Akhirnya, beberapa orang sudah berada pada kemuncak kemarahan kepada saya. Ada yang mendesak saya meletak jawatan. Masa yang diberikan kepada saya adalah tiga hari. Namun sekarang sudah melebihi tahapnya dan saya masih menanti dengan sabar. Apa tindakan beliau setelah saya berdegil tidak mahu melepaskan jawatan.
Kerana saya memegang jawatan atas dasar jamaah bukannya peribadi.
Kedua, terdapat seruan untuk memboikot saya. Saya menerima dengan dada terbuka. Malah saya memahami inilah yang dilalui oleh Khalifah al-Rasyidah. Uthman juga diboikot. Mu’awiyah memboikot Ali. Jadi, jika saya tidak diboikot, maka saya bukan manusia.
Malah orang Yahudi juga memboikot Malaikat Jibril.
Alhamdulillah. Saya melihat dari pandang sisi positif. Ingin saya berkongsi dengan sahabat sekalian. Pertembungan pemikiran yang paradoks dengan saya membuktikan beberapa perkara:
1- Setiap orang mempunyai pendapat peribadi. Tidak boleh dihalang selagi mana tidak mendatangkan mudharat yang besar.
2- Ahli gerakan rupanya masih sensitif. Mereka ingin melihat keaslian Gamis. Yang mendakwa PAS juga turut sensitif meskipun mungkin mereka tidaklah bekerja untuk PAS pun.
3- Khilaf yang berlaku juga melambangkan keluasan Islam. Islam tidak menghalang perbezaan pandangan asalkan dalam ruang lingkup yang baik.
Alhamdulillah. Nyatanya, saya tidak pernah cuba melakukan provokasi.
Saya mengalu-alukan sebarang kritikan dengan dada terbuka. Malah saya bersedia meletakkan jawatan jika benar idea saya akan merosakkan Gamis dan gerakan Islam.
Beberapa orang menghantarkan SMS kepada saya. Saya menjawab, “Manusia memusuhi apa yang mereka tidak tahu”.
Betul juga kata Jibam, “Aku tahu apa yang tidak kamu tahu”.
Alangkah, Erdogan pun turut diserang Ikhwan dan Parti Sa’adah apabila membawa aliran baru. Perkara itu, macam makan nasi berulamkan sayur.
Read More......
KPWKM, Muslimat PAS perlu lebih serius bincang isu wanita
9 beberapa blan yang lalu

