Khamis, 30 April 2009

cerita pendek

3 Cadangan/Pandangan
Ketika orang berbicara Islam sebagai alternative dan pilihan, maka saya berdiri membantah teori ini. Islam bukan lagi alternatif sebaliknya Islam mesti dijadikan tiang seri.

“Kenapa saudara berpandangan Islam bukan lagi alternatif?” tanya Pak Jib.

“Sejak bila Islam menjadi alternatif? Islam adalah yang terutama dan tiada yang lebih utama berbanding Islam,” saya menjawab sambil menghirup kopi yang terhidang. Suasana kedai itu mula teralih kepada kami berdua.

Tiba-tiba Pak Lah mencelah, “Habis tu, yang Tok Guru anjurkan konsert alternative, panggil Mawi. Kamu kecil-kecil berani lawan Tok Guru,” dia ternyata geram tidak berpangkal.



Saya hanya tersenyum sambil menghirup koti seteguk dua. Sambil meneguk, saya memikirkan apakah ayat terbaik untuk diungkapkan.

“Pak Lah, apa yang Tok Guru buat itulah Islam. Bukannya alternatif. Kita yang tersilap faham,” saya menjelaskan. Pak Lah tercengang. Mak Endon yang sedang membasuh pinggan turut memasang telinga mendengar perbualan antara kami.

“Alternatif adalah pilihan. Tandas sekarang, banyak yang duduk bukan lagi mencangkung. Tudung hanya menjadi fesyen bukan menutup aurat. Banyak lagi yang hanya jadi alternative dan rujukan kedua atau ketiga, bukan lagi yang terutama,” saya tambah lagi.

“Eh, aku dengar korang anak muda nak buat konsert. Ha, yang itu pun bukan alternative ke?” Pak Yidin pula menyampuk. Saya tersenyum melihat pakcik-pakcik yang selalu menghabiskan masa di kedai kopi dengan bermain dam itu.

“Pak Yidin, konsert yang kami anjurkan memang tidak berniat untuk menunjukkan soal Islamik atau tidak. Bukan itu tujuan utama kami,” terang saya. Lagilah mereka terlopong. Riuh satu kedai bila saya mengeluarkan pernyataan sebegitu.

Inilah korang, terlebih bijak pun susah sangat. Tadi sembang tentang Islam, sekarang korang belakangkan Islam,” Pak Ku Li tiba-tiba je angin. Susah betul, sudahlah buta tidak mahu bertongkat. Jika tidak tahu, bertanya. Jangan bawa fitnah. Sesungguhnya pada fitnah ada nasi tambah.

“Maksud saya, bukanlah kami taknak buat yang Islamik. Kami akan buat yang Islamik. Jika tidak, kami tidak akan jemput Tok Guru. Cuma saya katakan, bukan itu tujuan utama kami,” kata saya. Pak Ku Li masih membebel tidak mahu mendengar penjelasan.

Biasalah. Satu jenis taknak dengar penjelasan dan masih berada dalam kejahilan yang gelap. Satu jenis, tukang tabor cerita siap dengan cerita israiliyat yang banyak tambahannya. Satu lagi, sentiasa bersangka buruk dan tidak mahu bertanya. Macam-macam jenis manusia.

Alih-alih, kita yang dimarahnya. Walhal mereka tidak mahu mendengar. Jika mahu mendengar sekalipun, tidak mahu berfikir.

“Pak Ku Li, dah ramai orang buat konsert ala Islamik. Benda tu benda pasti. Kami takkan tinggal. Macam saya mahu pergi kenduri, saya kata saya nak makan gulai. Tapi, adakah saya hanya mahu maka gulai? Tentulah tidak. Mestilah saya pun mahu makan nasi,” jelas saya lagi.

“Kami tidak mahu menunjukkan bukan tidak mahu buat. Bukankah saya dah kata, Islam itu pasti. Islam itu bukan alternative,” terang saya lagi.

Susah cakap dengan orang-orang kedai kopi. Mereka hany berada di kedai kopi. Mereka hany dengar cerita kedai kopi. Mereka taknak buka pemikiran dan meluaskan pandangan mereka.

Mereka hanya tahu menyalahkan bukan mahu berbincang. Susah saya dibuatnya.

“Oh ye, bila konsert kamu tu?” tanya Pak Jib.

Saya tersenyum.











Read More......

FIQH TARBIAH (4)

1 Cadangan/Pandangan
Baik buruk dalam agama ditentukan oleh nas bukannya akal. Meskipun Mu’tazilah berpandangan akal menentukan, namun pandangan itu ditolak. Ini bukan bermakna saya bertaqlid tanpa berfikir kepada pandangan kumpulan Asya’irah, tetapi inilah hasil pengetahuan ilmu saya.

Maka ilmu yang akan membantu. Betapa baiknya sekiranya manhaj tarbiah dibentuk dalam melahirkan ahli berilmu dan berpengatuan. Tidak perlu terlalu tinggi, tetapi dapat secukup rasa pun jadilah. Selebihnya adalah bergantung kepada usaha peribadi.

Alkisah disebutkan seorang tasauf, faqih dan qari’ dalam perjalanan. Apabila tiba waktu solat, salah seorang daripada mereka bertanya, “Siapa yang akan menjadi Imam?”

Maka berkatalah ahli sufi, “Biar saya yang menjadi Imam lantaran kebersihan hati adalah yang terpenting bagi sesiapa yang menjadi Imam,” katanya sambil mengambil tempat Imam.



Baru sahaja ia memulakan solat, orang fiqh mufaraqah (keluar daripada solat) dan mengkritik orang sufi. Ini kerana solat orang sufi tunggang-langgang tidak berlandaskan hukum fiqh.

“Jika begini solat kamu, biar saya jadi Imam,” katanya sambil menggantikan tempat orang sufi menjadi Imam. Takbirnya cantik namun bacaan al-Qurannya teruk. Tajwid tidak tepat. Ini mengundang rasa resah kepada Qari lalu meminta agar solat dihentikan.

“Biar saya pula menjadi Imam. Saya terlath dalam bacaan al-Quran. Tajwid saya bagus,” katanya.

Apabila orang Qari menjadi Imam, dengan bacaannya yang nerdu dan sedap, tajwidnya tersusun, maka berpuas hatilah mereka. Sehingga selesai solat, kedua-dua sahabatnya memuji-muji Qari’ yang dapat menjadi Imam dengan baik.

“Sedap betul suara kamu, macam Sheikh Sudais Imam Mekah?” puji orang sufi.

“Betul ke sama?” tanya Qari.

“Betul akhi, suara kamu merdu sungguh. Terbuai-buai perasaan saya dibuatnya,” orang fiqh pula memuji. Qari berasa sangat gembira seraya berkata, “Ha, itu saya belum ambil wudhu’ lagi. Jika tidak, pasti suara saya lebih sedap,” katanya bangga.

Manakala dua orang sahabatnya terlopong.

Ini satu kes yang biasa dijadikan bahan cerita lelucon. Kesimpulan daripada cerita ini ialah, ahli gerakan mesti dihiaskan dengan tiga elemen yang penting merangkumi kesufian, ilmu fiqh dan juga ilmu bacaan al-Quran. Itu jika berdasarkan cerita ini.

Teras dan sendi agama itu ialah ilmu Tauhid, syariat dan hakikat. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Apa manhaj yang dibentuk bagi melahirkan ahli yang dapat meskipun seceduk ketiga-tiga ilmu ini?

Ahli yang berjiwa sufi dan membersihkan hati. Apa formula gerakan atau jamaah?

Ahli yang pandai dalam bidang hukum-hakam sekurang-kurangnya asas. Jika tidak, malu menjadi suami atau isteri tetapi tidak berilmu.

Bagaimana pula dengan bacaan al-Quran?

Ini persediaan menjadi pendakwah, juga sebagai suami. Seorang isteri bergantung kepada suami yang berilmu untuk mendidik mereka. Seorang suami juga begitu. Seorang anak mahukan sentuhan tarbiah ayahnya. Bukankah begitu?

Baik, adakah logik sekiranya jamaah mengadakan kelas ilmu ekspres? Jika saya dahulu mencadangkan agar dikuasai beberapa perkara termasuklah Qawaid Fiqhiyah, maka kelas ekspres mampu menjadi jalan penyelesaian.

Cukuplah dua minggu sekali dengan syarat istiqamah. Jangan diberat-beratkan tetapi belajar dalam suasana santai dan menarik. Penuh dengan daya kreativiti. Dengan itu, barulah kita boleh menjadi pendakwah, suami dan ayah atau isteri dan ibu yang berjaya.

Perkara ini tidaklah susah. Ia mudah. Tidak perlu dibincangkan benda-benda yang berat. Bincangkan yang ringan, sesuai untuk khalayak yang umum.

Sesungguhnya masyarakat banyak bertanya tentang fiqh dan hukum-hakam. Maka kita mesti bersedia. Kemudian dalam manhaj tersebut, hendaklah jamaah sediakan ujian untuk melihat prestasi ilmu kalangan penuntut.

Kita mesti mencuba. Jika bukan sekarang, bila lagi.

Kata Tok Guru Nik Aziz kepada Mudir Pondok Moden, “Sekarang kita kekurangan alim ulama”







Read More......

Rabu, 29 April 2009

FIQH TARBIAH (3)

7 Cadangan/Pandangan
Setelah yang lalu saya membicarakan soal kepentingan menghafal al-Quran untuk ahli gerakan Islam, maka kini saya ingin berbicara tentang perkara ketiga dalam fiqh tarbiah.

Apakah kita tidak berasa rugi apabila kita berada di dunia kampus, atau dunia gerakan Islam secara umum, tetapi kita tidak mampu memahami beberapa isi kandungan kitab? Apakah kita hanya mahu melihat kitab yang begitu banyak tanpa memahaminya?

Maka alangkah baiknya sekiranya gerakan Islam membuat kuliah umum secara berkala untuk menguasai beberapa kitab yang bermutu untuk dihadam dan difahami. Ada beberapa elemen yang penting dan boleh saya cadangkan dalam perkongsian ini.

Sem 1: Penekanan tentang tasauf dengan mengambil karya al-Ghazali sebagai manhaj. Minhajul Abidin bagi saya sudah memadai untuk ahli gerakan dalam proses penyucian jiwa sebelum benar-benar terjun ke medan perjuangan.



Sem 2: Penekanan tentang tafsir. Pilih mana-mana surah yang penting, lalu ambillah kitab al-Jalalain atau Ibnu Kathir sebagai contoh untuk dipelajari. Dnegan itu, maka kita akan dapat melahirkan lebih ramai ‘penceramah ilmu’ bukannya ‘penceramah air liur’.

Sama ada saudara setuju atau tidak, saya berpandangan, ramai kalangan kita hanya mampu menyampaikan ‘tazkirah (peringatan: suatu benda yang diulang-ulang dan sudah diketahui ramai) tetapi tidak mampu memberikan pengisian ilmu yang baik dan propal.

Sem 3: Kuliah berkaitan dengan Qawaid Fiqhiyah. Saya telah jelaskan dalam ruangn cbox, qawaid fiqhiyah adalah formula manakala usul fiqhiyah pula adalah teras seperti penggunaan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ dan lain-lain.

Melalui usul, intinbat hukum dapat diambil. Ulama hanya sepakat menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai usul namun khilaf dalam bab lain termasuklah Ijma’ sebagaimana dikritik oleh Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid.

Manakala qawaid pula hanyalah formula. Tidak boleh diistinbat hukum melaluinya. Namun dengan itu ulama mampu memahami sesuatu perkara dengan lebih luas. Qawaid ini berbeza menurut mazhab masing-masing. Contoh qawaid ialah, “Al-yaqin la yazaal bi al-syak” atau “al-dharurah tuqaddar biqadariha”.

Maka sekiranya ahli diberi penekanan tentang tasauf, tafsir, dan akhirnya qawaid fiqhiyah, dengan menjadikan sekurang-kurangnya tiga buah kitab sebagai rujukan, maka ia memberikan kredit yang besar dalam dunia pentarbiahan.

Maka kita dapat melahirkan profesional yang mampu berbicara tentang agama dengan nas bukannya akal. Sekiranya akal, maka rosak perandalah kita.

Akal menafikan non muslim boleh membaca al-Quran. Ini kerana orang berjunub dilarang membaca al-Quran mengikut jumhur (jumhur berbeza dengan ijma’). Maka apatah lagi orang non-muslim, mereka bukan sekadar berjunub bahkan akidah mereka kotor.

Itu akal, sedangkan nas tidak sebegitu. Nas yang memimpin akal bukannya akal yang memimpin. Saya melihat Abdullahi Ahmad al-Naim, seorang Sudan terlalu menggunakan akal dan ia berbangga dengan kekuatan akalnya yang mengkritik ‘kepincangan’ agama kononnya.

Sekiranya akal dan taqlid membabi buta, maka kita berpandangan solat Jumaat adalah pada solat Zohor. Namun nas tidak begitu. Boleh dirujuk pandangan Imam Ahmad yang berpandangan boleh solat Jumaat sebelum tergelincir matahari dan Imam Malik membolehkan solat Jumaat selepas Asar.

Maka ahli mesti belajar banyak perkara. Namun tidak semestinya menjadi tasauf, tafsir dan qawaid fiqhiyah sebagai bahan pembelajaran. Itu sebagai contoh rambang supaya kita sama-sama nampak modelnya.

Apabila orang bertanya, apa kamu dapat setelah menyertai gerakan Islam di kampus, maka kita menjawab, “Saya telah menghafal beberapa juzu’ al-Quran, beberapa buah hadis dan telah mempelajari beberapa buah kitab, Alhamdulillah”.

Boleh juga dipraktikkan model ini di luar. Kita cuba dulu. Yang penting, keberanian mengubah manhaj tarbiah yang sedia ada dalam merancang masa depan Malaysia dan dunia Islam yang lebih cemerlang.






Read More......

Selasa, 28 April 2009

KONSERT ANTARA DUNIA

32 Cadangan/Pandangan
KONSERT ANTARA DUNIA
PERASMIAN OLEH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN OLEH KUMPULAN SOUTUL HARAKAH DAN UNGU DARI INDONESIA, RABBANI DAN MEET UNCLE HUSSIN.
1 OGOS 2009, SABTU, JAM 7-11 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM.
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI

Entah macam mana, tiba-tiba tercetus dalam diri saya untuk melaksanakan dua progam besar bagi Gamis. Satu, Kongress Pendidikan yang kini sedang digerakkan oleh TSUA Gamis dan satu lagi konsert yang digerakkan oleh Muhaimin dan Zahidah.

Mengapa saya mahukan mengadakan konsert? Dan saya yang paling bersungguh. Konsert yang diadakan Gamis bukanlah bertujuan untuk menunjukkan konsert Islamik mahupun alternatif. Tidak sama sekali. Ini kerana Kerajaan Kelantan dan sudah banyak pihak yang telah menunjukkan konsert ala Islamik dan alternatif.



Maka saya mahu dedahkan apakah kebaikan yang diperolehi daripada konsert ini. Ia merupakan satu kebaikan yang tidak terhingga kepada Gamis dan ahli Gamis itu sendiri.

Pertama, Gamis akan memperbanyakkan link dengan pelbagai pihak khususnya Rabbani. Tujuan mengadakan link adalah untuk melatih Gamis bermasyarakat secara realisitik. Bukan senang untuk bermasyarakat secara professional sebenarnya.

Kedua, kesatuan antara ahli Gamis akan terbentuk. Bayangkan AJK untuk konsert adalah seramai 50 orang. Maka apabila semua ahli Gamis berkumpul dalam satu komuniti AJK, maka satu kesatuan yang utuh akan terbentuk.

Ketiga, jika selama ini Gamis hanya dimonopoli dan digerakkan oleh pimpinan utama, maka kini sudah tiba untuk Gamis digerakan oleh semua ahli secara bersepadu. Tahniah kepada Muhaimin, Zahidah dan Aisyah yan telah membawa pencerahn kepada Gamis. Tidak lupa kepada Qahar yang terlibat sebagai AJK penerbitan dan semua.

Keempat, selama ini Gamis banyak bergerak sebagai underground dan watchdog. Maka dengan adanya program Mega seperti konsert, sudah tiba masanya Gamis untuk menunjukkan taringnya secara legal bukannya illegal. Zaman sekarang mesti begitu.

Kelima, Gamis akan berpeluang untuk mengubah paradigma. Jika selama ini gamis hanya dikenali sebagai gerakan membangkang dan mendesak, kini Gamis mahu menjadi gerakang yang mencadang dan menasihat. Bukan lagi hanya serangan tetapi juga penerangan.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Rabbani yang telah memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik kepada gamis. Terima kasih kepada anda, moga kerjasama anara kita akan terus terjalin.










Read More......

FIQH TARBIAH (2)

5 Cadangan/Pandangan
Dalam siri yang pertama, kita telah membincangkan tarbiah dalam konteks: melihat kondisi semasa dan siapa sasaran tarbiah. Maka pada kali ini kita ingin melangkh ke ruangan perbincangan yang lain pula.

Apakah manhaj kita mempersiapkan ahli yang mampu menjadi Imam dalam solat? Sama ada solat fardhu, solat tarawih mahupun solat jenazah. Mampukah ahli kita membaca al-Quran dengan baik, dan fahamkah ahki kita tentang rukun solat jenazah, atau solat kusuf dan khusuf.

Maka manhaj tarbiah mesti mendorong kepada dua perkara yang ingin saya fokuskan iaitu:

1- Penghafalan al-Quran
2- Pembetulan bacaan al-Quran

Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah persatuan atau universiti, maka biasanya akan timbul dua persoalan.

Pertama: Apa yang persatuan atau universiti sediakan
Kedua: Apa bentuk end-product yang mahu dihasilkan




Mungkin jamaah akan melatih ahli menjadi orang yang panda berdikari. Tetapi apakah jamaah tidak teringin menyiapkan satu manhaj dalam melahirkan ahli yang menghafal al-Quran? Dan betul bacaannya.

Sekiranya pengajian di Jordan mewajibkan hafalan Surah Ali Imran di peringkat MA dan Surah l-Baqarah di peringkat PhD, maka bagaimana dengan jamaah. Begitu juga dengan sistem pengajian Mesir yang menekankan hafalan al-Quran.

Tidakkah kita berasa rugi? Berada dalam jamaah tetapi tidak menghafal al-Quran dan tidak digesa ke arah itu. Maka kuranglah dalil dan hujjah kita. Lemahlah pidato kita. Cacatlah pembentangan kita. Kita hanya mampu menggunakan logik akal dan pengalaman tanpa dalil yang qat’i.

Hasilnya, jamaah tidak melahirkan satu kumpulan yang menjadikan al-Quran sebagai mainan bibir mereka. Jamaah juga tidak berhasil melahirkan orang yang boleh menjadi Ima. Atau ahli parlimen yang boleh menggunakan ayat al-Quran sbagai pelengkap hujjah.

Tidakkah itu satu kerugian yang besar?

Maka dalam fiqh tarbiah, sesuai dengan pembawaan Nabi Muhammad SAW, satu sistem dan manhaj yang baru mesti dibentuk. Sebagai contoh:

Sem Pertama: Ahli mesti menghafal Surah al-Muzzammil dan al-Muddaththir

Sem Kedua: Ahli menghafal Surah Muhammad dan al-Fath

Sem ketiga: Ahli Menghafal semua juzu’ 30

Sem keempat: Ahli menghafal juzu’ 29

Naqib memainkan peranan memastikan hafalan berjalan dengan baik. Namun awas, menghafal memang senang tetapi menjaganya payah. Maka satu sistem penjagaan hafalan mesi dibuat.

Antara kaedah yang boleh dilaksanakan ialah:

1- Adakan ujian hafalan al-Quran kalangan jamaah untuk melihat sejauh mana penjagaan mereka
2- Ujian berdasarkan tulisan dan bacaan
3- Ujian praktikal ialah dihantar ke mana-mana surau untuk menjadi Imam
4- Peringkat terakhir dalam dua sem terakhir, ahli tidak perlu lagi menghafal, cuma mereka perlu mengulang-ulang semula hafalan mereka agar tidak luput dari ingatan.
5- Adakan imtihan syamil (ujian menyeluruh) untuk kesemua hafalan mereka sebelum tamat sesi pengajian
6- Berikan sijil penghargaan kepada yang berjaya

Anda mesti mencubanya. Jangan berasa takut. Sekurang-kurangnya, juzu’ 29 dan 30 dalam genggaman ingatan ahli. Jangan fikir ia mustahil. Manhaj jamaah mesti dibentuk maka akan datanglah kesungguhan tersebut.

Jika tidak, kita akan rugi. Tidakkah kita berasa amat rugi, kita mampu melahirkan orang yan mampu melaksanakan program, ahli politik, tetapi kita tidak mampu melahirkan orang yang menghafal al-Quran.

Ia sangat rugi. Maka jangan berlengah lagi. Mulakan sekarang setelah anda menamatkan bacaan ini. Sekian, kita berjumpa dalam siri kuliah Fiqh Tarbiah seterusnya, Insya-Allah.








Read More......

KULIAH FIQH TARBIAH (SIRI 1)

3 Cadangan/Pandangan
Tarbiah melihat kepada dua faktor yang utama. Pertama, kondisi atau situasi semasa. Kedua, melihat kepada sasaran.

Sebagai contoh, suasana mempertahankan kesucian umat Islam membuatkan Solahuddin al-Ayyubi banyak menumpukan kepada peperangan. Maka tarbiah beliau ialah askariyah.

Apa situasi yang sekarang melingkungi kita pada masa sekarang. Mungkin kita boleh sebutkan beberapa keadaan merangkumi:

1- Serangan pemikiran seperti nasionalisme, kapitalisme, dan sebagainya yang semuanya berteraskan liberalisme
2- Ketandusan kepimpinan yang mempunyai daya untuk mengemukakan satu sistem yang baru untuk Malaysia
3- Keserabutan akhlak dan kerosakan sosial yang makin mencengkam dan menggigit



Maka bagaimana tarbiah mesti dibentuk dalam menghadapi situasi seperti ini. Atau mungkin dalam kerangka yang lebih kecil, kita melihat kepada kemahuan persatuan sahaja. Mungkin persatuan kita kekurangan

1- Pemikir dan perancang
2- Pengurus dan pentadbir
3- Kepimpinan yang efektif
4- Pengurusan ekonomi yang mantap

Maka segala bentuk tarbiah mestilah menjurus ke arah ini. Bukankah cantik sekiranya dalam tarbiah ‘takwin’ atau pembentukan, ahli persatuan dilatih mengikut keupayaan dan keinginan mereka? Dan biarlah sesuai dengan kehendak semasa. Maka sebagai contoh

1- Buat kelas melatih pakar ekonomi. Apa bentuk latihan? Bentangkan teori ekonomi seperti kapitalisme dan komunisme serta perbandingan dengan ekonomi Islam. Setelah itu, buat praktikal seperti minta ahli yang dilatih untuk menghabiskan jualan dadih sebanyak 20 kotak dalam masa satu minggu.
2- Buat kelas melatih pengurusan cemerlang. Bentangkan beberapa teori pengurusan yang baik seperti BOS, Six Sigma dan 5S. kemudian minta ahli untuk kendalikan satu program bagi mengasah ketajaman mereka.

Perkara kedua, tarbiah perlu melihat kepada sasaran tarbiah itu sendiri. Sekiranya sasaran kita orang yang sangat menjaga akademik dan mencintai ilmu pengetahuan, maka sepatutnya ia terus didorong untuk menjadi ilmuan yang akan menabur khidmat kepada Islam kelak.

Mudah kata, tarbiah biarlah sesuai dengan sasaran kita. Sekiranya ia seorang pemarah, maka mesti dilayan dengan penuh ramah. Sekiranya ia seorang yang kedekut, maka dilatih supaya menjadi pemurah. Sekiranya ia pemalas, maka mesti ditarbiah menjadi orang yang rajin.

Setakat ini sahaja kuliah fiqh tarbiah kita buat siri satu dengan kita simpulkan dua perkara:

1- Tarbiah mesti melihat kepada kondisi atau situasi
2- Tarbiah mesti melihat kepada sasaran

sekian terima kasih.
Read More......

Isnin, 27 April 2009

kisah malang

6 Cadangan/Pandangan
Seorang sahabat saya (PA) terbuang c-box dalam blog saya. Sedih jugak bila fikir segala kenangan yang terhimpun di situ. Tapi nak buat macam mana. Pasrah.

Jadi saya bukanlah takut dengan kritikan. Malah saya sentiasa menantikan kritikan sama ada bernas atau tidak. Namun sahabat saya tersilpa ‘delete’ saya punya c-box.

Kali ni saya maafkan dia. Jika dia buat lagi, saya akan sembelih dia, hahaha. Read More......

fiqh taghyir

2 Cadangan/Pandangan
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Timb Ketua Pemuda PAS) mengharapkan agar tarbiah mesti berteraskan kefahaman. Maka jangan dimarah peserta program yang tidak menepati masa sebaliknya diajar dan dididik dengan kefahaman terlebih dahulu.

“Kita orang Islam, mesti menepati masa kerana ini tuntutan sunnah. Dan inilah disiplin kita sebagai orang yang cintakan kemenangan Islam”.

Alangkah indahnya fiqh yag dimiliki oleh ustaz muda ini.

Adakah kefahaman mesti lahir daripada keilmuan? Tidak semestinya. Kefahaman boleh lahir daripada dua faktor biasanya. Faktor keilmuan dan faktor pengalaman. Ilmu tanpa pengalaman adalah tempang manakala pengamalan tanpa ilmu adalah buta.




Sebagai contoh. Mengapa Nabi SAW mengegur isteri baginda yang tidak menutup aurat ketika si buta Abdullah bin Ummi Maktum datang ke rumah? Isteri baginda mempersoalkan. Mengapa harus ditutup sedangkan Abdullah seorang buta.

Maka fiqh mengajar kita, bukan soal menutup aurat kepada Abdullah menjadi faktor tetapi persepsi orang yang harus dijaga. Bagaimana jika ada seseorang melalui rumah baginda dan melihat isteri baginda tidak menutup aurat sedangkan ada seorang lelaki (dia tidak tahu lelaki itu buta)? Bukankah akan mengocakkan fitnah.

Fiqh Ustaz Tantawi amat bagus. Jika seseorang tidak dididik dengan kefahaman sebaliknya hanya dengan kekerasan, maka ia hanya melahirkan orang yang hanya mempunyai nyalaan semangat yang sementara.

Orang yang faqib adalah orang yang alim tetapi orang yang alim tidak semestinya orang yang faqih. Ini menurut al-Qaradawi. Ada orang yang belajar fiqh tetapi tidak mampu menterjemahkan mengikut kesesuaian semasa. Itu hanya alim bukan faqih.

Bagaimana pandangan anda tentang orang haid yang membaca al-Quran. Al-Syafei mengharamkannya. Tetapi bagaimana pula dengan seorang pelajar muslimah yang menghafaz al-Quran. Maka jika datang haid, apakah diharamkan lagi baginya membaca al-Quran?

Ubat bagi kejahilan ialah bertanya. Ini hadis Nabi SAW.

Suasana Malaysia zaman sekarang adalah suasana serangan pemikiran. Peperangan antara pencinta Islam dan penentang kebenaran. Maka tarbiah mestilah melahirkan orang yang mempunyai daya untuk bertempur dalam medan serangan pemikiran.

Maka modul program dan manhaj tarbiah mesti ke arah itu.

Kita sangat perlukan orang yang mampu memberikan kuliah tentang tarbiah dan dakwah. Tetapi kita lebih memerlukan orang yang mampu menerangkan kepada masyarakat umum tentang Islam yang sebenarnya.

Bagaimana Islam dengan ekonomi? Bagaimana Islam dengan pasaran bebas. Maka kita memerlukan orang yang berkemahiran. Saya mengakui kelemahan saya dalam sudut ini. Namun sekarang soal mengakui kelemahan, tetapi sekarang soal bagaimana manhaj tarbiah kita.

Tarbiah kita memang melahirkan orang yang mampu bekerja. Tetapi apakah kita telah melahirkan ramai pemikir dan perancang? Tarbiah kita melahirkan ramai yang mampu membuat program. Tetapi apakah tarbiah kita mampu melahirkan orang yang kreatif dalam melaksanakan program.

Saya hanya mahu kita sama-sama berfikir, bukan saya mempertikaikannya. Jika kita melihat di sana ada kelemahan, maka kita harus gerak seiring untuk menjayakannya.

Sebagaimana juga saya menyatakan kepada sahabat-sahabat saya,

“Tarbiah kita telah melahirkan ramai orang yang sanggup menggerakkan tarbiah. Namun apakah kita sudah mampu melahirkan ramai perancang tarbiah? Atau orang yang mampu menggubal bentuk tarbiah yang baru”.

Sesungguhnya, orang zaman dahulu telah membentuk manhaj tarbiah yang sesuai dengan zaman mereka. Masa telah berlalu pantas. Maka kita harus melaksanakan tarbiah dalam bentuk yang lebih sesuai dengan kita.

Bagaimana? Sama-sama kita fikirkan…




Read More......

berani menidakkan

0 Cadangan/Pandangan
Mungkin saya tersilap memilih perkataan ketika menulis. Saya menyatakan, “Antara tanda ketinggian ilmu ialah kita mampu mempertikaikan pandangan ulama”.

Saya rasa, saya mahu ubah perkataan mempertikaikan kepada perkataan “berani menidakkan”.

Dalam istilah dan konsep ini, saya bukan mahu menyuburkan rasa ego dan menuntut ilmu untuk menjatuhkan maruah ulama. Bukan itu maksud saya, jauh sama sekali.

Maksud saya ialah, keluasan ilmu kita ialah mesti sampai ke tahap kita berani menidakkan pandangan ulama, atau penulis, atau sarjana, lantaran kita turut mengetahui pandangan lain yag lebih abash.

Atau mungkin kita sudah mampu untuk memahami suasana dan biah yang lebih sesuai.




Maka Imam al-Syafei turut mengkritik pandangan gurunya Imam Malik selepas kematian gurunya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menurut cerita anaknya Ustaz Nik Abduh kepada saya juga pernah mempertikaikan pandangan seorang ulama dalam sebuah buku.

Maka begitulah kehidupan ulama. Lantaran mereka juga mempelajari ilmu dan mengetahui keadaan mereka.

Atau sebagaimana golongan hadis yang mempertikaikan kredibiliti Imam al-Syafei dalam bidang hadis. Atau ketika Jaafar al-Sodiq yang berdebat dan mengkritik manhaj Imam Abu Hanifah.

Perkara ini biasa. Saya hanya menyediakan kayu ukur atau penanda aras. Bukan saja-saja menidakkan pandangan ulama, tetapi berteraskan ilmu dan adab santun.

Saya adalah seseorang yang sudah berpandangan lain. Ketika saudara saya memperkenalkan saya dari UM, saya menyebut, saya bukan dari UM. Saya sudah tamat belajar dan saya belajar banyak perkara bukan ketika di UM.

Pencerahan saya bermula selepas itu.

Saya melihat bahawa anak muda, mahasiswa khususnya mesti menjadikan lapangan ilmu sebagai lapangan terpenting. Bukan lapangan berpolitik. Apakah tidak boleh berpolitik?

Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya bermaksud, jika benar kita kuat politik, maka dalam masa yang seiring, kesungguhan kita dalam menuntut ilmu mesti jauh lebih tinggi. Kerana sekarang awlawiyat kita adalah bidang keilmuan.

Dakwah turut berjalan. Namun kita melihat dengan visual yang lebih jauh, bahawa tuntutan ilmu mesti jauh berbanding aktiviti dakwah dan berpolitik.

Apapun, saya tetap menyokong gerakan politik pelajar.



Read More......

Ahad, 26 April 2009

usah menangis lagi huda

2 Cadangan/Pandangan
Huda menangis semasa bercerita kepada kami tadi. Saya sedikit terkesan dan perasaan simpati saya jatuh kepada seorang gadis cekal yang baru berusia 22 tahun itu.

Huda seorang pejuang wanita di Selatan Thailand. Baru tadi kami bertem mata dan berbincang banyak perkara. Abdullah, Romzi dan Atef merupakan kenalan baru yang amat mengagumkan.

Abdullah pernah berpengalaman ditangkap selama sembilan hari. Dalam tempoh itu ia disiksa teruk. Dipukul di kepala, dikurung tanpa pakaian dalam bilik yang amat sejuk dan diberikan tekanan mental yang menakutkan.




Apabila mendengar semangat Romzi, saya bagai dibakar-bakar. Semangat jihad mereka sangat tinggi. Bagi mereka, hidup mati di tangan Allah. Mungkin selepas pertemuan kami pagi tadi, kami sudah tidak bertemu lagi.

Menurut Romzi dan Atef, kematian merupakan perkara biasa di Selatan Thailand. Maksud saya, pembunuhan. Mereka sudah tidak mempedulikan tentang ancaman kematian dan pembunuhan lantaran mereka sudah terbiasa.

Mereka berumur sekitar saya. Bahkan lebih muda. Namun semangat dan kekentalan mereka jauh melebihi saya. Saya berasa malu apabila membandingkan antara saya dengan mereka.

Mereka mengenali Gamis dan ingin berkenalan dengan Gamis. Mereka ingin mempelajari sesuatu daripada Gamis. Namun saya rasa, Gamis sepatutnya belajar sesuatu daripada mereka.

Atef memang seorang yang tampak karismatik kepimpinan. Abdullah pula tampak bersemangat tanpa rasa gundah. Huda sentiasa galau namun daya juangnya di luar tafsiran saya. Bahkan mengingatkan Romzi, jiwa saya bagaikan dipanggil-panggil untuk berjihad.

Ya, pagi tadi, tanggal 26 April, pimpinan utama Gamis bertemu mata dengan empat orang sahabat Mujahidin Selatan Thailand. Mendengar khabar dari jauh, adalah berbeza sama sekali apabila mendengarnya secara langsung.

“Huda, jangan menangis lagi. Simpanlah air matamu…”

Read More......

Sabtu, 25 April 2009

habis rm900 duit saya

8 Cadangan/Pandangan
Saya jadi tidak betul hari ini. Telah lama saya menghalang diri saya daripada menjejakkan kaki ke pesta buku. Tapi kali ini, apabila saya pergi, saya sudah jadi serba tidak betul.

RM900, saya habiskan 900 ringgit untuk membeli kesemua kitab dalam bahasa Arab. Saya tidak memilih buku berkaitan dakwah ataupun kehidupan seharian mahupun haraki. Saya lebih memilih yang berunsurkan ilmu.

Maka meskipun saya berkenan dengan buku tentang hak-hak orang Islam, namun saya tidak membelinya. Saya membeli kesemua kitab majmuatul fatawa ibnu taimiyah sebanyak 20 jilid. Banyak lagi buku yang lain, telah saya beli hari ini.

Saya telah memikirkan kehidupan saya yang indah mulai esok lusa. Pasti saya akan menambahkan lagi waktu uzlah saya semata-mata untuk membaca dan terus membaca. Saya pasti akan sangat seronok dan sakar (mabuk).




Shahir mengatakan kepada saya, kitab Al Umm Imam al-syafei bukan untuk dibca tetapi dirujuk. Tetapi saya tidak berpandangan begitu. Saya mengatakan kepadanya, “Ana mahu baca paling kurang dua jilid”. Dari huruf ke huruf.

Ada orang kata ada dua penyakit bahaya. Satu malas membaca, dua kuta membaca. Saya rasa pemikiran itu tidak betul. Orang yang berkata begitu telah melemahkan semangat orang untuk membaca. Patutlah orang Melayu malas membaca.

Imam Nawawi belajar 1 mata pelajaran setiap hari. Bukankah beliau gila membaca? Begitu juga Imam al-Syafei. Bliau bkan sahaja membaca al-Muwatta’ bahkan menghafalnya. Maka bagi saya, kitab bukan sekadar rujukan tetapi jika sempat, baca.

Ada beberapa jenis orang. Satu, beli je buku. Tak baca takpe, asal beli. Bagi saya ini pemikiran orang melayu yang rugi dan merugikan. Mereka kata, ada masa, kita rujuk.

Ada yang membeli buku untuk rujukan. Tetapi sebenarnya tidaklah dirujuk sangat. Yang erbaik adalah membeli dan dibaca, bukan sekadar dirujuk.

Yang silapnya ialah apabila seseorang suka membaca penulisan liberal tetapi tidak mempunyai basis yang kukuh. Ini yang bahaya. Malah juga bahaya apabila seseorang membaca karya ulama yang tinggi tanpa ilmu sehinga ia mempertikaikan ulama tersebut.

Budak gerakan kampus biasany, suka mengkritik pemikiran yang jrang terdengar oleh mereka. Apabila diajak berdebat, ia tidak mampu mengemukakan hujjah. Lalu digunalah serangan, “Itulah akibatnya kerana terlebih membaca”.

Atau mereka mengatakan, “Cakap je pandai, buat tidak”. Tiba-tiba sahaja ia menjadi hakim. Ia mengatakan orang lain tidak bekeja walhal ia tidak pernah mengenali orang tersebut secara lebih dalam. Ia hanya pandai menyalahkan orang. Apabila kalah berdebat, maka digunakan hujjah yang dangkal dan memalukan.

Saya tidak mahu hanya tenggelam dalam tulisan moden bahkan yang liberal. Sekarang saya menatap tulisan seorang Sudan, Abdullah Ahmad al-Naim yang cintakan Islam tetapi mempertikaikan beberapa perkara dalam Islam secara bijaksana. Bagaimana mahu kita menjawabnya. Takkanlah kita mahu sekadar berkata, “Ini akibatnya terlebih membaca”.

Saya turut tenggelam dalam membaca kitab. Saya mahu mempelajari asas sekuatnya. Ini kerana ulama berpesan, “Setiap syariat yang tidak diikat dengan hakikat, maka tidak berhasil. Setiap hakikat tidak diperkuatkan dengan syariat maka tidak akan diterima”.


Ya, umat Islam harus rajin membaca. Tirulah saudara Fahysal Rausyanfikir yang kuat dan rajin mmbaca. Saya sendiri menjadi muridnya dalam banyak pekara. Ilmunya mematangkan usianya.

Yang malas membaca, mestilah rajin membaca. Saya berpesan kepada beberapa orang, “Tanda ketinggian ilmu ialah, apabila kita mampu mempertikaikan tulisan seorang ulama yang besar”.





Read More......

Jumaat, 24 April 2009

saya sedia berdialog

0 Cadangan/Pandangan
Semasa saya mula-mula diperkenalkan dengan gerakan mahasiswa, saya diajar satu kuasa mahasiswa. Kuasa mahasiswa ialah non-partisan dan berteraskan politik nilai bukannya politik kekuasaan.

Saya bukan lagi mahasiswa, namun saya memimpin gerakan mahasiswa dan anak muda. Maka saya masih tetap perlu menjiwai jiwa non-partisan. Tidak berparti bahkan bebas memberikan pandangan atau sokongan atau kritikan kepada mana-mana pihak.

Saya mencadangkan perbincangan semula tentang tarbiah kampus yang saya ibaratkan melahirkan jaguh kampung. Dan ramai yang melenting tidak tentu pasal. Bahkan yang mendapat PhD turut tidak bersetuju dengan saya.



Itu proses kemandirian, kata Ust Ubai (www.cairostudent.blogspot.com). Atau proses kematangan. Tarbiah kampus yang dilalui ahli Gamis tidak menekankan sangat soal melahirkan negarawan, tetapi lebih kepada proses perkaderan dan pembentukan fikrah.

Ia berbeza dengan PKPIM dan ABIM. Saya belajar dari mereka dan saya tidak malu. Hikmah adalah barang hilang orang mukmin. PKPIM memperbanyakkan perbincangan ilmiah dalam proses mematangkan pemikiran dan melahirkan negarawan.

Bukan semua kampus yang melahirkan jaguh kampung, tetapi hampir semua bersifat begitu.maka saya mencadangkan agar semua kampus bersedia untuk mengadakan sesi perbincangan yang kritikal ke arah itu. Ini pada pandangan saya.

Dalam kesempatan yang ada ini, saya Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, 013-2968703, email saya h_ery2000@yahoo.com bersedia untuk menerima sebarang persoalan untuk segala isu yang timbul.

Kepada yang kurang jelas, tidak faham, sengaja buat tidak faham, atau apa sahaja, saya silakan untuk menghubungi saya untuk proses perbincangan.

Saya sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja demi menjelaskan apa saja isu yang timbul dalam blog ini. Kita berdialog dengan penuh suasana mahabbah dan buang perasaan prejudis.

Read More......

Khamis, 23 April 2009

bukan untuk pak din

4 Cadangan/Pandangan
Saya terkejut menerima komen daripada Ustaz Ubaidillah, seorang novelis dan juga senior saya yang berfikiran agak lain. Apa lagi beliau menjiwai keremajaan dan seorang motivator yang indah berbicara.

Intima’ kepada Islam bukannya parti. Gagasan yang pernah dijunjung Ibnu Taimiyah sehinggalah beliau disisihkan. Hanya sedikit yang mendokong beliau namun perjuangannya membuka ufuk berfikir yang sangat luas.

Kenapa mahu marah jika dikatakan tarbiah Pas melahirkan jaguh kampung? Pertama, saya bukan mengata orang kampung. Saya juga tinggal di kampung dan saya tahu masalah kampung. Ketua Ulama Pas kampung saya amat rapat dengan saya dan kami sering bergilir jadual Imam.

Kedua, saya tidak mengata kemampuan orang dalam bekerja. Saya pun belum teruji dalam soal kerja. Jadi saya tidak mengkritik orang itu bekerja hebat atau tidak.




Ketiga, saya juga tidak menyalahkan pimpinan yang masih banyak benda yang perlu difikirkan. Soal politik adalah soal yang luas. Anda boleh bertanya kepada lebih 100 orang yang mendengar kenyataan saya, mengapa kita memilih jalan politik bukannya jalan lain. Jadi, saya faham fokus pimpinan yang luas kepada politik.

Saya juga banyak kali sebut kepada ramai orang, jangan tanya apa parti (UMNO ke, PAS ke) bagi pada kita, tapi apa yang kita nak sumbang kepada perjuangan.

Begini saudara pembaca, saya mengatakan tarbiah Pas adalah melahirkan jaguh kampung merujuk kepada sistem, perbincangan, manhaj dan pengurusan itu sendiri yang harus dibaiki. Bermakna, bukan orang kampung yang ingin saya tuding jari. Saya mahu kita bersama.

Nah, saya masih mahu menerangkan.

Saya menyebut perkara tersebut kepada beberapa pimpinan Pemuda. Jelas. Saya tidak berkata kepada Imam atau Tok Siak. Saya tidak bercakap dengan Ketua Kampung. Saya bercakap dengan pimpinan dalam bentuk muhasabah. Malah apabila saya menyebut soal itu, mereka mengangguk. Mereka bersetuju, jadi mengapa anda melenting?

Terima kasih kepada Ustaz Ubai. Saya banyak berterima kasih di atas penerangannya. Dasar Pas adalah memperjuangkan Islam bukannya parti. Ini perjuangan zaman-berzaman.

Saya masih ingin menerangkan. Jika ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan saya bahawa tarbiah Pas melahirkan jaguh kampung, maka anda harus merujuk kepada ucapan YB Solahuddin dalam ucapan dalam muktamar tahun lepas. Lebih kurang beliau menegaskan, kita mahu negarawan bukannya murabitun yang sempit.

Beliau pada pandangan saya, seolah-olah ingin mengatakan bahawa setakat ini, terdapat ramai murabitun tetapi berfikiran tidak luas. Beliau mahukan negarawan. Ini juga cabaran buat saya.

Jika saudara tidak bersetuju dengan saya, saudara rujuk dan jumpa sendiri Ustaz Yahya Othman dan tanyakan beliau. Beliau sendiri bimbangkan soal ini khususnya dalam bidang tarbiah. Atau saudara jumpalah sesiapa sahaja pimpinan dan tanyakan secara terperinci.

Seterusnya soal bermasyarakat dan marahain. Benar, bermasyarakat harus kita utamakan. Ini beza Pas dengan parti atau jamaah lain. Pas amat bermasyarakat walaupun masih ramai pimpinannya yang tidak murah senyuman dan tiada duit di poket. Tidak mengapa. Itu soal individu.

Saya nak sebut, soal bermasyarakat adalah seperti kita makan nasi. Nak tak nak, kita kena bermasyarakat. Mahu tak mahu, kita mesti rasai kesusahan orang kampung, atau orang setinggan, atau ibu tunggal. Bukan kita tidak rasa.

Tetapi siapa yang mahu isi soal negarawan tadi? Benar tarbiah kepada masyarakat penting, tapi dalam keadaan sekarang, menurut hemat saya, ahli politik yang berjiwa negarawan dan cuba membina negara adalah lebih mulia berbanding orang yang turun ke lapangan masyarakat secara praktikal.

Benar kita perlu buat program mendekati masyarakat, namun jasa seorang ahli politik yang membentuk negara lebih besar jasanya.

Begitu juga Pas kekurangan orang yang mampu menjawab persoalan kerosakan sosial dan kemelesetan akidah secara ilmiah dan profesional. Masih tersangat lemah. Namun Pas ada seseorang yang tidak terlibat serius dalam parti iaitu Ann Wan Seng. Jasanya amat besar. Dia bukan ahli politik.

Tidak menjadi ahli politik tidak mengapa tapi jangan matikan jiwa politik.

Bagaimana tarbiah Pas dalam emlahirkan negarawan, atau ulama handalan di peringkat nasional, atau ahli akademik yang mahu membebaskan IPT daripada cengkaman sekularisasi. Benar, Pas tidak mampu menyediakan semua.

Saya faham, tetapi kita lakukan walau sedikit. Ya, walau sedikit. Penang telah mengambil lepasan Harvard sebagai perancang ekonomi. Selangor mahu turuti langkah tersebut. Maka Pas, harus mengumpulkan para ahli akademik dan intelektual yang bermutu dan sediakan ruang untuk mereka.

Mereka banyak kerja dalam bidang masing-masing. Maka apa salahnya kita sediakan ruang untuk mereka, satu ruang yang luas namun spesifik. Biar mereka memberikan cadangan, mengkritik dan membantu kita dari pandangan sudut yang lain.

Saudara pembaca, saya tidak tujukan tulisan saya kepada Pak Din di Kampung Dusun, apa lagi di sana tiada kemudahan internet.






Read More......

selamat berjaya dalam muktamar

12 Cadangan/Pandangan
Orang PAS sedang sibuk mencari siapa pemimpin yang bakal menggantikan pemimpin sekarang dalam muktamar kelak. Saya secara peribadi amat tidak bersetuju apabila jawatan Presiden turut dipertandingkan kerana saya lebih memilih syura untuk jawatan terbesar ini.

Saya yakin, kepimpinan muslimat sekali lagi akan bertukar. Sentiasa bertukar. Ada mengatakan inilah dinamisme dalam kepimpinan. Namun saya melihat sebaliknya. Saya mengatakan, ini kerana bangkrupnya ikon kalangan muslimat.

Maafkan saya Ustazah Nuridah.

Saya memang bercadang untuk mengikut muktamar secara penuh sebagaimana tahun lepas. Saya mahu belajar dan mengkaji, menganalisis dan bersedia. Antara yang hangat ialah jawatan Naib Presiden apabila IR Nizar dikatakan calon paling popular.




Tidak tepat jika dikatakan IR Nizar masih muda dan beliau naik mengejut dalam bidang kepimpinan. Ia tidak tepat. Bagi saya, IR Nizar sudah bersedia lama sebelum ini dan ia hanya menanti masa yang diizinkan Allah taala untuk muncul. Maka apabila ia muncul, ia menimbulkan fenomena.

YB Solahuddin memang patut meletakkan jawatan. Tahniah kerana berjaya membawa pemuda dengan baik sebelum ini. Sudah tiba batton dilepaskan kepada orang lain. Calon yang disebut ialah saudara Sabky yang terkenal dengan pengurusan, Dr Mujahid yang intelektual dan ada wibawa yang tinggi dan Ustaz Nasruddin yang alim.

Saya tidak sabar-sabar melihat pemuda jika ia dipimpin oleh Dr Mujahid. Pasti ada perubahan yang baru. Namun, apabila membincangkan soal Ustaz Tantawi, saya tertarik dengan pandangan seorang ustaz.

Katanya, jangan difikirkan imej ustaz tantawi akan menghalang pemikirannya. Mungkin orang akan membandingkan beliau dengan KJ dalam pemuda UMNO, maka imejnya perlu berubah. Namun ustaz tadi membidas balik, kita bukan melihat pakaian tetapi otak dan akalnya.

Dua orang Tok Guru memakai jubah dan serban. Namun mereka tetap dinamik dan bijak. Cikgu Azmi yang berkain sarung, otaknya tetap bergeliga. Bukan soal pakaian, tetapi soal kebijaksanaan. Baju kot dan tie hanya penghias. Saya amat berbangga jika Ustaz Tantawi kekal dengan penampilannya tetapi akal dan move nya jauh ke depan.

Tak kira lah, ustaz Tantawi kie, Saudara Sabky ke, Dr Mujahid ke, yang penting, siapa naik, kita sokong. Saya mengajak semua ahli Gamis ke mukatamar PAS untuk belajar.

Saya berharap pemuda tidak lagi menyentuh isu Pakatan Rakyat secara melulu. Saya juga berharap agar perwakilan PAS tidak mengulang benda sama banyak kali seperti dulunya isu muzakarah. Ia membosankan jika berulang kali disebut.

Saya juga harap perwakilan tidak bercakap meleret-leret sebaliknya memberikan point secara baik dan jangan mengambil masa yang terlalu lama. Jangan terlalu mendedahkan keburukan parti yang terlalu dalam sehingga disaksikan media yang tunggu masa untuk memerangkap.




Read More......

Rabu, 22 April 2009

islam, bukan platform

8 Cadangan/Pandangan
Saya berjumpa fakta yang sangat menarik, membuktikan kebenaran pencarian saya, seolah-olahnya. Ia berkaitan dengan perjuangan Pas.

Visi Abim ialah membina dan memimpin tamadun khayra ummah. Jim pula, menegakkan negara Islam yang melaksanakan syariat Islam menjelang 2020. yang menariknya, Pas tidak menyebut soal negara.

Tetapi Pas menyebut, melaksanakan Islam. Pas mahukan syariat Islam terlaksana. Bagi Pas, kepentingan Islam melebihi kepentingan negara itu sendiri.maka, daulah Islamiah bukanlah matlamat tertinggi tetapi hanya satu strategi untuk mencapai matlamat tertinggi iaitu melaksanakan Islam.

Itu yang pertama.




Maka, Pas bukan melahirkan orang untuk Pas tetapi untuk Islam. Pas menjadikan parti sebagai wadah yang mana, apabila Pas sudah memiliki negara dalam usaha menegakkan Islam, maka Pas mesti berusaha menegakkan negara bukan lagi parti lagi. Tarbiah Pas ketika itu mestilah untuk semua orang.

Saya bersetuju dengan adik-adik Pmium. Apabila mereka berjaya mengambil MPP, mereka tidak lagi menjadikan Pmium sebagai platform terbesar sebaliknya mereka menggerakkan MPP. Sama ada gerakan itu laju atau tidak, itu soal lain.

Bahkan sekiranya kelak orang tarbiah Pmium yang menjadi pentadbir universiti, maka Pmium tidak lagi penting. Yang penting ialah agenda universiti yang digerakkan pentadbir itu sendiri.

Namun sekiranya Pas dan Pmium mahu mentarbiah golongan khusus, itu terpulang. Itu adalah tindakan.

Maka dulu-dulu, kami sering diajar, sekiranya Pmium diharamkan, maka tidak mengapa.kerana kami tidak pernah diajar Pmium segala-galanya. Yang penting adalah Islam.

Malah kami diajar, kita boleh menggerakkan satu persatuan yang langsung tidak berlapikkan nama Islam yang boleh bergerak lebih laju berbanding Pmium. Malah jika tidak dibenarkan menubuhkan persatuan apa-apa sekalipun, maka kami diajar untuk terus bergerak walau tanpa persatuan kerana Islam tidak perlukan persatuan.

Hanya persatuan yang perlukan Islam.

Yang penting bagi kami ketika itu, Islam bukannya persatuan. Erdogan dan Abdullah Gul tidak melihat Parti Sa’adah mampu menguasai massa dan memimpin, maka mereka menubuhkan gerakan baru. Mereka mendapat kecaman.

Mereka bukan memperbanyakkan jamaah. Tetapi mereka memperbanyakkan strategi dan cara membawa Islam. PKS juga begitu. Ia sebuah gerakan yang baru bertumbuh.

Kami diajar dalam Pmium, tarbiah kita adalah untuk semua, bukan eksklusif. Maka kami diajar, jangan sibuk berusrah tetapi sibukkan bermasyarakat. Jangan sibuk bertamrin tidak habis-habis tetapi banyakkan aktiviti sosial. Usrah dan tamrin penting, tetapi menterjemahkan erti tarbiah dalam kehidupan lebih penting.

Dewasa ini, ada gerakan kampus yang suka bersama mereka sahaja. Mereka tidak suka untuk bersama gerakan luar. Mereka lebih suka berusrah kerana bagi mereka usrah adalah segala-galanya.

Saya tidak menganut aliran itu dan saya tidak bersetuju. Saya bangkang sekeras-kerasnya. Usrah hanya ikatan. Ada yang formal ada yang tidak. Bahkan tajuk-tajuk silibus usrah pun banyak yang saya tidak bersetuju.

Usrah hanya ikatan. Yang penting, terjemahan. Sahabat nabi ilmu tidak banyak tetapi amalan mereka hidup. Saya bergurau dengan beberapa orang, usah pening-pening dengan tauhid tiga bahagian, sesungguhnya Abu Bakar pun tidak pernah mempelajarinya.

Mahu saja saya membakar silibus usrah kerana saya melihat budaya taqlid semakin merasuk dan pemikiran makin tertutup sebagaimana Rabi’ah yang ingin membakar syurga dan memadamkan neraka.

Skill menyampaikan usrah tidaklah sepenting skill merapati masyarakat. Skill bertamrin tidak sepenting skill menerangkan Islam secara profesional kepada umum. Skill memimpin dalam Pakatan tidak sama skill memimpin parti.

Saya sebutkan kepada beberapa pimpinan Pemuda. Tarbiah kita melahirkan jaguh kampung. Mereka mengangguk...




Read More......

Isnin, 20 April 2009

pesan saya buat adik-adik

7 Cadangan/Pandangan
Saya ingin berpesan kepada adik-adik saya, agar banyakkan membaca buku. Supaya kita mampu menguasai sebanyak mungkin ilmu dalam bidang pengkhususan kita. Jangan sampai orang mentertawakan kita sehingga dikata, “Orang haraki berilmu cetek”.

Orang yang berusrah tetapi malas membaca dan belajar, kelak akan dicemuh orang. “Harapkan usrah je banyak, tetapi mengarut pun banyak”. Sehingga banyaklah jua bid’ah yang kita lakukan lantaran kejahilan kita.

Saya telah mengikuti beberapa tamrin dan usrah. Pernah fasi mengkritik daya kefahaman yang dimiliki oleh seorang peserta. Namun dalam hati saya menjawab, “Yang salah bukannya kefahaman adik-adik tetapi fasi yang kurang berilmu”.




Lalu kita suka bermain akal sedangkan Dr Muhammad Ammarah menyebut soal al-zawaj bainal ‘aqli wal syar’I (mengahwinkan antara akal dengan syariat). Namun kita kurang mengerti syariat tetapi lebih banyak berdalilkan akal sekiranya kita kurang ilmu.

Sedangkan penggunaan akal tidak sah sekiranya ia bertentangan dengan syariat.

Al-Qaradawi pernah mengkritik pandangan Dr Hassan al-Turabi. Namun ia menarik balik kritikannya lantaran sebelum itu ia belum lagi memahami dasar keilmuan yang dimiliki al-Turabi. Orang yang tidak berilmu, akan mudah mengkritik lantaran tidak memahami.

Saya ingin berpesan kepada adik-adik saya, rajin-rajin ke perpustkaan. Jangan hanya tenggelam menyiapkan assignment semata-mata, tetapi tenggelamkan diri dengan membaca buku dan kitab yang berlambak. Habiskan masa dengan membaca.

Bukankah baik jika adik-adik, siang hari belajar dan banyak membaca, malam bermesyuarat dan beraktiviti, hujung minggu dihabiskan dengan kegiatan harakah. Namun malangnya kita lebih suka bermesyuarat dan berprogram tetapi malas membaca dan belajar.

Kelak anda akan menyesal dengan ilmu yang sedikit. Ketika itu dunia akan terasa sempitnya.

Saya pesan kepada adik-adik saya yang aktif dalam haraki, jangan hanya dibaca buku-buku dakwah dan harakah sahaja. Jangan tertipu dengan kulit yang indah. Sekarang, telah banyak buku dakwah yang dibuat walhal hanya mengulangi perkara yang sama.





Read More......

pemikiran saya

7 Cadangan/Pandangan
Agak bahaya sebenarnya pemikiran yang timbul dalam beberapa ahli gerakan ni. Saya melihat dalam konsep pengurusan dan pentadbiran, pimpinan sepatutnya lebih patut mengenal pasti potensi ahli kampus. Soal menawarkan diri itu soal tadhiyah dan lebih berbentuk peribadi.

Maka satu sistem perlu diperkenalkan secara lebih efektif. Alhamdulillah saya yakin ia sudah wujud, namun tahap kecaknaan itu belum lagi menebal.

Bahaya yang kedua ialah, apabila ramai kalangan ahli gerakan kampus yang lebih suka mengekalkan perkara lama. Saya berpendirian, orang yang mempunyai bakat di kampus perlu disalurkan ke posisi yang sesuai bukannya jawatan. Kaedah gerakan menyebut, “Pemuda mesti berada pada posisinya”.

Saya bimbang, jika terdapat masih ramai ahli yang mementingkan konsep menawarkan diri dan menolak konsep ‘menghamparkan permaidani merah’ (menurut sesetengah pengkritik blog saya), maka pengurusan gerakan selamanya tidak akan sistematik.




Ia hanya menantikan orang menawarkan diri. Pemikiran ini sangat berbahaya.

Bagi saya, jika boleh saya ingin menjadi PMI sebagai contoh. Tarbiah PMI bukan melahirkan orang untuk PMI tetapi melahirkan orang yang boleh menghidupkan Islam di mana sahaja mereka berada. Namun keterikatan jiwa mereka tetap dengan PMI.

Maka menjadi tradisi PMI menghantar orang untuk menguasai kolej-kolej kediaman, fakulti-fakulti dan juga anak negeri. Mereka bukan bekerja untuk PMI tetapi mereka bekerja untuk Islam. Namun hati dan darah mereka tetap pada PMI.

Begitu juga PAS dan UMNO. Jika UMNO melahirkan orang untuk bekerja dengan UMNO, maka UMNO akan rugi. Maka UMNO menubuhkan pelbagai NGO untuk mendokong mereka antaranya GPMS. PAS juga begitu. Namun ramai juga orang PAS tidak begitu.

Tok Guru pesan banyakkan NGO untuk bawa Islam. Sekiranya NGO cop di dahi lambang PAS, maka awal-awal lagi ia akan ditolak oleh orang UMNO dan secular. Begitu juga jika UMNO berbuat demikian.

Saya memang menganut aliran memenangkan Islam bukan memenangkan parti. Bahkan saya sebut dalam beberapa siri ucapan saya semasa menjadi YDP PMI, kita tidak pernah kisah jika Islam di UM dimenangkan oleh Karisma mahupun PKPIM. Yang penting, Islam naik.

Saya tidak suka mengkritik Ust Zaharuddin yang tidak terlibat secara langsung dengan PAS. Ini kerana, jasa Ust Zaharuddin rasanya lebih besar berbanding ramai pimpinan PAS. Ia menjadi pakar rujuk dalam bidang ekonomi Islam. Saya tidak membayangkan sekiranya Ust Zaharuddin mendapat PhD. Mungkinkah beliau lebih bermakna untuk Islam jika dibandingkan pimpinan Dewan Ulama PAS?

PAS ditubuhkan untuk memenangkan Islam bukan memenangkan parti. PMI di kampus juga bukan ditubuhkan untuk mempopularkan nama PMI tetapi mempopularkan Islam. Soal strategi tu, itu soal yang lain. Saya amat berbeza dengan Ustaz Zuhdi Marzuki dalam bab ini.

Satu, menjadi tokoh yang ada nama dalam parti. Dua, menjadi tokoh yang ada nama dalam masyarakat. Kedua-duanya penting. Jangan menyangka Islam hanya dengan politik dan yang bekerja perlu dikenali. Malah terdapat ramai yang bekerja bukan dalam bidang politik dan tidak dikenali.
Adakah mereka menolak politik? Tidak, tetapi mereka bekerja untuk memenangkan Islam dari sudut yang lain. Ada yang bekerja dalam bidang akademik. Mereka tidak terlibat dengan usrah PAS atau mesyuarat UMNO, tetapi mereka istiqamah membawa Islam. Jiwa mereka, niat mereka, hati mereka, usah dipersoalkan. Kita bukannya Tuhan.

Orang yang mengkritik Gamis adalah orang yang tidak tahu. Manusia memusuhi benda yang mereka tidak tahu. Penyakit bagi tidak tahu adalah tidak bertanya, ini sabda Nabi SAW. Penyakit yang lebih buruk daripada tidak bertanya adalah mengkritik secara melulu.

Bahkan penyakit yang lebih buruk lagi adalah berburuk sangka dan ‘nasi tambah’. Ini penyakit yang amat buruk.

Penyakit yang buruk lagi adalah tidak mahu berubah. Mereka lebih selesa dengan PAS sebelum era kemenangan, bukan pasca. Mereka kurang mengerti zaman sudah berubah. Atau jika mereka mengerti, pemikiran mereka masih sempit.

Maka saya simpulkan tiga perkara:

1- Gerakan yang cerdik ialah gerakan yang mengatur posisi orang bukannya menanti orang menawarkan diri
2- Sepatutnya PAS bukan melahirkan orang untuk PAS tetapi melahirkan orang untuk Islam.
3- Kita mesti bersedia untuk berubah. Jika tidak, kita hanya akan menjadi liabiliti kepada gerakan bukannya aset.










Read More......

Ahad, 19 April 2009

kuliah maghrib

6 Cadangan/Pandangan
19 April 2009: Sebentar tadi, saya mendengar kuliah. Terasa kejahilan menyelimuti diri saya. Bukan saya sahaja, malah jamaah yang lain turut terpukul sama.

Rasa malu pula. Selama ni saya memberikan kuliah. Tetapi saya bukanlah orang yang berilmu.

Bertambah rasa malu kerana, saya mungkin hanya memberikan pengisian untuk dada-dada pendengar bukannya membersihkan hati mereka. Ini benar-benar memukul saya.

Ustaz Zainuddin menyebut, semakin banyak kita solat, semakin banyak pembohongan kita kepada Allah taala. Kita menyebut kepada Engkau Kami sembah dan minta tolong.

Nyatanya, kita hanya menjadikan Allah taala sebagai tempat minta tolong saja. Itu pun semasa terdesak. Kita minta Allah taala murahkan rezeki kita dan selamatkan kira daripada sebarang bencana.




Namun kita tidak menyambah Allah taala dalam erti kata yang sebenar. Kita malas berwirid dan solat sunat, tetapi bila kita susah, kita minta dengan Allah taala.

Saya terduduk mendengarnya. Benar, kita suka menjadikan Allah taala sebagai tempat mengadu masa kita susah, tidak semasa kita senang.

Kita suka minta Allah taala penuhkan hajat kita sedangkan kita tidak memenuhi tuntutan-Nya. Kita nak Allah taala penuhkan hajat kita menurut kehendak kita, walhal ikut Allah taala lah nak bagi macam mana.

Penat kita, penat. Orang yang jadi pemimpin, mereka baca ayat, “Taatlah kepada pemimpin”. Tetapi mereka lupa bahawa mereka perlu taat kepada Allah taala dan rasul dulu. Mereka lupa ajak orang taat Allah taala dan Rasul. Tapi mereka ajak orang taat mereka.

Rais Yatim tadi mahu jadikan berita tv1 kembali ke jam 8 malam. Ini adalah agenda yang merosakkan. Apa alasannya? Alasannya ialah waktu jam 8 adalah waktu terbaik untuk menonton tv.

Namun bukankah Maghrib waktu ibadah dan mendengar kuliah. Dia tidak mengambil kira soal itu. Yang penting, apabila ada rungutan tentang perubahan waktu ke jam 9. Maka pindah semula ke jam 8.

Dia tak dengar rungutan ulama dan orang yang berada di masjid. Ini kerana dia pun bukan ada di masjid untuk mendengar kuliah dan nasihat. Dia rasa dia dah hebat. Dia rasa dia boleh baca Quran dengan baik.

Tok Guru Haji Hadi yang alim pun masih nak belajar. Dia yang jahil tak nak belajar pula. Dia tak taat kepada Allah taala. Dia tak taat kepada Rasul. Macam mana orang nak taat pada dia?

Sampai sekarang, terngiang-ngiang di telinga saya, “Semakin banyak kita solat, semakin banyak penipuan kita kepada Allah taala”.

Aduh ustaz, cukuplah, saya rasa sangat terpukul…


Read More......

orang kita

7 Cadangan/Pandangan
Dulu-dulu, kami dalam Pmium sering bermuhasabah, “Mengapa orang tidak datang ke program kita?” Mungkin kerana kami tidak kreatif.

Dulu-dulu, ketika kami berbincang dengan Prof Dr Mustafa Ali, penasihat Pmium, beliau bertanya, “Apa yang Pmium sediakan untuk student jika mereka join Pmium?” Kami juga terpinga-pinga, kerana kami hanya sediakan tarbiah.

Dulu-dulu, kami juga bertanya, “Mengapa kita sangat mahukan orang datang program kita sedangkan kita tidak menghadiri program orang lain?”

Kami juga bertanya lagi, mengapa kita mahu orang datang dekat kita sedangkan kami tidak pergi kepada mereka.

Maka kami buatlah Pmium Untuk Semua. Nisa’ juga buat Sukan Untuk Semua. PAS juga buat PAS untuk semua. Sekarang Najib pula buat Najib Untuk Semua.



Saya dalam Gamis, pimpinan dalam PAS, sama-sama mengakui kelemahan kami dan ketidakberdayaan kami. Pak Lah juga mengakui kelemahan beliau.

Dulu-dulu,

Kita bertanya di mana pengorbanan ahli kepada perjuangan?

Sekarang kita kena tanya, “Di mana dia gerakan yang menjaga kebajikan ahli”.

Dulu-dulu kita sebut,

“Ahli mesti masuk ke dalam perjuangan dan duduklah di posisi mana sekalipun”.

Namun sekarang setelah kita belajar pengurusan dan orang semakin cerdik, kita kena sebut, “Nah, sekarang saya cadangkan kamu duduk di posisi ini, jika rasa kurang sesuai, kita bincang balik”.

Sekarang, kita memperjuangkan kadar gaji minimum. Tetapi berapa ramai ahli gerakan yang bergaji kurang RM 1300, sedangkan paras gaji minimum di Selangor adalah RM 1500.

Kita bertanya di mana pengorbanan ahli. Kita menagih derma dan sumbangan ahli. Namun ada kalangan pimpinan yang kurang sedar, ahli berkorban sehingga anak bini payah nak makan sedangkan ada kalangan pimpinan berumah sangat besar, berkereta sangat mewah, ke luar negara selalu.

Kita marah ahli yang tidak berjuang dalam lapangan yang betul, dan kita marah ahli yang future. Namun kita lupa, ahli kita yang bermotor buruk, berumah kayu yang kecil, beranak ramai, tidak pernah merasai lazatnya makanan hotel.

Sedangkan ada pimpinan selalu berada dalam kesenangan. Tidak mengapalah, mereka boleh berada dalam perjuangan kerana duit selalu masuk dan mereka boleh hidup mewah.

Yang faqir lagi miskin bagaimana?

Kita marah dengan orang yang tidak berada dalam lapangan sedangkan kita yang berada dalam lapangan bermewah-mewahan.

Kita marah dengan orang yang tidak mahu berkorban sedangkan kita berkorban dalam keadaan mewah-mewahan.

Apabila ada orang buat tarbiah, kita marah mereka buat tarbiah kerana dikatakan tarbiah itu menyimpang dan menyeleweng. Sedangkan kita tidak tahu yang membuat tarbiah kehabisan duit dan mereka melakukannya semata-mata untuk memastikan gerakan bertumbuh membesar.

Kita mengajar orang jangan percaya cakap orang dan fitnah tetapi dalam masa yang sama kita penyebar fitnah dan mudah percayakan berita.

Kita pesan pada ahli jangan mengumpat namun kita di belakang yang paling banyak mengumpat dan menyalahkan orang.

Kita pesan jangan buruk sangka tetapi kitalah yang paling banyak berburuk sangka dan mengata mencela orang. Inilah ukhuwah kita.

Lain kali, jika tidak tahu, jika tidak faham, tanya, bukan terus menghukum,

Kerana kita diajar, kita pendakwah bukan penghukum.

Fuh, kata Pak Mat, “Orang kita ni, dengan Nga Kor Ming mereka bersangka baik. Tetapi sesama kita yang berbaiah bersama-sama, kita bersangka buruk”.




Read More......

Sabtu, 18 April 2009

jawapan ringkas saya

2 Cadangan/Pandangan
Saya menyebut, sebagai ahli, mereka mesti merendah diri untuk menawarkan diri ke dalam gerakan. Namun sebagai pimpinan, mereka sepatutnya lebih-lebih lagi menyediakan satu pengurusan yang baik untuk menjaga ahli.

Maka saya menyifatkan, pimpinan yang tidak mencatur ahli dengan baik telah melakukan kesilapan yang besar berbanding dengan ahli yang tidak menawarkan diri.

Lantaran tindakan ahli itu menggambarkan personal dan individu, tetapi pimpinan menggambarkan kesungguhan gerakan dan juga sejauh mana takat pengurusan dan kepimpinan mereka.

Perkara itu mudah sekali untuk difahami dan bukannya satu perkara yang sukar. Memposisikan orang mengikut kemampuan, itu memang adalah sunnah. Tidklah kerana Amru bin al-As dan Khalid al-Walid lambat memeluk Islam, maka mereka berada di bawah.




Tidaklah kerana Jaafar bin Abu Talib yang tidak menyaksikan Badar, Uhud dan Ahzab, maka beliau tidak diberi ruang terbaik dalam peperangan.

Usamah bin Zaid yang masih muda, menjadi panglima perang seawal usia 17 tahun. Sultan al-Fatih menjadi raja sewaktu usia masih muda sedangkan ayahnya masih hidup dan bertenaga. Ini adalah kerana posisinya sesuai dengan kemampuannya.

Jika kita tamsilkan. Seorang yang mempunyai kekuatan dalam bidang kepimpinan di kampus, telah memahami selok-belok dalam soal pengurusan, maka mengapa orang sebegini tidak ditarik secepat mungkin untuk diposisikan dalam kedudukan yang strategis.

Tidak semestinya jadi pimpinan. Saya maksudkan, saya sebutkan, kedudukan yang sesuai. Mungkin sebagai core penggerakan kepada Akademi Kepimpinan Muda yang longlai lagi layu.

Kenapa longlai lagi layu. Antara sebab utama adalah, tidak menggunakan tenaga yang sudah terbiasa dengan tarbiah kampus untuk menggerakkannya. Bukan jadi ketua, tetapi prime mover, sesuai dengan kemampuannya.

Fuh…bukan semua orang lahir dalam keluarga yang sudah sedia berfikrah. Bukan semua orang boleh tahan dengan hidup tidak berduit lantaran keluarga mereka memerlukan bantuan. Bukan semua orang berminat dengan politik. Bukan semua orang macam kita. Kalau kita teguh dan kental keimanan, maka jangan dihukum orang lain sama dengan kita.

Jika kita kuat dalam parti, maka jangan dikata pahala dan jasa kita lebih besar berbanding orang yang tidak berada dalam parti. Jika kita bijak dan aktif berpolitik, maka jangan disangka khidmat kita kepada Islam lebih meluas dan melangit.

Saya sebutkan kepada adik-adik saya dengan penuh keinsafan. Saya tujukan kepada adik-adik kampus. Saya tujukan kepada diri saya sendiri.

“Kita jangan menyangka bahawa bakti kita kepada Islam besar dengan kita terlibat dalam politik, buat tamrin dan tarbiah dalam masa yang sama kita salahkan pensyarah kita tanpa asas yang kukuh. Hanya pandangan buta dan mendengar khabar angin.

Untuk buat tamrin, ramai orang boleh buat tamrin. Tak perlu kepada sijil degree. Nak buat tarbiah, tak perlu masuk universiti pun boleh. Ramai orang boleh buat kerja ni. Kita juga kena menilai dengan penuh keinsafan, sejauh mana Islam berkembang dan bergerak dengan tindakan kita tersebut?

Tetapi untuk jadi tenaga akademik, orang yang berdakwah di peringkat nasional tetapi tidak berlatar belakangkan politik, maka untuk menjadi seperti mereka bukannya senang. Mereka melakukan kerja yang kita tidak nampak. Dan tidak ramai yang mampu semacam mereka”.

Saya nak nyatakan, jangan suka salahkan orang. Jangan hanya fikir kita yang buat kerja Islam lantaran kita terlibat penuh dalam parti dan pegang jawatan. Lantaran kita buat macam-macam program untuk parti tetapi hakikatnya jaguh kampung.







Read More......

permaidani merah

7 Cadangan/Pandangan
Seseorang yang masuk ke dalam gerakan, tidak boleh mengharapkan dia dihamparkan permaidani merah. Itu yang disebut.

Permaidani merah merujuk kepada kesenangan, mahu dilayan dan yang seerti dengannya.

Di sana, kita perlu melihat dengan dua kaca mata. Sebagai ahli dan sebagai pimpinan. Sebagai ahli, tidak boleh mengharapkan permaidani merah. Tetapi sebagai pimpinan, mesti menghamparkan permaidani merah. Maksud saya, membuka ruang dan memberi peluang.

Semasa saya menjadi pimpinan PMIUM, kita tidak menyalahkan orang yang tidak terlibat dalam tarbiah PMIUM, tetapi kita mempersoalkan di mana dia penggerak tarbiah.

Kita tidak menyalahkan orang yang tidak mahu memposisikan diri dalam PMIUM, tetapi kita bertanya diri sendiri, kenapa kita tidak mengambil dia dan meletakkan dia dalam posisi terbaik.




Maka antara sebab futur berlaku adalah kerana seseorang tidak diletakkan dalam posisi yang betul. Pemimpin pula lambat untuk mengenal pasti kebolehan ahli. Atau jika sudah tahu, tidak mengambil tindakan segera.

Bagi saya, kesilapan pimpinan tidak mencatur posisi ahli adalah lebih besar berbanding kesilapan ahli yang tidak masuk dalam gerakan secara langsung.

Ada pandangan menyebut, bila masuk gerakan lebih besar, maka kena bermula dari bawah. Tidak kira sama ada ia pimpinan kampus atau tidak, mesti bermula dari bawah.

Tetapi pandangan ini akan melambatkan gerakan. Ia sudah menjadi pemimpin kampus yang pernah terlibat dalam perancangan mencatur politik Malaysia, tiba-tiba mesti bermula dari bawah. Ia pemikiran 10 tahun yang lampau.

Saya tidak menganut aliran pemikiran ini. Saya tidak bersetuju kita mengundurkan semula bakat orang yang sudah terserlah. Sepatutnya yang sudah ke depan, jangan diundurkan ia ke belakang dengan alasan mahu diajar dari bawah.

Sesungguhnya Nabi SAW memberikan posisi yang baik kepada Khalid al-Walid apabila beliau masuk ke dalam Islam.


Read More......

Jumaat, 17 April 2009

satira

12 Cadangan/Pandangan
Sian Nazree, dia jadi mangsa serangan orang yang tidak bekerja,” Najib mengadu kepada Muhyidin.

“Kenapa najib? Orang tak puas hati apa dengan Nazre?” Muhyidin bertanya.

“Takkan hang tak tau. Nazree kan masuk Gerak, serang kerajaan Selangor. Tu yang orang nak marah kat dia tu,” ntah dari mana si Shahrizat datang dan terus menyampuk.

Nazree dulu pinpinan utama Persatuan Islam kat UM. Dia ada kredibiliti yang tinggi. Tapi pimpinan parti Warna Daun tak detect awal-awal potensi dia. Lalu dia cuba membantu Islam dari aspek dan sudut yang lain dengan memasuki Gerak.

“Aku tengoklah, bukan apa. Pimpinan muda Parti Warna Daun pun bukan nak ambil dia awal-awal. Bukn setakat itu, diorang pun bukan gi bincang dengan Nazree apabila dia masuk Gerak. Diorang tengok dan mengata belakang je,” tambah Najib marah.




“Betul tu, sepatutnya pimpinan perlu cepat dan pandai memposisikan orang. Sekarang pun diorang ambil tindakan. Diorang marah-marah belakang, bukan nak jumpa dan bincang baik-baik. Yang kawan nazre pun sama. Mengata je pandai,” Hisyamudin menambah panas.

Zahid diam je. Dia taknak masuk campur. Baik dia duk diam-diam.

“Aku lagi geram, ada orang tu, mengata Nazree bukan main tapi dalam masa yang sama, pimpinan nombor satu parti Warna Daun pun dia pertikai. Apa jenis ahli parti kalau macam ni. habis dia cerita tentang benda yang tak patut tentang pimpinan walhal cerita tu tak betul pun,” tambah Muhyidin.

Bukan Muhyidin tak tahu, pernah dia dengar sendiri orang yang mengkritik pimpinan tertinggi parti, “Dahla tua, merajuk, lagi Nampak buruk”. Begitulah kata orang tu.

Jadi, padanla dia kutuk orang lain pun.

Ada orang tu, bila dia jumpa Najib, dia kutuk Nazree. Bila dia sembang dengan Paklah, dia kutuk Najib pulak. Habis semua orang dia kutuk. Macam mana orang nak percaya kat dia? Tapi dia ada jawatan.

“Aku pelik betul. Diorang ni tak rasa ke Nazree ni sedara diorang. Mengata je kerja, walhal yang mengata tu bukan buat kerja pun,” tambah Shahrizat.

“Kamu silap Shahrizat. Diorang ada kerja. Mengata oranglah kerja diorang,” Zahid mula bersuara. Dia memang amat simpati dengan Nazree sebenarnya.

“Si Mujahid satu hal. Habis dia kutuk orang. Orang tu tak kerja la, orang tu buruk la, orang tu celaka la. Nak je aku doa dia jadi macam binatang takde tengkuk,” Najib memang ternyata panas hari itu. Jangan main-main, kalau Hantutuya pun dicekiknya hari u, apa lagi Mujahid.

(maaf, cerita satira ni agak keras dan kasar bnyinya, sesuai dengan keadaan yang berlaku skarang. Sengaja saya gunakan laras bahaa sekasar inia)





Read More......

Khamis, 16 April 2009

KAJIAN KES

6 Cadangan/Pandangan
Syurahbil merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah diserapkan untuk masuk ke dalam usrah yang dipimpin oleh Ustaz Daud. Malangnya tidak sampai dua bulan, Syurahbil telah meninggalkan usrah tersebut dan tidak mahu lagi melibatkan diri ke dalamnya. Apabila Halim, sahabat baiknya bertanyakan Syurahbil faktor ia tidak bersama lagi dalam usrah, rupa-rupanya Syurahbil berasa sedikit malu dan tertekan dengan bentuk usrah yang dilaksanakan oleh Ustaz Daud atas beberapa sebab.

Menurut Halim, terdapat empat sebab yang membuatkan Syurahbil jadi sebegitu. Pertama, Syurahbil berasa malu dan segan kerana usrah yang dijalankan bermula dengan bacaan al-Quran. Setiap orang diminta untuk membaca al-Quran dan ditegur secara terbuka. Syurahbil kebetulan tidak mempunyai suara yang baik dan tajwidnya tidak sebaik mana. Ini menyebabkan Syurahbil berasa rendah diri.

Kedua, Syurahbil berasa agak segan kerana hanya dia yang tidak berada dalam jurusan pengajian Islam sedangkan banyak perbincangan berkaitan dengan agama. Terasa sangat di hatinya akan kelemahan diri sekaligus mencalarkan sedikit motivasinya untuk kekal dalam usrah tersebut. Baginya, “Aku tidak layak berada dalam usrah tersebut”.

Ketiga, Ustaz Daud terlalu banyak bercakap dan masa usrah berjalan agak lama sehingga menimbulkan rasa bosan dalam diri Syurahbil. Faktor yang keempat ialah Syurahbil agak tertekan apabila Ustaz Daud langsung tidak mengambil brat tentang dirinya. Dia seorang yang bermasalah dari sudut kewangan tetapi Ustaz Daud tetap meminta kutipan derma RM 5 setiap bulan yang sebenarnya sudah agak banyak buar Syurahbil yang berasal dari keluarga yang susah. Read More......

Rabu, 15 April 2009

cerita

5 Cadangan/Pandangan
“Aku runsing la tengok sahabat-sahabat kita sekarang,” keluh Saddam

“Apa yang ko runsingkan Dam?” tanya Hussein.

“Ntahla Sein, ko tengokla sendiri. Sahabat-sahabat kita bukan bersungguh pun bab solat jamaah ni. Demonstrasi bukan main lagi. Politik nombor satu. Buat Press conference dia la paling terkehadapan,” keluh Saddam lagi.

Betul juga kata si Saddam ni. Bukan rajin sangat pun budak-budak ni solat jamaah. Subuh paling liat. Macam mana nak dapat berkat kerajaan langit.

“Aku bukan apa Sein. Bagus politik tu. tu kerja Islam. Tapi janganlah sampai kita lupa suruhan dalam al-Quran dan sunnah nabi. Solat jamaah,”.

Fuh, macam-macam sekarang. Islam tetap akan menang tanpa demonstrasi. Islam tetap akan menang tanpa press conference. Masih banyak lagi ruang menegakkan Islam.

Tapi tak pernah pula Hussein dengan Islam menang di tangan orang malas solat jamaah.




“Kalau bab baca buku politik, nombor satu. Tapi bab baca Quran, tajwid tonggang-langgang. Bukan apa Sein, Quran ni kalamullah. Buku tu tulisan manusia yang lemah.” Saddam masih marah. Panas kot hari ni sampai jiwanya terbakar bukan main.

“Ni satu lagi Sein,” Hussein menadah telinganya mendengar rungutan kawannya.

“Semalam aku jumpa polis sedang tahan orang masa Maghrib. Diorang ni tak tahu sembahyang ke?” Saddam ternyata marah. Hussein sudah mula menjauhkan diri sedikit daripada Saddam. Takut-talut ditumbuknya.

“Nak je aku suruh si Najib tu baca Quran. Nak tengok dia kenal tak Izhar Halqi,” alamak, sampai Perdana Menteri pun dia marah.

Betul kata Saddam tu. Solat jamaah malas. Solat sunat malas. Tahajjud jauh sekali. Eh, tak terasa malu ke kalau asyik lewat je?

Lepas solat, terus je bangun. Wirid tak, solat sunat tak. Kalau dia wirid masa jalan tu takpe juga. Ni tak pun. Baca Quran pun tunggang-langgang. Hussein mula konfius. Eh, boleh menang ke Islam zaman sekarang kalau macam ni?

“Aku tengokla Sein. Budak-budak sekarang lebih suka main blog samapi tak tidur malam tapi sanggup tak solat tahajjud walau dua rakaat. Ko bayanglah Sein,” Saddam membebel lagi. Kalah mak nenek.

“Main blog sampai lupa dunia. Solat jamaah pun tinggal”.

“Betul kata awak tu Saddam,” eh, masa mana pula si Megawati ni datang. Dia datang dengan Benazir sambil tersenyum-senyum.

“Aku tengok sekarang perempuan bukan main lagi. Ada ke duk pakai tudung labuh lepak kat AI sampai lebih jam 12 malam. Diorang tak tau ke mata orang lain berbulu tengok?” sudah, si Megawati mula mula membebel.

“Betul kata Megawati tu. bukan apa, kalau nak belajar, kat rumah dan bilik pun ada. Nak mian internet, janganlah sampai lupa dunia. Orang lain tengok, mereka akan jatuh benci. Semalam aku jumpa pak gad, bukan main lagi dia marah. Harap tudung je labuh katanya,” Benazir pula melontarkan peluru pedasnya.

“Aku ingat lagi la dulu. Kalau kat ruang ilmu terbuka tu, dulu penuh dengan usrah dan perbincangan ilmu. Tapi sekarang penuh dengan mat-mat dan minah-minah lepak. Bukan usrah pun. Macam biasa la, internet internet internet. Bukan cari maklumat tapi mengorat,” marah Benazir lagi. Wah, bolhe tahan si Benazir tu.

Tiba-tiba si Yasser pula datang. Bertambah lagi korum orang-orang panas ni.

“Aku tengok sekarang budak persatuan Islam ni dahsyat. Hari tu, aku tengok diorang duk mesyuarat dua orang,” kata Saddam.

“La, apa salahnya mesyuarat dua orang?” tanya Yasser. “Eh, ko ni Yasser. Dahla baru datang, tak bagi salam. Maksud aku, lelaki dengan perempuan dua orang mesyuarat atas satu meja,”terang Saddam bagi jelas. Yasser tersengih-sengih.

“Hari tu, lagi mata aku berbulu,” tambah Megawati.

“Mana bulu mata ko, aku tak nampak pun?” Yasser buat onar lagi. Megawati dah mula mengepal-ngepal tangannya. Jangan main dengan si Megawati ni. Badannya besar kalau dibuat ala wrestling boleh mati si Yasser yang kurus kering macam cicak kubing.

“Hehe, aku guro je, janganlah marah Mega,” Yasser cepat-cepat minta maaf.

“Ada ke patut hari tu, dahla duk berdua atas satu meja, bertentangan pulak tu. bukan duk jauh-jauh. Apa la nak jadi. Memangla ramai orang sekeliling. Tapi buat malu persatuan Islam je,” Megawati menamatkan kata-katanya.

Hussein tersengih-sengih di tepi. Betul apa yang kawan dia katakan.









Read More......

UKHUWAH

18 Cadangan/Pandangan
Penting ke ukhuwah? Sikit-sikit ukhuwah. Muslimat selalu kata,

“Kita mesti jaga ukhuwah kita. Muslimin sampai hati tak tolong kami tadi. Kereta kami pancit korang buat dek je”.

Muslimat mementingkan ukhuwah. Setuju? Tapi kita tengok apa pula jawapan muslimin.

“Ala, tu pun nak marah. Baiki je la sendiri. Sampai bila nak bergantung dengan kami. Ha, belajar berdikari”.

Apabila mendengarnya, pasti muslimat akan melenting. Yang muslimin pula, tersenyum puas. Namun biasanya muslimat akan menjawab balik, dalam hati dan pernah diluahkan.

“Muslimin nak kami berdikari. Buat tu buat ni. Mesti lincah ke sana sini. Mesti kuat dan jangan penakut. Mesti berani ke depan dan berani bercakap. Tapi bila korang pilih bini, korang pilih yang lembut-lembut dan ayu-ayu. Korang sembang je lebih”.

Terkulat-kulat muslimin mendengarnya. Saya pernah kena. Saya pun terkulat-kulat. Nasib baik Kak Mumtaz mempertahankan saya. Apa katanya?

“Muslimat memang kena berani tetapi jangan sampai mengikis kelembutan dan keaslian kita”.

Ya, janganlah sampai terkinja-kinja atau melaung-laung tak tentu pasal. Memang muslimin nak yang kuat tetapi tak nak yang melampau.

Ha, berbalik kepada ukhuwah tadi. Apabila muslimat soal ukhuwah, muslimin akan menjawab,

“Banyak lagi benda besar kami nak fikir. Tak sempat kami nak fikir tentang ukhuwah. Ukhuwah ni jalan je la, tak payah nak sebut banyak kali”.

Muslimat yang geram mula menggetap bibir. Ish diorang ni tak tau ke nabi dulu jaga ukhuwah. Korang ni memang nak kena.

Muslimat mula menyimpan rasa dalam hati. Ia terpendam dan bagaikan larva gunung berapi. Wah, ia menakutkan.

Perangai orang perempuan, suka luah, suka sebut. Perangai orang lelaki, tak suka luah, tak suka tunjuk sangat. Suami sayangkan isteri, dibawanya shopping. Isteri sayangkan suami, dia akan bermanja-manja dan kata sayang la, macam2.

Ini bezanya. Yang lelaki, bila dengar saja luahan, akan mula geli. Yang perempuan pula nak dengar suami kata. Sebutlah,sebutlah.

Yang lelaki, tak suka sebut pasal ukhuwah lebih-lebih. Yang perempuan tak boleh, ukhuwah ni tangga kejayaan. Tanpa tangga, bagaimana nak ke atas.

Fuh, apa pandangan anda? Read More......

Selasa, 14 April 2009

persoalan-kajian kes-

6 Cadangan/Pandangan
Seorang murid bertanyakan gurunya.

“Guru, kita tahu ke sama ada Allah redha kepada kita atau tidak?”

“Ish, takkan kita tahu. Redha Allah itu tersembunyi”.

“Tapi guru, saya rasa kita dapat tahu. Apabila saya berasa redha dengan Allah, maka itulah tanda bahawa Allah redha kepada saya”.

Gurunya membalas, “Aah, betul juga ye”.

Dalam kes kedua, seorang anak bertanya kepada ibunya.

“Ibu, apa yang perlu kita bagi kepada Allah?”

“Sayang, kita mestilah taat kepada Allah. Itulah pemberian kita kepada Allah”.

Anaknya menggaru-garu kepala kehairanan. “Oh, along silap faham selama ni. Along ingatkan semua benda datang dari Allah. Rupa-rupanya sikap taat itu datang dari kehendak kita bukannya Allah. Terima kasih bu,” kata anaknya sambil berlalu.

Sedangkan ibunya tercengang, berasa tidak kena dengan jawapannya tadi.

Daripada kes ini, siapa yang dapat menghuraikan maksud sebenar yang tersirat?

Sila berikan nama penuh anda dan no akaun anda untuk saya masukkan wang hadiah kepada pemenang  Read More......

Isnin, 13 April 2009

renungan

8 Cadangan/Pandangan
“Kita bersemangat untuk berdemonstrasi namun kita tidak bersemangat untuk qiamullail. Kita bersemangat dalam pilihan raya namun kita tidak bersemangat pada hari raya umat Islam iaitu hari Jumaat. Kita gemar dengan perbincangan politik namun hati kita jauh sekali daripada perbincangan membersihkan hati" Read More......

RABI'ATUL ADAWIYAH

3 Cadangan/Pandangan
Saya tersenyum mendengar cerita Al-Zahir semalam. Seorang muslimah yang bertanyakan soalan, “Boleh ke ibadat sebab nak syurga dan takutkan neraka?”

“Bukan ke ibadat kerana cintakan Allah SWT?”

Dalil yang mereka gunakan pastinya ialah Rabi’atul Adawiyah. Beliau berkata dalam banyak segmen, termasuk syair, antaranya,

“Tidak aku beribadat kepadamu kerana takutkan neraka,
Dan bukan kerana tamakkan syurga”.

Saya ada banyak jawapan secara nas Quran dan Hadis untuk membalas balik jawapan ini. Malah ulama hakikat dan syariat telah membahaskannya dan mereka sudah bertemu dengan jawapan.

Namun kami tidak mahu berbicara dengan orang yang syadid dan orang yang keras kepala sehingga tidak mahu mendengar hujjah orang.

Antaranya golongan Rasul Dahri. Kemudian Salafiyah yang keras. Atau Khalaf yang beku. Atau sufi yang tidak mempelajari ilmu syariat.

Muslimah tersebut bagus. Beliau mencari jawapan. Panjang jawapan Al-Zahir dalam blog beliau.

Muslimah tersebut tidak mahu menggunakan pandangan ‘Aid al-Qarni dalam La Tahzan. Mungkin kerana al-Qarni salafi dan beliau mahukan keadilan. Beliau menggunakan hujjah Imam al-Ghazali.

Namun muslimah itu tidak perasan, bahawa al-Ghazali juga menyebut soal kemahuan terhadap syurga dan ketakutan kepada neraka.

Saya tidak berhajat memberikan jawapan. Saya mahukan kita berbincang dalam ruangan blog ini bersama-sama.

Cuma saya mahu mempersoalkan beberapa perkara.

1- Apa latar belakang Rabiatul Adawiyah?
2- Apakah dengan kemasyhuran beliau dalam bidang sufi, bukannya hadis dan fiqh menyebabkan kita menutup sebelah lagi mata kita daripada melihat pandangan ulama lain seperti Imam al-Syafei?
3- Apa maksud sebenar Rabiatul Adawiyah? Apakah hanya permainan bahasa atau serius?
4- Apa faktor yang mendorong beliau berkata begitu? Ini melihat kepada aspek zaman dan uruf.

Dan jika muslimah itu tetap dengan pandangan bahawa ibadat mestiah berdasarkan kecintaan bukannya syurga dan neraka, maka saya ingin melontarkan dua cabaran.

Ini tidak bermakna saya menyalahkan muslimah itu bahkan muslimah itu sangat baik kerana ia mencari kebenaran dan berhujjah atas nama kebenaran.

Cabaran pertama: Tolong datangkan dalil nas yang mengatakan soal cinta kepada Allah SWT, bukannya kerana syurga dan takutkan neraka.
Cabaran kedua: Tolong sebutkan, apakah tidak ada dalil yang mengatakan boleh ibadat kerana syurga dan takutkan neraka.

“Waqina ‘azabannar”

Maafkan saya… Read More......

Sabtu, 11 April 2009

bagi jela laki awak tu kawen lagi

15 Cadangan/Pandangan
Ust Fauzan mengeluh. “Kenapa ustaz,” tanya saya manja. Eh, mana ada manjanya. Saya bertanya dengan intonasi sederhana, takde manja-manjanya.

“Tula, ada muslimat sorang tu. Bagus. Berilmu tinggi. Pandai cakap Arab. Tapi takde orang lagi,” jawabnya sambil mememekkan muka. Lawa juga muka ustaz bila dimemekkan rupanya.

“Lawa orangnya,” tambahnya lagi. Ha, yang ni pantang orang laki dengar. Saya mula memasang telinga tetapi wajah tetap selamba supaya tidak nampak sangat gelojohnya.

“Berapa umurnya?” saya bertanya dengan berkarisma. “27 tahun,” balas ustaz Fauzan dan saya menarik nafas. Ala, tua dua tahun. Apa barang macam ni. Ingatkan muda lima tahun.

“Ada sorang lagi, umur 25. Juga lawa dan pandai,” ustaz menambah. Ala ustaz, yang pandai ke tak tu, biar je. Yang penting, lawa tu. Pandai ke tak boleh diajar. Lawa tak boleh dibentuk-bentuk. Agama pun boleh dididik.

Pandai je saya mengarut.



Ada seorang kakak tu pun, yang urus bahagian perkahwinan. Akak tu asyik mengeluh tentang perkembangan sahabiah yang belum berpasangan sedangkan usia terus memanjat-manjat. Kedut muka makin berhias.

“Ni la masalah laki. Pilih yang cantik je,” marah kakak tu. Berbulu telinga saya dengar.

Kakak tu tak perasan kot yang suami dia pilih pun sebab cantik. Geram saya balas. Dalam bab ni, lelaki je asyik dipersalahkan. Yang perempuan jual mahal tu, ha, tak salah pula?

Bukan ke perempuan yang cerdik ramai, lelaki kurang. Erm, penghuni neraka pun ramai perempuan. Saya dah mula geram. Saya Tanya balik akak tu, “Akak bagi la suami akak kawen dua demi dakwah,” ha, mula la kakak tu menggelabah. Tadi, sembang deras.

Bukan akak tu je yang pening. Bukan hanya Dr Kamar, Dr Ham, dan ustaz tu ustaz ni yang pening, malah ramai yang pening. Ust Mat nor kata, poligami pun tak jadi. Habis tu, macam mana?

Tok guru Nik Aziz kata, dia taknak poligami sebab Islam. Tok guru Haji9 Hadi kata, dia poligami sebab Islam. Habis tu, apa kata kita?

Ke perlu kita buat Ruangan mencari jodoh dalam Harakahdaily, atau mana2 gerakan Islam seperti Gamis, atau macam mana? Atau boleh kita syorkan nikah misyar dan mengambil pendapat Ibnu Abbas R.’Anhuma untuk nikah Mut’ah?

Entahlah, Aiman tak kisah…

Aiman je yang tak kisah, tapi Dzul kisah.

Saya bincang dengan kawan saya. Saya nak tahu apa perasaan dia. Dia muslimah, saya nak tahu apa pandangan muslimah.

Bukan nama dia muslimah, cuma jantina dia muslimah. Saya dah malas Tanya pandangan laki. Alan ke, sape ke, semua nak poligami. Entah2 ust hisom yang baru kawen pun nak poligami. Jangan marah ye, ust. Saya mohon derhaka.

“Sian muslimah yang tak kawen. Dia orang pun ada fitrah, keinginan, dan dia orang pun nak anak,” saya memulakan perbincangan.

“Tula, muslimin ni memilih sangat,” balas dia. Eh, disalahkan muslimin pulak. Asal bab kawen je, muslimin je salah.

Betul kata majalah Gila-gila, masalah lelaki bermula bila kawen dan masalah perempuan selesai bila kawen.

“Awat ustazh salahkan muslimin pula. Masalahnya sekarang muslimat ramai sangat. Ni bukan masalah ibu mengandung,” ikut hati saya, nak je kaum ibu ni beranak gilir2, yang pertama perempuan, pastu lelaki, pastu perempuan, pastu lelaki. Tapi mana boleh camtu.

Akhirnya saya tanya pandangan dia.

“Sian muslimah kita tak kawen lagi meskipun umur dah cecah 30 ke atas. Apa pandangan ustazah, kita bagi je mana-mana muslimin yang dah umur 40 tahun ke atas kawen dengan muslimah yang dah umur 30 ni?” saya bertanya.

Sebenarnya saya nak kata macam ni. Bagi je si suami meskipun baru berumur 30 lebih untuk kawen dengan muslimat yang juga sudah 30 lebih.

Sian dia orang. Nampaknya kawan saya macam setuju.

Maafkan saya. Mengikut ulama, kawen adalah tujuan mengharuskan wati. Ha, nanti jangan panggil nama orang “wati”. Maksudnya, maafkan saya, jimak.

Semua orang ada keinginan itu. Jadi bila tak ditunaikan, maka berlakulah zina dan sebagainya. Takkan la nak puasa tiap2 hari.

Perempuan pun nak bercinta dan dicintai. Mereka pun nak lahirkan zuriat. Mereka mampu bukan tidak mampu.

Malah mungkin yang tidak kawen ni, mampu untuk melahirkan zuriat yang lebih baik dan mendidiknya menjadi pahlawan agama yang terbilang.

Tapi payah jugak. Bukan dia orang nak bagi pun. Suami aku, milik aku lah. Bukan milik agama. Bukan milik masyarakat. Bukan milik orang lain. Bukan milik Tuhan. Fuh, payah macam ni.

Kalau kawen tetapi lelaki tidak mampu, tu suku kira. Kalau kawen tetapi perangan lelaki kurang elok, itu lain kira. Saya bincangkan tentang lelaki yang mampu.

Ala, lagipun demi dakwah dan ukhuwah, bagi je la. Jangan kedekut sangat. Kalau lelaki tidak mampu tapi baik, bagi je la. Buat konsep misyar. Tak pun, dua-dua kena hidup susah demi dakwah. Jangan salah guna sudah.

Nabi Muhammad SAW dulu pun,Khadijah tanggung dia. Saya tidak setuju dengan Dr Mustafa yang kata nabi SAW tanggung sebab memang Khadijah yang tanggung.

Lagipun semua isteri nabi susah sehingga diberi tawaran oleh Allah SWT. Nak nabi dan hidup susah ke, tak nak nabi dan hidup senang. Rumah mereka pun jarang berasap. Ha, susah, bukan tak susah.

Tapi sabar la. Ala, nak cemburu lebih-lebih pun, buat apa. Bukan suami kita tinggalkan kita. Dia sayang, Cuma dia lebih sayangkan kemaslahatan umum.

Kan kita dah belajar fiqh awlawiyat. Kesan yang besar dan berpanjangan lebih baik daripada kesan sikit tetapi tidak panjang. Betul ulama kata syarat kawen dua lelaki kena mampu. Tapi itu syarat umum. Syarat khusus untuk pejuang belum dibincangkan secara detail.

Sahabat Ansar dulu, cakap je pada muhajirin. “Nak mana satu, ambil la,” ha, bukan diorang simpan yang cantik dan tawarkan yang biasa-biasa. Dia kata, “Ambil lah nak mana satu. Lepas habis eddah, kawen la dengan dia”.

Saya bimbang ni. Dulu nabi SAW bagi kawen mut’ah dalam peperangan kerana ada dua sebab utama:

1- Sahabat jauh daripada isteri menyebabkan gejolak nafsu. Sedangkan tentera musuh, bawa perempuan simpanan dan pelacur kelas atasan.
2- Mereka dah lama terbiasa dengan budaya zina sejak jahiliyah. Jadi, payah bila berjauhan dengan perempuan.

Maka boleh Mut’ah. Syiah kata boleh sampai sekarang. Ikut say abaca, Ibnu Abbas R.’Anhuma pun kata boleh sampai sekarang. Ali RA marah sangat dengan Ibnu Abbas R.’Anhuma dalam bab ni.

Jadi sekarang faktor ke arah zina banyak. Kesian la perempuan tu. Takkan nak suruh dia tahan camtu je sampai tua. Takkan nak suruh dia puasa tiap2 hari. Kurusla dia. Hari Jumaat pun kena puasa.

Ala, bukan kita je baik. Ramai lagi orang baik. Tolonglah kawan kita. Dalam tamrin kita laung, “Kami adik-beradik”.

Ada dua orang kawan baik. Orang arab. Lepas kawen dia, rindu sangat dengan kawan dia. Maklumlah sentiasa bersama. Maka disuruh suaminya kawen dengan kawan dia pula. Wow, kan best macam tu.

Semua rasa cemburu. Aisyah R.’Anha pun cemburu. Pernah beliau curahkan bubur ke madu dia. Siap mengumpat madu dia Sa’udah lagi, Perempuan tu rendah dan gemuk”. Siap buat pakatan dengan hafsah lagi, sampai nabi SAW merajuk.

Umar RA yang garang juga yang pandai pujuk Nabi SAW. Tu pun secara sinis. Maklumlah orang garang.

Fuh, kalau saya tunjukkan pada isteri saya tulisan ni nanti, mau melenting dia.

Nasibla…








Read More......

Jumaat, 10 April 2009

DENGAR SINI MUSLIMAT, SAYA NAK MEMBEBEL

21 Cadangan/Pandangan
Saya berasa seronok dapat berbincang secara umum semalam. Ia dihadiri seorang pensyarah UKM yang saya rahsiakan namanya. Meskipun saya ada berbeza pandangan dengan beliau, namun saya tidak mahu leretkan.

Apapun, pemikiran beliau dengan saya, amat berbeza dari sudut kualiti. Saya menyanjungi beliau.beliau ternyata berpengalaman. Ya, dari sudut yang berbeza itu, biasa.namun dari sudut yang lain, beliau ternyata mengagumkan.

Mungkin cara orang lan memerhatikn beliau, berbeza cara saya menganalisis beliau. Saya sentiasa memikirkan, bagaimana beliau boleh berfikiran begitu? Ia pasti melalui satu dimensi pengalaman yang sudah lama dan berkembang.

Saya mempertahankan lelaki semalam dalam perbincangan. Muslimat ternyata ghairah memperkatakan bahawa ramai penggerak kampus dari kalangan mereka. Malah dengan ’ego’ tersendiri, mereke menempelak secara halus muslimin.

”Sudahlah sedikit, tidak berkualiti pula”.




Saya pula melihat dalam konsep dan bentuk berbeza. Nature dan culture tarbiah menyebabkan muslimat mendapat tempat sedangkan muslimin kurang. Tabiat muslimat suka mendengar dan jarang melawan.

Suka berbincang dalam usrah halaqah.baik dan lembut. Menjaga ukhuwah meskipun ramai yang berpecah dan iri hati. Tidak kita memerhatikan muslimat, apabila selesai ahaja sesuatu perjumpaan, mereka akan menghabiskan masa yang lama untuk berpeluk-pelukan dan bertanya khabar?

Maka nature sebegitu mengizinkan mereka untuk taat dengan kepimpinan dan menjadi penggerak. Sedangkan muslimin tidak. Mereka lebih suka kepada perkara yang radikal dan happy. Mereka bukan suka sangat mendengar kata orang kerana mereka punya ego tersendiri.

Lantaran nature gerakan bukanlah berminat sangat dengan orang begitu, sebaliknya lebih menggemari orang yang baik, maka jumlah penggerak muslimin tidak ramai berbanding muslimat.

Ia berbeza dalam peperangan. Maka muslimin menjadi perancang. Dalam demo, muslimat hanya menuruti sedangkan muslimin yang menggerakkan. Inilah bezanya. Maka awas, meskipun saya menyanjungi muslimat dalam banyak hal, tapi saya mesti menyedarkan cara mereka berfikir yang kian nampak ’egoistik’.

Kita memahami fitrah. Orang perempuan lebih kepada emosi manakala orang lelaki lebih kepada ego. Saya kadang-kadang geram dengan muslimat yang sibuk mengata muslimin ego. Kalau mereka jadi orang lelaki, mereka pun akan marah jika dikata mereka ego.

Ego ni perangai orang lelaki. Mereka tidak suka dikatakan lemah. Maka tidak bolehlah orang perempuan macam merendah-rendahkan lelaki walau dengan perkara remeh seperti terlalu suka memberi nasihat. Memberi nasihat tidak salah. Tetapi bila terlalu suka memberi nasihat, ha, tu yang nak kena tu.

Dengan ego la lelaki menjaga perempuan, memberi nafkah dan memberi makan minum. Tidak suka meminta dan melindungi meskipun diri tidak berdaya. Mereka menunjukkan kekuatan demi membela golongan lemah perempuan.

Manakala perempuan pula dengan emosinya. Maka salah juga jika lelaki menyalahkan emosi mereka yang lebih-lebih, sehingga suka membebel dan bayak bercakap. Depan kita baiklah. Belakang, nah, ambil kau. Bila bertemu sesama diorang, apa diorang tak buat. Cubit pipi la, tarik telinga, tarik rambut, memekik sana sini, itu perangai perempuan.

Maka kena saling memahami. Saya ingin ingatkan golongan muslimat, penggerak kalangan anda ramai. Dan anda ramai.

Jika anda katakan muslimin, ”Dahla sedikit, tidak berkualiti”.

Maka saya ingin katakan kepada anda, ”Harap orang je ramai, tapi menyusahkan”.

Apa perasaan anda?



Read More......

Khamis, 9 April 2009

AKTIVISME

7 Cadangan/Pandangan
Saya sudah mengalami perubahan radikal dalam pemikiran. Entah mengapa saya jadi begini, saya sendiri tidak mengerti. Saya sering kali berasa malu mengenangkan diri saya yang lepas.

Yang pasti, ia bukan salah tarbiah PMI. Tarbiah yang saya lalui dah cukup bagus. Cuma mungkin saya yang lambat dan lembap, menyebabkan prestasi dan perkembangan saya bagaikan kura-kura yang berjalan.

Dulu saya antara orang yang tidak percaya dengan sistem pendidikan sehingga saya boikot pengajian. Saya tidak memberikan tumpuan yang baik dalam pengajian dan saya tidak suka kepada pensyarah yang hanya pandai bercakap.

Saya membenci suasana itu. Saya adalah seorang yang berminat untuk menjadi pensyarah namun saya menolaknya kerana jiwa saya tidak ke situ. Saya tidak mempedulikan tentang peperiksaan meskipun keputusan saya berada dalam paras yang agak memuaskan.

Saya tidak suka. Itu retorik bagi saya. Saya ada menganut aliran tersendiri dalam bidang pengajian. Namun sekarang saya berubah.

Saya juga tidak suka kepada pemikiran Dr Ishak Suliaman. Bukan saya tidak sukakan beliau, tetapi corak pemikiran beliau. Namun kini saya menerima beberapa bentuk pemikiran beliau. Soal disiplin dan kekuatan ilmu, rupanya itu teramat penting.

Mungkin saya lembap sangat untuk memahami suasana. Atau saya berada dalam alam yang lain ketika itu.

Saya menganggap, aktivis yang turun kepada rakyat, itu yang terpenting. Namun kini saya makin memahami, bahawa setiap orang ada kekuatan dan keinginan masing-masing. Mereka berada dalam posisi yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Pensyarah dalam bidang ilmu, membuat kajian, membentuk generasi masa hadapan serta mencorak suasana ilmu di kampus. Gunanya, melahirkan pemimpin bermaklumat masa hadapan. Mereka mungkin tidak pandai membuat risalah untuk kesedaran rakyat, tetapi petani, peladang, demonstrater dan lain-lain, juga tidak mampu melakukan kerja yang mereka lakukan sekarang.

Yang penting adalah, bagaimana gerakan Islam menggunakan intensif sebaiknya untuk menarik orang sebegini serta memberikan ruang yang terbaik kepada mereka.

Bukannya dipersalahkan sahaja mereka.

Setiap orang ada ruang aktivis masing-masing. Dr Ishak sekarang, malah dua tiga tahun lepas lagi bersungguh untuk meningkatkan jihad ekonomi. Maka itu satu ruang aktivisme bagi beliau. Beliau bukan tidak menyumbang, malah yang mengenali beliau akan mengetahui, bahawa beliau menyumbang dan tidak kedekut.

Yang penting, jangan suka dan mudah salahkan orang dan ingatlah, setiap orang ada kemampuan dan kecenderungan masing-masing. Read More......

pandangan saya tentang tarbiah

2 Cadangan/Pandangan
Saya telah mengendalikan beberapa daurah sebelum ini. Cara saya mengendalikannya adalah mudah. Saya bercakap dalam 60 peratus dan yang lain-lain adalah bertanya pandangan, soalan, dan juga menguji ilmu dan kefahaman.

Biasa saya bertanyakan tentang hadis. Namun malangnya, ramai yang tidak menghafaz hadis. Mungkin hadis ghuraba’ dan yang berbaur jihad sahaja dalam kepada mereka. Itu pun teramat sedikit.

Al-Quran apatah lagi. Ini kerana kebanyakan daripada ahli gerakan banyak bergantung kepada surah al-Saff, atau ayat berkaitan bai’ah dalam surah Muhammad.

Apabila saya meneruskan pertanyaan berkaitan sirah nabi dan sejarah para sahabat, maka yang tercengang semakin ramai. Saya ada menyebut kepada beberapa golongan, “Jangan marah jika orang tidak mengenali kita, lantaran kita sendiri tidak mengenali generasi sahabat”.

Ini suatu nasib baling yang menimpa ahli gerakan. Al-Quran dan hadis diturunkan dan dituturkan untuk semua umat Islam. Bukan hanya untuk yang mengambil pengajian Islam. Maka, saya mencadangkan agar pihak yang menguruskan tarbiah mengambil berat perkara ini.

Saya mencadangkan, agar program latihan menekankan soal bacaan al-Quran. Tajwid dan sebutannya. Tergagap atau tidak. Soal suara sedap atau tidak, itu tidak penting. Kemudian diminta menghayati hadis dan juga sirah.

Apabila seseorang dapat memahami kebanyakan daripada salur galur sirah, maka barulah kefahaman kita kukuh dan jernih, jauh daripada sebarang anasir yang memburukkan. Read More......

Rabu, 8 April 2009

KEMBARA KE DAMASKUS

4 Cadangan/Pandangan
Saya ingin bercerita kepada kalian pengalaman benar saya. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin mampu saya lupakan, malah ia antara pengalaman terindah pernah saya lalui. Secara jujur, kisah ini bukanlah untuk membongkarkan rasa angkuh saya, tidak sama sekali. Malah saya menghulurkan kisah ini sebagai satu pedoman bersama agar kita dapat menceduk sebanyak mungkin kebaikan yang terhidang di dalamnya.

Saya bertemu dengan Nuruddin al-Zanki pada hari itu. Anak kepada Imaduddin al-Zanki itu ternyata mewarisi kesolehan dan kepintaran ayahanda baginda dalam bidang kepimpinan dan pentadbiran. Malah keimanan baginda terpancar pada sekerdup wajah yang jernih lagi bersih.

Bagindalah yang telah menggagalkan perancangan Yahudi yang cuba merampas jenazah Nabi SAW. Rasulullah singgah dalam mimpi baginda untuk memohon pertolongan agar baginda menyelamatkan jenazah nabi yang mulia itu. Saya ketika berjalan di sekitar pasar kawasan pemerintahan al-Zanki ada mendengar perbualan beberapa orang.

“Sultan seorang yang berhati mulia. Baginda sangat menjaga kebajikan rakyat. Malah baginda telah menghapuskan semua bentuk cukai yang menyusahkan rakyat,” kata seorang lelaki yang sedang menjual buah kurma.



“Benar,benar. Kawasan Damaskus hinggalah ke Syam, bumi Mesir mahupun Aleppo, semuanya aman bahagia di bawah kepimpinan Sultan Mahmud Nuruddin al-Zanki. Malah, kaum perempuan bebas berjalan ke sana sini tanpa bimbang dengan sebarang gangguan yang hinggap,” balas penjual minuman di sebelahnya.

Saya semakin tertarik mendengar perbualan kedua-dua penjual itu. Sudah banyak saya membaca sejarah tentang sultan yang mulia ini, kali ini saya mendengar secara langsung daripada mulut rakyatnya sendiri.

Melihat Sultan Di Hadapan Mata

Tiba-tiba, heboh suasana pasar. Masing-masing yang berada di tengah mula ke tepi. Saya bersembunyi di sebalik mereka yang berbadan lebih besar dari saya. Sebenarnya tidak hairan jika saya berbangsa asing di bumi Lagenda 1001 Malam ini kerana ramai bangsa dari negeri lain yang berdagang di sini. Mereka ingin menghirup kedamaian yang terpancar di bawah kepimpinan Islam sejak zaman pemerintahan keturunan al-Zanki.

Rupanya Sang Sultan yang datang. Beliau sederhana sekali membuatkan saya terpaku. Pakaiannya tidak menampilkan baginda sebagai seorang pemerintah. Namun baginda sangat berkarismatik. Tegap dan kekar tubuh badan baginda yang sememangnya terlatih.

Baginda datang mendengar Abu Uthman al-Muntakhab dan Abu Muhammad al-Wasithi menyampaikan kuliah. Kemudiannya Abu Uthman dengan beraninya menyampaikan syair dengan bertujuan mengkritik dan menasihati Sang Sultan. Saya ada menghafal sedikit daripada bait syairnya,

“Dulu engkau begitu agung,
Namun kini terkubur di alam kematian,
Dengan penuh kehinaan”

“Engkau digiring ke alam perhimpunan besar,
Dengan tubuh telanjang, sedih, menangis dan gusar,
Tanpa ada seorang manusia pun menolong”

Sang Sultan yang mendengar menangis teresak-esak. Jika sultan pada zaman sekarang mendengar kritikan terbuka kepada mereka, pasti tindakan akan diambil. Namun Sultan al-Zanki berbeza orangnya. Malah beliau senang sekali mendengar tegur nasihat daripada ulama-ulama.

Malah tradisi al-Zanki yang suka bersama ulama ini diteruskan oleh al-Ayyubi yang sentiasa mengadakan majlis muhasabah bersama ulama setiap hari Isnin dan Khamis. Maka di situlah peluang untuk para ulama memberikan teguran dan nasihat serta pandangan kepada pemerintah mereka.

“Sultan selalu menangis mendengar nasihat para ulama. Baginda sangat menghormati dan mengasihi ulama. Malah baginda telah menyambut kedatangan Qutbuddin al-Naisaburi al-Syafei dengan penuh terhormat dan kemuliaan,” seorang pemuda kelihatan sedang berbicara dengan rakannya di sebelah. Saya memasang telinga mendengarnya.

Ulama di Zaman Kebangkitan al-Zanki

Saya mengambil kesempatan bertemu seorang makcik tua yang sedang membaca al-Quran di tepi pasar. Bukan hanya makcik tua itu yang menatap al-Quran malah begitu juga dengan penjual yang lain. Sementelahan menanti kedatangan pembeli, mereka akan membaca al-Quran. Ada juga kalangan mereka yang menghitung tasbih.

Mereka tidak lagi timbul perasaan riya’ untuk berperilaku begitu lantaran hampir semua orang melakukan perkara yang sama. Suasana ini tidak pernah timbul sekali di zaman saya sekarang. Serta-merta, rasa sayu menampar-nampar ulu hati dan mendesak air mata untuk keluar.

Berikut adalah perbualan saya dengan makcik tersebut yang telah saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan anda memahaminya.

“Assalamualaikum makcik, saya Khair dari sebelah Asia. Boleh saya mengambil sedikit masa makcik,” sapa saya seramah mungkin. Makcik itu mengukir senyum sambil membalas salam saya. Beliau mencium mashaf al-Quran dan berhenti daripada membacanya. “Ada apa nak?” tanya makcik tersebut dengan ramah.

“Saya baru sahaja sampai dari sebelah Asia. Saya telah mendengar pelbagai cerita berkenaan Sultan al-Zanki. Saya harap saya dapat mendengar tentang kisah sultan yang mulia daripada makcik jika makcik tidak keberatan,” saya memulakan perbualan dengan teratur. Saya sedaya upaya menyantuni makcik yang berwajah bersih itu.

Usahlah saya menceritakan satu-persatu perbualan kami. Saya simpulkan sultan yang dikatakan sebagai Khalifah keenam terbaik selepas Umar Abdul Aziz ini sebagai bukan sahaja seorang pemerintah yang mementingkan keilmuan dan menghormati ulama, malah seorang pentadbir yang cekap dan panglima perang yang sangat berani. Makcik tadi juga menceritakan apakah faktor yang melahirkan figure besar seumpama beliau yang ternyata pada zaman Imam al-Ghazali dan Sheikh Abdul Qadir Jailani lagi.

Beberapa ulama besar telah lahir pada zaman kepimpinan Islam. Sheikh Adi bin Musafir lahir di sebuah desa bernama Bait Far yang terletak di kawasan al-Biqa’, sebelah barat Kota Damaskus. Beliau merupakan murid kepada al-Jailani, al-Suhrawardi, al-Hulwani, al-Manbaji, al-Dabbas dan juga al-Jili. Malah beliau dipuji-puji oleh al-Jailani, Ibn Taimiyah, Ibnu Khallikan, al-Zahabi, Ibnu Khallikan dan juga al-Tadifi. Pujian terbesar dilemparkan kepada beliau oleh mahaguru sufi al-Jailani,

“Jika kenabian dapat dicapai dengan mujahadah, maka Sheikh Adi bin Musafir telah berhasil mencapainya”.

Ramai lagi ulama yang lahir ketika itu juga mana mereka bukan sahaja ulama sufi malah ulama yang juga menjadikan jihad dan amar ma’ruf nahi mungkar sebagai darah daging mereka. Antara nama yag sempat saya ingat ialah al-Suhrawardi, al-Harrani,al-Hiti, al-Jausaqi, al-Kurdi dan ramai lagi. Masing-masing kalangan mereka memiliki madrasah tersendiri yang telah melahirkan begitu ramai tokoh terbilang dalam lipatan sejarah.

Bertemu Anak Gabenor Mosul

Saya kebetulan bertemu dengan anak Gabenor Mosul. Saya tidak mahu melepaskan peluang bertemu dan berbincang dengan beliau meskipun antara kami sangat jauh. Ayah beliau seorang gabenor yang zahid lagi abid. Rupanya, ayah beliau pernah ke Baghdad untuk menuntut dengan al-Ghazali dan al-Syasyi.

Menurut pemuda itu, ayah beliau bernama Marawan bin Ali bin Salamah bin Marwan bin al-Tanzi.

“Saudara, boleh saudara ceritakan apa kekuatan pada zaman pemerintahan sultan?”

Beliau menarik sedikit nafas sebelum memulakan bicara. “Saudara yang amat saya kasihi, ada enam elemen yang sangat dipentingkan dalam kepimpinan sultan yang mulia ini.

“Baginda anat menekankan persiapan masyarakat Islami dan membersihkan kehidupan daripada budaya dan pemikiranh yang songsang.

“Baginda membangunkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang Islami dengan memasyaraktkan keadilan.

“Baginda berusaha menghilangkan permusuhan antara mazhab.

“Baginda meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membangunkan pelbagai fasiliti dan infrastruktur umum.

“Malah baginda membangunkan kekuatan ketenteraan dan menghapuskan kerajaan kecil yang memberontak”.

Rupanya, Sultan al-Zanki benar-benar telah melengkapi syarat yang berbentuk sunnatullah dan syari’atullah. Jiwa yang bersih dan kepimpinan yang efektif dan efisien. Malah baginda merupakan pemimpin yang menjadi inspirasi kepada pembangunan kejiwaan rakyat. Sehingga dunia ini hanya dijadikan tempat singgah dan bercucuk tanam demi meraih keuntungan dan laba yang besar di akhirat”.

Pembangunan Yang Memukau Mata

Saya mengambil kesempatan berjalan di Damaskus. Damaskus ketika itu berbeda sama sekali dengan tempat lain yang pernah saya ziarahi. Kota Aleppo, bumi Dimasyq, Mesir yang gah dengan piramid; sepanjang pengembaraan saya, ternyata Damaskus subur dengan tanahnya dan pembangunan yang terbina sepanjang pemerintahan keluarga al-Zanki.

“Sultan tidak memiliki istana, pembantu, aksesori mahupun pelayan wanita. Malah sultan sangat membenci hiburan. Dalam masa yang sama, sultan mengenakan cukai yang berpatutan dengan kemampuan kami,” seorang petani menceritakan kepada saya.

Saya melihat burung-burung yang berterbangan. Pasti mereka berasa sangat bahagia di bawah kepimpinan sultan. Malah kesuburan tanah adalah petanda turunnya rahmat Allah ke Damaskus. Teringat saya dengan satu syair yang menandakan kegemilangan Islam,

“Wahai burung, terbanglah ke mana sahaja yang kamu suka. Kamu tetap berada di bawah langit orang Islam”.

Saya berjalan-jalan lagi di sekitar kawasan pertanian itu. Alangkah, indahnya bumi ini. Seolah-olah ia syuuga dunia. Ke mana-mana sahaja, pasti saya akan disambut dengan senyuman orang yang lalu lalang berserta salam yang penuh kemesraan. Meskipun kami tidak mengenali antara satu sama lain, namun ternyata ukhuwah Islamiah mengatasi segala-galanya.

“Berhati mulia dan berjiwa besar,” seorang pakcik menceritakan kepada saya. Beliau sedang sibuk mengangkat barangan ke atas keldai. Rakyat di bawah kepimpinan al-Zanki diberi ruang dan peluang untuk memanfaatkan tulang empat kerat mereka. Bekerja sendiri meskipun pendapatan sedikit lebih baik berbanding meminta-minta.

“Sultan berjiwa besar. Meskipun pajak yang dikenakan sedikit, namun dengan hasil yang sedikit tetapi berkat itulah sultan boleh membiayai ketenteraan, mendirikan ratusan sekolah, masjid dan rumah sakit dan membangun pagar dan benteng di pelbagai kota”.

“Ya,” isterinya mencelah. “Sultan telah mendirikan banyak asrama dan tempat tinggal di sepanjang jalan untuk pedagang yang dating, pasar-pasar dibangun membolehkan kami mencari rezeki, pertanian hidup sebagaimana yang anak saksikan sekarang, pembangunan kota yang sangat indah dan teratur,”.

“Orang asing semacam saudara juga mudah mendapat kerja jika mahu. Malah, jika saudara ingin belajar, saudara akan mendapat bantuan dan kemudahan yang tersedia. Malah semuanya ditanggung,” anak perempuan mereka pula mencelah.

Eisya, cantik nama gadis muda yang berusia 19 tahun itu. Saya hanya melemparkan senyuman kepadanya. Malangnya perbezaan masa memisahkan kami. Saya datang dari tahun 2009 sedangkan mereka masih berada dalam tahun sekitar 500-566 Hijriah. Jadi secara sebenarnya, Eisya adalah nenek moyang saya.

“Bayangkanlah saudara,” Eisya menyambung bicaranya. “Kawasan al-Ma’arrah menghitam kerana lebatnya tanaman zaitun, tin, kacang fustuq, malah di pinggiran kita ini, terdapat dataran yang sangat luas yang nyaris tertutup dek rimbunnya kebun anggur, sawah dan ladang. Saudara tidak akan dapat melihat keindahan ini melainkan di Damaskus yang diberkati,”.

Saya mengangguk kekaguman. Benar kata Eisya tentang keindahan Damaskus pada zaman mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa bumi Constantinople adalah jauh lebih indah dan memukau. Namun saya diamkan sahaja, kelak mereka akan diserang rasa kehairanan jika saya mengungkapkannya.

“Saudara tau tentang kegiatan keilmuan yang rancak di Andalusia?” Tanya Eisya lagi mengejutkan saya daripada lamunan. “Andalusia yang dibukan oleh Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusayr juga lambang kekuatan ilmu umat Islam. Tamadun Andalusia tamadun terindah,” kata Eisya bersungguh-sungguh.

“Benar katamu, Eisya. Masih lagi terkenang saya dengan kepimpinan Abdul Rahman al-Dakhil yang berjaya membawa tamadun Andalusia ke mercunya. Malangnya umat Islam sudah kepenatan ketika itu untuk membebaskan Perancis dan memberikan nafas baru yang lebih nyaman kepada mereka,” saya menambah.

Kami berjalan menyusuri kawasan pertanian yang indah itu. Keluarga al-Zanki sangat menitik beratkan keindahan alam dan keseniaan binaan. Mereka menghidupkan aktiviti pertanian dan memberikan ruang pekerjaan kepada rakyat agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Ulama menghidupkan madrasah. Petani berbakti kepada alam. Tentera menjaga keselamatan rakyat. Suasana ukhuwah disemai sebaliknya. Kegiatan perniagaan digalakkan. Seniman tidak disisihkan. Tamadun Islam, begitulah.

Al-Farabi antara seniman yang unggul. Pernah dalam satu majlis, beliau menunjukkan kehandalan beliau dalam bermain alat muzik. Muzik pertama, membuatkan semua yang hadir berasa gembira. Alunan muzik kedua membuatkan semua berasa sedih dan alunan muzik ketiga membuatkan semua orang tertidur. Inilah erti kesenian yang unggul.

“Saudara,” Eisya memulakan rentak bicara. Gadis ini mulus dan telus sekali. Senang dibawa berbicara. “Pustaka Diraja Cordova memiliki ratusan ribu kitab dan terdapat 500 orang yang ditugaskan untuk menyalin kitab,” terang Eisya. Saya tergaman mendengarnya.

“Pustaka al-Hakam II mempunyai 40 ruangan. Setiap ruangan terdapat 18 ribu kitab. Malah ketika itu terdapat 1000 institut pengajian peringkat tinggi,” jelas Eisya lagi. Alangkah, tamadun Islam sangat menggalakkan kegiatan keilmuan. Ahli sejarah Barat menyebut, ketika umat Islam zaman Harun al-Rasyid sibuk dengan kegiatan penterjemahan, orang Eropah baru belajar menulis nama sendiri.

“Eisya, saya juga mendengar, setiap orang pada zaman keemasan Andalusia sibuk membina pustaka mini di rumah masing-masing. Andai ada seorang pemuda yag meninggal dunia di Castille, buku-bukunya akan dijual di Seville,” giliran saya pula berkata.

“Benar saudara. Malah saya menjadikan Aisyah binti Ahmad bin Qassim sebagai contoh saya. Beliau antara orang yang memiliki perpustakaan peribadi terbesar di Andalusia,” Eisya menyambung lagi bicaranya. Rasanya amat bermakna sekali pertemuan saya dengan gadis Damaskus ini.

Bersama Sheikh al-Naisaburi

Saya kemudiannya bertemu al-Naisaburi kemudiannya dalam satu peristiwa yang tidak terjangka.

“Saya kenal siapa saudara. Saudara datang dengan ketentuan dari Allah,” Sheikh memulakan bicaranya. Ketika itu, saya baru sahaja membaca al-Quran di Masjid al-Jami’ al-Umawi. Saya tersenyum. Saya tidak boleh lagi menyembunyikan identiti saya. Sheikh dikurniakan ilmu kasyaf yang membolehkan beliau mengenali siapa saya.

“Hanya yang arIf mengenal yang arif”.

“Sheikh, saya datang dari jauh atas nikmat dari Allah. Moga-moga, saya mendapat limpahan berkat dari sheikh,” saya bersantun dalam berbicara. Al-Naisaburi memegang bahu saya dan kemudiannya memeluk saya, erat. Bagai pelukan seorang ayah kepada anaknya. Saya menangis dalam sendu.

SubhanaLlah, subhanLlah, subhanaLlah.

Banyak perkara yang kami bincangkan petang itu. Suasana Asar di masjid yang megah ini, masih ramai yang beri’tikaf mencari ketenangan. Al-Suhrawardi sedang menyampaikan pengajian ilmunya di sebuah tiang. Saya tahu, al-Suhrawardi yang alim lagi soleh itu mengetahui kehadiran saya ke sini.

Rupa-rupanya, al-Zanki sangat menjaga kebajikan rakyatnya. Ini menurut al-Naisaburi. Di Damaskus sahaja terdapat 20 buah madrasah dan dua buah rumah sakit. Malah madrasah ketika itu, ada yang mempelajari keempat-empat mazhab yang tersohor dalam Islam.

Terdapat bangunan dan asrama yang seindah istana dengan saluran airnya yang memukau. Sekurang-kurangnya juga, terdapat 100 tempat untuk mandi dan 40 ruang untuk mengambil wudhu’, melambangkan kemegahan dan kekuatan Damaskus di bawah al-Zanki yang dihormati.

Al-Zanki menurut al-Naisaburi adalah seorang sultan yang menjiwai rakyat dan meninggalkan kesenangan dunia. Beliau mewarisi Umar Abdul Aziz dari sudut menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan militari sebagaimana Umar al-Khattab.

Al-Naisaburi kemudiannya memberikan saya banyak nasihat. Beliau berpesan agar meninggalkan syahwat kepada wanita tanpa saluran yang betul, meninggalkan kesedapan dalam menjamah makanan sehingga mendatangkan penyakit dan berpesan supaya saya memperbanyakkan bacaan al-Quran dalam mencairkan kehendak nafsu yang bergelora.

“Anakku, hendaklah engkau menjadi tuan kepada nafsumu, bukan nafsu yang menjadi ikutanmu,” kata al-Naisaburi sebelum saya beredar ke tempat lain.



Mengadap Sultan

Malamnya, ketika saya singgah tidur di sebuah masjid, saya bertemu Sheikh Abdul Qadir Jailani dalam mimpi. Saya rasa amat bertuah apabila seorang mahaguru kesufian sanggup bertandang dalam mimpi seorang yang diliputi dosa seperti saya.

Sheikh memeluk erat saya, sehingga membuatkan saya sebak sekali. Kemudiannya saya mengambil kesempatan mencium kedua belah pipi dan dahinya. Wajah indah dan memukau membuatkan rasa cemburu jatuh ke dalam hati saya.

“Anakku yang dikasihi, pergilah kamu bertemu dengan Sultan Nuruddin al-Zanki dan sampaikan salam aku kepadanya,” kata Sheikh dan kemudiannya terus menghilangkan diri. Saya tersedar dari tidur dan menganggap ia hanya mainan tidur. Saya bangun mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Ketika itu, satu pertiga malam terakhir belum lagi. Selepas menunaikan solat seraya berdoa memohon petunjuk, saya tidur semula. Sekali lagi saya bermimpikan yang sama.

Esoknya saya ke kediaman sultan setelah tiga kali bermimpikan perkara yang sama. Teringat saya peristiwa sultan yang turut bermimpikan Nabi SAW sebanyak tiga kali yang memohon pertolongan daripada sultan. Saya memohon izin untuk berjumpa dengan sultan dan ternyata tidak banyak dan tidak sukar prosedur untuk bertemu dengan baginda.

Kediaman baginda naïf amat. Hanya ada beberapa aksesori yang layaknya untuk rakyat kebanyakan. Ternyata sultan mencontohi khalifah al-rasyidah dalam banyak perkara. Dan dalam pertemuan yang penuh bermakna itu, saya bertekad akan menggunakan ruang sebaiknya.

“Kita tahu maksud kedatangan tuan hamba,” tiba-tiba sahaja sultan keluar dari biliknya dan terus meluru ke arah saya. Saya terkejut apabila sultan sudah mengetahui maksud kedatangan saya. Sultan memeluk saya dan mempersilakan duduk di sisinya.

“Apa khabar Negara tuan hamba setelah. Usahlah tuan hamba cuba menyembunyikan diri tuan hamba kerana hanya yang arif mengenal yang arif,” ungkap sultan dengan penuh jujur dan dihiasi rasa tawadhu’ yang menyeluruh.

“Negara hamba penuh dengan simpang-siur maksiat yang keterlaluan. Pendokong taghut adalah pembesar yang dinasihati ulama yang jalang,” saya mengisahkannya kepada sultan yang mulia. Sultan kelihatan terperanjat. Saya dapat mengecamnya melalui perubahan riak wajahnya yang putih itu.

“Tiada lagi Ibn Najja bagi al-Ayyubi dan tiada lagi Sheikh Samsuddin al-Wali bagi al-Fateh pada zaman kami. Jika ada sekalipun, mereka telah ditindas dan ditekan layaknya sebagaimana Imam Ahmad yang didera al-Makmun,” saya menceritakan tanpa berselindung.

“Malah Bumi Damaskus ini kemudiannya tidak seindah pada masa pemerintahan tuanku. Tidaklah udara yang bertiup pada akhir zaman melainkan bertiup dengan penuh kebencian lantaran maksiat yang menguasai. Tidaklah air yang membasahi bumi melainkan untuk menangisi tragedi kemusnahan akhlak,” saya menyambung bicara.

Sultan kemudiannya meminta izin kepada saya untuk menunaikan solat sunat dua rakaat. Dalam sujud terakhir, baginda menangis semahu-mahunya. Hati baginda dipenuhi rasa sedih lantaran kemusnahan akhlak pada akhir zaman.

Selepas menunaikan solat, baginda merapati saya.

“Tuan hamba, pulanglah semula ke zaman tuan hamba. Pengembaraan di Damaskus anggaplah ia sudah berakhir. Zaman tuan hamba sangat memperuntukkan pemuda yang berani seperti tuan hamba. Ingatlah pesan saya yang terakhir,

“Berharap dan bergantunglah kepada Allah, agar azab tidak akan menimpa kamu sekalian,” pesan sultan kemudiannya mesuk ke dalam kamar dengan hati yang dipanjat rasa sedih dan sayu.

Pesan tuanku, saya semat dalam hati.

Kemudiannya alam menjadi gelap. Apabila saya sedar dan membuka mata, saya dapati saya bukan berada di Malaysia pada tahun 2009. Sebaliknya saya berada dalam satu medan peperangan yang penuh kecamuk. Seorang pemuda perkasa sedang menunggang kuda dengan penuh keberanian sambil memberikan arahan kepada tentera-tenteranya.

Alangkah, saya berada di mana???






Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE