sekali. Bincang tentang pemakanan saja.

“Kalau macam tu, kita pindah kedai lainlah sayang,” kata Hishamudin sambil memimpin tangan isterinya ke kedai lain.














Read More......

Ahad, 3 Mei 2009

FIQH TARBIAH (8)

1 Cadangan/Pandangan
Saya mendengar cerita yang menarik. Rugi jika tidak dikongsi. Seorang AJK program menghubungi seorang Prof untuk memberikan pengisian,

“Assalamualaikum Prof, boleh prof ganti Ustaz Anwar untuk bagi pengisian?”

Agak-agak pada pandangan anda, apa perasaan prof dan apakah dikira beradab jemputan begitu?

Apabila seorang ustaz dijemput memberi pengisian di sebuah tempat yang jauh, mereka hanya diberikan hadiah sehelai tuala yang kecil, dan kadang-kadang cawan.

Bagi mereka, kenapa mesti diberi hadiah yang mahal kepada ustaz sedangkan ini adalah satu tarbiah. Maka ustaz mesti memahami. Dalam hal ini saya berpandangan,

“Mereka mahu ustaz memahami mereka, memahami itu program tarbiah tetapi mereka tidak memahami tuntutan sunnah dan mereka sendiri belum cukup tarbiah”.




Jika begini, AJK tersebut tidak layak atau kurang layak menjadi pentarbiah, kerana kurang adabnya. Ia harus belajar adab terlebih dahulu.

Manakala dalam situasi lain, saya dijemput ke sebuah muktamar. Saya datang dengan tittle Presiden Gamis. Saya tidak mahu dihormati tetapi saya mahu tittle tersebut dihormati kerana ini tuntutan sunnah.

“Maksud ustaz, ustaz mahu semua orang berdiri menghormati ustaz?”

“Bukan begitu maksud ana. Maksud ana, diberi kedudukan yang bersepadanan. Apabila Tuan Guru Haji Hadi datang, atau Najib datang, maka kita mesti menghormati mereka sesuai dengan mereka,” terang saya dan adik itu memahami.

Namun apabila saya ke muktamar tersebut, kedatangan saya tidak disambut dan saya berada di belakang. Mungkin kerana saya berasal dari situ, maka orang situ tidak mempedulikan saya. Inilah tabiat orang kita, ditarbiah dengan jihad tetapi kurang adab sopan.

Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas kelembutan Ustaz Kamaruzzaman. Beliau seorag yang sangat lembut dan sering bertanyakan khabar orang. Tahniah kepada Ustaz Tantawi dan Abang Sabki yang tidak pernah meremehkan pandangan anak muda.

Apabila Ustaz Ramadhan bercakap, beliau berbicara dengan suara yang lembut membuatkan kita terpukau. Apabila berbincang dengan Ustaz Syahrulzaman, beliau banyak mendengar dan tidak banyak mencelah.

Ustaz Hisomuddin seorang yang sangat mengambil berat tentang adik-adik. Namun malangnya adik-adik tidak mengambil berat tentang abang-abang dan kakak-kakak.

Sepatutnya saya mencadangkan, antara cara kita menjemput seseorang untuk memberikan pengisian, kita seharusnya berkata begini,

“Ustaz, ana nak kepastian, bila ustaz free untuk ana muatkan slot ustaz. Pihak urusetia nak sangat ustaz bagi pengisian, kami akan adjust juga supaya serasi dengan kekosongan ustaz”.

Tidak perlu disebut ustaz itu pengganti atau tidak. Tidak perlu bahkan itu melanggar adab-adab kesantunan.

Mohon untuk bercakap dulu. Jika ustaz sibuk, maka tangguhkan percakapan. Inilah kesopanan orang Melayu.

Orang Melayu???

Perlukah hukum-hakam mengikut orang Melayu? Ya, perlu. Seorang ulama besar Kelantan, Syeikh atau mudir Pondok Moden, suru yang paling saya hormati, Ustaz Wan menyebut, “Jiwa Melayu ni lain, lembut, tak boleh buat macam orang Arab,” terang dia dengan kezuhudan.

Maka jika orang Arab tidak bersalaman selepas solat, maka itu adab mereka. Adab kita tidak boleh. Dianggap sombong jika tidak mahu bersalaman. Kenapa kita tidak mahu bersalam selepas solat dengan alasan menjaga sunnah sedangkan menjaga hati orang adalah kewajipan yang tidak ternafi.

Nabi mengajar kita beradab. Panggil seseorang dengan panggilan yang paling disukainya. Berlaku kepada orang sebagaimana kita suka orang buat apa pada kita.

Kisah kedua,

Apabila seorang penceramah dihubungi, AJK berkata, “Nanti ustaz follow-up ana balik ye untuk tahu di mana tempat program,” uh, saya mengeluh mendengar cerita ini. Orang yang tidak ditarbiah secara khusus boleh beradab tetapi kita melanggar adab. menjaga adab adalah wajib tanpa ternafikan lagi.

Seorang menghubungi penceramah seraya berkata, “Ustaz kena kosongkan jugak malam tu untuk bagi pengisian,” ini lagi perangai yang diambil dari hutan mana entah.

Dia ingat ustaz ni orang suruhan dia gamaknya. Bercakap mestilah dengan suara lembut dan merendahkan diri. Jangan tinggikan suara meskipun suara kita tinggi. Jika suara kita kasar, nak buat macam mana. Suara saya kasar. Tetapi lembutkan setakat mampu.

Apabila berbicara dengan ustaz, jangan menyampuk, jangan mencelah, jangan kita pula banyak bercakap. Sering saya bertemu dengan ustaz, ada seorang teman, yang teman pula banyak bercakap. Ingin saya bagitau teman saya,

“Ana bukan nak dengar nta cakap. Ana nak dengar nasihat ustaz. Dengan nta bila-bila boleh”. Bahkan ustaz bukan perlukan sangat pandangan kita, kita yang lebih perlukan pandangan ustaz.

Tahniah kepada adik-adik UPM yang pandai menjaga adab. saya respect dengan Safwan, Razak, Yasir dan lain-lain. Mereka beradab. Aiman juga begitu.

Lagi tahniah kepada Zakiri, Zulhelmi dan Amin presiden-presiden UTM Skudai. Merekalah manusia yang paling beradab. Khususnya Zakiri yang merendahkan diri seolah-olah dirinya tin kosong walhal beliau orang yang berisi. Juga Zulhelmi yang bersalam dengan penuh kerendahan diri.
Tahniah juga kepada adik-adik DQ yang juga sangat menjaga adab.

Alangkah, saya berfikir. Jika kita mendengar nama Nabi Muhammad SAW, kita akan berselawat. Jika tidak kita dipanggil kedekut.

Maka bagaimana adab kita apabila mendengar nama Allah SWT?




Read More......

FIQH TARBIAH (7)

2 Cadangan/Pandangan
Kuliah Fiqh Tarbiah siri keenam akan membicarakan tentang cara memberikan nasihat. Saya berharap, kuliah-kuliah yang diadakan merupakan peringatan kepada saya dan semua pembaca yang saya kasihi.

Mengingatkan kata-kata Abdullah bin Rawahah ketika memimpin tangan seorang sahabatnya seraya berkata dengan penuh keinsafan, “Ayuhlah kita duduk bersama, beriman sesaat”.

Inilah nilai kuliah kita. Bukan sekadar untuk orang berilmu sebagaimana sesetengah kumpulan sebaliknya untuk semua orang. Yang penting ialah nilai menambahkan keimanan.

“Abang Zul, bagaimana cara saya mahu menasihatkan kawan saya tu? Dia suka sangat keluar dengan teman perempuan dia,” Hadi mengadu kepada saya.



Matahari petang itu agak panas, membakar-bakar tubuh saya. Namun soalan itu sudah betah di telinga saya, dan ia tidak membuatkan darah saya panas.

“Yang penting ialah, nasihat dengan cara ia tidak menyedari dan ia tidak terasa hati,” jawab saya sambil melangkah kaki ke kelas.

Tidak menyedari? Bagaimana? Tidak terasa hati? Bagaimana?

Nasihat yang paling baik ialah, apabila kita memberikan nasihat, ia tidak perasan bahawa kita sedang menasihatinya. Atau jika ia menyedari, ia tidak terasa hati. Seolah-olah, apabila seorang Nizar menasihati seorang Zambry, Zambry berbisik dalam hatinya,

“Nasib baik Nizar tidak tahu aku buat benda tu juga”.

Rohana menyedari rakannya Nor seorang yang garang dan sering mengundang marah orang. Lalu Rohana sering berhubung dengan Nor dan melemparkan pujian kepadanya dengan berkata, “Saya seronok kawan dengan awak. awak pandai menjaga hati orang”.

Jamil seorang yang berilmu dan soleh tetapi suka merokok. Lalu Khir berjumpa dengan Jamil seraya bertanya, “Bagaimana ya nak membentuk hati kita supaya meninggalkan perkara yang lagho dan rugi?” Lalu ia sentiasa berjumpa Jamil untuk mendapatkan nasihat.

Apabila ahli gerakan di UM malas membuat usrah, maka Munir sebagai ketua memberikan galakan dan motivasi dengan berkata, “Persatuan akan memberikan tiket percuma mengerjakan umrah tahun depan kepada 50 orang naqib yang terbaik”.

Bukankah nasihat sesetengah saudara kita daripada Jamaah Tabligh sangat baik? Mereka tidak mencegah kemungkaran dengan menyatakan secara jelas sebaliknya mereka mengajaknya ke masjid. Masjid merupakan benteng daripada melakukan kerosahan dan kepunahan.

Maka di sana mereka mendengar nasihat-nasihat atas nama keimanan.

Kata ulama,

“Nasihat yang paling baik ialah nasihat di belakang. Orang yang berkata di depan adalah orang yang mengkritik dan menjatuhkan maruah bukannya memberikan nasihat dan menaikkan motivasi”.

Bolehkah kita memuji orang? Boleh, tiada masalah. Jangan sampai kita terlalu cintakan pujian sudah. Tetapi pujian penting untuk menaikkan motivasi dan menanam kesungguhan.

Seorang bertanyakan nabi,

“Ya Rasul, saya seorang yang beramal kerana Allah namun saya juga inginkan pandangan manusia,”

Nabi mengiyakan tanpa ada masalah. Manusia yang tidak suka dipuji adalah manusia ambnormal. Manusia yang tenggelam dalam pujian juga abnormal.

Saya juga kita mengkritik PAS sebelum ini dengan tujuan memberikan kebaikan. Maka sekarang saya tidak mahu lagi berbuat demikian sebaliknya saya ingin menyemai rasa memberi nasihat. Bukankah Islam ini agam nasihat untuk Allah, Kitab, Rasul, para pemimpin dan orang Islam?

Orang yang mengkritik merasakan dirinya hebat. Dalam majlis, seorang Musa Anuar bangun mengkritik. Semua mata tertumpu kepadanya. Maka dia merasakan dirinya sangat bernilai dan berharga.

“Apakah rahsia Abu Bakar?” seorang pakcik tua di pinggiran stesen LRT menimbulkan persoalan. Saya ternyum sahaja. Nampaknya, medan menunggu di stesen LRT bakal menjadi majlis ilmu.

Seorang pakcil penjual air menjawab, “Rahsia kelebihan Abu Bakar ialah, beliau paling suka memberikan nasihat atas nama kebenaran dan Islam,” saya terkejut mendengar jawapannya yang tepat dan padat.

Berilah nasihat. Jangan beri naishat di hadapan meskipun anda akan berasa hebat bila berbuat demikian.

Berilah nasihat di belakang meskipun anda tidak akan popular.

Itu pun jika ia sebaya atau lebih muda. Jika lebih tua ?

Cukuplah memberikan nasihat dengan memberikan kertas atau surat tanpa memperkenalkan diri. Cukuplah begitu. Asalkan ia berubah, tidak penting siapa yang memberikan nasihat.

“Mana satu kita nak? Orang kenal kita kerana kita memberikan nasihat ataupun orang berubah kerana nasihat kita?” saya bertanyakan ahli usrah saya. Mereka terdiam.

“Betul atau tidak, ramai ahli kita tidak suka memberikan nasihat. Mereka lebih suka mengkritik tetapi tidak berjumpa dengan pimpinan sendiri untuk memberikan nasihat secara lunak malah tanpa diketahui?” ahliu usrah saya masih terdiam.

Maka saya menutup tirai usrah dengan berkata, “Ketahuilah, memberikan nasihat tanpa orang mengenali kita adalah jauh lebih baik berbandingkan memberi nasihat, orang berubah, dan orang mengenali kita,” semua mengangguk.

Tasbih kaffarah…













Read More......

FIQH TARBIAH (6)

1 Cadangan/Pandangan
Jiwa seorang yang ditarbiah adalah halus. Dengan kehalusan jiwa inilah, mereka membentuk rasa saling menghormati dan berkasih sayang antara jurudakwah. Sekurang-kurangnya, sekiranya mereka tidak mampu berjihad, mereka akan mengasihi orang yang berjihad.

Mereka menyedari kelemahan mereka turun ke lapangan untuk berjihad dan menyebarkan dakwah. Lalu mereka membantu dakwah dari sudut yang termampu oleh mereka. Golongan ilmuan mesti menyedari bahawa orang yang turun ke lapangan untuk membela rakyat adalah lebih utama dan mulia berbanding mereka.

Para pengkuliah dan penceramah harus menyedari bahawa ahli politik lebih baik berbanding mereka. Penceramah hanya membina masjid dan kawasan pidato sedangkan ahli politik membina negara. Selain daripada ahli politik, orang yang setanding dengan mereka ialah juru dakwah yang mewaqafkan diri untuk dakwah.

Orang dakwah dan tarbiah, kita sinonimkan sahaja untuk memudahkan penulisan saya.




Namun begitu, ahli politik dan juru dakwah berdepan dengan banyak risiko dan kesusahan. Saya salute Abang Man Burger Lembah Pantai. Saya mengakui keimanan saya berada di bawah tapak kakinya. Saya juga memuji kesungguhan Ustaz Kamaruzzaman WP. Jasa beliau kepada Islam seolah-olah Gunung Uhud sedangkan jasa saya bagaikan rumah semut, bahkan lebih kecil.

Maka apakah jihad paling kecil harus saya lakukan? Jihad yang paling kecil ialah saya mesti mengasihi dan mendoakan mereka, serta membantu seboleh mungkin.

Orang yang turun ke lapangan dakwah, mereka sanggup hidup bersusah payah. Mereka menghabiskan duit sedangkan golongan ilmuan kebanyakannya membanyakkan duit. Saya tidak katakan semua tetapi agak ramai.

Ahli politik Islam meskipun ada yang korup dan ini perkara biasa, namun sangat ramai kalangan mereka yang hidupnya untuk rakyat. Duit mereka adalah untuk kebajikan. Maka kita menyanjung tinggi ahli politik Pas. Memang patut jika Hisyamuddin Hussein berkata, “Saya akan pelik jika ada ahli Pas masuk Umno”.

Bukan dia sahaja yang pelik. Semua orang pelik. Tiada parti yang mempunyai kekuatan crowd dan ketaatan melebihi Pas. Yang lain? Ada yang tenggelam dalam membina Islam melalui perbincangan-perbincangan sahaja.

Maafkan saya atas beberapa tulisan yang kontroversi selama ini. Saya berharap tulisan saya yang selepas ini merupakan penjelasan dari saya.

Nah, kita lemparkan sahaja pandangan kita kepada Ketua Pemuda Pas yang pernah naik bas bersama saya ke Kelantan. Bukan kereta besar dan bukannya Kapal Terbang. Mungkin kadang-kadang beliau naik kapal terbang tetapi itu untuk keperluan seperti mengejar masa.

Bandingkan keadilan antara pimpinan Pas dengan parti lain. Mungkin pimpinan pas ramai yang kurang dari sudut pengurusan namun mereka pemimpin yang mencanaikan keadilan dan kedamaian.

Polis dan tentera serta anjing FRU mungkin bekerja kerana duit dan menjadi anjing suruhan. Bukan semuanya. Namun Unit Amal di bawah tarbiah Pas, bekerja, maaf, mereka tidak bekerja, tidak tepat jika saya katakan mereka bekerja, mereka berjihad sebenarnya. Jihad mereka sangat agung dan mengagumkan. Jihad mereka hanya untuk Allah tanpa banyak bicara. Tanpa banyak memikirkan risiko.

Dalam beberapa siri demonstrasi, polis tidak mampu mengawal lalu lintas sedangkan mereka terlatih. namun tentera Merah menunjukkan kesungguhan dan kecekapan mereka. Dari mana mereka belajar? Mereka belajar dari Allah.


Sesungguhnya jika ada orang yang paling taat kepada pimpinan, saya berani katakan merekalah Tentera Merah. Tentera yang membuka mata dan mengagumkan.

Maka orang yang ditarbiah harus mempunyai rasa yang halus terhadap mereka. Mungkin mereka hanya bekerja menjaga pejabat agung namun jika diukur dengan logik, saya berani menyatakan kedudukan mereka di sisi Allah berbanding kebanyakan kita, adalah jauh mereka lebih baik.

Para juru dakwah dalam Pas tiada duit. Maka hati halus orang yang mendapat tarbiah tidak mahu hidup senang mengenangkan mereka. Sebagaimana al-Zanki yang tidak mahu tersenyum dalam kuliah ilmu tentang hadis senyum apabila mengenangkan tentera Islam yang terkepung.

Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Riduan Mohd Nor, naqib saya yang pertama sekali memperkenalkan saya kepada dunia dakwah yang lebih luas. Maafkan dinda kerana tidak mampu memberikan komitmen kepada kanda.

Beliau mempunyai hati yang sangat halus terhadap dakwah dan juru dakwah. Rumahnya tidaklah besar sangat. Ruangan atas yang sempit untuknya dan keluarga sedangkan ruangan bawah untuk tamu.

Sayangnya jika ahli gerakan kampus tidak mempunyai hati yang halus.

“Apa maksud abang zul tentang hati yang halus,” Aziz bertanyakan saya. Saya merenung kejauhan mengenangkan beberapa juru dakwah dan sahabat saya yang kesusahan.

“Hati halus yang memaksa kita tidak rela hidup berduit sedangkan kawan kita kebuluran,” jawab saya ringkas. Hidup berduit maksud saya adalah hidup mewah. Saya mengucapkan tahniah kepada Saudara Umar yang sudah bekerja namun tidak pernah melupakan kawannya yang belum bekerja.

Saya menyambung bicara, “Apakah kita rela hidup senang sedangkan jasa kita kepada Islam kurang sedangkan ramai selain kita bekerja untuk Islam dan mereka tidak berduit?”

Maka saya memegang satu fatwa yang keras kepada diri saya, namun kekadang saya terlanggarnya atas dasar ketidakmampuan.

“Apa pegangan Abang Zul?” Haafizuddin bertanya suatu ketika, sewaktu kami di Bukit Gantang.

“Pegangan ana ialah, haram adik-adik mengeluarkan duit untuk membayar makanan sedangkan ana ada di sisi,” jawab saya. Saya sangat berpegang dengan kata-kata ini. Meskipun mungkin saya juga tidak berduit. Tetapi bukankah lebih baik kita susah asalkan kawan kita senang?

Tahniah kepada dua orang Tuan Guru dan semua pejuang Pas yang telah berjaya membentuk ahli yang memilki hati yang halus. Tahniah dan saya sangat terharu.

Apabila bertemu yang tua, kita yang mulakan teguran.

Bercakaplah dengan suara yang lembut.

“Bahkan ana mahu berpesan kepada antum, janganlah tunjukan kita pandai di hadapan orang yang lebih tua. Mereka tidak perlukan kepandaian kita tetapi kita yang perlukan tunjuk ajar mereka.

Maka saya sentiasa merendahkan diri saya apabila bertemu dengan tentera Merah di Pejabat Agung.

Read More......

Jumaat, 1 Mei 2009

FIQH TARBIAH (5)

9 Cadangan/Pandangan
Fiqh Tarbiah kali ini membincangkan tentang adab menjemput penceramah ke tempat program. Kesimpulan yang dapat kita buat untuk awal-awal, ramai kalangan kita ahli gerakan kurang memiliki adab dalam menjemput penceramah ke program.

Mungkin kerana ahli gerakan tidak profesional lantaran tidak terbiasa dengan program luaran yang besar. Mereka lebih biasa dengan program bersifat dalam sahaja.

Antara kesilapan yang dilakukan ialah:

1) Tidak memperkenalkan diri

“Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, ustaz free ke hujung minggu ni?”

Ini adalah satu kesilapan yang besar. Kita perlu ingat satu formula, bukan semua orang kenal kita. Saya dulu sebut pada diri saya, “Aku bukan orang popular sampai semua orang perlu kenal siapa aku”. Kita juga perlu ingat, penceramah ‘tiada masa’ untuk simpan nombor kita.




2) Bahasa ganti nama

“Ustaz, enta (awak/kamu) boleh bagi ceramah …”

Ha, ni satu kesilapan yang tidak dapat dimaafkan. Kita mesti ajar diri kita, kepada yang lebih tua, jangan panggil enta atau enti. Mesti guna ganti nama yang sesuai seperti abang, kakak, ustaz atau ustazah. Jika ia berpangkat Dr, kena panggil Dr. jika ia Prof, panggil Prof. Begitu juga YB. Melainkan jika ia biasa dengan penggilan lain seperti Tok Guru.

3) Hanya SMS untuk yang penting

Jika SMS tetapi disusuli dengan beberapa ayat yang bagus seperti,

“Maaf ustaz, ana SMS dulu sebagai makluman awal. Nanti ana call balik ye”

Atau, “Maaf ustaz, tadi ana dah cuba call ustaz tapi ustaz tak angkat. Ana bimbang ana ganggu ustaz. Jadi ana SMS dulu ye ustaz…”

4) Ketawa

Seorang ustaz menghubungi saya dan berkata, “Zul, ana minta maaflah nak cakap dengan enta ni. Ada ke muslimat kampus enta, call ana sambil gelak-gelak. Ingat nak mengorat ana ke?”

Kalau muslimat tu kawan baik dia, sebaya, atau saudara, tidak mengapalah. Boleh lagi dimaafkan. Tapi ni entah sape2.

Maka saya mencadangkan beberapa perkara dalam bab ini.

1) Minta maaf kerana takut mengganggu
2) Tanya boleh cakap atau tidak
3) Perkenalkan diri
4) Tanya khabar penceramah atau terus doakan kesihatan dia

Maka sebagai contoh permulaan yang baik ialah:

“Assalamualaikum ustaz, saya mohon maaf kerana mengganggu. Saya Amin dari USM, boleh saya cakap dengan ustaz sekarang?”

Sesungguhnya meskipun dalam gerakan, kita tetap berhubung dengan manusiawi yang punya rasa manusiawi. Bukannya kita berhubung dengan robot. Kita tidak kaku dan kita suka jika hidup ini penuh rasa hormat.

Nabi SAW sendiri menyuruh kita memanggil orang dengan penggilan yang disukainya, atau yang selayak dengannya. Maka dengan ustaz, tidak boleh dipanggil ‘enta’, atau dengan kakak, tidak boleh dipanggil ‘enti’.

Tidak boleh juga panggil nama dia tanpa diiringi dengan ganti nama yang bersepadanan.

Sebagai contoh, jangan dipanggil Sabariah yang lebih tua dengan panggilan “Sabariah” tetapi biarlah diiringi dengan Kak Sabariah atau ustazah Sabariah.

Mungkin kita rasa tidak mengapa, tetapi ramai yang rasa tidak boleh. Adapun saya, apabila orang tidak beradab menjemput saya, saya akan terus patungkan diri.










Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE