Selasa, 30 Jun 2009

BERUSAHA MENCARI KEKUATAN MUSUH

6 Cadangan/Pandangan
Apabila seseorang ingin berjalan dan berlari lebih pantas ke hadapan, maka ia mesti bersedia belajar daripada musuh. Iblis sebagai contoh. Allah menyuruh kita mengambil musuh sebagai contoh.

Tetapi Allah tidak melarang untuk kita mengetahui apakah kekuatan Iblis dan syaitan. Bahkan wajib seseorang mengetahui apakah kekuatan musuh tradisi manusia itu. Jika tidak, mudah terpedaya.

Iblis turut mempelajari dan mengkaji apakah kekuatan dan kelemahan manusia. Dengan itu, barulah Iblis berjaya mencipta senjata yang sangat ampuh untuk merosakkan akal kita.



Saudaraku Fadhlullah, saya tetap meyakini bahawa Iblis bukan makhluk yang tergesa-gesa. Yang tergesa-gesa tu, adalah kita. Hal ini diakui dalam al-Quran.

Maka yang terbaik ialah, mencari apa kekuatan musuh dan mengetahui apa kelemahan kita. Apa kelemahan musuh dan apa kekuatan kita. Baru kita menguasai medan pertarungan.

Apabila kita asyik mencari kekuatan kita dan kelemahan musuh, maka saat-saat kejatuhan akan tiba. Mengetahui kelemahan kita adalah lebih baik daripada mengetahui kekuatan kita.

Read More......

IBLIS SEBAGAI TOKOH INTELIJEN BERJAYA

6 Cadangan/Pandangan
Tokoh intelijen yang paling berjaya dan paling berpengalaman pada saya, adalah Iblis. Ia mempunyai ilmu dan kepintaran yang luar biasa. Ilmu Iblis adalah, melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai.

Kuncu-kuncu Iblis, namanya syaitan. Menurut Fazlur Rahman, syaitan seusia dengan manusia. Apabila wujudnya manusia, wujudlah syaitan. Sebelum itu, belum ada lagi.

Siapakah syaitan? Itu persoalan yang menarik. Ulama tidak ittifaq tentang siapa syaitan. Syaitan ni, memang dicipta untuk menyesatkan manusia atau macam mana?



Abu Bakar al-Jaza’iri berpandangan, syaitan adalah keturunan Iblis setelah ia terlaknat. Ada yang lain mengatakan, syaitan ni, ada kalangan adalah yang jahat dari kalangan manusia dan jin.

Saya tidak tahu apa jawapannya. Iblis sebagai tokoh intelijen, tetap tunduk kepada keangkuhan Fir’aun. Apabila Fir’aun mengaku dirinya Tuhan, Iblis terkejut. Ini kerana Iblis tahu kewujudan Tuhan. Dan Iblis mengakui kekuatan Tuhan.

Lawan Iblis, bukan Tuhan. Bukan juga malaikat. Iblis bukan mahu lawan malaikat. Iblis hanya menentang Adam dan anak cicitnya. Maka matlamat kehidupan Iblis, menyesatkan anak Adam.

Iblis mengamalkan undang-undang yang ketat dalam organisasi dan kerajaan yang ia ciptakan. Syaitan yang tidak menjalankan tugas dengan baik akan dihukum seteruk-teruknya.

Iblis juga mengamalkan perbincangan sesama mereka. Mereka melihat kepada visi jangka panjang, bukannya misi yang sementara. Maknanya, Iblis amat memahami kaedah usul fiqh dalam satu dimensi.

Iblis amat berhati-hati dan sentiasa berstrategi. Ia mempunyai pantauan yang sangat rapi terhadap manusia yang ingin digodanya. Cara godaannya amat memainkan psikologi dan menggoncangkan pendirian.

iblis baik daripada manusia daripada beberapa sudut. Antaranya, Iblis tidak tergesa-gesa sedangkan manusia sifatnya tergesa-gesa. Maka kehancuran manusia disusun mengikut time-planning yang baik dan sistematik.

Belajarlah daripada Iblis, daripada beberapa sudut. Bukannya mengikut budaya Iblisisme, tetapi memahami dan mengaplikasikan kekuatan yang wujud dalam dirinya.

Tidak salah belajar daripada musuh. Jangan hanya belajar daripada kumpulan kita. Janganlah ahli Gamis hanya mengambil ilmu daripada ahli Gamis. Bahkan belajarlah sesuatu daripada Iblis.

Benar Iblis tetap salah. Namun hikmah yang dimiliki oleh Iblis, adalah tidak dapat dinafikan lagi.









Read More......

Isnin, 29 Jun 2009

TUMPUKAN KEPADA GEJALA SOSIAL

3 Cadangan/Pandangan
Tersilap besar jika sekadar menilai gerak kerja melalui penulisan saya. saya dalam blog, hanya menulis pandangan. Tidak pula saya coretkan pengkisahan gerak kerja Gamis.

Jika mampu saya katakan sedikit, hampir lima kali Gamis turun ke sekolah untuk memulihkan gejala sosial dalam masa dua bulan. Meskipun dihantui oleh kerja yang banyak, namun kemampuan masih dicipta untuk ummah.

Jika mampu saya ungkapkan lagi, Gamis turut berhempas pulas mengkaji sistem pendidikan negara. Ini langkah yang tidak popular. Saya tidak mahu Gamis sekadar turun di jalanan, bermainan media dan mendapat nama sedangkan hasil entah di mana.



Sedikit lagi saya mahu ceritakan, Gamis turut menggerakkan agenda dakwah di hospital. Dalam bulan Jun, sekali. Dalam bulan Julai akan datang, sekali. Dan seterusnya, setiap bulan Insya-Allah. Meskipun Gamis tidak berduit.

Tentang kebajikan pelajar. Adalah buta jika menuduh Gamis tidak peduli dan peka dengan kebajikan. Gamis ada sayap di kampus, maka kebajikan amat diutamakan. Perjuangan siasah, tetap menjadi hidangan berselera bagi Gamis.

Gamis bekerja, bukan sekadar menggunakan nama Gamis. Apa lagi nama ini sudah terlalu buruk. Kerajaan pantang mendengar nama ini. Maka gerakan senyap bagai anai-anai, ini yang dilaksanakan Gamis.

Baru sahaja saya bincangkan dengan sahabat dakwah Gamis, kita akan menubuhkan satu sekteriat atau unit khusus untuk memikirkan cara mengurangi gejala sosial kalangan remaja. Insya Allah akan diadakan perbincangan dengan beberapa entiti jamaah.

Bersama Karisma, PKPIM, Haluan, Isma, dan lain-lain untuk membincangkan tentang plan mengatasi gejala sosial secara amal jamaei. Namun belum saya bincangkan dengan mereka. Ini bukan anjuran Gamis, tetapi anjuran bersama.

Gamis akan bersama dengan semua jamaah untuk merancang Malaysia. Sebenarnya, Gamis dan lain-lain ibarat satu tubuh yang menggunakan nama yang berbeza. Tubuh itu ialah Islam.




Read More......

JIKA DARI SYAITAN SEKALIPUN, KITA AKAN AMBIL

9 Cadangan/Pandangan
Secara jujurnya, saya sedikit terkilan apabila Gamis Tronoh cuba membanding-bandingkan saya dengan Akhi Mior dalam www.mahasiswakini.com. Ia tidak patut, namun jauh dari sudut hati, saya memahami hasrat sebenar Gamis Tronoh.

Terima kasih kerana mungkin simpati kepada saya. Apapun, Akhi Mior tetap saudara saya dunia akhirat. Petang tadi kami berbalas-balas SMS. Beliau berpesan kepada saya, mengurus perbezaan pendapat itu yang penting.

Mungkin pembaca boleh melihat sendiri dalam blog Ust Syaari. Tulisan dan pandangan beliau bagus. Masakan saya membenci orang sebegitu berbeza pandangan dengan saya. saya akan jadi orang paling bodoh jika mempertikaikan perbezaan pandangan.



Saudara juga boleh melihat pandangan Akhi Mior. Beliau bekas aktivis Gamis dan banyak memberikan pandangan dan bantuan kepada Gamis. Saya juga ada meminta pandangan beliau dan mejemput ke program Gamis. Beliau antara yang menjayakan Parti Mahasiswa Negara.

Saya mungkin sangat beruntung bersama rakan serumah yang sefikrah dan mempunyai pandangan kritikal seperti Shahir dan Alan. Ramai lagilah. Tidak perlu saya sebut satu-satu. Kami ada berbeza pandangan namun sehati dan sejiwa.

Saya tetap memperjuangkan perbezaan pandangan sebagai rahmat. Katakanlah sebagai contoh, hadis nabi SAW yang mengatakan khilaf sebagai rahmat itu sebagai hadis yang dhaif. Meskipun dhaif, saya tetap berpegang sememangnya perbezaan pandangan adalah rahmat.

Hadis dhaif tidak semestinya menafikan kebenaran isi kandungan. Inilah yang dipegang teguh oleh kebanyakan ulama dan sahabat nabi. Sehingga Umar Abdul Aziz berkata, “Aku tidak suka jika sahabat nabi tidak berkhilaf pandangan.”

Saya dari satu organisasi. Maka saya mengkritik pimpinan Pas. Itu sebenarnya perkara biasa. Sebagaimana sekarang ramai sekali yang mengkitik saya daripada bukan Gamis. Bahkan ahli Gamis pun harus mengkritik saya. Tiada masalah.

Sebagaimana Abu Dzar mencabar kepimpinan Uthman. Muawiyah mempertikaikan kewibawaan Ali. Abdullah bin al-Zubair menentang kekuasaan Yazid. Anak Abu Bakar sendiri menentang idealisme Uthman. Umar sendiri pernah mengkritik Abu Bakar. Semua ia sunnah.

Maka budaya kritikan, berbeza pandangan, sememangnya bagus dan mesti dihidupkan. Kritikan memang sifatnya pedih. Yang tidak pedih, namanya nasihat. Jika kita semua bersedia dengan budaya baru sebegini, baru kita boleh melangkah lebih jauh.

Oh ye, beberapa orang mempertikaikan saya lantaran saya menganut slogan Hisyamudin Rais, bahawa idealisme mahasiswa mati lantaran terikat dengan parti politik. Dikatakan Hisyamudin sebagai sosialis. Maka saya penganut sosialis.

Mengapa sampai begitu cetek sekali kita mendakwa. Bukankah hikmah ini kepunyaan orang mukmin. Benda baik, meskipun ada pada syaitan dan iblis sekalipun, kita akan ambil. Apa lagi jika ada pada Hisyamudin.

Saya bersetuju pandangan beliau. Idealisme mahasiswa mati jika terlalu mengikut rentak parti politik. Mahasiswa mesti ada pendirian. Bahkan setiap orang mesti ada pendirian. Sesungguhnya benarlah kata Cikgu Azmi, “Menguatkan yang benar, bukannya membenarkan yang kuat.”



Read More......

UST SYAARI DAN SAYA, MACAM BIASA,

1 Cadangan/Pandangan
Beberapa orang bising di blog Ust Syaari. Bukan di blog saya. Berkaitan tentang perbezaan pandangan antara kami. Bermula dengan Ust Syaari memberikan pandang balas tentang respon saya berkaitan debat kerajaan perpaduan.

Antara kami, biasa-biasa sahaja. Saya tetap menghormati beliau sebagai pemimpin dan mengasihi beliau sebagai abang. Saya telah menghubungi beliau dan tiada pergaduhan antara kami.

Ust Syaari banyak berjasa kepada Gamis. Itu pesan saya kepada sahabat-sahabat dalam Gamis. Saya sendiri menyebut kepada beliau, transformasi Gamis masa sekarang adalah hasil inovatif beliau dan Ust RO.

Maka sebenarnya kami sama. Ust Syaari hanya mahu mewujudkan budaya ilmiah dan debat intelektual dalam Gamis. Ia perkara biasa. Malah saya senang hati dengan keberanian beliau.

Beliau ada kredibiliti. Ada kemampuan. Bijaksana dan berhati baik. Sepanjang kami bersahabat, Ust Syaari tidak sukakan populariti dan mencintai tawadhu’. Bagi saya, beliau hanya memberikan pandangan, bukan mencipta permusuhan.

Antara kami, tiada masalah. Saya bersyukur kerana mendapat seorang abang yang berani menegur dan seorang pemimpin yang berkaliber. Tahniah Ust Syaari... Read More......

Ahad, 28 Jun 2009

MENARIK BALIK PERDEBATAN

5 Cadangan/Pandangan
Ada beberapa cadangan baik yang dilemparkan kepada saya. Saya harus timbangkan.

Menutup cbox. Saya rasa sedikit mustahil. Kerana saya mahukan demokrasi dan keterbukaan. Tempat orang melepaskan kemarahan. Itu tidak mengapa.

Menutup blog, kerana ia sumber fitnah dan mengucar-kacirkan fikrah. Itu perlu saya perhalusi. Mungkin lebih tepat saya mengubah isi blog.

Menarik balik debat dengan Timb Presiden PAS. Sebenarnya ia tertarik dengan sendirinya apabila saya isu ini selesai di peringkat PR. Tapi boleh je saya umumkan, saya menarik balik dan mendoakan kebaikan buat Timb Presiden. Beliau seorang yang baik. Cuma saya berbeza pandangan cuma.



Saya juga tidak akan memberikan respon dalam ruangan cbox buat sementara. Jadi, jika pembaca melihat ada nama saya, itu bukan saya. itu penyamaran. Saya tak nak marah-marah. Mungkin beliau berniat baik.

Memohon maaf kepada Timb Presiden. Ya, saya akan memohon maaf. Selepas daripada menulis blog ini, saya akan terus memohon maaf daripada beliau dengan penuh kerendahan hati.

Saya rasa, ada satu faktor utama yang membezakan pemikiran dan pemahaman yang wujud. Iaitu, tarbiah yang saya lalui dengan yang lain. Mungkin metode berbeza, menimbulkan ruang bentuk pemahaman dan pemikiran berbeza.

Mungkin saya menganut idealisme Hisyamudin Rais. Bahawa punca idealisme mahasiswa mati, adalah kerana terlalu mengikut pengaruh kepartian. Mahasiswa mesti bebas sudut pemikiran. Dari sudut prinsip, itu perkara lain.





Read More......

TERIMA KASIH

7 Cadangan/Pandangan
Menariknya, kemelampauan sudah berlaku dalam blog saya. Bagi saya, saya tidak kisah dengan kritikan dan cercaan. Walau dipanggil Dajjal dan binatang sekalipun. Tidak mengapalah. Jika dengan membawa Islam saya dipanggil babi, saya sanggup.

Jika dengan saya berpegang teguh dengan prinsip yang saya yakini, maka saya dipanggil syaitan, saya sanggup. Apa guna jika saya dipanggil pemimpin bermentaliti tinggi sedangkan saya hanya tahu mengambil analisis orang dan dijadikan semacam analisis saya, tetapi tidak bertindak dan tidak bekerja.

Orang mengatakan saya suka ‘air mani’. Kotor bunyinya. Saya tidak boleh menyembunyikan istilah ini daripada penulisan saya. tidak mengapalah. Saya tidak mengambil hati. Manusia memang memusuhi apa yang mereka tidak tahu.

“Ust Dzul suka pancutan air mani, air mani sape tu? Saluran kencing yang kotor pun dia suka, saluran kencing yg sape punya tu? Bapa dia ker?”



Katalah apa pun, bagi saya saya redha dan tidak terasa hati.

Namun kemelampauan yang saya istilahkan ialah, merujuk kepada orang yang menggunakan nama saya dalam ruangan perbincangan. Kita tengok apa yang diperkatakan oleh orang yang menggunakan nama saya tersebut,

“Ana minta maaf atas segala kesalahan ana, ana akn berubah kalau perlu, tp melalui pembacaan ratusan buku yg ana baca tak perlu ana hiraukan kata2 org lain, antum hanya pandai komen tp takde tindakan.

Ana byk terlibat dgn urusan jamaah lbh byk dr antum, kalau antum dh mengatasi keterlibatan dlm jemaah melebihi ana baru antum layak utk komen ana, maaf kalau bahasa ana kasar.

syahid girl boleh contact ana direct kalau perlu ye.

kpd syeh.. nta discribe kt ana maksud tawaduk...”

itu adalah antara penyamaran yang dibuat. Orang mukmin bukanlah orang pembohong. Orang pembohong adalah orang munafiq. Rasanya mahu saja saya memanggil mereka sebagai munafiq. Namun apabila difikirkan, tidak mengapalah.

Mengapa perlu saya marah? Saya tidak perlu marah. Sabar itu lebih baik. Mungkin mereka ingin menegur saya, maka seharusnya saya memahami. Saya mendoakan agar mereka dan saya diampuni Allah.

Ini kerana saya perlu menilai beberapa perkara. Jika saya marahkan seseorang, maka:

1- Apakah saya tidak pernah membangkitkan rasa murka Allah kepada saya?

2- Apakah keimana saya lebih tinggi daripada orang yang mencerca saya?

3- Adakah saya akan dimasukkan ke dalam syurga yang lebih tinggi daripada mereka?

Menginsafi hakikat ini, saya tenangkan diri. Usah dimarahi. Bahkan bersyukur kepada Allah. Sekurang-kurangnya, kamu baru dimarahi sedikit itu. Yang penting, teguhkan hati kuatkan semangat, buat tidak peduli.

Kebenaran itu ibarat matahari yang bersinar. Cuma sekarang, nampak gaya gerhana masih kuat. Saya hanya perlu bersabar sedikit lagi. Mungkin saya perlu berpesan kepada diri saya,

“Jika Islam bangkit dengan saya menjadi mangsa cercaan, maka saya lebih rela cercaan itu itambah-tambah kepada saya asalkan Islam bangkit sepantas mungkin.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua…








Read More......

GAMIS BUKAN PARTI POLITIK

1 Cadangan/Pandangan
Akhirnya Ust Syaari secara terbuka meletakkan jawatan sebagai moderator web-site. Saya tidak kisah. Itu kehendak peribadi. Saya dengan rendah hati menghantarkan SMS kepada beliau. Itu sahaja.

Dan saya tidak tahu siapa yang telah menghilangkan tulisan berupa pandangan beliau. Debat mesti diteruskan antara saya dengan saudara Mior. Saya bukan tidak mahu menghidupkan budaya intelektual. Cuma saya rasa sudah tidak begitu penting buat masa sekarang.

Apapun, saya akan meminta kepada AJK Gamis untuk memasukkan kembali tulisan Ust Syaari. Saya mengerti, mungkin seseorang berasa tidak patut dengan tindakan Ust Syaari. Namun bagi saya, tidak mengapa.

Pimpinan Gamis lain mahu berbeza pandangan dengan saya, silakan. Itu adalah sikap terpuji. Bahkan jika pimpinan lain beramai-ramai mahu meletakkan jawatan dan tidak mahu bekerja pun tidak mengapa. Islam tidak akan mati.



Saya tidak kisah dengan kritikan itu. Saya akan mendengar, memahami dan menerima jika ada benarnya. Mungkin kerana beza bentuk tarbiah yang dilalui, maka bezalah kefahaman yang terwujud antara kita.

Saya mengharamkan diri saya mengutuk orang lain. Namun saya menghalalkan kutukan orang terhadap saya. saya tidak berhak menghalang lidah mengutuk dan tangan menulis cercaan. Saya harus menerima dengan dada terbuka.

Sesungguhnya jika saya ada melakukan kesilapan, maka Saidina Umar dan Saidina Abu Sufyan dulunya, adalah lagi jahat berbanding saya. Tetapi mereka berubah. Maka saya rasa, saya pun boleh berubah. Tidak semestinya saya berubah pandangan. Ini kerana saya ada sebab, ada dalil.

Semalam saya berforum dengan Dr Zulkifli al-Bakri dan Ust Halim Din. Dr Zulkifli membacakan satu hadis yang baik untuk direnungi bersama. Hadis ini melambangkan idealisme mahasiswa dan anak muda yang harus disuburkan.

Hadis itu berbunyi, “Kamu berada dalam satu posisi dalam banyak-banyak posisi Islam. Maka jangan biarkan musuh datang dari pihak kamu.”

Maknanya, posisi menegakkan Islam ini banyak. Nelayan tidak boleh buat kerja petani. Peguam tidak boleh sama dengan tauke kedai. Ahli politik tidak boleh buat kerja macam kerani. Mahasiswa tidak boleh sama dengan ahli politik.

Kalau saya jadi pimpinan Pas atau Umno sekalipun, saya akan melarang ahli Umno atau Pas daripada memperalatkan dan mengongkong pemikiran mahasiswa, atau anak muda. Jika dikongkong, hanya akan melahirkan manusia yang tidak cerdik.

Makanya, saya tetap berpegang teguh, Gamis adalah Gamis, ia bukannya parti politik.






Read More......

Jumaat, 26 Jun 2009

MATINYA IDEALISME MAHASISWA

1 Cadangan/Pandangan
Semalam orang kata, kenangan. Hari ni, kita bertindak. Esok pula, ruang untuk merancang. Semuanya berbeza. Kenangan tidak semestinya diulangi kembali. Namun yang penting adalah tindakan hari ini.

Akhirnya saya hampir tumpas dalam satu perjuangan saya dalam Gamis. Biar saya terangkan. Iaitu perjuangan membebaskan mahasiswa daripada kerongkong pemikiran ahli parti politik. Saya tidak berjaya yang ini.

Ahli Gamis tetap menunjukkan mereka Pemuda Pas, atau mungkin Pemuda Umno. Jelasnya, tetap mahu menunjukkan mereka Pemuda Pas. saya tidak tahu mengapa. Jika Gamis ingin jadi macam Pemuda Pas, atau Muslimat Pas, baik Gamis ditutup operasinya.

Maka, idealisme mahasiswa mati. Serasa saya, begitulah mungkinnya. Saya rasa rugi. Baik, kalaulah Gamis itu proksi Pas sekalipun, ia tetap merugikan apabila Gamis menonjolkan diri mereka semacam Pemuda Pas. Jika begitu, baik sahaja Pemuda membuka keahliannya secara terbuka.

Ahli Gamis mesti bebas. Parti politik juga tidak boleh mengongkong pemikiran dan idealisme yang terwujud. Ia merugikan. Saya cadangkan, agar Gamis menjadi seperti HMI di Indonesia. Bebas daripada kepartian, tetapi tetap terikat dengan politik.

Mahu membawa Islam, jangan hanya satu jalan. Perbanyakkan jalan. Tidak perlu mendedahkan identiti. Sembunyikan sahaja. Yang penting, Islam tertegak. Read More......

JOM KITA BERDAKWAH

1 Cadangan/Pandangan
Sebenarnya saya dah tak nak berdebat isu Kerajaan Perpaduan kerana ia sudah selesai. Sekarang ni, saya lebih berminat untuk kita berbincang tentang dakwah. Membuat penerangan dengan lebih dinamis kepada non-muslim.

Saya kira, semangat saya untuk berdakwah kepada non-muslim mula menebal apabila saya mengikuti Seminar Krisis Murtad anjuran Persatuan Ulama Malaysia bahagian Selangor. Kemudian ia mula makin menebal apabila berjumpa Khoo Khay Kim.

Saya nak ajak yang lain. Apa kat kita bersama-sama menggiatkan kegiatan dakwah ini. Secara meluas tentunya. Saya mahu belajar dengan lebih mendalam. Dan saya berharap, saya akan menjadi juru dakwah yang berjaya. Read More......

Khamis, 25 Jun 2009

BERGADUH TU, PERKARA BIASA

0 Cadangan/Pandangan
Bagus Anwar Ibrahim apabila mendefinisikan kelam-kabut dalam PAS dan PR secara umumnya berkaitan UG sebagai pengikat ukhuwah. Saya yakin. Maka saya yakin kewibawaan Ust Nasarudin akan kembali. Malah Anwar Ibrahim mentakrifkan kelam-kabut baru-baru ini sebagai permulaan. Ia menarik.

Untuk menjadi sebuah parti yang kuat masa akan datang, maka pimpinan harus terbiasa dengan mehnah dan perangai ahli. Termasuk luar ahli yag kuat memberikan pandangan termasuk saya. maka apabila pimpinan sudah betah, itu tanda kematangan dan kemenangan semakin hampir.

Malaysiakini menghubungi saya sebentar tadi. Saya tegaskan ketidaksetujuan saya dengan UG. Saya katakan UMNO tidak telus. Jika telus, sila buktikan dengan memberikan hak minyak kepada Kelantan dan hapuskan PPSMI.

Maka jadilah UMNO kelam-kabut dibuatnya. Ala biasalah bergaduh. Biasalah anak muda semacam saya marah-marah. Jika saya berperangan macam orang tua, apaguna fungsi gerakan anak muda. Baik saya jadi gerakan orang tua atau veteran.

Bergaduh pemikiran saja, bukan bergaduh peribadi. Sahabat nabi dulu, siap nak berperang. Nasib baik sempat nabi selamatkan. Ansar dulu, merajuk dengan nabi. Nasib nabi pandai menerangkan perkara sebenar. Dalam perjanjian Hudaibiyah, lagi ramai yang merajuk. Nasih ada Ummu Salamah.

Bergaduh ni ada zaman nabi lagi. Lepas tu, Umar bergaduh pemikiran dengan Abu Bakar pula. Khalid bergaduh dengan Umar. Tidak disuruh pun diletakkan jawatan malah dipecatnya terus. Abu Dzar mengkritik Uthman. Muawiyah mempertikaikan wibawa Ali. Ibnu Zubair menentang Yazid.

Bagi saya, biasala. Yang penting, cukup dalam pemikiran. Jangan sampai ambil hati. Dan jangan negatif dengan teguran dan cabaran. Terimalah, dan saya juga akan berusaha menerima kebenaran dan mendengar teguran. Read More......

Rabu, 24 Jun 2009

ADIK-ADIK USRAH SAYA

2 Cadangan/Pandangan
Saya antara naqib yang paling berbahagia di bumi ini. Kerana adik-adik usrah saya, berjaya semuanya. Hafez yang kini menjadi orang penting di Perak. Amin, Shahril dan Aizul yang kini menyambung pengajian, Faisal yang sudah membuktikan kemampuannya dalam kerjaya, Hayazi yang aktif dalam bergerak kerja dan beberapa orang lagi.

Ramai lagi adik-adik usrah saya. saya berasa bangga sekali dengan mereka dan di atas kejayaan mereka. Saya juga mendoakan agar Mohamad Rajab akan menemui cita-citanya untuk menjadi seorang hafiz. Ternyata mereka menjadi manusia yang berguna.

Malah saya turut berbangga dengan adik-adik saya yang lain, meskipun mereka tidak berusrah dengan saya secara langsung. Mungkin Fadhlullah Acheh dan Awis Urduni orang yang paling lantang mengkritik saya, namun jauh di sudut hati saya, terdetik rasa bangga. Ya, saya berpegang sangat dengan falsafah, kejayaan tarbiah adalah apabila adik-adik berani menentang idea kita dalam suasana penuh harmonis.

Beginilah tabiat tarbiah. Al-Syafei boleh tidak bersetuju dengan Imam Malik. Maka tepatlah kata al-Qaradawi, “Ibnu Taimiyah adalah ulama yang paling saya sayang namun kebenaran lebih saya kasihi.” Mungkin begitulah laungan orang dari Acheh dan Jordan yang kini lantang mengkritik saya.

Apabila saya menginginkan orang yang saya tarbiah, menjadi seperti saya, berfikir seperti saya, maka sayalah naqib yang paling jahil dan safih. Seseorang membela saya dan memarahi orang yang mengkritik, namun saya katakan kepadanya, “Jangan dimarahi yang mengkritik kerana itulah tanda keberkesanan tarbiah.”

Bertembung dalam dunia pemikiran, itu perkara biasa. Jangan bertembung ukhuwah. Jangan sampai bermasam muka. Jangan sampai mencaci mencerca. Itu patut dielakkan. Namun jika diminta saya meletakkan jawatan, saya katakan, “Itu juga satu tanda kejayaan tarbiah.”

“Habis tu, ada orang kata ustaz bodoh, binatang, dan macam-macam kata-kata kotor lagi, adakah itu tanda kejayaan tarbiah?” Saya katakan, “Ini bukan kejayaan namun itu adalah tanda kejayaan,”. Sesungguhnya, saya berbangga dengan orang yang mencerca saya dan menggelari saya binatang. Kerana apa? Kerana mereka berani. Maka tarbiah memang mahukan orang yang berani. Tahniah… Read More......

Selasa, 23 Jun 2009

YA ALLAH, ISLAMKANLAH KHOO KHAY KIM

2 Cadangan/Pandangan
Saya dan beberapa rakan bertemu Prof Datuk Khoo Khay Kim dengan penuh keinsafan. Beliau ramah orangnya. Mengerti tentang Islam dan beriman dengan hari akhirat.

Saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan pandangan tentang Islam. Beliau percaya bahawa Islam adalah agama yang bagus. Islam pada pandangan beliau bukannya agama terroris. Bahkan beliau turut percaya dengan konsep terbesar yang dipegang oleh orang Islam iaitu kehidupan selepas kematian.

Saya bertanyakan beliau, “Pendidikan Islam kemuncaknya adalah untuk melahirkan orang yang bersih jiwanya. Bagaimana dengan ajaran agama lain?” Beliau menegaskan, agama yang lain juga begitu. Melahirkan keikhlasan tentunya.

Saya doakan Khoo Khay Kim memeluk Islam. Beliau seorang yang amat bagus. Pastinya, saya akan memfokuskan dakwah kepadanya. Saya mengerti, kesibukan berpolitik sebenarnya telah merencatkan perjalanan dakwah.

Kerajaan sibuk dengan agenda pembangunan. Dakwah kurang diberikan perhatian. Maka saya tidak sanggup menanti akhirat kelak, Khoo Khay Kim yang telah saya anggap semacam bapa akan mempersoalkan saya, “Mengapa saya tidak menerangkan Islam kepadanya.”

Khoo Khay Kim menyebut, “Orang Islam tidak berusaha menerangkan Islam kepada orang ramai.” Beliau kemudiannya memberikan contoh penganut Kristian Katholik yang dinamis dalam menerangkan ajaran mereka kepada orang ramai.

Beliau menyebut khusus untuk saya sebelum berakhir, “You kena selalu datang jumpa saya. Saya nak you buat buku tentang Islam dalam Bahasa Inggeris untuk kita sebarkan.”

Ya Allah, pancarilah hidayah Islam kepadanya… Read More......

TARBIAH UNTUK MELAHIRKAN YANG MENENTANG

10 Cadangan/Pandangan
Apabila murabbi menggerakkan tarbiah dengan tujuan, agar yang dilatih mendengar kata dan arahannya, maka murabbi itu telah melakukan satu kesilapan yang maha besar. Tarbiah bukan sepatutnya melahirkan yang mahu mendengar.

Tarbiah melahirkan yang mahu bercakap, yang mahu mempertikaikan, yang mahu menentang arus, yang mahu berfikir mengikut cabang yang lain, yang tidak suka dengan tradisi kebiasaan. Sepatutnya begitulah tarbiah.

Saya membaca beberapa sejarah tokoh orientalis dan liberalis. Tahulah saya bahawa mereka cerdik-cerdik orangnya. Mendengar nama Nurcholis Majid, Fazlur Rahman dan mungkin Syed Sheikh al-Hadi yang turut dikatakan liberalis. Mereka berfikir di suatu ufuk yang lain dan sukar dimengertikan.

Mungkin banyak silap mereka. Namun ada satu keberanian luar biasa yang harus diteladani. Keberanian berbeza pandangan dengan banyak pihak dan menempuh benteng tradisional. Mereka berani mentafsirkan al-Quran mengikut satu dimensi yang berlainan. Saya telah membaca pesan-pesan terbesar dalam al-Quran karya Fazlur Rahman.

Saya tidak menganggap beberapa kalangan mereka sebagai agen Barat. Tidak sama sekali. Saya berpandangan mereka hanya berfikir dalam satu sudut yang berbeza. Maka kehadiran mereka mencabar orang yang malas bersahaja.

Apa rasa kita jika saya katakan, syaitan bukan lawannya bagi Tuhan. Silap mengatakan istilah syaitan adalah lawannya bagi Tuhan sebagaimana lelaki lawannya perempuan. Bahkan semakin mencabar apabila Fazlur Rahman berpandangan Jibril bukannya malaikat.

Maka jangan terkejut apabila ramai sejarawan mengkritik tindakan Solahuddin al-Ayyubi yang terlalu berlembut dengan tawanan perang. Read More......

Isnin, 22 Jun 2009

SAYA AKAN DENGAR PESAN ORANG

2 Cadangan/Pandangan
Ternyata benar nasihat seorang kepada saya. Berjuang mencari kebenaran bukannya kemenangan. Sebelumnya saya pernah mendengar pesan indah itu daripada Cikgu Mi Teras. Bahkan beliau berkata, “Zaman sekarang, yang terjadi ialah, membenarkan yang kuat, walhal sepatutnya menguatkan yang benar.”

Nasihat orang kepada saya, saya takkan lupa. Bodohla saya jika berdiam diri dan berpekak badak. Tidak cerdiklah saya jika saya tidak mengendahkan nasihat. Jika Tuan Guru menarik kata-katanya, masakan saya terus berdegil. Atau saya mesti beristiqamah?

Dulu-dulu saya membaca novel Jibam. Ada satu falsafahnya, bunyinya menarik. “Aku tahu apa yang engkau tidak tahu.” Saya membuat sangkaan di saat umur saya masih di sekolah rendah, bahawa ada Jibam mengetahui beberapa perkara yang pelik sifatnya.

Maka mengertilah saya di saat dewasa, bukan semua orang perlu mengetahui pemikiran kita dan apa yang kita mahukan. Namun kesannya mesti ada.

Saya menerima segala teguran dengan rendah diri. Mendengar teguran bagi saya, tidak bererti mengubah pendirian. Berubah-ubah pendirian adalah sifatnya bagi lalang. Teguh dengan pandangan itu yang dimahukan. Saya tetap beringat, jangan sampai cerdik tidak boleh ditumpang bodoh tidak boleh diajar.

Ya, saya akan ingat yang itu. Read More......

Ahad, 21 Jun 2009

TURUN KE JALANAN MENGUTIP DERMA

2 Cadangan/Pandangan
Akhirnya mungkin ada benarnya juga pandangan Ustaz Rizal, bahawa tamrin mesti keras dan menguji mental dan ketahanan fizikal. Tamrin BTN, ada juga fizikal. Tamrin PTD, ada fizikal. Tamrin untuk bakal guru JQAF, ada fizikal. Tamrin Askar Wataniah atau PALAPES, lagi-lagilah fizikal.

Kata ustaz, latihan ini dibuat sebelum berlaku sesuatu. Tiada latihan yang dilakukan semasa sesuatu berlaku. Maka kekerasan diwujudkan sebelum berlakunya peperangan. Sekarang peperangan berlaku di Selatan Thailand. Maka semestinya kita bersedia.

Dan mungkin lebih radikal lagi, kita sepatutnya sudah berani menghantar sepasukan ahli gerakan Islam untuk ke sana untuk berjihad. Jangan tunggu sampai ia merebak ke negara kita. Tidak boleh hanya desakan tetapi mesti melalui jihad.

Saya sebenarnya tidak tahu apa solusi terbaik. Saya sekadar ingin berbincang tentang nasib saudara kita di Selatan sebenarnya. saya menyebutkan kepada sahabat-sahabat Lajnah Siasah, jika kita benar serius tentang Selatan, maka tidak perlu sekadar demonstrasi.

Yang perlu ialah, kita mengadakan kutipan derma secara besar-besaran. Turun ke jalanan, mengutip derma secara terbuka. Saya bersedia bersama. Semua ahli jamaah, menghulurkan bantuan sebanyak-banyaknya. Sama ada pakaian mahupun kewangan.

Saya masih menanti perancangan Lajnah Siasah. Jika lambat benar perancangan tersebut, saya dan rakan-rakan dari Lajnah Siasah GAMIS yang akan turun sendiri ke medan untuk mengutip derma. Tindakan mesti disegerakan. Aksi perlu diperkasakan. Read More......

PESAN-PESAN DI SAAT AKHIR

4 Cadangan/Pandangan
Alhamdulillah, saya dan rakan MT yang lain bersyukur melihat perkembangan kebijaksanaan adik-adik yang bakal menggantikan kepimpinan kami dalam GAMIS. Masih dalam permulaan, namun sudah nampak riak kesungguhan meskipun masih dalam rentak sederhana.

Mereka berhak untuk menidakkan segala tindakan saya yang ‘melampau’ dasawarsa ini. Mereka juga berhak untuk menggubal satu tindakan dan pemikiran baru yang lebih baik. Saya tidak akan menyibuk dalam kepimpinan mereka nanti.

Saya berpesan kepada mereka, dan mereka berhak untuk tidak mengendahkan pesan-pesan saya. Saya mengingatkan mereka, jadilah ahli gerakan mahasiswa Islam, yang lain daripada yang lain, yang tidak mempunyai sikap bias bahkan bergerak berdasarkan rasa anak muda dan mahasiswa.

Jika mahasiswa bergerak atas dasar orang dewasa, maka ia akan jadi semacam Pemuda UMNO atau Pemuda PAS. Ia mesti berbentuk muda. Dan mahasiswa tentunya. Ia tidak boleh sama dengan yang lain. Barulah rencah gerakan itu menarik dan ada check and balance.

Namun saya tidak kisah jika pesan-pesan saya diabaikan. Mungkin benar saya terpengaruh dengan idea keilmuan dan keintelektualan sahabat PKPIM. Mungkin benar saya terpengaruh dengan laungan idealisme mahasiswa dan tempikan watch dog action. Namun saya tetap cuba membumikan tindakan saya dan melangitkan idealisme dan pemikiran.

Saya tidak boleh melihat UMNO dengan kaca mata ahli PAS, begitu juga sebaliknya. Saya mesti mencari kelainan. Itulah tujuannya gerakan pelbagai ditubuhkan. Apabila terdapat dua benda yang sama, maka salah satu adalah tidak relevan.

Pesan-pesan saya, boleh dibakulsampahkan dan saya tidak kisah. Kerana pemikiran ini, sesuatu yang mengalir tidak beku. Read More......

Jumaat, 19 Jun 2009

BERTEMU JAMAAH LAIN (TAPI SATU JIWA)

3 Cadangan/Pandangan
Alhamdulillah, pertemuan saya dengan Ustaz Yusri Pengerusi ABIM petang tadi berjalan dengan baik. Sebelum ini saya juga bertemu dengan bekas Pengerusi ABIM yang terkenal iaitu Datuk Siddiq Fadzil. Ia membuka mata saya.

Sebelumnya saya dan rakan-rakan bertemu dengan Prof Madya Dr Mat Rofa. Tidak tersangka saya bahawa dulu beliau juga ABIM. ABIM, PAS, JIM, semuanya cintakan Islam.

Apabila berbincang dengan pimpinan daripada pelbagai jamaah, ia menambahkan rencah dan rempah ratus pemikiran. Ia amat mencabar dan menyeronokkan. Mahu saja saya berbicang perkara yang lebih kritikal dengan beliau namun bukan itu matlamatnya.

Saya melihat tiga pandangan yang sangat menarik dalam seminggu. Ust Yusri meminta saya bertemu pula dengan Prof Wan. Ingin sahaja saya menyatakan kepada beliau, bukan sekadar Prof Wan, malah dengan seramai mungkin ilmuan termasuklah Prof Kamal.

Minggu depan saya mahu bertemu dengan Ust Zaid Presiden JIM pula. Beliau mesti memiliki pandangan yang lain dan pemikiran yang kritikal. Wah, semestinya saya akan meneladani dan mencontohi keperibadian mereka.

Bersahabat dengan ahli jamaah lain, mendengar pandangan mereka dan berfikir bersama-sama, ia menyeronokkan sebenarnya. Baru saya sedar keluasan dunia dan ufuk ini. Selama ini hanya dalam GAMIS. Sekarang tidak lagi. Saya berharap mereka menerima saya bukan kerana saya GAMIS tetapi kerana saya adalah muslim yang wajib disantuni. Read More......

Khamis, 18 Jun 2009

SAYA LETAK JAWATAN BULAN OGOS

27 Cadangan/Pandangan
Saya mengasihani beberapa orang yang ingin saya meletakkan jawatan. Jangan bimbang. Saya akan meletakkan jawatan dalam bulan lapan. Bukan sebab desakan. Tetapi kerana telah habis tempoh.

Apapun, idea kalian untuk saya meletakkan jawatan tidak saya sisihkan ke tepi. Saya akan menilai dengan sebaik-baiknya. Maka janganlah bimbang sangat. Idea ni bukan kepunyaan saya seorang. Ramai lagi, cuma sedang bersembunyi.

Gerakan anak muda tetap non-partisan. saya menyokong PAS lebih daripada UMNO. Namun ia tidak menolak keinginan saya untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS yang begitu bersungguh dalam isu UG (unity government). Ia mengundang kegelisahan dan perpecahan.

Saya juga tidak bersetuju dengan banyak dalil yang dikemukakan untuk menghalalkan UG. Bagi saya, dalil tersebut banyaknya tekstual dan tidak disyarahkan malah tidak dipadankan dengan zaman. Maka ia sangat mengelirukan.

Saya mengerti, Tuan Guru Mursyidul Am tahu banyak perkara. Namun tidak ia dedahkan. Beliau hanya minta letakkan jawatan dalam keadaan yang paling berlembut. Jika keras, maka pendedahan besar-besaran akan berlaku. Read More......

Rabu, 17 Jun 2009

MUSA DAN KHIDR

9 Cadangan/Pandangan
Saya baru perasan, di mana persoalan Musa dan Khidr timbul. Saya baru perasan. Jelasnya, sekiranya saya mempertikaikan para nabi, saya akan masuk neraka. Itu yang sangat jelas.

Saya malas nak kupas dari sudut ‘pembahasaan’. Semacam seseorang berkata kepada kekasihnya, “Dirimu pada diriku, ibarat Khadijah pada diri Muhammad.” Bolehkah kita mengungkap perkataan sebegitu? Boleh, ia hanya satu mainan bahasa.

Masakan saya mempertikaikan para nabi. Saya hanya satu sinikal atau sindiran dalam berbahasa. Masih teringat saya akan sekumpulan sahabat saya terdahulu, belajar kesufian dan hakikat, lalu belajarlah mereka yang pelik-pelik dalam makrifat kononnya.

Mereka hanya mendengar guru mereka mengajar, memberitahu, menyuruh dan memaksa, tanpa dipersoalkan. Apabila kita bertanya, mereka mejawab balik, “Musa pun tidak diminta untuk bertanyakan Khidr.”

Alangkah, dalih mereka kepada kes Musa dan dalil mereka kepada peraturan Khidr amat menggelitik. Lalu saya teringat semasa menulis pandangan ini tentang kisah-kisah lama. Maka saya mengungkapkan dalam bahasa sindiran.

Mohon saya berhenti memberikan penjelasan tentang bahasa dan pembahasaan. Read More......

Selasa, 16 Jun 2009

KRISIS WALA'

15 Cadangan/Pandangan
Semua ahli PAS pusing sekarang. Mereka jadi tidak tentu arah. Sekiranya saya meminta barisan tertinggi PAS untuk menerangkan tentang aliran wala’, maka pasti ramai yang terkial-kial.

Kepada siapa wala’ harus dicurahkan sebenarnya. Kepada Mursyid? Atau kepada Presiden? Atau kepada Institusi Syura Ulama? Maka semua berada dalam ke’pusing’an yang memeningkan.

PAS pada pandangan saya harus menerangkan secara jelas, siapa orang paling berkuasa dalam PAS? jika tidak, makin ramai yang tidak keruan.

Ada orang, wala’ kepada Pemuda Kawasan. Ia melucukan. Ada oang, wala’ kepada Presiden, tetapi mengetepikan Mursyid. Habis tu, siapa yang harus diberikan wala’ itu?

Saya memohon maaf. Saya kurang bersetuju dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am yang meminta agar wala’ diberikan sepenuhnya kepada Presiden. Saya rasa, perlu diadakan munaqasyah yang menjelaskan semua perkara ini. Read More......

PAS, ADAKAN SEMULA PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN

11 Cadangan/Pandangan
Saya mencadangkan agar PAS mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar atau EGM. Tumpuan yang paling jelas ialah pemilihan semula pimpinan tertinggi dalam PAS khususnya dalam Timbalan Presiden.

Bukan saya pendokong Datuk Husam, maka saya menggesa ke arah itu. Tetapi saya melihat satu perkara yang semakin mengganggu PAS dan telah menimbulkan satu kerunsingan yang maha dahsyat. Berkenaan kerajaan perpaduan.

Nampaknya isu ini belum padam bahkan semakin hangat selepas muktamar. Ini satu kerugian dalam PAS. Ia menambahkan kematangan dan pemikiran. Namun ia sangat merugikan. Pelbagai jalur cerita yang saya dengar namun saya tidak akan menelannya bulat-bulat.

Maka saya mencadangkan diadakan semula pemilihan Timbalan Presiden khususnya. Ada satu tujuan tersirat yang mungkin boleh dicapai.



Pertama, jika Ustaz Nasarudin Isa menang, maka sah ahli PAS masih bersama beliau dan rela mendokong perjuangan dan agenda kerajaan perpaduan. Pasti ia akan memberikan tamparan yang sengit kepada pendokong Datuk Husam.

Dan jika Datuk Husam menang, maka ia memberikan dua kesimpulan penting yang harus kita renung bersama-sama. Kesimpulan bersifat zan (sangkaan) dan yang bersifat nyata dan jelas.

Jelasnya, perwakilan menyedari kesilapan mereka menolak Datuk Husam dalam muktamar yang lepas. Yang zan pula ialah, berlaku ketidaktelusan atau mungkin lebih radikal saya katakan, berlaku penipuan, atau lebih baik, berlaku kesilapan dalam pengiraan undi baru-baru ini. Saya tidak menuduh, cuma saya menyebut ‘zan’ yang mungkin akan timbul.

Dalam mencapai kejelasan ini, ada baiknya sebelum diadakan EGM tersebut, PAS mengadakan ruangan debat dan hujjah terbuka antara Datuk Husam, Ustaz Nasarudin Isa dan Abang Mad. Biar mereka jelaskan apa hala tuju parti pada pandangan mereka.

Biar ahli mendengar pandangan mereka berkaitan kerajaan perpaduan tentunya. Biar ahli yang menilai.

Saya menggesa PAS melaksanakan EGM secara segera. Demi menghapuskan konflik kepeningan yang melanggar ahli PAS. demi mengelakkan sebarang prasangka yang kian membengkak.

Dan saya mencadangkan, agar bukan lagi Datuk Mustapha Ali sebagai pengerusi pemilihan demi menjernihkan keadaan. Wallahu a’lam.

Read More......

Isnin, 15 Jun 2009

PERMOHONAN MAAF

18 Cadangan/Pandangan
Saya rasa saya perlu meminta maaf di atas segala polemik yang telah berlaku sepanjang saya mencurahkan idea. Saya rasa, ada dua kesilapan besar saya yang patut saya betulkan. Saya dahulukan dengan mengucapkan terima kasih di atas segala teguran.

Pertama, saya tidak memberikan penjelasan yang setepatnya berkaitan pandangan saya. Saya tidak berniat mencetuskan kontroversi sebaliknya memang itulah bentuk pemikiran saya. Namun saya kurang memberikan penjelasan terbaik.

Kesilapan kedua adalah, mungkin kerana saya sedikit kurang beradab. Maka saya amat menyesali segala kekurangan saya itu. Saya berharap ia merupakan proses kematangan dan kemandirian saya.



Dari sudut pemikiran, saya mungkin mempunyai bentuk pemikiran tersendiri. Soal betul salah bagi saya ia bukan perkara terpenting. Yang terpenting ialah, saya berusaha untuk mencari apakah yang paling tepat dan sesuai. Kedua, saya tidak merendah-rendahkan pandangan orang lain.

Dan yang ketiga, semestinya saya mesti bersedia untuk ditegur dan dikritik. Maka saya menerima dengan dada terbuka. Rasanya, kesilapan menggunakan beberapa istilah termasuk ’menghapuskan’ Dewan Ulama adalah kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Saya mengharapkan ayahanda Dato’ Harun Taib dan sekalian pendokong Islam sudi memaafkan saya dan memberikan tunjuk ajar.

Dalam soal akhlak dalam menegur dan memberikan pandangan, mungkin saya banyak kali melakukan kesilapam yang besar ini. Maka saya merendahkan diri saya memohon jutaan kemaafan.

Saya berharap kematangan saya berfikir dapat dikembangkan. Saya juga berharap ruangan untuk tegur-menegur, nasihat-menasihati dan tunjuk-menunjuk akan kekal menjadi budaya dalam Gerakan Islam.

Saya, Mohd Dzul Khairi memohon maaf di atas segalanya. Tidak bermakna saya menarik pandangan-pandangan saya dan tidak bermakna saya akan berhenti daripada memberikan pandangan.

Cuma ia bermakna, saya akan lebih berakhlak, berhati-hati dan memberikan penjelasan yang seterang-terangnya.

Ahli GAMIS berhak untuk mengkritik saya dalam ruangan yang tersedia. Islam sesungguhnya, adalah agama yang tertegak atas asas nasihat keImanan.


Read More......

Ahad, 14 Jun 2009

PENJELASAN BERKAITAN DEWAN ULAMA

4 Cadangan/Pandangan
Saya menekuni nasihat sahabat karib saya, sdra Mior. Nasihat beliau berasas dan baik sekali dan harus saya jadikan pedoman. Saya bersetuju dengan nasihat beliau.

Saya juga ingin memohon maaf atas statement yang tidak dijelaskan sepenuhnya. Malah statement saya itu pada pandangan saya, adalah tidak tepat. Saya bersetuju. Mohon peluang untuk saya menjelaskan maksud sebenar saya.

Saya memohon maaf terlebih dahulu. Atas kes Dewan Ulama, bukan isu SIS.

Baik, saya sebenarnya berhasrat ingin mencadangkan nama Dewan Ulama diubah. Itu sebenarnya. saya kemukakan hanya satu hujjah terpenting. Iaitu, saya ingin meninggalkan polemik Ulama dan Profesional. Nama Dewan Ulama secara tidak langsung telah mewujudkan konflik ini.



Saya tetap mendokong kepimpinan Ustaz Harun Taib. Saya mengenali beliau serba sedikit dan beliau seorang zahid yang berkarisma. Jasa beliau terlalu banyak khususnya di kawasan Manir. Saya juga sangat menghormati Ustaz Daud Iraqi.

Mereka ulama yang tulen. Saya yakin.

Namun perkara yang ingin saya sebutkan ialah, ubah nama Dewan Ulama bukannya kepimpinan Dewan Ulama. Diubah kepada satu nama lain yang akan meninggalkan konflik siapa ulama dalam definisi sebenarnya.

Saya tidak tahu apa nama gantian yang terbaik. Saya tidak punya idea untuk itu. Tetapi saya rasa seeloknya diubah kepada satu nama yang lain.

Itu sahaja penjelasan saya. Saya mohon maaf atas ketersilapan saya. Saya berharap, idea ini bukanlah bertujuan merendah-rendahkan siapa. Cuma saya menghulurkan idea sebagai seorang yang sayangkan Gerakan Islam.

Saya memohon maaf sekali lagi…




Read More......

TOLONG JANGAN HUKUM SIS

9 Cadangan/Pandangan
Saya rasa saya sedikit tersilap mengatakan PAS sebagai kuku besi. Saya bermaksud sebenarnya, sekiranya PAS lebih suka mengambil jalan untuk menghukum seseorang, maka PAS akan jadi kuku besi jika memerintah kelak.

Saya tidak menyokong Islam Liberal, itu sudah pasti. Namun saya yakin bahawa perjuangan SIS bukannya perjuangan kosong tetapi bersebab. Mereka cuba memahami al-Quran namun ternyata fahaman mereka berbeza.

Saya sebenarnya telah membaca beberapa pandangan Islam Liberal. Yang paling menakutkan ialah apabila seorang tokoh mereka menyatakan tidak pernah wujud istilah Syariah Islamiah. Tidak pernah wujud Syariah Islamiah sebenarnya, kerana syariah tidak pernah Islamiah.

Lalu beliau kemukakan beberapa bukti yang kukuh nampaknya, selain mempertikaikan beberapa perundangan yang wujud dalam Islam. Namun beliau bukan mengkritik Islam, sebaliknya mengkritik fahaman ulama berkaitan Islam.



Antara perkara yang dikritik oleh beliau ialah soal poligami dan sistem perhambaan yang wujud dalam Islam. Baik, saya tidak mahu mengulas panjang pandangan beliau. Namun saya hanya ingin membawa satu kesimpulan penting iaitu,

“Golongan liberal sebenarnya sayangkan Islam namun ada beberapa fahaman mereka yang perlu diteliti. Namun dalam masa yang sama, golongan ulama harus juga memerhatikan apakah hujjah yang dikemukakan oleh mereka.”

Saya turut membaca dan menekuni pemikiran dan idea Syed Hussein Nasr yang ternyata dikritik berat oleh ramai orang termasuk Ikhwan al-Muslimin. Sa’ad Zaghlul antara orang yang sangat mengkritik pendangan beliau. Namun saya cuba menilai dengan adil, bahkan saya bersetuju dengan beberapa pandangan beliau yang dianggap sebagai sangat kontroversi ketika itu.

Saya lupa siapa tokoh SIS, namun beliau sentiasa menekuni ayat al-Quran setiap kali sebelum tidur. Ini bermakna, beliau cuba memahami Islam dan memperjuangkannya.

Dalam konteks ketidaksetujuan saya dengan PAS berkaitan dengan usul tersebut, tidak kira sama da ia terbit dari mulut siapa sekalipun, mahupun Khalid Samad, mahupun hanya dalam bidang tertentu, mahupun untuk menyiasat, saya tentang habis-habisan.

Dengan saya melaungkan beberapa slogan, Kami Pendakwah Bukan Penghukum. Beza seorang pendakwah dengan ahli fiqh ialah, pendakwah melihat semua orang berpotensi untuk difahamkan tentang Islam, dan pendakwah melihat semua orang dengan penuh kasih sayang.

Manakala ahli fiqh melihat sesuatu lalu menghukumnya dengan lima genre sama ada haram, wajib dan sebagainya. Ini bezanya.

Di saat PAS ke depan, maka seharusnya PAS tidak boleh membanyakkan musuh. Malah PAS mesti bersahabat dengan semua orang dalam proses menundukkan UMNO. Menundukkan UMNO tidak bermakna menghukum ahli UMNO.

Maka golongan SIS tidak boleh dipersalahkan begitu sahaja. Mesti ada usaha dakwah. Bukan hanya debat sebagaimana Ustaz Tantawi berdebat dengan Astora Jabat. Tidak boleh hanya dengan debat. Malah mesti dengan pelbagai dan banyak kaedah. Ini kerana saya berkeyakinan, golongan liberal adalah golongan yang sangat cerdik.

Baik, kita menyentuh sedikit sahaja daripada perjuangan mereka. Mengapa mereka menentang poligami? Saya ingin bertanya. Apakah kita semua tahu bahawa mereka menggunakan ayat al-Quran untuk berhujjah dalam isu ini?

Maka mereka turut menggunakan kaedah nasikh mansukh dalam menghuraikan pandangan mereka. Mereka turut membaca suasana semasa dan menerapkan unsur penghukuman berdasarkan suasana dan situasi tersebut. Maka apakah kita mahu salahkan mereka?

Cukuplah, jangan menghukum mereka. Saya tetap tidak bersetuju..













Read More......

Selasa, 9 Jun 2009

SAYA SUKA AHLI YANG KRITIKAL

29 Cadangan/Pandangan
Apabila saya menjadi peserta dalam satu program, saya menjadi orang yang paling kontroversial. Pihak AJK mula pening-pening dengan saya dan melaporkan ‘akhlak’ saya kepada pihak pimpinan.

Bagi saya, itulah program pembinaan yang paling teruk pernah saya lalui. Sehingga sekarang, saya benci untuk mengingatinya kembali. Saya jadi orang yang sangat marah dengan AJK yang membuatkan kami semacam budak-budak.

Saya kenal siapa AJK. Saya kenal komitmen dan disiplin mereka. Bahkan sebelum itu saya sangat rapat dengan mereka. Namun saya sangat bencikan kepuraan yang terwujud dalam program. Saya bencikan lakonan dan marah-marah.

Sehingga apabila saya dijemput ke dalam satu program, saya diminta untuk berkenal-kenalan dengan peserta. Kalangan muslimat. Pihak AJK melaporkan, seorang peserta tersebut seorang yang degil dan suka mempersoalkan tindak-tanduk AJK.




Apabila saya cuba mengenali peserta itu dengan lebih dalam, agakan saya tepat. AJK yag tersilap mentafsir dan peserta tersebut yang benar. Malangnya, terdapat beberapa dogma yang menakutkan dalam program sehingga saya berani membuat satu kesimpulan,

“Banyak tamrin membuatkan peserta jadi semakin bodoh”

Apakah dogma yang saya maksudkan? Jelas, dogma AJK yang tidak boleh menerima hakikat ada peserta yang suka mempersoalkan tindakan mereka. Saya amat memahami perasaan peserta tersebut. Kerana saya sendiri pernah merasai perasaan yang syahdu itu.

Peserta tidak dibenarkan untuk menyuarakan kehendak mereka sedangkan dalam gerakan anak muda, kita diajar untuk berani bersuara, bahkan kita yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Maka mengapa dalam program, lain pula jadinya?

Peserta yang bertanya dan mempertikaikan dicop sebagai peserta yang biadap dan kurang ajar. Lalu perlbagai tohmahan dilemparkan kepadanya. Sekiranya niat AJK untuk menguji keberanian dan menguji ketahanan mental peserta, tidak mengapa. Malangnya saya yakin, AJK sebenarnya yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk berhadapan dengan peserta yang berani itu.

Maka dalam gerakan Islam, nampaknya begitulah jadinya. Pertama, ahli gerakan Islam tidak boleh menegur dan mempertikaikan keputusan pimpinan. Saya tidak tahu di mana munculnya ideologi yang karut-marut ini. Mengapa ahli yang berani menegur pimpinan dan mempertikaikan keputudan pimpinan dicop sebagai kurang ajar?

Kedua, perasaan wala’ dicurahkan secara tidak bertempat. Memang ketaatan itu perlu bahkan wajib, namun apabila ia diletakkan tidak pada tempatnya, maka kezaliman berlaku. Kezaliman dalam wala’. Ahli hanya diminta untuk mengikut tanpa mempersoalkan, sebagaimana kes Musa dengan Khidr. Maka semakin bekulah pemikiran ahli.

Saya langsung tidak kisah sekiranya ada ahli mempertikaikan keputusan pimpinan. Sekiranya ada ahli Gamis mempertikaikan keputusan kami sekarang, saya langsung tidak kisah. Inilah dinamika. Yang tidak menariknya ialah, apabila ahli mempertikaikan tanpa hujung pangkal dan tidak tahu menahu. Sebaliknya hanya mendengar kisah-kisah belakang yang belum pasti tepat.
Malah saya langsung tidak kisah jika orang mahu mengata belakang kerana saya tahu, orang sebegitu tidak berani berhadapan. Maka saya tidak kisah kerana inilah dinamika. Namun janganlah hanya pandai mempertikaikan tetapi tidak bekerja, dan jangan hanya mengkritik perkara-perkara kecil yang merugikan.

Ketiga, apabila tiada ahli yang berani mempertikaikan tindakan pimpinan, atau sekurang-kurangnya menegur pimpinan, maka ia juga merupakan satu kerugian yang sangat besar. Ini kerana pimpinan terasa ia selesa dan berada dalam zon tersebut tanpa sebarang ancaman dan cabaran. Tiada check and balance.

Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun saya ingin berhenti di sini. Ingatlah, jangan menghukum dnegan nafsu, tetapi membaca dengan akal yang diterangi cahaya kefahaman.





Read More......

Ahad, 7 Jun 2009

INI GAGASAN KITA

5 Cadangan/Pandangan
Sekiranya mana-mana universiti ingin mengetahui bentuk tarbiah yang diamalkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam, saya orang pertama yang tampil untuk mendedahkan apakah tarbiah PMI.

Saya akan ceritakan. Sesungguhnya tarbiah PMI bukanlah rahsia. Malah HEP boleh melihat bagaimana kami ahli gerakan Islam melaksanakan usrah dan wacana ilmu. Tanpa tertutup malah ia terbuka seluas-luasnya.

Jika mereka mahukan silibus usrah yang dilaksanakan oleh PM sekalipun, bukan sekadar silibus yang sedia ada, bahkan saya akan mengemaskinikan slibus tersebut khas untuk pentadbir universiti. Sngguh, saya lah orang yang akan melaungkan gagasan, “Tarbiah kami bukan rahsia bahkan ia terserlah sebagaimana cahaya matahari yang menerangi alam ini.”



Saya menyebut berkali-kali dalam beberapa pertemuan dengan sahabat-sahabat GAMIS, bahawa kita tidak pernah ingin menyembunyikan tarbiah kita. Kita mahukan semua merasai nikmat tarbiah kita bahkan kita bersedia untuk membantu universiti dalam medan pentarbiahan.

Saya berpandangan, era mahasiswa membangkang dan membantah universiti adalah era gerakan yang lama. Yang kita ingin tanya sekarang, apakah kita mampu untuk membuka lembaran baru untuk universiti sekaligus mengangkat martabat universiti tempatan di mata dunia.

Saya tidak pernah mendengar kalam yang sahih meminta supaya disembunyikan tarbiah. Cuma sekarang ialah peranan ahli gerakan untuk menerangkan bentuk tarbiah dalam bentuk yang boleh diterima. Tarbiah hanya bahasa Arab, pendidikan dalam bahasa kita. Ia sama, namun kita juga nampaknya paranoia dengan bahasa Arab.

Kita takut untuk menyebut istilah usrah, wala’. Jamaah, amir, dan sebagainya. Baik, sekiranya istilah ini menimbulkan kesan yang buruk kepada beberapa kampus kampus, maka jangan disebut. Namun bagi gerakan kampus yang kuat, seperti M mahupun UKM, maka sazirkan sahaja tanpa berasa takut. Benar, ia langsung tidak menakutkan sebenarnya.

(Artikel ini harus dibca dengan takwilan. Janganlah anda menjadi golongan yang hanya tahu membaca tetapi tidak tahu menterjemah)







Read More......

Sabtu, 6 Jun 2009

KONGRES PENDIDIKAN

0 Cadangan/Pandangan
Terdapat tiga golongan dalam tingkat kesedaran menurut tulisan William F. O’neil. Golongan Magis, Naif dan Kritis. Tiga golongan inilah yang akan saya sentuhkan sedikit bagi membincangkan tentang sistem pendidikan secara sangat ringkas.

Golongan Magis tidak melihat sesuatu sistem itu ada kaitan dengan perubahan norma kemanusiaan. Maknanya, golongan ini melihat perubahan sistem pendidikan tidak ada kaitan dengan kerosakan sosial. Itu sebagai contoh.

Golongan Naif pula melihat aspek kemanusiaan itu yang penting, bukan sistem. Biasanya dalam dunia usrah, apabila dimuhasabahkan kenapa usrah tidak bergerak, maka golongan ini akan berkata, “Kelemahan perjalanan usrah bukanlah disebabkan sistem kerana sistem sudah baik. Yang lemahnya adalah tenaga penggerak.”



Manakala golongan ketiga iaitu Kritis melihat aspek sistem sebagai faktor terpenting. Kerosakan sosial kemungkinan ada kaitan juga dengan aspek manusia. Namun aspek yang paling berperanan dalam membentuk sosial dan norma kemanusiaan adalah sistem itu sendiri.

Dalam hal ini, GAMIS termasuk dalam golongan Naif dan Kritis. Kita sememangnya bersetuju jika dkatakan kerosakan sosial adalah disebabkan aspek manusia. Namun masalah terbesar ialah aspek sistem itu sendiri.

Kelemahan sistem pendidikan itulah yang menyebabkan berlakunya kerosakan sosial di Malaysia. Dari sudut yang mana? Akan saya jelaskan kelak termasuk dari sudut terma aksiologi. Akan saya jelaskan juga apa ertinya liberalisme pendidikan dan liberasionisme.

Read More......

Khamis, 4 Jun 2009

TERUSKAN LANGKAH TONTO MU

0 Cadangan/Pandangan
Ustaz Nasrudin Tantawi sebenarnya amat diyakini untuk memantapkan semula pentarbiahan dalam Pemuda PAS. Ini tidak bermakna YB Solahuddin tidak menjaga tarbiah. Cuma bezanya ialah, YB Solahuddin nampak lebih kepada politik manakala Ustaz Tantawi sebaliknya.

Bagi saya, kehadiran Ustaz Tantawi sebagai Ketua Pemuda adalah bertepatan dengan situasi sekarang. Maksud saya, situasi yang sarat dengan kecelaruan politik dan terabainya tarbiah. Maka kehadiran beliau memang ditunggu-tunggu.

Saya tidak sabar melihat perubahan yang bakal dikocakkan oleh beliau. Dahulunya nama beliau gah di persada keilmuan apabila beliau mengangkat martabat dan maruah ulama dengan berdebat dengan Astora Jabat secara terbuka.



Kedua, Ustaz Tantwi membuktikan keilmuan beliau yang tinggi berdasarkan proses pengajian beliau. Lepasan Pondok Terusan yang tersohor dan Mesir. Maka selayaknya beliau dipanggil sebagai ulama muda yang memimpin gerakan pemuda. Ia sungguh mengasyikkan.

Ketiga, Ustaz membuktikan kecintaan beliau terhadap dunia tarbiah dan keilmuan apabila beliau menubuhkan Akademi al-Rasyidin. Akademi inilah teras kepada beliau. Setiap pemimpin besar ada terasnya. Arwah Ustaz Fadzil dengan KIDU, Tok Guru Nik Aziz dengan Pulau Melaka, Tuan Guru Haji Hadi dengan Rusila, Ustaz Harun Tain pula dengan Manir dan KUDQI.

Syabas buat Ustaz Tantawi. Saya kira, perbezaan pandangan antara saya dengan beliau hanya perbezaan cara berfikir dan ia langsung tidak menghalang saya untuk berada di bawah beliau suatu masa kelak. Jika itulah kenyataan Kalam Illahi.

Ustaz Tantawi harus bersedia untuk menenggelamkan KJ yang ternyata sangat berkualiti dari sudut penampilan dan hujjah. Kekuatan KJ sekarang sedang diabaikan oleh UMNO. Maka saya yakin, kekuatan KJ adalah lawan kepada kekuatan Ustaz Tantawi.

Saya doakan ustaz…dan saya tidak akan lupakan YB Solahuddin,.






Read More......

PAS ERA BARU

2 Cadangan/Pandangan
Apabila naqib saya, seorang prof madya memberikan pandangan, saya terasa amat berat untuk membangkangnya. Apatah lagi ia seorang yang sangat brilian dan dianggap guru oleh saya.

Namun saya berpegang dengan prinsip al-Qaradawi yang berkata, “Ibnu Taimiyah adalah orang yang paling aku sayang, namun kebenaran lebih aku sayang.”

Maka dengan hati yang berat saya mengeluarkan pandangan dalam majlis brainstorming yang ternyata berbeza sedikit dengan pandangan naqib saya. Naqib saya berpandangan, “Tarbiah marhalah akhir di kampus mesti mengambil kira untuk melahirkan pimpinan gerakan Islam.”

Saya tidak beranggapan demikian. Pandangan saya ialah, “Tarbiah tidak semestinya melahirkan pimpinan tetapi yang lebih penting ialah melahirkan ornag yang pakar dalam bidang masing-masing.”

Orang yang mempunyai idealis mesti dilatih skill brainstorming dan mengasah minda yang lebih kritikal. Orang yang teliti dilatih menjadi pengurus dan pentadbir yang profesional. Orang yang mahir dalam perkomputeran dilatih menjadi ahli ICT yang berkualiti.




Tidak semesti semua orang menjadi pimpinan, sebagaimana tidak semua perlu menjadi orang bawahan yang hanya ingin bekerja. Mungkin ada yang beranggapan, orang yang tahu bekerja tetapi tidak punya idea adalah orang yang baik.

Namun saya berpandangan, orang yang strategis dan perancang adalah lebih diperlukan. Cuma masalahnya ialah, kita tidak mahu orang yang hanya sembang deras tetapi langsung tidak mahu ke bawah.

Naqib saya mendengar dan menerima dengan baik. Beliau merupakan naqib yang baik dan paling saya sayang. Beliau yang mengajar agar saya bersifat kritikal dan jangan hanya bersikap menerima. Mesti mencabar minda dan mengasah pemikiran.

Bahkan selepas perbincangan, beliau berjumpa saya dan mengatakan point yang saya lontarkan adalah sangat bagus. Inilah kerendahan jiwa yang tidak bergantung kepada pangkat. Seorang naqib yang tidak pernah sombong. Kritikal dan mencabar minda, mengkritik membina dan menongkah arus tidak bererti sombong, bahkan ia boleh membawa makna tawadhu’ jika diperhalusi.

Dalam soal kepimpinan, saya tetap menyokong Tuan Guru Haji Hadi untuk terus memimpin PAS. Meksipun jika Tuan Guru tidak pandai mengurus. Saya tidak kata Tuan Guru tidak pandai, namun saya jelaskan, saya tetap menyokong beliau meskipun beliau tidak pandai mengurus.

Ini kerana seorang presiden mestilah seorang yang mampu memberikan pengaruh dan kesan kepada ahli. Seorang presiden tidak semestinya seorang pengurus. PAS bukanlah parti penerbitan buku atau pertubuhan bola sepak. Maka yang terpenting bagi presiden PAS ialah, efektif, atau pengaruh.

Pandangan saya ini adalah untuk marhalah sekarang.

Namun jika PAS berubah kelak, maka perlu diteliti semula. Begitu juga jika UMNO berubah. UMNO juga harus memikirkan apakah bentuk kepimpinan yang ingin mereka lantik. Apatah lagi UMNO merupakan Pasrti Melayu terbesar di Malaysia.

Apa maksud saya? Prof Madya Abu Hassan mengeluarkan pandangan, PAS sebagai jamaah mesti dibezakan dengan pengurusan parti. Bermakna PAS terbahagi kepada dua. Satu gerakan, satu pengurusan pasrti.

Untuk gerakan, yang memimpin adalah Mursyidul AM dan Majlis Syura Ulama. Ia adalah main dan yang paling utama. Manakala pengurusan berada dalam lingkungan gerakan itu sendiri. Cuma berlaku pemisahan antara parti dengan gerakan.

Gerakan adalah parti namun parti bukannya gerakan. Ini juga idea Ketua Pengarah Malaysia Think Tank London, saudara Wan Saiful Wan Jan. Ada irasnya.

Maka dalam parti, yang mengurusnya adalah presiden. Bermakna jika jadi begini, pemilihan presiden PAS juga mesti berdasarkan faktor, siapa yang paling bijak mengurus dan paling licik politik. Naun ia tetap berada di bawah PAS sebagai sebuah gerakan. Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama tetap yang tertinggi.

Jika berlaku begitu, PAS harus memikirkan semula rentak tarinya. Idea ini pernah saya lontarkan kepada saudara Sabki Yusuf. PAS dipimpinj oleh Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama, bukannya Dewan Ulama.

Dalam PAS mesti ada sayap pentingnya. Mungkin sayap penting bagi JAMAAH PAS ialah Parti Politik, Gerakan Dakwah dan Gerakan Ekonomi.

Presiden parti, presiden dakwah dan presiden ekonomi adalah setaraf. Manakala kuasa tertinggi ialah Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama. Jika jadi begini, saya mencadangkan agar taraf Tuan Guru Haji Hadi dinaikkan lagi, sama ada menjadi Mursyidul Am ataupun Timbalan (sekiranya Tuan Guru Nik Aziz belum meletakkan jawatan).

Siapa pula Presiden parti? Mungkinkah Husam, YB Solahuddin atau IR Nizar? Mungkinkah Ustaz Tuan Ibrahim atau Ustaz Shah Kirit menjadi Presiden Dakwah? Mungkinkah juga Haji Ismail HPA menjadi Presiden Ekonomi? Atau tukar saja nama presiden kepada Timbalan-timbalan presiden.

Saya tidak pasti. Namun mungkin boleh dibincangkan. Agar kuasa dakwah dan ekonomi PAS akan makin mantap. Agar suatu masa kelak, ahli gerakan yang dilatih tidak perlu lagi memikirkan mencari kerja makan gaji kerana Jamaah sudah menyediakan ekonomi yang mencukupi.

Wallahu a’lam bis sowab…






Read More......

Rabu, 3 Jun 2009

GERAKAN DAKWAH

4 Cadangan/Pandangan
4 Jun 2009- Ini kali ketiga saya cuba menghasilkan sebuah artikel. Kali pertama dan kedua, saya terpaksa cansel kerana dibimbangi akan menimbulkan rentak ketidakfahaman kepada pembaca.

Biarlah saya berbincang tentang perkara yang tidak terlalu berat dan kaya dengan falsafah. Saya terlupa, saya perlu bercakap mengikut laras yang boleh difahami ramai pihak.

Perbincangan saya berkaitan dunia dakwah. Apabila saya menghadiri seminar anti-murtad baru-baru ini di Masjid Shah Alam, anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM), maka mata hati saya terhadap dunia dakwah non-muslim sedikit terbuka.

Mungkin kerana saya lebih meminati dunia intelektualisme dan politicking, menyebabkan saya kurang memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap aksi dakwah non-muslim.



Ustaz Ridhuan Tee melahirkan perasaan kesal beliau terhadap ketidaksungguhan pihak tertentu terhadap berdakwah kepada orang Chinese. Beliau mewakili kaum Chinese manakala Ust Fitri mewakili kaum Indian.

Mengikut formula yang diberikan oleh beliau, kaum Chinese merupakan kaum yang paling mudah untuk disampaikan dakwah. Selain daripada mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, mereka juga merupakan golongan yang cerdik dan boleh berfikir.

Mereka hanya berpegang dengan ajaran, kefalsafahan bukannya keagamaan. Taoisme, Kungfucianisme dan Buddhisme hanyalah ajaran dan kefalsafahan bukannnya agama. Ia berbeza dengan Islam dan Hindu.

Maka orang sebegini tidak mempunyai prinsip keagamaan yang kukuh. Maka goyahlah pegangan mereka. Mudahlah untuk kita meruntuhkannya. Hanya dengan meniup sedikit, pegangannya akan terus goyah.

Saya amat mengharapkan, agar gerakan mahasiswa juga mula memfokuskan kepada aktiviti dakwah secara serius. Bukan hanya peduli tentang politik kerana kepimpinan negara masa depan bukan sahaja perlu celik politik malah juga celik dakwah.

Maka baru sahaja saya berbincang dengan seorang sahabat saya, Hasrul namanya. Perbincangan kami berkaitan gerakan dakwah. Namun ia lebih tertumpu kepada gerakan Liberalisme. Maka apakah persediaan kita untuk menghadapinya.

Maka saya mengharapkan ada kalangan muktamirin PAS yang akan membincangkan soal dakwah dan aktivit dakwah secara serius dalam muktamar ini.

Apatah lagi sekarang non-muslim semakin jinak dengan Islam itu sendiri.







Read More......

Selasa, 2 Jun 2009

SAYA SOKONG MOGOK LAPAR

1 Cadangan/Pandangan
Saya rasa saya tergolong dalam kumpulan penakut apabila tidak mengeluarkan pendirian berkenaan mogok lapar. Apatah lagi apabila sekumpulan ulama dan bakal Ketua Pemuda sendiri telah memutuskan bahawa mogok lapar adalah tidak dibenarkan.

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pandangan Datuk Husam. Ini bukan siri melobi atau apa. Ini pendirian saya. Mogok lapar adalah satu strategi yang diharuskan.

Apabila saya membaca pandangan Ustaz Zaharuddin yang mengulas tentang “Matlamat Menghalalkan Cara”, sekali lagi saya berasa saya penakut kerana tidak tampil mengeluarkan hujjah berkenaan secepat mungkin.

Sudah lama saya mendengar, betapa teori tersebut bukan satu teori yang wujud dalam Islam. Meskipun ia telah di’Arab’kan (al ghayah la tubarrirul wasilah), namun tidak semestinya teori dalam Bahasa Arab bermakna teori Islam.



Dalam peperangan, sama ada perang dingin mahupun perang terbuka, maka banyak keharusan dibenarkan. Secara zahir, nas menegah. Tetapi secara tafsiran mendalam, ia diharuskan. Maka berkatalah seorang ustaz lepasan pondok dan Mesir, “Dalam politik, yang ‘haram’ diharuskan.”

Jangan mudah melatah. Anda perlu memahami. Meskipun zahir ayat menegah daripada penebangan pokok dalam peperangan, tetapi terdapat beberapa siri peperangan Nabi SAW, baginda memerintahkan umat Islam menebang pokok.

Ini kerana peperangan adalah situasi dharurat yang memerlukan kebijaksanaan pimpinan dan panglima mengatur strategi dalam melemahkan musuh.

Asalkan tidak melakukan perbuatan yang jelas haram seperti berzina dan membunuh, cukup.

Bagaimana membunuh saudara seagama dan seakidah? Juga dibolehkan dalam beberapa situasi. Saya bukan berpandukan pandangan saya yang kontang semata-mata. Mungkin kalian perlu melihat fatwa Ibnu Taimiyah yang mengharuskan peperangan dan pembunuhan ke atas tentera Tartar.

Solahuddin al-Ayyubi meruntuhkan kerajaan Syiah di Mesir demi mendapatkan pemerintahan yang lebih baik dan bermakna. Syiah dilihat gunting dalam lipatan. Hidupnya mereka menyusahkan. Mati elok terus dikalahkan demi kebaikan masa depan Islam.

Huzaifah al-Yamani tidak mengizinkan hukuman diambil ke atas panglima perang yang minum khamar sedangkan Sa’ad bin Abi Waqqas menghukum Abu Mihjan yang sekadar bersyair memuji arak dalam keadaan tidak sedar.

Sebagaimana sekarang diizinkan untuk membunuh tentera wanita Yahudi walaupun secara asasnya ia bertentangan dengan nas. Berperang dan membunuh dalam bulan haram adalah diharamkan namun Allah taala mempertahankan beberapa sahabat yang bertindak sedemikian lantaran mereka melakukannya untuk kebaikan yang jauh lebih besar.

Sesungguhnya Islam ini luas maka jangan disempitkan. Sesungguhnya Islam ini mudah maka jangan berlebih-lebihan dalam bermudah-mudah. Dalam Islam, menolak mudharat yang besar yang tidak nampak adalah lebih baik daripada menolak mudharat kecil yang nampak.
Menggunakan mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang besar juga diharuskan. Sebagai contoh, makan daging babi adalah mudharat yang kecil iaitu kemungkinan menghidap penyakit. Namun mudharat yang besar ialah kematian.

Sebagai contoh yang lain, saya menyokong pandangan Tuan Guru yang menolak permuafakatan dengan UMNO. Mungkin ada dalil nas yang sarih menyatakan mesti berdamai dan telah dikupas panjang lebar oleh Tuan Guru Datuk Harun Din. Namun dalam hal ini, hujjah Tuan Guru Nik Aziz meskipun menggunakan hadis untuk bertembung dengan ayat al-Quran adalah lebih kuat. Jangan masuk ke lubang yang sama dua kali.

Benar, Datuk Haron Din telah memimpi bertemu Nabi SAW dan ia jauh lebih baik dari sudut agamawan berbanding ramai orang. Namun dunia politik bukannya dunia kesufian mahupun hukum-hakam fiqh. Fiqh memerlukan kelicikan dan kepintaran. Kata Tuan Guru Nik Aziz, “Sape cepat duduk di hadapan.”

Maka saya amat menyokong Datuk Husam yang mendokong mogok lapar diteruskan. Jika dikatakan puasa sunat, siapa pun tidak gentar. Jika ahli Pas kata nak jatuhkan kerajaan kudeta Perak dengan solat hajat, mereka tidak akan gentar. Mungkin ada rasa gentar. Namun Islam tidak menang dnegan hanya solat hajat dan berdoa. Islam juga tidak menang hanya dengan strategi.

Saya yakin, mendengar sahaja mogok lapar diadakan, pastinya mogok ini tidaklah sampai membawa mati. Ghulam Dakwah dalam kisah Ashabul Ukhdud lagi dahsyat, beliau memilih kematian walhal beliau boleh selamat. Bahkan kekuatan beliau sudah digeruni musuh selepas terselamat dalam dua cubaan bunuh.

Saya yakin, penganjur mogok lapar sudah ada sistem yang menjaga keselamatan orang yang menyertai mogok ini. Bahkan mogok ini merupakan satu tindakan jihad yang amat berani dan memperuntukkan semangat jihad yang luar biasa. Yang pergi tamrin berkali-kali semacam saya pun belum tentu. Yang boleh setakat ini hanya golongan sosialis yang tidak terlibat dengan usrah dan tamrin serta tidak mempunyai kekuatan akidah.

Ini adalah strategi. Ia adalah satu siri perjuangan yang berani. Dan saya amat respect dengan orang yang terlibat dalam agenda mogok lapar itu.

Dan untuk mufti, saya ingin bertanya.

Apa hukum merampas kerajaan Perak dengan cara yang zalim. Sila jawan ENCIK NOH GADOT…





Read More......

Isnin, 1 Jun 2009

PENJELASAN 3

2 Cadangan/Pandangan
Saudara mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk ahli Jamaah meninggalkan bahan bacaan asasi seperti tulisan Fathi Yakan, Hassan al-Banna, al-Maududi dan yang seumpama dengannya. Boleh saudara jelaskan?


AlhamduliLlah wabihi nasta’in

Terima kasih di atas soala yang baik. Saya bercadang untuk menjawab seringkas mungkin dengan daqiq dan harap difahami dengan baik.

Jelasnya, bukanlah saya mahu ahli Jamaah terus meninggalkan sentuhan karya ahli harakah yang terdahulu. Bukan itu niat saya. Bagi saya, tulisan mereka sewajarnya dijadikan bahan bacaan asas agar kelak kita tidak tersekat.

Cumanya, saya tidak mahu kita terus-menerus membacanya dari awal hingga akhir tanpa menilik buku lain yang masih banyak. Ia hanya akan melemahkan daya berfikir kita dan merencatkan kekuatan ijtihad kita.



Maka saya menegaskan, tanda kita memiliki ilmu yang banyak ialah apabila kita sanggup bertentang pandangan dengan al-Banna dengan hujjah yang daqiq. Mengapa kalangan kita terlalu pantang untuk bertentang pandangan dengan al-Banna sedangkan ramai sudah ulama yang bertentang pandangan dengan Imam Mazhab Empat dalam bidang fiqh.

Bahkan ada juga pandangan al-Banna yang telah ditolak sepanjang hidup beliau termasuklah berkaitan dengan syura, sama ada ia mulzim atau mulhim. Sehingga akhirnya al-Banna mengubah keputusannya. Anwar al-Jundi juga menceritakan bahawa beliau biasa berbeza pandangan dengan tokoh gergasi itu.

Itu perkara biasa. UMar Abdul Aziz suka mencintai khilaf yang berlaku kalangan sahabat. Jika Ibnu Abbas berbeza pandangan dengan Ibnu Umar, maka salahkah jika kita memiliki tahap keilmuan yang membolehkan kita tidak bersetuju dengan al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain.

Kedua, mereka hidup pada zaman mereka yang sangat jauh daripada kita. Malangnya banyak tulisan usrah yang masih banyak berdalilkan mereka. Tulisan Syed Qutb dalam Ma’alim fit Tariq disanjung dan ramai kalangan kita yang mempertahankannya meskipun sebenarnya ramai pun yang belum membaca karya itu.

Al-Maududi antara orang yang menolak pandangan Syed Qutb. Baik, Syed Qutb hidup di Mesir. Kita di Malaysia. Dua negara yang jauh dan adat resam pastinya berbeza. Budaya hidup dan berfikir juga berbeza. Cara berdakwah dan berjihad juga berbeza.

Syed Qutb hidup pada zaman yang agak jauh daripada kita. Maka apakah idea beliau tentang harakah semuanya masih relevan dengan sekarang? Bagi saya tidak. Saya lebih suka jika kita mengemukakan gaya berfikir kita sendiri untuk menangani situasi semasa.

Bahkan YB Solahuddin berkata, ilmu politik tiada dalam kitab tetapi ada dalam rencah masyarakat.

Sedangkan dalam fiqh boleh berubah, apatah lagi dunia harakah yang sangat dinamik.

Bahkan Fathi Yakan sendiri, meskipun hidup pada zaman kita, namun ia berada di satu tempat dan budaya yang berbeza. Bahkan pandangan saya dalam Gamis juga berbeza dengan pandangan Ketua atau Bakal Ketua Pemuda PAS dan UMNO.

Ini adalah perkara biasa.

Ketiga, saya mengharapkan agar pimpinan harakah yang mengarang karya sendiri. Jangan hanya terpengaruh dengan idea orang tanpa kita sendiri mengeluarkan satu karya yang bebas daripada sebarang pengaruh. Ditulis secara jujur dan berdasarkan penelitian.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan konsep usrah yang berat bagi peringkat ta’rif. Saya tidak setuju dengan banyak syarahan berkaitan dengan konsep sir hazar bahkan pandangan ini paradoks dengan pandangan banyak ustaz.

Saya setuju konsep tarbiah untuk semua tanpa berselindung. Saya tidak mahu dengan tajuk Ta’addud Jamaah dengan kupasan yang panjang lebar. Saya tidak suka ahli Gamis menarik ahli PKPIM sebagaimana saya juga tidak suka sebaliknya. Saya juga tidak setuju dengan pandangan Fathi Yakan berkaitan kesatuan jamaah (kena baca balik dalam abjadiyat).

Ini kerana saya yakin, saya lebih memahami waqie di Malaysia berbanding Fathi Yakan.

Seterusnya, banyak persoalan yang semakin aneh timbul pada masa sekarang. Persoalan yang timbul adalah tinggi dan mencabar pemikiran khususnya dari sudut liberalisasi. Maka saya menggalakkan agar semua membaca karya mereka seperti tulisan Abdullah Ahmad al-Na’im, Ali Abdrul Raziq dan sebagainya bagi memahami bentuk pemikiran mereka sebagai persediaan.

Persoalan semasa tentang politik, dakwah dan lain-lain turut mencengkam kita. Kama apakah cukup dengan tulisan Hassan al-Hudhaibi untuk berdepan dengan reality? Pastinya tidak. Maka kita mesti memperluaskan lagi bahan bacaan kita.

Selain itu, kehendak semasa menuntut kita untuk boleh menjawab persoalan semasa yang ditimbulkan oleh banyak pihak. Sekarang, siapa yang mampu menerangkan kepada khalayak berkaitan Negara Islam secara propel dan baik, jelas? Siapa yang mampu menerangkan kepada mereka tentang erti hudud dan perlaksanaannya dalam bentuk yang boleh menimbulkan rasa puas hati?

Maka saya mahu simpulkan dalam jawapan yang ringkas ini. Saya sebenarnya perlu memperuntukkan banyak lagi ruang untuk penjelasan sebenarnya.

1- Jangan meninggalkan karya asas, namun percepatkan. Biarlah pada peringkat ta’rif dan awal-awal takwin, karya tersebut sudah habis dibaca. Mungkin kita kena membaca karya Dr Jum’ah Amin Abul Aziz dan Munir Ghadban pula pada peringkat takwin untuk mempercepatkan proses.

2- Perluaskan bahan bacaan kita sebagai persediaan menjadi angkatan dakwah, ahli politik dan murabbi yang berwibawa. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.





Read More......

PENJELASAN 2

3 Cadangan/Pandangan
Bising orang mengatakan bahawa saudara mengizinkan ahli gerakan kampus untuk masuk ke mana-mana saja jamaah selepas tamat pengajian di kampus. Malah saudara mengizinkan ahli tarbiah untuk masuk ke dalam UMNO. Minta penjelasan.


Alhamdulillah wabihi nasta’in,.

Saya tidak dapat nafikan, kecoh orang menyebut bahawa saya seorang yang celaru fikrah. Kecelaruan fikrah saya semakin membarah apabila konon-kononnya saya semacam bersetuju dengan gagasan Jamaah Centric dan saya semakin berani mengkritik Pas. Saya rasa satu penjelasan diperlukan.

Baik, saya hanya mahu memfokuskan kepada persoalan yang diberikan. Saya dituduh mengizinkan ahli tarbiah untuk masuk ke mana-mana proksi. Hal ini terbukti melalui ucapan saya kononnya dalam satu dialog antara pimpinan Gamis seluruh Malaysia.

Anehnya, jika benar saya mengatakan perkara tersebut, kenapa tiada yang bangkit untuk memohon penjelasan sebaliknya terus menyebarkan fahaman ini? Saya bertanyakan beberapa sahabat saya, pernahkah saya berpandangan demikian. Mereka kehairanan. Mereka tidak pernah mendengarnya.



Jangan sampai kita terlalu pengecut sehingga kita hanya berani bercakap di belakang sedangkan kita tidak berani di hadapan.

Saya terang-terangan, saya tidak setuju jika ahli Gamis menyertai PKPIM sebagaimana saya juga tidak setuju jika ahli PKPIM masuk ke dalam Gamis tanpa dalil yang akurat. Jika ahli Gamis mahu masuk ke dalam PKPIM setelah memiliki hujjah, bahkan burhan, bahkan ‘sultan’ yang kuat, tidak mengapa.

Saya masuk ke dalam Gamis, maka saya mempunyai ‘sultan’ yang kuat mengapa saya menyertai gerakan ini. Malah jika saya telah keluar daripada Gamis, saya akan terus bersama dalam Pas, dalam mana-mana posisi asalkan ia sesuai dengan kemampuan saya. Ini kerana saya yakin dengan ketulenan perjuangan Pas.

Bahkan saya menentang PKPIM mahupun ABIM, atau Karisma mahupun JIM. Namun ia hanya bertentangan dari sudut manhaj, world-view, philosophy dan fikrah. Dari sudut jasad dan pergaulan, saya sangat suka bersama-sama mereka. Mereka ada kekuatan yag tidak dimiliki oleh kami.

Namun saya sekali-kali tidak membuka ruang pembebasan fikrah. Maka saya menyeru, jangan ahli Gamis sibuk-sibuk meng’Gamis’kan ahli PKPIM atau Karisma. Saya sangat tidak suka. Saya juga tidak suka jika jamaah lain juga berbuat demikian.

Apakah apabila masuk ke dalam Gamis, maka bermakna Gamis lebih Islam berbanding PKPIM? Tidak, saya langsung tidak fikir demikian. Daripada sibuk menukar fikrah mereka, lebih baik kita memfokuskan kepada orang yang langsung tidak berfikrah dan tidak beragama atau tadayyun.

Maka saya menafikan pandangan menyatakan saya terlalu bebas dalam bab berjamaah.

Adapun masuk ke dalam UMNO, atau PKR, atau sektor kerajaan, maka saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya tidak terlalu kisah sekiranya ahli Gamis masuk ke sana dengan bertujuan dan berstrategi serta ada yang memandu mereka.

Saya mungkin berbeza pandangan dengan YB Solahuddin dalam bab ini. Saya tidak kisah sekiranya ahli Gamis masuk ke dalam mana-mana kementerian kerana kemungkinan mereka lebih banyak berkhidmat untuk Islam daripada orang yang berada secara langsung dalam parti

Tetapi biarlah berstrategi, bertujuan dan ada yang memandu. Bukannya bebas tanpa ikatan.

Maka saya menyanjung pemikiran PM kita dalam beberapa bab. Bukanlah PM atau Najib teruk dan jahil dalam semua perkara. Banyak juga baiknya. Maka tidak salah jika kita ahli Gamis berdialog dengan mereka dan mengambil input.

Juga tidak salah jika ahli Gamis berbincang dengan sesiapa sahaja asalkan dengan tujuan kebaikan.

Ini fikrah dan gagasan saya. Gagasan saya seperti ini, rasanya langsung tidak mengeluarkan saya daripada fikrah atau gagasan jamaah. Adakah apabila saya mengharuskan perbincangan dengan Ketua UMNO, maka saya terus terkeluar daripada jamaah. Sesungguhnya Gamis adalah gerakan pelajar bukannya politik seperti PAS yang ada pantang bekerjasama dengan UMNO.

Namun malangnya ramai ahli Gamis yang sibuk berpolitik secara kepartian. Dalam Gamis, saya lebih mengenal politik nilai berbanding politik kepartian. Maka dalam politik, saya rela berbeza pandangan dengan PAS sekalipun. Maka apakah salah saya berbeza pandangan? Rasanya langsung tidak salah.

Saya bertanyakan YB Solahuddin secara terbuka. “Salahkah kami mengkritik PAS?” Beliau menjawab tidak mengapa. Jika saya jadi Ketua Pemuda PAS, saya akan menggalakkan student untuk bebas, jangan berpihak dan sanggup mengkritik kepimpinan sekalipun.

Sebagaimana Gamis mengkritik pengerusi SPR, maka Gamis juga harus berani mengkritik Cikgu Mustapha Ali sebagai Pengerusi SPR dalam Muktamar PAS sekiranya didapati beliau bersalah dan turun berkempen.

Inilah dinamika dan non-partisan.

Mungkin pemikiran dan bentuk fikrah saya berbeza dengan orang lain. Saya paling tidak suka orang UMNO mahupun PAS yang terlalu menyibuk soal kemandirian mahasiswa. Mereka bukan golongan yang bodoh dan perlu ditunjuk ajar sepanjang masa. Mereka hanya perlukan nasihat dan bimbingan yang berkadar.

Tuan Guru Presiden menyebut tidak mengapa jika tidak terlibat dengan Pas secara langsung asalkan rohnya adalah Pas. Saya rasa saya langsung tiada sebab untuk menyembunyikan fakta yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden ini.

Tuan Guru Presiden meminta student bersedia untuk mengisi ruang kosong dalam kerajaan. Mengisi ruang dalam kerajaan lebih berat daripada mengisi kerusi cawangan mahupun kawasan. Apakah apabila seorang ahli Pas yang masuk bekerja dalam JAKIM, maka ia bukan lagi PAS?

Tuan Guru Presiden menjelaskan, ada orang yang perlu memegang jawatan dalam parti namun ada juga yang tidak perlu lantaran tidak sesuai dengan mereka. Maka pembahagian tugasan adalah lambang kebijaksanaan dan kecekapan pengurusan jamaah.
Malangnya, ramai yang ingin kita masuk ke dalam parti bukannya jamaah. Jamaah adalah satu konsep yang luas sedangkan parti adalah satu konsep yang sempit.

Maka saya ingin simpulkan, meskipun kemungkinan tulisan ini sekali lagi menimbulkan kontroversi tersendiri.

1- Saya sangat mengimpikan suasana semua anak muda daripada pelbagai jamaah duduk bersama-sama bagi merangka Malaysia masa depan dengan serius.

2- Saya langsung tidak setuju pembebasan fikrah bahkan saya orang yang sangat lantang menyuarakan pentingnya tajarrud dalam fikrah. Intima’ dan disiplin dalam berjamaah mesti tinggi.

3- Saya bersetuju sekiranya ahli Gamis bersedia masuk dengan ke dalam sektor kerajaan dengan penuh strategi dan perancangan serta terpandu. Apabila tiba masa, orang ini sangat penting untuk memimpin kerajaan masa depan.

4- Masuk intima’ ke dalam jamaah tidak semestinya dengan menyertai cawangan mahupun kawasan namun dengan mengaktifkan kemampuan dalam posisi yang paling sesuai.

5- Namun saya tidak pernah menyebut boleh masuk UMNO mahupun PKR tanpa perancangan dan tektikal. Ia hanya membuang masa dan keringat serta menjadi liabiliti kepada gerakan.

6- Saya memang menyokong PAS namun saya tidak pernah memaksa ahli Gamis untuk menyokong PAS. Bahkan Gamis akan terus bebas daripada PAS mahupun mana-mana parti sekalipun.

7- Kasih sayang saya kepada PAS tidak bermakna saya harus menyokong semua yang dibuat oleh pimpinan Pas. Sesungguhnya pimpinan dalam PAS pun ramai dan mereka saling berbeza pendapat dalam suasana yang harmoni. Mungkin saya tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda tetapi saya bersetuju dengan pandangan Naib Ketua Pemuda. Maka ini perkara biasa.

8- Saya juga akan menentang pimpinan dalam PAS sekiranya mereka melakukan kesalahan namun saya akan mendokong kepimpinan yang dinamik sebagaimana saya menyokong kepimpinan Datuk Husam (sila rujuk artikel yang lepas). Maka tidak bersetuju dengan beberapa pimpinan keskipun Ketua Pemuda atau Ketua Muslimat, tidak bermakna saya tidak bersetuju dengan PAS. Saya sekadar tidak bersetuju dengan mereka. Mereka tidak maksum. Dan saya tidak merendah-rendahkan mereka. Ini adalah sangat normal dan berhujjah dan berfikir.

9- Saya harap ahli Gamis, meskipun ada kecenderungan untuk mana-mana parti, biarkan sahaja ia menjadi kehendak peribadi bukannya kehendak gerakan. Sesungguhnya selagi mana saya memimpin Gamis, saya tetap tidak akan berpihak kepada mana-mana parti. Namun jangan dipertikaikan jiwa saya yang lebih cenderung kepada PAS itu sendiri.

10- Ahli parti juga diharap jangan mempolitikkan mahasiswa. Mahasiswa memang akan berpolitik namun sekali-kali tidak rela dipolitikkan.

Saya ingin menegaskan, “Kadang-kadang pimpinan peringkat bawahan sibuk mengarah ahli Gamis untuk melakukan macam-macam perkara seolah-olah ahli Gamis adalah PAS. Namun hairannya, kepimpinan di peringkat tertinggi pula, lebih bersedia menerima ahli Gamis yang bersifat politik nilai dan bebas daripada cengkaman kepartian”.






Read More......

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE